Sabtu, 13 Oktober 2012

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di desaru</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Sep 2012 01:07 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Full of Thoughts: <b>Desaru</b> Yg Mendamaikan [151111]

Posted: 20 Sep 2012 09:08 AM PDT

Sedikit perkongsian percutian sambil bekerja di Desaru, Johor pada tahun 2011. Desaru sebuah tempat yang indah tapi kurang sambutan rakyat Malaysia memandangkan lokasinya yang terletak berhampiran Kota Tinggi. Kalau tak silap bersebelahan dengan Tg Pelepas berhampiran Singapura.  Disebabkan itu ramai tetamunya datang dari Singapura pada hujung minggu
Kami bermalam di Desaru Damai Resort. Dari luar resort ini seakan-akan bangunan asrama sekolah. Sebenarnya bayaran untuk kebanyakkan resort agak mahal sekitar ini kerana mungkin kurang kehadiran tetamu. Namun kami terpaksa menetap di Damai Resort kerana tiada resort yang lain semurah ini. Kemudahan resort agak kurang memberangsangkan ditambah lagi dengan persiapan makan pagi yang kurang baik. Bayangkan anda disediakan dengan bekas air plastik yang berfungsi sebagai gelas. Itu tidak termasuk lagi makanan bihun yang tiada daging dan hanya penuh taugeh. Mohon maaf kalau keberatan untuk membaca tapi inilah realitinya.
Kehidupan malamnya agak mati memandangkan tiada tetamu pada hari bekerja. Sudah untuk mendapatkan masakan malam kerana tidak banyak kedai yang buka. Kami pada mulanya membayangkan Desaru seperti Batu Feringghi yang penuh kedai-kedai malam yang hidup tetapi sebaliknya. Kepada mereka yang berminat untuk hadir ke sini kami cadangkan anda datang untuk berbengkel kerana suasana menyamankan tapi kalau ingin datang untuk percutian mungkin perlu difikirkan dua kali.
 [Pemandangan atas Desaru Damai Resort]
[Esok nak berceramah Undang-Undang Juvana] 
[Teman setia yang tak putus2 untuk memberikan sokongan] 
 [Pantai yang cantik tapi ada amaran untuk mandi manda suka hati]
 [Suasana yang mengasyikkan]
 [Ala2 padang pasir skit]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads