Jumaat, 23 November 2012

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Bersama Mazidul: KEMALANGAN MAUT <b>DI JOHOR BAHRU</b>

Posted: 16 Jul 2012 04:48 AM PDT

Saya dan kru Majalah 3, bergerak dari hotel di Johor Bahru, Johor, pada jam 11 pagi tadi. Sewaktu menuju ke susur keluar ke Senai, kami terlihat kenderaan bergerak perlahan.
Pantas saya mengeluarkan kamera digital dari beg galas.
"Kemalangan maut," ujar pemandu spontan.

Jam tangan menunjukkan pukul 11.15 pagi.

Sebaik kenderaan di parkir di tempat selamat, pantas saya meluru keluar dan merakamkan gambar mangsa, meninggal dunia di lokasi kejadian. 
Seperti biasa gambar, close up jenazah terpaksa dikaburkan.
Hujan turun rintik rintik tidak dipedulikan oleh pegawai dan anggota Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Tugasan mereka laksanakan.

Pegawai Penyiasat, Inspektor Haizir Samsuddin kelihatan mencatkan maklumat berhubung kemalangan maut terbabit.
"Seorang lagi mangsa telah dibawa ke hospital, dia cedera parah," bisik anggota bertugas di lokasi sama.
"Dia pembonceng atau penunggang?," soal saya kembali.
"Belum pasti lagi tetapi topi keledar merah itu milik mangsa dihantar ke hospital," balasnya.
Saya perhatikan, kelopak mata mangsa terbuka. 
Ingin saya cuba menutupkannya tetapi bimbang mengganggu tugas pihak berkuasa. Diperhatikan dari jarak dekat, hanya bahagian dagu kiri kelihatan luka sedikit.
Polis turut menemui beg duit dan telefon bimbit mangsa tanpa kad pengenalan diri.
Motosikal jenis Yamaha LC 135 tercampak kira-kira 10 meter dari lokasi mayat terbujur kaku.
Sementara menunggu Inspektor Haizir selesai melaksanakan tugasnya, anggota trafik lain memastikan aliran trafik berjalan lancar. 
Mereka peramah dan tidak lokek senyuman. 
Dengan bantuan jurukamera, Rohaizat Roslan, video blog dirakamkan di lokasi kejadian dan kemudian dimuat naik di laman Facebook saya, klik di sini
Penunggang dipercayai terbabas lalu terlanggar penghadang jalan di sebelah kanan sebelum tercampak kira-kira 10 meter di hadapan.
"Saya kenal pemilik motosikal itu dan telah menghubungi dia di rumah," ujar lelaki di tengah. 
"Ertinya, motosikal ini milik orang lain?," tanya saya.
"Ya. Mungkin adik dia tunggang," balasnya. 
Saya kemudian memaklumkan anggota polis kelihatan cuba menghubungi kenalan mangsa menggunakan telefon bimbit berhubung maklumat diperolehi. 
"Lelaki berbaju merah di seberang jalan mengenali pemilik motosikal," ujar saya ringkas.
Diharapkan tindakan itu memudahkan polis memaklumkan keluarga mangsa berhubung kejadian tidak diduga itu.
Apapun, takziah kepada keluarga mangsa terkorban.
Mudahnya nyawa melayang justeru berhati-hati di jalanraya.

NOTA : Jangan lupa menyaksikan kisah Kru Penyingkap Fakta 666 di Misteri Nusantara, esok, Selasa, jam 9 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads