Isnin, 12 November 2012

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


LATIHAN & KERJAYA IPM: Status Banjir <b>di Batu Pahat</b>, Johor

Posted: 03 Nov 2012 08:33 AM PDT

Status Banjir di Batu Pahat, Johor

Menurut maklumat yang diterima setakat jam 2000, terdapat empat buah Pusat Pemindahan Banjir yang telah dibuka. Tiga daripadanya terletak di Pt. Sulong, Batu Pahat dan satu di Penggaram, Batu Pahat. Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan ini telah meningkat kepada 219 orang.
Keadaan cuaca pula dilaporkan hujan renyai-renyai manakala paras air masih kekal tidak berubah.
Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu Pahat

Rosmah Simpati Nasib Mangsa Banjir <b>Di Batu Pahat</b>

Posted: 10 Nov 2012 12:34 AM PST

 

 

BATU PAHAT 10 Nov - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama ahli-ahli Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) hari ini meneruskan niat murni melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara di Sekolah Agama Seri Aman Kg Bahru di sini.

 

Pada lawatan hari ini pihak BAKTI turut menyumbangkan beberapa sumbangan kepada mangsa banjir seperti keperluan harian bagi meringankan beban mereka yang ditimpa musibah itu.

 

Semasa mengadakan lawatan tersebut, Rosmah yang juga merupakan Yang Di Pertua BAKTI turut meluahkan rasa simpati beliau kepada mangsa banjir dan berharap agar mereka bersabar dengan dugaan yang menimpa.

 

 

Pusat Penempatan Sementara itu menempatkan 100 orang mangsa banjir termasuk empat orang warga emas dans seorang Orang kurang upaya (OKU).

 

Sebelum ini, dalam sesi lawatannya ke Dengkil, Selangor, Rosmah berkata, pihaknya (BAKTI) telah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan RM 10 ribu kepada setiap negeri yang mengalami banjir iaitu di negeri Selangor, Johor, Melaka dan Perak.

 

Mangsa banjir kelihatan teruja dan gembira apabila isteri Perdana Menteri itu hadir melawat mereka walaupun memiliki jadual harian yang padat.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads