Sabtu, 17 November 2012

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Isu Tauliah : UMNO <b>Mersing</b> dicabar mengajar kitab <b>di</b> Masjid <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2012 08:25 PM PST

MERSING – "Dengan ini, saya cabar mana-mana pimpinan UMNO MERSING untuk memberikan kuliah agama dan baca kitab di mana-mana Surau dan Masjid di Mersing," demikian penegasan Ustaz Mohd Azam Abd Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Ustaz Azam kata demikian berhubung isu Exco Agama kerajaan Johor selaku Adun Endau, telah mengarahkan Penyelaras Surau dan Masjid yang baru memegang jawatan agar mengambil tindakan ke atas dua orang ustaz ini yang mana seorang bekas guru dan seorang lagi bekas Pengetua didakwa mengajar tanpa tauliah.

"Sebab kalau dia orang beriya-iya dan berusaha nak sekat dan halang majlis-majlis Ilmu di surau dan masjid dengan kuasa yang dia orang ada, ia adalah satu tindakan yang zalim dan tak bertanggungjawab.

"Sebagai ambil tanggungjawab, dia orang mesti sahut cabaran saya, demi agama dan memastikan Rumah Allah terus diimarahkan dan makmur.

"Dengar Cerita dari kejauhan. Hasil lawatan MB ke Dun Endau dan Mersing, MB terima aduan tentang 2 Orang Ustaz PAS yang aktif menyampaikan kuliah-kuliah di surau dan masjid sekitar Endau Mersing," katanya selepas menyampaikan kuliah Maghrib dari kitab Tanbihun Ghafilin di Surau Hj Ali Uda Mersing Kanan Mersing, dekat sini, semalam.

Bagaimanapun katanya lagi, atas dasar keinsafan melihatkan kurangnya ilmu agama dalam diri, penyelaras masjid tersebut dikatakan tidak sanggup  bersemuka dengan pihak yang telah dikenakan tindakan terbabit.

"Yang menariknya, Penyelaras tu pulak dengarnya tak berani nak berjumpa ke 2 ustaz ni kerana katanya dia tak mampu nak halang sebab dia sedar dia tak punya ilmu tentang agama, sebab beliau bekas Pegawai Tadbir.

"(Malangnya) Yang mengadu kepada MB tu pulak jenis tak pernah datang masjid untuk dengar kuliah agama.

"Kalau macam tu (pihak yang dikenakan tindakan), kita minta pemimpin-pemimpin UMNO bahagian Mersing buat kuliah dan baca kitab di surau-surau gantikan ustaz-ustaz ni.
Macam boleh?" cabarnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads