Khamis, 22 November 2012

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Panggilan bom <b>di</b> Plaza Angsana, <b>Johor Bahru</b> adalah palsu <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2012 12:45 AM PST

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Komisioner Roslan Haasan mengesahkan panggilan bom di Plaza Angsana, di Johor Bharu adalah palsu.

Katanya, pemeriksaan lebih dua jam tidak menjumpai sebarang objek yang didakwa bom di premis terbabit.

Terdahulu, ratusan peniaga dan pengunjung diarahkan mengosongkan Plaza Angsana di sini, selepas menerima panggilan bom di dalam kompleks perniagaan terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, polis mengarahkan orang ramai supaya mengosongkan premis terbabit.

Sumber memberitahu, pada jam 10.45 pagi satu panggilan diterima memaklumkan ada bom dalam premis itu.

Kemudian penggera berbunyi hampir 15 minit sebelum polis mengarahkan orang ramai keluar daripada premis.

- BERITA HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads