Khamis, 4 Oktober 2012

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Ribut Dan Hujan Batu Landa <b>Pasir Gudang</b>, Johor

Posted: 09 Sep 2012 05:45 PM PDT

Ribut Dan Hujan Batu Landa Pasir Gudang, Johor : Sebuah taman perumahan di Pasir Gudang dilanda ribut beserta hujan batu yang agak kuat semalam.

Ribut Dan Hujan Batu Landa Pasir Gudang, Johor

Penduduk bekerjasama membaik pulih keadaan bumbung yang diterbangkan ribut.

Lebih 600 penduduk di Jalan Bayan, Taman Kota Puteri di sini panik apabila kawasan perumahan mereka dilanda ribut dan hujan batu dalam kejadian jam 3 petang semalam.

Ribut yang berlaku secara tiba-tiba menimbulkan suasana kelam-kabut dalam kalangan penduduk yang terkejut dengan kejadian yang pertama kali berlaku itu.

[Remaja Perempuan Maut di Rempuh Lori Ais]

Mangsa, Zulkifli Mohd Noh, 54, berkata, ketika hujan turun dengan lebat dia berada di tingkat atas rumah sebelum isteri mengajaknya melihat hujan air batu.

Menurutnya, bagaimanapun dalam sekelip mata hujan air batu disusuli ribut yang kuat sehingga sebahagian besar bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang berkenaan.

"Pada mulanya isteri saya memanggil-manggil supaya datang melihat hujan air batu, tapi tak sampai seminit ribut kuat melanda sehingga isteri saya menjerit dan menangis kerana terlalu terkejut.

"Saya lihat suasana di luar rumah begitu kelam-kabut dengan keadaan jiran yang panik melihat kejadian yang tak pernah lagi berlaku sepanjang 20 tahun saya menetap di sini," katanya kepada wartawan.

Seorang lagi mangsa, K Senthil, 34, berkata, dia bersama suami terpaksa membawa empat anaknya berlari keluar rumah selepas secara tiba-tiba bumbung rumah tercabut diterbangkan  angin kencang.

Menurutnya, ketika itu hujan turun dengan lebat berserta ribut dan petir yang amat menakutkan.

"Kami menjerit lari keluar rumah bersama jiran yang lain kerana bimbang rumah runtuh selepas melihat keadaan ribut yang terlalu kuat.

"Saya rasa masih trauma kerana sepanjang hidup saya tidak pernah melihat ribut sekuat ini," katanya.

[Kerana Mabuk, Terbocor Skandal Dengan Isteri Rakan]

Sementara itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Syed Abdullah berkata, hasil bancian yang dibuat sebanyak 172 daripada keseluruhan 400 buah rumah di Taman Kota Puteri, di sini, mengalami kerosakan akibat dipukul ribut.

Menurutnya, bagaimanapun hanya 20 rumah yang kritikal selepas dua rumah, dua kereta dan sebuah van yang musnah di hempap pokok dalam kejadian ribut berkenaan.

"Kita bersimpati dengan mangsa yang terlibat dan mengeluarkan sedikit dana untuk membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa.

"Selain itu, kita turut mengerahkan jentera kita untuk membantu membaik pulih bumbung rumah mangsa yang tercabut dan musnah dalam kejadian secara mengejut itu," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Cawangan Cenderai, M Sani Hashim berkata, pihaknya telah memaklumkan kejadian itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas, Datuk M Munusamy.

Menurutnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang untuk menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang terlibat.

"Datuk Munusamy akan turun melawat mangsa yang terlibat dalam masa terdekat.

"Kita bersyukur walaupun banyak pokok yang tumbang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, tapi tidak menyebabkan kemalangan jiwa," katanya.

Sinar Harian difahamkan lebih 30 pokok tumbang di sekitar kawasan itu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk lebih 3 jam.

BERITA TERKINI  @ forblogger.

Connect Facebook

5.0

Jawatan kosong Lift operator <b>di pasir gudang</b> (MMHE) Application <b>...</b>

Posted: 31 Aug 2012 04:31 AM PDT

Today 14:34.

Jawatan kosong Lift operator di pasir gudang  ( penjaga lif) untuk lokasi di MMHE, Pasir gudang ,JohorPengalaman tidak diperlukan . Janji rajin serta berminat untuk belajar sesuatu yang baru . Lulusan SPM yang masih mencari pekerjaan amatlah di alu – alukan . Rumah disediakan dan transportation juga di sediakan.

Jika berminat hubungi terus aidil 018 3214556

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads