01 di desaru - Google Blog Search |
BLOG JOHOR: 01 <b>di desaru</b> - Google Blog Search Posted: 06 Nov 2012 01:39 PM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |
Sepetang <b>di Desaru</b> dan Tanjung Balau - Xpdc Faiz Posted: 15 Jul 2012 06:52 AM PDT Hari minggu kali ini kami melepak di Desaru dan Tanjung Balau, Kota Tinggi yang hanya 30min berkereta dari rumah kami. Pusat peranginan yang terkenal di Johor ini sememangnya menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu daripada asik lepak di rumah sahaja. Maka, kami singgah dulu ke Bandar Penawar untuk membeli makanan sebelum lepak di Tanjung Balau. Bandar Penawar yang sunyi. Petang yang agak panas tidak menghalang kami dan pengunjung lain dari beraktiviti di Tanjung Balau. Pantainya yang landai dan kemudahan yang ada, menjadi keselesaan bagi semua pengunjung. Pengawal pantai juga sedia khidmat sekiranya berlaku kecemasan. Kami di Tanjung Balau Lepak-lepak sambil bersukan., hehe. Setelah puas mandi manda, kami berkunjung pula ke Muzium Nelayan. Bayaran hanya RM2, memberi maklumat jelas mengenai aktiviti perikanan di Malaysia. Pelbagai info dan barang pameran menerangkan kepelbagaian cara dan peralatan menangkap ikan. Kami di Muzzium Nelayan Cantik sungguh! Pelbagai bahan pemeran yang menarik. Patung mini dengan lanskap perkampungan nelayan zaman dahulu. Setelah puas menikmati keindahan pantai di tanjung Balau, kami melepak pula di Pantai Desaru, Kami tidak mandi di pantai Desaru ini kerana telah bersiap lebih awal setelah mandi di Tanjung Balau. Melepak di pantai Desaru Sesungguhnya kami sangat gembira dan ceria semasa sepetang di tempat tersebut. |
You are subscribed to email updates from di desaru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan