Rabu, 7 November 2012

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


AKU DAN KEHIDUPANKU: Aku sesat <b>di Mersing</b>

Posted: 02 Nov 2012 02:10 AM PDT

Aku terpaksa balik ke Johor.
Cadangan nak pusing ke Kuala Lumpur
dan singgah di Bukit Tinggi tak dapat diteruskan.
Anak2 ada yang nak ambik exam akhir tahun.
Kalau tidak panjang cuti aku.
Aku ikut jalan Mersing lagi.
Malas nak ikut laluan Bandar Muazam/Segamat.
Lori2 panjang pun banyak.
Laluan Kuantan/Pekan/Kuala Rompin/Mersing kurang sesak.
Di kiri kanan jalan pun cantik pemandangannya.
Kalau ke Kuantan jangan lupa singgah ke Tanjung Lumpur.
Ada Ketam Goreng Telur Asin sangat special.
Aku ingat untuk makan tengahari,
rupa2nya makan malam sahaja.
Jadi bila aku tiba di Tanjung Lumpur,
semua kedai belum bukak lagi.
Kena datang lagi nampak gayanya.

Perjalanan balik agak kelam-kabut.
Semakin menuju petang semakin banyak kereta.
Akan memotong bila rasa nak memotong.
potong ikut kiri pun boleh.
Yang penting cepat sampai ke destinasi.
Menghampiri bandar Mersing.
Susahnya nak lepas bulatan di tengah bandar.
Jalan dua lorong jadi selorong bila menaiki jambatan.
Khabarnya setiap tahun itulah tradisinya.
Kerajaan lamgsung tak ambik endah.
Polis trafik pun langsung tak kelihatan.
Memandangkan waktu dah nak maghrib,
aku belok kiri menuju tepi pantai.
Mencari warung2 jual keropok basah dan kering.
Mencari sotong baru lepas dicandat.
Mungkin juga ada warung ikan bakar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads