ads

Jumaat, 23 November 2012

01 di labis - Google Blog Search

URL Sumber Asal :-

01 di labis - Google Blog Search

PASPB: <b>LABIS</b>!!! Kubu kuat MCA yang mungkin terlepas dalam PRU <b>...</b>

Posted: 09 Nov 2012 10:23 PM PST

Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia baru. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung untuk menjadi pertempuran hangat oleh sebab dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.

JOHOR BAHRU, 10 Nov — Labis adalah seperti pulau, jauh dari kebisingan kota, tidak ada siapa yang akan percaya bahawa kerusi parlimen ini dipegang oleh dua bintang utama MCA selama enam penggal iaitu bekas presiden Tun Dr Ling Liong Sik dan Datuk Seri Dr Chua Sio Lek yang sekarang ini memimpin MCA. 

Namanya, sesetengah ahli sejarah percaya berasal dari nama "labi-labi" yang menyerupai kura-kura; bergerak perlahan dan kelihatan mengantuk.

Kebanyakan penduduk bekerja di estet getah atau ladang kelapa sawit, manakala yang lain adalah peniaga kecil, kakitangan kerajaan atau hanya singgah melalui bahagian Johor yang sibuk.

Di sini, seseorang tidak dapat mendengar kebisingan industri mahupun melihat asap putih mencemarkan langit oleh kerana kilang terdekat adalah berbatu-batu jauhnya.

Selepas 7.00 malam, bas tidak lagi melalui jalan raya di bandar ini – lagipun, jarang penumpang turun di perhentian ini.

"Labis menjadi kawasan terpencil selepas pukul 7.00 petang ... laut mati. Lebih ironi lagi ... Ling Liong Sik merupakan menteri pengangkutan ketika beliau memegang kerusi Labis," kata penduduk tempatan, S. Madhavan baru-baru ini apabila ditemui.

Tey Koh Hout yang berumur enam puluh tiga tahun mempunyai perkara sama untuk dikatakan.

"MCA ... mereka semua sama, bukankah begitu? Mereka mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan dan mereka lupa siapa yang mengangkat mereka," katanya kepada portal berita ini.

"Terdapat banyak kemarahan kepada MCA ... kadang-kadang, mereka terlalu marah sehingga lupa mengapa mereka marah. Tetapi mereka tahu dan yakin bahawa mereka mahukan perubahan," kata Tan Chin Guan, pemimpin DAP tempatan.

"Penduduk Labis disembelih dalam pelbagai cara… tetapi mereka tidak tahu, mereka tidak berdosa.

"Tetapi hari ini, sesetengahnya sudah bertukar arah ... mereka mengatakan mahu mencuba sesuatu yang baru," kata bekas pegawai kepada menteri pendidikan, G. Krishnabagwan.

Madhavan, Tey, Tan dan Krishnabagwan, yang ditemui secara berasingan baru-baru ini, adalah diantara 22,600 pengundi bukan Melayu yang dianggarkan membentuk 62 peratus daripada 36,000 pengundi di Labis.

Suara mereka bergema dengan peningkatan orang bukan Melayu disini menentang MCA juga boleh menjadi tanda buruk kematian parti Cina terbesar itu, yang telah berjuang sejak prestasi suramnya dalam pilihan raya umum (PRU) 2008 untuk menawan semula sekurang-kurangnya sedikit sokongan Cina yang hilang.

Semasa wawancara satu sentimen tidak dapat dinafikan, sejumlah besar pengundi bukan Melayu di Labis pro pembangkang.

Mereka yang ditemuramah terlalu cepat untuk menyalahkan MCA dan Barisan Nasional (BN) bagi setiap kesusahan dihadapi - dari banjir biasa dikawasan kejiranan mereka dan kekurangan lampu jalan kepada kekurangan peluang pekerjaan dan perumahan mampu dimiliki.

Tan, berusia 60 tahun dan boleh berbahasa Inggeris, menguarkan lagi sentimen dilihat apabila berkata bahawa sesetengah pengundi berasa begitu marah terhadap MCA sehingga mereka lupa alasan kemarahan mereka.

"Tetapi ia masuk akal ... apabila anda melihat wajah-wajah sama setiap hari, membaca tentang nama-nama sama, dan kehidupan anda tetap sama, anda cenderung untuk mahu sesuatu yang berbeza. Selalunya MCA ... Tun Ling selama bertahun-tahun, selepas itu Soi Lek ... sekarang Tee Yong," katanya, yang terakhir merujuk kepada penyandang ahli parlimen, anak Dr Chua.

"Anda mula berfikir dalam diri sendiri, mari kita mencuba sesuatu yang baru. Apa salahnya kan? Kita sentiasa boleh menukar kembali kerajaan sekali lagi," katanya, semasa temu duga di rumahnya di pusat bandar Labis di sini.

Tun Ling, yang merupakan Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA selama 17 tahun sehingga tahun 2003, memegang kerusi Labis Parlimen selama lima penggal dari tahun 1986, tahun yang sama beliau menyertai kerajaan dan memimpin parti.
Beliau telah digantikan oleh Dr Chua pada PRU 2004, selepas dilantik sebagai Menteri Kesihatan dalam pentadbiran Abdullah.

Kerusi itu disandang oleh Datuk Chua Tee Yong, anak kepada Dr Chua, yang mengambil tempat bapanya selepas skandal seks pada tahun 2007 memaksa ahli politik veteran itu untuk keluar dari politik sketika, beberapa bulan sebelum pilihan raya 2008, tidak kurang daripada itu.

Tee Yong dikatakan mempunyai keberanian dan kelantangan sama seperti bapa beliau.

Mengambil kira usia mudanya, baru 35 tahun — reputasinya sebagai orang yang menuduh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terlibat dalam skandal perakaunan RM1 bilion Talam Corp, Chua dikatakan popular di kalangan pengundi Labis.

Tetapi semangat dan kemudaan mungkin tidak cukup untuk memenangi permainan bagi MCA di Labis, yang menjadi pentas pertempuran politik di selatan.

Bukan Tee Yong yang pengundi bukan Melayu tentang – tetapi bendera parti beliau mengingatkan pengundi kenangan tahun-tahun diabaikan sebelum ini.

"Presiden MCA sekarang,  lebih baik. Anak beliau selalu kesini, kami sering melihatnya.

"Dulu, Dr Ling langsung tak datang… Saya fikir reputasi beliau menyebabkan MCA bercelaru," kata seorang penjual minuman yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Tan.

"Semua orang panggil Dr Ling 'yes man'. Lelaki lemah. Orang Cina disini apabila bercakap tentang MCA, disamakan dengan kelemahan.

"Ia bukan satu kebencian mendalam. Tetapi yang pasti, orang bukan Melayu menyokong pembangkang DAP," kata Encik Tan.

Bapa kepada dua anak bersetuju bahawa bandar Labis tidak menyaksikan pembangunan sejak beberapa dekad lalu, menunjukkan bahawa penuaan penduduk yang hilang dengan cepat untuk mendapatkan peluang lebih baik di tempat lain.

Beliau menjelaskan bahawa anak-anaknya juga terpaka bekerja di Singapura, sambil menambah bahawa dia hanya tinggal di Labis untuk "meluangkan masa" selepas isterinya mengalami kejatuhan semasa tinggal di Kuala Lumpur.

Tey, yang ditemui di rumah teres buruk setingkat di Taman Indah, pusat Labis, mengakui bahawa dia sering melihat Tee Yong di kawasan parlimen tersebut.
Beliau berkata pemimpin itu berkemampuan dan bijak, memiliki karisma seperti bapanya, akan tetapi beliau membawa bendera parti yang salah.

"Saya mahu roket ... roket yang terbang ke bintang. Kami mahu perubahan .... DAP adalah lebih baik," kata pesakit strok berusia 62 tahun itu.

"Kadang-kadang saya berfikir bahawa semua yang Tee Yong lakukan hanya melihat di sana sini dan menunjuk di sana sini ... tetapi sebenarnya, tiada apa dilakukan," katanya dengan nada baik.

Untuk Krishnabagwan, kegagalan terbesar parti pemerintah adalah kadar perlahan pembangunan Labis, yang menurut beliau masih belum mencapai potensi sepatutnya.

Beliau menegaskan bahawa dalam mana-mana kedai runcit di Labis, pemiliknya hanya akan mempunyai satu aduan - mereka berkhidmat  kepada pelanggan sama pagi dan petang.

"Belia meninggalkan kita. Yang tinggal menjadi samseng .. mereka terlalu miskin untuk meneruskan pelajaran mereka," katanya.

Lebih menarik lagi, di Labis, tidak seorang pun penduduk bukan Melayu yang bimbang atau takut dengan hukum hudud, kanun keseksaan Islam dimainkan oleh MCA menjelang pilihan raya sebagai bahan kempen.

Parti itu menjelajah seluruh negara, memberitahu pengundi bukan Melayu bahawa di bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR), PAS yang kononnya dominan akan menguatkuasakan undang-undang hudud, dimana tangan akan dipotong bagi yang mencuri, termasuk kepada yang tidak menganut agama Islam.

"Hudud? Kenapa perlu takut? Orang lain perlu bimbang. Saya bukan Islam," kata Encik Tan kepada The Malaysian Insider.

Tey hanya menepis, menyatakan, "Mengapa perlu bimbang tentang sesuatu yang bukan agama kita?"

Tan (Chin Guan) hasil tinjaun di akar umbi, sesetengah pengundi Cina khuatir, kebanyakan akan berpuas hati apabila diberitahu bahawa ancaman hudud hanyalah taktik memancing undi oleh MCA.

"Mereka tahu apa yang sedang berlaku .. kita telah mengadakan banyak perhimpunan untuk memastikan mereka faham," katanya.

Dipercayai bahawa Tee Yong berkemungkinan akan mempertahankan kerusi Labis, walaupun ada cakap-cakap tentang bapanya mungkin bertanding semula dalam pilihan raya akan datang di kawasan tersebut.

Cakap-cakap di pekan sekarang adalah Chua mungkin akan bertanding di Batu Pahat dimana pengundi Cina seramai 46 peratus daripada populasi dan membiarkan Labis untuk anaknya.

Tetapi ada juga telah mencadangkan bahawa skandal seks lalu Dr Chua, walaupun tidak lagi mendapat perhatian, mungkin menghalang peluang presiden MCA di kalangan pengundi wanita, menghalang beliau untuk bertanding lagi dalam PRU kali ini.

Bagi pembangkang DAP, Senator S. Ramakrishnan, yang dilihat bekerja di Labis sejak pilihan raya kecil Tenang Januari tahun lalu, dijangka untuk bertanding bagi kerusi Labis.

Langkah ini dilihat sebagai satu langkah strategik bagi DAP — jika benar undi Cina bersama pembangkang, kemasukan Senator Ramakrishnan ini ke dalam perlawana mungkin mandapatkan undi India yang diperlukan bagi membantu PR menang di Labis.

"Terdapat ramai orang India masih di atas pagar ... kemarahan belum hilang dengan MCA dan BN dan saya fikir ini akan membuat perbezaan," kata Madhavan.
Tetapi Naib Pengerusi MCA Johor Steven Teoh mempunyai pandangan yang berbeza.

"Memang benar ... kita telah berada di sini selama setengah abad ... sudah tentu dalam bertahun-tahun, perjalanan panjang kehidupan ini, i adalah perkara biasa bahawa perkara-perkara yang baik dan buruk dilakukan.

"Orang cenderung untuk ingat kesilapan kita dan bukannya perbuatan baik kita. Jadi ia amat sukar bagi kita dalam MCA ... kita tidak boleh terus bercakap tentang kebaikan kita," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Gelang Patah.

"Tetapi apabila Dr Chua mengambil alih MCA, kita melalui transformasi yang pesat membangun, sangat berjaya," katanya, sambil menambah kemudian dia pasti bahawa masa lalu presiden tidak akan mempunyai apa-apa daya tarikan dalam PRU akan datang.

Dengan kedua-dua seteru jurang politik yakin dengan peluang mereka, adalah sukar untuk melihat cara pengundian masyarakat Labis.

Semua ini, legasi Tun Ling itu, kelakuan kotor Soi Lek, Tee Yong yang muda dan bercita-cita tinggi mungkin melawan dengan seorang pemimpin India daripada DAP — diletakkan berlatarbelakangkan ketidakpuashatian pengundi menarik minat pemerhati politik pada PRU ke 13 akan datang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved