Rabu, 17 Oktober 2012

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


Nusajaya Kini: Cawangan Baru Akan Ditubuhkan <b>Di Benut</b> – Mazlan

Posted: 17 Oct 2012 07:05 PM PDT

Oleh: Ibnu Bacoks

PONTIAN – Arus perubahan di Johor telah menampakkan riaknya apabila ada satu lagi cawangan baru yang akan ditubuhkan dalam masa terdekat ini, demikian kata Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Johor.

"Malam ini saya bersama 'Leftenan Adnan', Hairie Othman dan YDP PAS Kawasan Batu Pahat berceramah di satu lagi kawasan kubu kuat UMNO, Kg. Belahan Tampok. Berceramah di rumah Hj. Nor, Ketua PAS Cawangan di situ.

"Saya difahamkan oleh petugas-petugas, ramai orang tempatan yang hadir khususnya anak muda. Selesai ceramah, ada orang Benut jumpa saya dan minta berceramah di tempatnya. Belum ada cawangan PAS di situ.

"Beberapa penyokong PAS sedang dikumpul untuk tubuhkan cawangan baru. Mereka minta saya datang lepas Hari Raya Qorban ini.

"Alhamdulillah, semakin subur sokongan kepada PAS. Bekas-bekas pemimpin masyarakat, pemimpin dan aktivis UMNO serta anak-anak muda bertali arus menyertai PAS," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Mazlan turut mendedahkan bagaimana projek RAPID dan isu FGVH didakwa merupakan pengkhianatan UMNO-BN kepada rakyat negara ini.

Malah, projek itu dilakukan semata-mata untuk mengkayakan kroni mereka dengan merampas tanah rakyat atas nama pembangunan.

"Saya fokus kepada dua isu sahaja, iaitu projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak Pengerang dan FGVH. Bukti pengkhianatan pemimpin Umno kepada bangsanya sendiri. Rampas tanah penduduk, kayakan kroni," katanya lagi.

**Iklan Teks produk anda di sini!!**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads