01 di muar - Google Blog Search |
masam manis: NASI BRIYANI GAM ASLI <b>MUAR di</b> AIDIL ADHA Posted: 26 Oct 2012 08:24 AM PDT Assalamualaikum Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Sebagaimana yang kita sedia makhlum, bila sebut Aidil Adha, pasti ingatan tertumpu pada ibadah Korban selain daripada ibadah haji. Ita pasti ramai antara kita yang melaksanakan ibadah korban tahun ini. Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A'isyah, Rasulullah bersabda; Maksudnya; "Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari 'Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. " (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib) Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?" Rasulullah Saw menjawab: " Itulah sunnah bapamu Ibrahim." Para sahabat bertanya lagi : "Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?" Baginda menjawab : " Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan." (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah) "Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini." (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah) (Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37) Sambutan Aidil Adha tidaklah semeriah sambutan Aidil Fitri. Di Johor ita rasa, sambutannya biasa sahaja dan bersederhana. Lebih-lebih lagi sambutan Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari Jumaat, jadi semua umat Islam melaksanakan 2 sembahyang berjemaah pada hari ini, iaitu solat sunat Aidil Adha dan Solat Jumaat. Selepas solat hari raya , barulah proses ibadah korban di mulakan. Kalau di Kelantan, biasanya ibadah korban di lakukan di rumah secara bergotong royong, sebaliknya di Johor ibadah ini dilaksanakan di surau-surau atau di masjid. Hari Raya Aidil Adha ita biasanya di rumah sahaja. Menyediakan hidangan untuk anak-anak yang pulang bercuti. Hari ni ita sediakan Nasi Beriani Gam.Resepi ni ita rujuk dari i Resepi. Cara penyediaan resepi Nasi berian gam asli Muar Johor. Cara memasak nasi beriani gam ni, ada sedikit kelainan dari nasi minyak. Cara menghidangkannya juga ada sedikit kelainan. Nasi beriani gam ni, memang cukup terkenal di Johor, setiap kali kenduri kendara atau majlis perkhawinan pasti akan di hidangkan nasi beriani gam selain daripada nasi minyak. Biasanya orang Johor lebih suka nasi Beriani Gam jika di bandingkan dengan nasi minyak, mungkin disebab kan nasi beriani gam lebih enak dengan aroma yang menyelerakan buatakan mereka lebih mengemarinya. Resepi yang dikongsikan oleh i Resepi ini pada ita cukup menyelerakan. Lauk berianinya cukup sedap hingga buatkan anak-anak menjilat jari. Untuk penyediaan Nasi Beriani Gam, sebaiknya kita sediakan lauk Beriani dahulu. Kerana kita akan masak nasi kita bersama lauknya ini nanti. Macam mana dah bersedia nak belajar cara-cara penyediaan Nasi Beriani Gam yang asli ?? NASI BERIANI GAM ASLI MUAR Rujukan : i Resepi LAUK BERIANI GAM Bahan-bahan untuk lauk Beriani 1 kilo daging batang pinang ~ potong anggaran 6x6x5 cm Pijarkan minyak sapi dalam kuali NASI BRIYANI GAM Bahan-bahan untuk Nasi 5 cawan beras basmathi Beras Basmathi di rendam , cuci bersih, kemudian toskan Sekarang bagaimana perkataan Gum itu terhasil ? Untuk mengetahui caranya mari kita sama-sama belajar cara untuk menghasilkan beriani Gum ini Sebelum tu ita nak bagi tau dulu, kuah beriani yang kita masak tadi kalau boleh biar dia cair sikit atau kuahnya banyak sedikit sebab kita akan tanak nasi bersama lauk beriani kita ni nanti. Gunakan api yang perlahan sahaja. Peralatan yang kita perlukan Alat kukusanKain muslin ~ untuk mengalas kukusan Kain kapas yang agak panjang untuk ukurlilit periuk kukus Kanji ~ 1 sudu tepung ubi di masak bersama sedikit air Masukkan lauk beriani ke dalam periuk kukus ~ bahagian bawah kukus yang biasanya kita letakkan air Alaskan periuk mengukus ( tingkat 2) dengan kain muslin , buat 3 layers Masukkan nasi yang separuh masak tadi, gajus dan raisins dan koma-koma / safron Tutupkan pengukusLetak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk Celupkan kain kapas dengan kanjiLilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk lauk beriani dengan pengukus yang diletakkan nasi tadi. Pastikan iktannya agak kejap. Supaya wapnya tidak keluar. Letak atas api yang perlahanMasak sehingga lebih kurang 1 jam Buka lilitan dan buka tutup pengukus Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak . Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan. * Pastikan kuah beriani tu banyak ~ bila lama di masak ia akan pekat * Gunakan api perlahan supaya kuah tidak hangus Setelah kita belajar cara-cara penyediaan nasi Beriani, sekarang kita kena tau pula bagaimana cara untuk menghidangkan nasi beriani ni pula. aaa... ia ada caranya yang tersendiri dan semestinya tidak sama seperti nasi minyak. Untuk pinggan perseorangan Sendukkan separuh nasi ke dalam pinggan Kemudian letakkan seketul daging beriani dan kuahnya di tengah-tengah nasi kambuskan daging tadi dengan separuh lagi nasi taburkan bawang goreng atau daun saderi di atasnya Kuah beriani di hidangkan berasingan dalam bekas kecil Atau boleh juga di nikmati bersama kuah dal dan acar Untuk hidangan PENCUK NENAS 1 biji timun ~ potong kecil Satukan semua bahan ke dalam bekas Ita juga sediakan satu lagi lauk tambahan untk hidangan ini. AYAM MASAK MERAH LADA HITAM 1 ekor ayam ~ dipotong dan cuci bersih 1 cawan lada kering ~ dipotong dan rendam hingga lembut kemudian di kisar 1 sudu besar tomato puri Ayam di lumurkan dengan kunyit dan garam Keluarkan minyak dan tinggalkan 1 senduk |
You are subscribed to email updates from di muar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan