Selasa, 30 Oktober 2012

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


program qurban pas kawasan <b>pasir gudang</b> penyatuan masyarakat

Posted: 28 Oct 2012 08:16 AM PDT


TIDAK ADA SESUATU AMALAN YANG PALING DICINTAI OLEH ALLAH DARIPADA BANI ADAM KETIKA HARI RAYA EIDUL ADHA SELAIN MENYEMBELIH HAIWAN KORBAN.SESUNGGUHNYA HAIWAN ITU AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT (SEBAGAI SAKSI) DENGAN TANDUK, BULU DAN KUKUNYA. DAN SESUNGGUHNYA DARAH HAIWAN KORBAN TELAH TERLETAK DI SUATU TEMPAT DI SISI ALLAH SEBELUM MENGALIR KE TANAH. KERANA ITU, BAHAGIAKAN DIRIMU DENGANNYA" 
(HADIS RIWAYAT TARMIZI, IBNU MAJAH DAN HAKIM)



Hukum ibadah Qurban / korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi yang berkemampuan dan wajib bagi yang bernazar. Sebahagian ulama mewajibkan semua umat Islam yang mempunyai kemampuan untuk melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun. Buangkan perasaan tidak cukup wang kerana insyaAllah dengan melaksanakan ibadah korban ALLAH SWT akan memberi kita rezeki dan pertolongan yang tidak disangka-sangka.
PARTI ISLAM SEMALAYSIA ( PAS) dengan teras Negara kebajikan model bernegara sebagaimana yang diiktibarkan daripada Al-quran,al-sunnah dan sejarah kegemilangan umat Islam berpandukan konsep 'BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR".tidak ketinggalan dalam melakukan ibadat qurban khusus itu diagihkan pada fakir miskin.Bersempena dengan kehadiran Eidul-Adha, PAS kawasan pasir gudang telah mengambil insentif untuk mendekatkan masyarakat melalui program qurban perdana kebajikan yang dianjurkan.

PAS kawasan pasir gudang  melakukan ibadat qurban di setiap 11 cawangannya di dalam parlimen pasir gudang.Diantara cawangan yang terlibat termasuklah cawangan permas jaya,Taman mawar,taman sceintex,taman saujana,cendana ,sri alam,tmn rinting,kota putri megahria,plentong dan Air biru.Sebanyak 40 ekor lembu dan 6 ekor kambing telah di qurbankan pada tahun ini.Satu peningkatan mengalakan hasil daripada kerjasama dari semua pihak bukan sahaja daripada ahli pas sendiri bahkan dari masyarakat setempat.


Bermula pada hari Jumaat, PAS cawangan permas jaya telah  menganjurkan ibadat qurban untuk kali yang ke 2 di rumah seorang anak yatim di jalan permas 2/4.3 ekor lembu telah dikorbankan.Ramai pertugas yang hadir membantu adalah dari penduduk sekitar.Seramai 100 orang fakir miskin,yatim piatu dan ibu tunggal yang telah mendapat kupon menerima agihan daging qurban.

Rahim Abdullah 53 tahun,seorang pesara yang juga Ahli jawatankuasa pas cawangan permas jaya berkata selain program qurban ini PAS cawangan Permas Jaya kerap mengadakan sumbangan keperluan asas kepada 100 keluarga miskin sekitar permas jaya.beliau juga berharap dengan adanya program sebegini ia lebih mengeratkan lagi hubungan ukhuwah masyarakat setempat dengan PAS.

Di Pas cawangan Sri Alam 2,di bandar sri alam masai,sambutan majlis qurban yang diadakan itu amat meriah sekali dengan kehadiran hampir 80 peratus penduduk sri alam.Kehadiran penduduk yang hadir membantu diluar jangkaan,mereka yang hadir adalah tentera dari penempatan tentera yang berhampiran,pertugas rela,warga sabah dan turut sama hadir adalah ahli-ahli UMNO cawangan sri Alam.

Amran Abdul Aziz 45 tahun,Setiausaha Pas Cawangan berkata penganjuran kali ini adalah yang ke 5.13 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah diqurbankan hasil daripada penyertaan penduduk dan ahli pas sendiri.Setiap tahun katanya peningkatan penyertaan amat mengalakan hinggakan ada lembu yang diagihkan ke cawangan lain.kali ini seramai 80 orang yang layak menerima dan akan diberi sebanyak 2 kilo setiap penerima.Amran juga berkata beliau gembira dengan sambutan yang diterima setiap tahun malah katanya Kumpulan yasin wanita UMNO cawangan turut menyumbang 2 ekor lembu kerana dakwa mereka pengurusan Pas cawangan Sri Alam adalah telus dalam pengagihan.

Dalam program di sri alam ini ramai juga pemimpin-pemimpin berbagai parti turut hadir bersama antaranya dari  umno dan PKR.Murad Jalani ketua Amk pasir gudang yang juga turut serta berkata program seperti ini boleh diteruskan dan dijadikan acara tahunan untuk menghidupkan suasana sambutan aidil adha dikalangan penduduk setempat tidak mengira fahaman politik.Rosli b Samiun 52 tahun,ketua rela Sri alam yang juga bekas ketua umno berkata Rela membantu apa sahaja program rakyat tanpa mengira fahaman politik .

Program qurban Pas kawasan pasir gudang ini turut disertai oleh rakan-rakan dari pakatan rakyat.Di sri alam saudara Jimmy Puah pusat khidmat PKR Johor jaya telah membantu penyelia PAR permas syed othman mengagihkan kepada yang layak dan juga kepada pertugas.kehadiran rakan-rakan dalam pakatan rakyat ini dalam program qurban yang dianjurkan adalah satu daripada dakwah serta kefahaman mereka terhadap Islam.Islam tidak melarang orang bukan Islam turut sama berkerjasama dalam ibadat qurban kerana ibadat qurban itu sendiri adalah sebahagian dari masyarakat.Ia juga satu dakwah untuk mereka mengenal dan mendekati dengan Islam.


Program qurban terakhir adalah di pas cawangan plentong pagi tadi dimana 3 ekor lembu di qurbankan.program qurban di plentong ini adalah kali ke 3.Tahun ini penyertaan peserta qurban meningkat dan kehadiran penduduk kampung sekitar juga bertambah.Menurut kata setiausaha cawangan pas plentong abusiraj almuner,peserta bertambah tahun ini dan sebelum itu pas cawangan plentong hanya mampu untuk melakukan  qurban hanya satu ekor sahaja tetapi tahun ini peserta yang menyertainya bertambah tanpa dijangka.Hadir sama pada program qurban pagi tadi adalah rakan-rakan dari DAP johor jaya.

Mengulas mengenai keseluruhan program qurban pasir gudang,Abdul Aziz B Abdullah 43 tahun pengerusi lajnah kebajikan dan kemasyarakatan pasir gudang berkata satu peningkatan setiap tahun peserta qurban bersama PAS bahkan dari UMNO cawangan pun berminat untuk menjadi peserta kerana sistem pengurusan dan pengagihan yang telus.Beliau berkata lagi Pas kawasan tidak akan menolak walaupun berbeza pandangan politik kerana ibadat qurban adalah untuk semua yang beragama Islam.selain itu katanya PAS kawasan pasir gudang juga aktif dalam menjalankan program kebajikan untuk fakir miskin dan juga kerap mengadakan majlis ilmu untuk semua yang berminat tidak kira juga fahaman politik.

abusiraj almuner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads