Selasa, 2 Oktober 2012

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


~~bLOG Surirumah~~: Kenangan Permas <b>Kukup</b>

Posted: 30 Aug 2012 07:03 AM PDT

Dua hari ni kakpb tak sempat blog walking dapur kawan-kawan, rindu tau. Tapi kena dulukan perkara yang lebih penting, betul tak? Kakpb sibuk melayan saudara yang dari Johor, sepupu kakpb ni saja nak bercuti 3 hari di Sabah. Bagaimana pun kakpb takde la bawa dia ke Kundasang dan tempat-tempat menarik sebab dia ada orang yang bawa.

Sebelum dia balik siang tadi, sempat juga bawa ke pasar philipine dan pasar besar KK. Beli ikan masin dan ikan bilis agenda wajib mereka yang datang sini. Malam sebelumnya agenda makan-makan seafood di tepi laut, kakpb pun first time makan kat situ. Kita orang ni memang jarang keluar malam, bila ada tetamu barulah nampak bandar KK waktu malam.


Sepupu anak beranak berbincang ambil foto tepi pasar philipine sementara menunggu gerai ikan masin di buka.

Sepupu kakpb complain, sejak cuti tak bawa orang pergi umrah ni, berat badan dia makin naik.....haha...

Teringat masa kakpb sekolah rendah dulu, kalau cuti je selalu pergi rumah dia di Kukup, Permas. Masa tu takde jalanraya, tanah merah......kalau hujan lecak....terpaksa berkaki ayam jalan kaki. Nak kerumah dia kena naik basikal entah berapa kilometer. Kakpb tak pandai naik basikal, duduk kat palang atau seat belakang.

Suka sangat pergi kampung dia, tanahnya tanah gambut. Air kolamnya warna kuning tapi jernih. Sekitar rumahnya di penuhi ladang nenas dan pelbagai pohon buah. Kakpb kerap main celah-celah ladang nenas dan pokok kelapa yang tumbang, meniti atas batang pokok kelapa sambil main kejar-kejar atau sorok-sorok. Bila malam takde letrik, mereka guna lampu pam.

Time makan dah macam kenduri sebab adik beradik dia ramai. Meja makan takde macam sekarang ni, makan bersila dan hidangan dibuat dua kumpulan. Orang dewasa asing dengan kanak-kanak. Emak sepupu (mak saudara kakpb) agak tegas orangnya. Sembahyang jemaah dan mengaji wajib setiap malam.
Bagaimanapun kakpb suka join famili mereka sebab kakpb jauh dari adik beradik. Bila bersama mereka terasa meriahnya, kena pula mereka ni kuat ketawa.

Bila di ingat kembali, terasa ingin mengulang keindahan masa lalu........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads