Rabu, 24 Oktober 2012

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Salina Ibrahim: Sedikit Cerita <b>di Segamat</b>

Posted: 16 Oct 2012 09:25 PM PDT

BERTANDANG ke Segamat lagi. Destinasi kali ini ke UiTM cawangan Johor bagi memenuhi undangan program Bicara Sastera. Program hasil kerjasama DBP Wilayah Selatan dan Persatuan Penulis Johor daerah Segamat ini diadakan bagi meraikan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012. Program dua hari ini mempertemukan para penulis, yang berkongsi perjalanan kreatif masing-masing.

Ada Rahimah Muda, Haji Shapiai Muhamad Ramly, Zaid Akhtar, Syukri Sapuan dan Dr. Arbak Othman. Turut hadir novelis Saga, Cikgu A.Talib Hassan. Saya tiba menjelang tengah hari, sebab pagi itu baru bertolak dari KL. Hanya sempat dengar separuh perkongsian pengalaman Puan Rahimah. Tak sempat berbual panjang dengan Mem (saya panggilnya Mem sebab cerpennya 'Mem Bercoker Emas' yang menang HSKU 2011 baru-baru ini) sebab dia hendak pulang ke Johor Bharu petang itu juga.

Slot saya pada sebelah petang bersama-sama Zaid Akhtar. Datang dari jauh, jadi saya ambil kesempatan bermalam di sana. Jadi, dapatlah menjengah bandar Segamat bersama-sama Dr. Arbak dan Syukri yang juga bermalam di sana. Peluang bertemu para penulis (tidak kiralah lama atau baru, muda atau tak muda), dapat dimanfaatkan untuk berkongsi cerita, saling tahu perkembangan masing-masing, malah boleh dapat idea untuk projek penulisan seterusnya. Maklumlah kerja-kerja penulisan ini selalunya dilakukan seorang diri, peluang bersua muka kawan-kawan penulis hanya pada waktu tertentu dan sebab itu kena gunakan peluang betul-betul.


Di UiTM Segamat itu, ramai juga calon penulis (malah ada yang sudah bergelar penulis pun). Dalam banyak-banyak UiTM, saya fikir UiTM Segamat itulah yang paling rajin mengadakan aktiviti sastera, walaupun di sana tidak ada pengajian Komunikasi Massa atau Seni Halus. Terima kasih kepada Prof Madya Haji Ahmad Nawawi Haji Yaakob, Encik Ainol Hasanal Jalaludin dan warga UiTM atas sambutan mesra. Semoga sedikit perkongsian, kita dapat manfaatkan sama-sama. Panjang umur, jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads