01 di stulang - Google Blog Search |
DAP Optimis Tawan <b>Stulang</b> « ibn_bacoks Posted: 04 Sep 2012 08:59 PM PDT (Pembukaan rasmi Bilik Gerakan DAP di Stulang) JOHOR BAHRU – Dengan kelebihan mengecilkan majoriti kemenangan BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, mengundang keyakinan yang tinggi buat DAP untuk menawan kerusi tersebut. Menurut Setiausaha Publisitinya, Tony Pua, tumpuan partnya terarah di situ kerana riak-riak perubahan mula membengkak dengan hasrat mengambil alih tampok pemerintahan negara. "Pada tahun 2008, Barisan Nasional (BN) menerusi MCA menang dengan lebihan undi yang tidak banyak di DUN Stulang dan kami percaya DAP boleh menang pada Pilihan raya Umum (PRU) 13 seterusnyan menawan kerusi kawasan ini. "DAP berharap dengan perubahan dan kejayaan yang dicapai di beberapa negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR), kita dapat meningkatkan undi kepada DAP daripada kaum Melayu, Cina dan India," katanya dalam satu kenyataan. Ibn bacoks diifahamkan, Setiausaha Pemuda DAP Johor, Andrew Kah Eng disebut-sebut bakal dicalonkan dalam PRU di kawasan terbabit. Untuk rekod, penyandangnya Mok Chek Hou-BN hanya mampu menang dengan majoriti 4181 sahaja. Sementara itu, selain lonjakan sokongan memihak kepada DAP, Pengerusinya, Dr Boo Cheng Hau berkata, pembukaan Bilik Gerakan DAP di DUN Stulang itu merupakan yang ke 17 sejak PRU 2008 lagi dilihat mampu membuatkan BN di situ dalam keadaan yang tidak selesa. Cheng Hau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP DUN Stulang, di Taman Maju Jaya, dekat sini, baru-baru ini. Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. |
You are subscribed to email updates from di stulang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan