|      BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search       Posted: 05 Nov 2012 09:53 AM PST     Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info              URL Sumber Asal :-      
 |      BLOG JOHOR: 01 <b>di endau</b> - Google Blog Search       Posted: 26 Sep 2012 09:45 AM PDT       Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info         URL Sumber Asal :-    
 |    TIGA PROGRAM DATO' FAUZI <b>DI</b> ROMPIN DAN <b>ENDAU</b>   Posted: 07 Jul 2012 10:08 AM PDT     Pengerusi MPN KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman telah menghadiri tiga program bersama rakyat di sekitar Rompin dan Endau pada 06 Jul 2012 baru-baru ini.     Program pertama beliau adalah menghadiri jamuan makan malam bersama masyarakat Cina sekitar Rompin di sebuah restoren Cina berhampiran Pekan Rompin.  Turut menjadi tetamu adalah YB Tian Chua (MP Batu) dan YB Zuraidah (MP Ampang) bersama pimpinan DAP dan PAS kawasan Rompin.  Hadir bersama juga adalah Ketua Cabang KEADILAN Rompin, Sdr Rabidin (Wak Rabidin).   Sambutan masyarakat Cina amat memuaskan dan ini merupakan satu sejarah di Rompin di mana satu majlis makan malam diadakan bersama dengan dihadiri oleh berbagai kaum termasuk kaum Orang Asal di Rompin.  Dato' Fauzi, YB Tian Chua, YB Zuraidah dan pemimpin PAS turut berucap ringkas pada jamuan makan malam tersebut.  Dato' Fauzi berjaya menarik perhatian kaum Cina apabila beliau berucap di dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh dari mereka yang hadir.   Selepas jamuan makan malam, Dato' Fauzi bergegas ke Markas PAS Tanjung Endau pula untuk berceramah.  Turut berceramah di sana juga adalah YB Zuraidah dan YB Tian Chua.  Kehadiran orang ramai di Tanjung Endau iaitu satu kawasan kubu kuat Umno di Johor itu boleh dibanggakan.  Dato' Fauzi banyak mengimbas kembali sejarah perjuangan pemimpin Umno dahulu yang sanggup berkorban harta mereka demi memperjuangkan nasib rakyat.  Pemimpin Umno mula mengira harta benda dan kepentingan diri serta keluarga dan kroni masing-masing bermula di zaman Tun Mahathir hinggalah sekarang.   Walaupun agak kelewatan untuk Dato' Fauzi berceramah di Dataran Rompin selepas itu, beliau tetap hadir ke sana untuk menemui masyarakat setempat yang ramai hadir di situ.  Di Dataran Rompin, YB Tian Chua dan YB Zuraidah juga berkesempatan berucap sebelum ketibaan Dato' Fauzi.  Di kesempatan itu, beliau mengambil masa yang agak panjang untuk berbual mesra bersama masyarakat dan pimpinan setempat di sebuah kedai makan berhampiran Dataran Rompin.    Keseluruhannya, program yang diadakan di Rompin dan Endau amat berjaya di mana semua program yang diadakan mendapat sambutan yang baik.  Satu petanda bahawa Rompin bukan lagi kawasan selamat buat Umno/Bn.  Melihat kepada sambutan rakyat setempat di Endau pula, memang benarlah seperti yang didakwa, Johor juga kini terancam dengan kemaraan Pakatan Rakyat.  InsyaAllah, Pahang dan Johor bukan negeri yang didakwa oleh Daim Zainuddin sebagai di antara negeri yang kekal di bawah Umno/Bn.       |    
          |    
            |   
|      KOMANDER UiTM JOHOR: Perkhemahan Kompeni JPAM <b>di Endau</b> <b>...</b>       Posted: 01 Aug 2012 07:26 AM PDT         
   Semua pelajar berkumpul pada jam 3.00 petang di padang kawad sebelum  bertolak. Pelajar diberikan taklimat oleh   En. Juakhir bin hassan dan para komander mengenai penginapan, aktiviti dan silibus yang akan dipelajari. Setelah tiba di pusat  latihan pada jam 6.30 petang, para peserta diminta memasang khemah  masing-masing dan bersiap-sedia untuk bersolat.Pada jam 7.00 petang, para peserta solat jamak marghrib dan Isyak secara berjemaah dan menikmati makan malam yang telah disediakan.Pada jam 9.00 malam, selepas  solat dan  makan malam diadakan 'Ice  Breaking'. Selepas itu diadakan aktiviti LDK(Latihan  Dalam Kumpulan). LDK1 lebih kepada aktiviti pengenalan bersama ahli-ahli Jabatan Pertahanan Awam  Malaysia bersama komander-komander pengiring. Terdapat  beberapa aktiviti yang dijalankan seperti 'Ice  Breaking' dan permainan berkumpulan. Sebelum bersurai, para facilitator  telah memberikan taklimat mengenai 'sentri' atau jaga malam.Semua pelajar bersurai pada jam 12.00 malam. Sentri juga telah bermula  pada malam pertama dan setiap kumpulan pelajar bergilir-gilir melakukan sentri.             Pelajar bangun pada jam 5.00 pagi dan solat subuh secara berjemaah.  Pada jam 6.30 pagi semua pelajar berkumpul di kawasan lapang untuk memulakan  latihan jasmani dibawah penyelarasan  para fasilitator.     Setelah  itu, pelajar menikmati sarapan pagi sebelum ke aktiviti seterusnya. komander  bertugas telah mengadakan aktiviti LDK2 dimana para pelajar telah diajar cara  untuk melakukan aktiviti ikhtiar hidup.     Pada jam 11.00 pagi, para telah diberikan sedikit penerangan mengenai aktiviti  mereka pada hari tersebut iaitu program jungle  trekking. Para peserta diberi taklimat oleh renjer yang telah ditugaskan  bagi melaksanakan aktiviti ini. Para peserta diminta berbaris memanjang untuk  melalui anak sungai, memanjat bukit dan jambatan gantung. Perjalanan mengambil  masa lebih kurang satu jam. Setiba di tempat yang dituju, peserta lelaki  ditugaskan untuk mencari kayu buluh, manakala peserta perempuan mengumpulkan  kayu api, daun kering dan menyalakannya. Mereka dikehendaki menyediakan makanan  tengahari dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dibekalkan seperti ubi  kentang, ikan kering dan maggi. Oleh sebab hujan lebat, aktiviti seterusnya  terpaksa dibatalkan dan para peserta terpaksa pulang ke tapak perkhemahan.     Selepas aktiviti tersebut, para pelajar membersihkan diri serta  bersiap-sedia untuk solat jamak  maghrib  dan Isyak. Tepat jam 7.00 petang, para pelajar bersiap sedia untuk solat  berjemaah. Selepas selesai solat berjemaah, para pelajar menjamu selera pada  jam 8.00 malam. Pada  jam seterusnya, aktiviti malam kebudayaan telah diadakan. Para peserta telah  dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan mengikut kumpulan  masing-masing. Aktiviti berakhir pada jam 10.00 malam .     Disebabkan hujan  renyai-renyai, aktiviti Night Walk telah  dicepatkan daripada jadual yang sepatutnya.  Aktiviti ini dipandu oleh jurupandu yang telah ditugaskan untuk membawa  para peserta menjalani aktiviti tersebut. Aktiviti berakhir pada jam 12.00  malam dan para peserta bersiap-sedia untuk tidur dan berehat.               Pelajar  bangun seperti biasa pada jam 6.00 pagi. Pelajar solat subuh secara berjemaah  sebelum memulakan senaman dan latihan fizikal.Selepas itu, semua pelajar telah diberikan sarapan pagi. Selepas  persiapan diri, pada jam 11.30 pagi renjer  bertugas telah mengambil tempat bagi memulakan aktiviti yang  seterusnya iaitu pembelajaran berenang  dengan menggunakan bahan yang telah dibekalkan manakala para fasilitator  disediakan dengan aktiviti berkayak. Sebelum dibenarkan  melakukan aktiviti ini, para peserta dan para fasilitator telah diberikan  taklimat dan penerangan serta diajar bagaimana menggunakan peralatan yang telah  disediakan seperti 'Live Jacket'.Para peserta dikehendaki untuk melakukan aktiviti 'Water Confidence'. Aktiviti ini memerlukan pelajar terjun ke dalam  tasik dan dibekalkan dengan  'Live Jacket'. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih pelajar agar tidak panik  semasa berada di dalam air. Pelajar  telah dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan akan melakukan  aktiviti secara bergilir-gilir.Selepas selesai semua aktiviti dijalankan, para pelajar diberikan waktu untuk solat asar berjemaah.  Setelah itu, para pelajar diberikan tugas setiap platun bagi  membersihkan kawasan perkhemahan selepas makan untuk kali terakhir di tapak  perkhemahan. Seterusnya rumusan oleh jurulatih dan sesi bergambar bersama  pegawai dan semua komander serta pelajar yang terlibat dalam melaksanakan  aktiviti perkhemahan ini. Para pelajar telah bersiap sedia untuk pulang ke  Uitm. Mereka pulang dengan menaiki bas yang telah disediakan. Tepat jam 7.30 petang, para pelajar Kokurikulum Kompeni Jabatan Pertahanan Awam tiba di Uitm Johor.  Mereka berkumpul di padang kawad sebelum bersurai.           |   
Tiada ulasan:
Catat Ulasan