01 di pengerang - Google Blog Search |
Anak Sungai Derhaka: Kerana pertahan Rapid <b>di Pengerang</b> <b>...</b> Posted: 02 Oct 2012 01:05 AM PDT Sebahagian rakyat Pengerang mahu calon lain menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said mempertahan kerusi Parlimen itu dalam pilihan raya umum ke 13. Perkara ini diberitahu oleh bekas Setiausaha Umno bahagian, Sairy Raasiban yang dihubungi hari ini. "Rakyat tidak puas hati dengan Azalina termasuk menangani isu petroleum di Pengerang. Nelayan-nelayan yang terpaksa berpindah tidak puas hati soal pampasan. "Orang politik (Azalina) kena selesaikan isu supaya mereka mendapat pampasan setimpal," katanya. Azalina bekas ketua Puteri Umno dan bekas menteri kabinet sudah dua penggal menjadi ahli Parlimen Pengerang iaitu pada 2004 dan 2008. Beliau menang tanpa bertanding dalam kedua-dua pilihan raya itu. "Orang Pengerang ada calon lain…mereka mahu orang tempatan. "Azalina bukan orang sini (tempatan)," tambah Sairy ~ Free Malaysia Today Beberapa hari lalu The Malaysian Insider telah melaporkan Azalina telah mencabar Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub untuk berdebat mengenai isu pampasan tanah penduduk Pengerang yang dakwa Salahuddin terlalu murah. "Itu semua dakwaan rambang dan rumusan secara menyeluruh. Harga pampasan tanah RM2.80 adalah untuk kawasan tanah yang jauh dari jalan utama, sedangkan kerajaan menilai bukan setakat tanah, tapi turut menilai bangunan, termasuk tanaman di atas tanah tersebut. "Setakat ini jumlah tertinggi yang diberikan adalah RM8 sekaki persegi," tegas Azalina ketika sidang media di Parlimen hari ini. "Di mana keikhlasan pembangkang? Himpunan ini berbaur politik dan tidak ikhlas. Apa guna buat himpunan kalau ia banyak orang luar, dan pengundi saya belum tentu hadir." "Saya cabar Salahuddin Ayub berdebat pasal isu ini di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, sebelum pilihan raya ini," tegasnya ~ The Malaysian Insider Azalina sepatutnya tidak mencabar Salahuddin untuk berdebat.. tetapi sebagai Ahli Parlimen Pengerang beliau sepatutnya menyambut cabaran debat oleh penduduk Pengerang yang diketuai oleh Taufik bin Tahir pada 8 Februari 2012 yang lalu mengenai isu di Pengerang...
|
PEMBANGKANG TIDAK SEPENDAPAT PROJEK RAPID <b>DI</b> <b>...</b> Posted: 08 Oct 2012 02:05 AM PDT MO,KUALA LUMPUR, 8/10/2012 – Isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor mencetuskan perdebatan terbuka antara dua sekutu pembangkang iaitu PAS dan Parti Keadilan Rakyat(PKR). Kedua-dua pimpinan parti itu dilihat mengeluarkan kenyataan bercanggah serta tidak sependapat berhubung projek berkenaan. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Rapid akan tetap dijalankan sekiranya pembangkang menang di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. "Saya tetap berpandangan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberikan amanah untuk mentadbir Johor, maka mereka boleh membangunkan projek Rapid di Pengerang ataupun mana-mana tempat di Johor. "Johor negeri yang luas dan tidak timbul isu nak memindahkan Rapid ke tempat lain ataupun kita menolak projek ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin. Sebelum ini Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen mencadangkan agar projek tersebut dipindahkan ke Kerteh kerana mendakwa kos pembinaan projek Rapid yang bakal menelan belanja sebanyak RM60 bilion itu merupakan satu pembaziran. Bagaimanapun Salahuddin menyifatkan kenyataan Wong sebagai pandangan peribadi pemimpin PKR itu tanpa mencerminkan pendirian pembangkang secara bersama.- ( Dipetik daripada MStar) |
You are subscribed to email updates from di pengerang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan