Sabtu, 24 November 2012

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Aien Not Alien: CINTAKU TERTINGGAL <b>DI KLUANG</b>

Posted: 21 Nov 2012 06:39 PM PST

Assalamualaikum wbt....
Aku pernah tinggal di Kluang masa umur 6 tahun sehingga 9 tahun sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur, kemudian ke Gua Musang dan akhirnya terdampar di Bumi Hang Tuah. Masa sekolah rendah sering berpindah-randah buat aku tak sempat nak ada sahabat....yang ada hanya kawan-kawan. Entry kali ini aku nak kongsi pengalaman tinggal di Kluang. 
Cuba ingat-ingat semula kenangan lama......
Umur 6 Tahun bersekolah di Tabika Kemas terletak di Jalan Sawi, Taman Yap Tau Sah, Kluang. Berjaya ingat nama penuh....hehehe. Masa ni kawan baik aku Shima dengan Fateha....dua2 merupakan anak jiran sebelah menyebelah itu pasal jadi kawan baik, pergi sekolah sama-sama mahunya tak baikkan? hehe. Masa ni aku belum nakal lagi...masih ayu-ayu gitu dengan rambut panjang paras montot yang selalu ditocang dua. Cerrr bayangkan budak tadika yang ayu-ayu rupanya acane?? hahaha. Pastu kawan selepas waktu sekolah semua kakak-kakak je pasal yang sebaya dengan aku mak ayah tak bagi keluar bermain sangat. Teringat lak Kak Noni, Kak Saida, Kak Idah...semua dah kawen aku dengar cerita. Tak lupa juga Amin Panjang dan Amin Pendek...geng main lompat getah, galah panjang, baling selipar, polis entry wan tu jaga...hakhak. 
Darjah 1 sehingga Darjah 3 pula bersekolah di SK Perempuan Bandar Kluang. Masa ni kawan-kawan aku semuanya perempuan, dah nama pun sekolah perempuankan....lelaki lak sekolah dorang berhadapan je dengan sekolah aku. Sebelah sekolah lelaki ialah Masjid Jamek Kluang....sebelah masjid lak merupakan Sekolah Tinggi Kluang yang merupakan sekolah Abang H...cehhh abang. :) Memang dia pangkat abang2 pun. Ntah-ntah dia sebaya dengan salah sorang abang sepupu aku Yasser, Yazib dengan Helmi yang bersekolah dekat STK juga dulu. Siapa tahu....Malaysia ni kecik jep.
Apa yang aku ingat lagi...balik sekolah selalu berebut-rebut beli Mee Siput + Kuah Kacang yang dijual penjaja tepi pagar sekolah. Kadang-kadang beli kacang sambal, kadang beli gula-gula yang ada cincin tu, kadang beli anting-anting yang lekat kat telinga tu. Teringat juga kenangan berebut-rebut nak naik Bas Sekolah Pak Cik Bakri....sumpah aku rindu semua ni. Masa ni kudrat aku macam anak jantan....dah tak ayu sangat sejak ayah aku potong rambut aku pendek-pendek. Berjemur sakan buat kulit aku mula gelap dan masa ni aku rasa aku saling tak tumpah macam anak itik yang hodoh....kakak aku putih. Perasaan budak-budakkan....nak2 buku cerita kanak2 macam Cumi dan Ciki, Anak Itik Yang Hodoh, Sang Kancil dan Sang Buaya dan seangkatan dengannya menjadi peneman aku membesar...... :)) Agak terpengaruh la sikit. 
Tak lupa juga kenangan pergi berkelah ke Gunung Belumut...ikut jalan yang kena lalu ladang kelapa sawit sambil ditemani radio yang memutarkan kaset lagu Nora sepanjang perjalanan memang best. Masa ni aku hafal semua lagu Nora....dan juga lagu-lagu Mamat Exist. Dulu masa aku duduk Kluang tak banyak sangat Shopping Mall yang besar-besar, paling besar sempat aku merasa pun Plaza BCB Kluang....sekarang macam-macam ada kata sepupu aku.
Cukuplah setakat ini sahaja, lagipun panjang sangat siapa je yang nak baca. Kenangan lama....tempat jatuh lagikan dikenang, kalau boleh nak kembali semula ke sana bila ada rezeki. Abang sepupu asik ajak "Datang la aien....boleh tengok rumah baru aku sekali..." dari anak pertama pelawaan dihulur sampai dah masuk anak ketiga aku masih tak sampai-sampai lagi. Sekian. JUMPA LAGI. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads