01 di muar - Google Blog Search |
3 maut, seorang kritikal dalam kemalangan <b>di Muar</b> – Perak Today Posted: 13 Oct 2012 11:53 PM PDT Tiga beranak maut dan seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 5, Jalan Muar-Tangkak dekat Ledang, semalam. Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, mangsa, Mohd. Adzhar Abu Bakar, 29, dua anaknya, Mohd. Wahyu, 3, dan Nursyifa Qistina, 2, terbunuh akibat kecederaan parah. Mohd. Wahyu disahkan meninggal dunia pada pukul 6 petang diikuti Nursyifa Qistina tiga jam kemudian manakala Mohd. Adzhar pada pukul 3 pagi ini ketika kesemua mereka dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar. Adik ipar Mohd. Adzhar iaitu Safawi Abd. Malik, 20-an, dilaporkan kritikal, manakala isteri Mohd. Adzhar yang memandu kereta tersebut, Salasiah Abd. Malik, 29, dalam keadaan stabil dan masih dirawat di HPSF. Sementara itu, pemandu lori, Mohd. Shahril Abu, 27, yang berasal dari Tangkak hanya mengalami cedera ringan di kaki dan tangan. - UTUSAN MALAYSIA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121014/dn_17/3-maut-seorang-kritikal-dalam-kemalangan-di-Muar#ixzz29FnTo72F |
Sweetmanis Manissweet: Apa Yang Aku Makan <b>Di Muar</b>, Johor Posted: 11 Oct 2012 06:07 PM PDT My first impression makan mee bandung Abang Sayang kat Medan Selera, Muar, alahai cam ni ke dia orang kata sedap, sebab aku pernah layan dengan Kak Su dan Rin kat Tanjung Emas. So aku boleh beza la sedap ke tak sedap. Walaupun kami layan tahun lepas, tapi aku masih terasa yang tahun lepas tu lagi sedap. He he, nak buat cam ne may be aku layan makan mee bandung dalam ketakutan akibat dikejar oleh china bawa kete Vios tu, so aku tak nampak kesedapan langsung la pada setiap makanan yang aku layan walaupun aku dalam kelaparan akibat kete rosak. Malam pula aku makan kat Secret Recipe ja, yang menjadi kemarahan aku lepas makan aku sakit perut, ulang berapa kali masuk toilet. Sian aku makan apa pun tak sedap jadinya sebab peristiwa di siang hari. Early in the morning aku breakfast kat hotel layan bubur nasi, tu aku rasa hambar coz aku sensorang ja makan lelain. So masa kat Ibu Sawat, perut aku berbunyi keroncong la, sib baik aku ada spare Snickers dalam handbag, memang purposely aku bawa untuk back up kalau lapar dalam kereta, so aku mengambil peluang lapar pada waktu itu untuk makan la coklat tu. Bubur Nasi, layan kat Muar Traders Tengahari alhamdullilah, dia orang jamu makan nasi ayam, tapi aku lupa nak snap picture la, sebab lapar sangat, sian kami makan tak ingat dunia, nasi ayam ni, orang kat sini juga yang masak so, rasanya sedap macam makan kat rumah. Waktu petang, kami dijanjikan untuk makan Apam Jepun, so aku tertunggu2 apakah dan bagaimana apam itu..he he ohh bila petang memang aku tak pernah makan la apam jenis ni, memang sedap dan terasa kacang merah inti dalamnya. Balik dari keje, aku gi beli kopi 434, katanya famous kat Muar ni, mengambil kira kiriman orang, aku beli banyak juga untuk diri sendiri, sebagai kenangan aku di sana. Memandangkan pekan Muar ni kecik saja dan jalan sehala, so aku tak dak masalah untuk ke sana, senang saja. Jumpa ja kedai tu, aku conpius la nak lintas jalan, banyak kete, so aku naik tangga, mengah wei, lama tak exercise, adoiyaai ni la bahana malas, naik tangga skit penat, peluh meleleh, rasa x comfortable. Dah la pakai blazer, so control ayu dan letih aku memang conpius dalam kedai, apa yang nak beli, aku juz tanya and pick up mana yang aku rasa perlu, pas tu blah. Kedai Kopi 434, glemer kat Muar ni Balik dari situ aku pi layan mee bandung sorang2 kat Tanjung Emas, aku ingat tempat ni, sebab Kak Su bawa hari tu, lagi pun jalan dia senang ja dekat dengan hotel aku. So tak dak masalah, lagi pun tu taman rekreasi, so orang ramai kat sini, aku rasa secure. Aku siap tapau nasi goreng, seperti pesanan kakak2 yang keje kat TM masa aku dok lam surau masa lunch tu. So aku tak akan keluar dari bilik hotel aku untuk beli makan, lagi pun aku rasa fenin kepala skit, dan malas nak keluar, cuma budak pomen tu ja asyik ganggu aku call la, SMS la ajak dating dan teman dia pancing ikan kat tanjung tu. Aku menyepikan diri, sambil layan tidur dalam selimut. Nasi aku beli dekat pukul berapa baru aku makan, keletihan semacam, biasa la bila handle case, memang otak penat, dengar dan pikir apa yang dia orang dok fight. Budak2 TM layan makan kat sebelah hotel aku duduk, ajak makan aku fenin dan mengantuk, si malas keluar, aku cakap aku ngantuk. Second trial, masin la saya kurang makan masin2 ni Aku tapau nasi goreng biasa, bekal dalam bilik Second day aku breakfast kat hotel berat, budak2 hotel makin peramah plak, dok tegur dan senyum2 dengan aku, aku anggap benda biasa may be orang KL jarang turun sini so depa suka la kot. Aku makan banyak gak sebab cover malam aku yang menguncikan diri dalam bilik. Breakfast pun kat TM dia orang supply, aku dah kenyang, so layan minum kopi yang sedap saja. Lunch aku tak sabar tunggu asam pedas, memang wallah la aku suka, asam pedas, siap buat pinggan asing sebab nak hirup kuah dia. He he memang la aku suka makanan berkuah, kalau sedap memang layan berkuah2. Petang pula aku makan kuih2, sedap juga, memang orang Johor jamu yang terbaik ja untuk kami, tak perlu ke gerai untuk layan selera, memadai apa yang orang TM Johor kasi, memang terbaik layanan dia orang. Breakfast pagi di Muar Traders Hotel Aku akan kembali ke Muar dua minggu dari sekarang, so aku akan dapat makan dan rasa yang lebih baik dari orang Johor rasanya. Thanks orang TM Johor, sebab layanan mesra buat saya suka melawat TM Johor, bukan melawat Muar yer..he he he..Keep it up, orang region memang terbaik dari segi layanan bab makan2 ni, sedikit sebanyak mengurangkan gundah gulana aku takut dengan orang yang suka kacau aku. |
You are subscribed to email updates from di muar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan