01 di tangkak - Google Blog Search |
TEMPAHAN RAYA HAJI & Makan2 <b>Di</b> Kolej Matrikulasi - Am-Flora Posted: 27 Oct 2012 07:25 AM PDT Amalina yang ke 4 dari kiri.. Minggu ini dari 29/10/12 hingga 10/11/12 dia orang akan menghadapi final exam 1st semester. (Mama doakan kakak & rakan sekelas dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan mudah hendaknya, banyakkan doa dan solat hajat moga berjaya..!) Sebelum tengok tempahan cuci mata jap dengan riaksi Amalina dan rakan2 kelasnya di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor, Tengoklah tu macam2 gaya..! Kat bawah ni lagi.. gaya apa tah tak tahulah tu..! Ada gaya sakit kepala pun ada.., sebab siap picit2 kepala lagi, tahu ler.. tengah berhempas-pulas study utk ezam ni.. tapi janganlah sampai nak hantuk2 kepala pulak ya..! heee... Sebelum Raya Haji tempohari sibuk menyiapkan pelbagai tempahan sehinggakan pada pagi raya haji pun masih ada lagi. Ketika ini memang pinggang bagai nak patah..! kata orang dah bengkok tak boleh nak tegak..! heee... Dalam minggu tersebut boleh di katakan setiap hari ada saja tempahan yang nak di buat, dari pagi sambung ke petang dari petang terus ke malam, terus menerus dalam 3-4 hari sampailah ke raya haji tempohari. Macam-macam gaya..! Gaya lentok pun ada....Kebetulan pulak Sabtu lepas (20/10/12) terpaksa naik ke Muar tengok Amalina di Kolej Matrikulasi, Tangkak sebab raya haji ni dia tak balik kerana sibuk prepare utk final ezam semester pertama ni.. jadi kita orang cadang bawakan makanan menu raya untuk Amalina dan rakan2 kolejnya. Nak jenguk Amalina time Raya Haji tu tak boleh pulak sebab abah dia memang sibuk dengan sembelihan korban jadi terpaksalah datang ke kolejnya seminggu awal. Kesian pulak rasanya sebab raya haji ni dia & rakan2nya tak balik jadi lebih kurang seramai 20 orang semuanya termasuk roomatenya dan rakan2 sekelasnya.. riuh-rendah ketika itu.. suka tengok dia orang makan2..! Bukan main suka & seronok lagi mereka dapat menjamu selera menu raya seperti Nasi impit, rendang ayam, sambal kupang, rendang kupang, sayur lodeh dan kek coklat moist juga sedikit blueberry cistat. Kira malam tu.. sambil masak2 utk di bawa ke Tangkak sambil buat tempahan orang. Suka tengok dia orang makan... insyallah ada masa boleh datang dan bawak makanan Moga dia orang semua mendpat keputusan yang cemerlang dalam final ezam 1st semester ini.. Aminnnn..!!! Petang tu juga berdesup.. cepat2 balik ke JB sebab malamnya ada tempahan yang menanti untuk di buat lagi walaupun penat dan lepak-selepaknya tapi seronok sebab dapat jenguk dia orang dan suka tengok mereka makan dengan berselera sekali..! Berbalik cerita tempahan pulak...! 11 bekas blueberry cistat lebih kurang 500pcs 6 bekas (300) + 200 apam polkadot - Tempahan dari Lina & anaknya Tasha 3 bekas (150) - Shidah (sepupu) 1 bekas (50 utk cikgu Mira) Deretan Bluerry cistat sebanyak 500 pcs utk tempahan Raya Haji... 2 sets pulut kuning + rendang daging utk pagi Raya Haji - Tempahan dari Pn. Jelita dari Singapura tapi hantar di Tmn Sutera, J.B. Terima kasih Jelita.., sejelita orangnya..! 50 Fruits Tart + Kek coklat Moist tempahan dari Fad (roomate Amalina) dari Kolej Matrikulasi, Tangkak, Johor utk b'day ayah & ibunya utk di bawa balik ke Kulai. 1 set Bingka Ubi + 50 Creampuff (Pn. Rahmah) Pelbagai tempahan kueh-mueh dari Pn. Lyn (officemate hb) sempena b'day anaknya (Tempahan yg berderet nilah.. yg nak di buat malamnya selepas balik dari Muar) Tempahan beliau spt Brownies/100 creampuff/100 apam polkadot/50 fruits tart dan Tempahan Talam Keladi dari Pn. Hafia (Tmn. Bukit Dahlia) - 20/10/12 2 sets Serimuka Pandan dari Ustazah Hafizah - SMK Seri Alam 2 - 20/10/12 Tempahan 150 blueberry cistat - Pn. Asmah (Tmn. Bukit Dahlia) - 19/10/12
|
You are subscribed to email updates from di tangkak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan