Ahad, 11 November 2012

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


IPTS dipelawa operasi <b>di Pagoh</b> - Kementerian Pengajian Tinggi <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2012 06:06 PM PST


Kuala Lumpur: Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan universiti antarabangsa dipelawa membuka kampus cawangan di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), Muar yang dijangka siap tiga tahun lagi.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hab pendidikan seluas 200 hektar itu akan menempatkan empat institusi pengajiari tinggi awam (IPTA) yang dibina secara berpusat dalam satu kampus. Pembangunan komersial Beliau berkata, Sime Darby Property Berhad akan membangunkan hab itu secara berfasa membabitkan pembinaan kampus cawangan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pusat Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Pagoh.
Katanya, turut dibangunkan, Bandar Universiti Pagoh sekali gus menjadikan Pagoh kawasan pembangunan baru dilengkapi kemudahan asas dan komersial dengan menawar peluang pekerjaan kepada lebih 25,000 rakyat sekitar.

"Kerja tanah projek ini akan dimulakan sebulan dua ini, dan apabila siap akan menempatkan lebih 10,000 pelajar.
"Saya harap bila bermula ada pihak lain termasuk universiti luar negara berminat membangunkan kampus di sini termasuk IPTS tempatan," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Konsesi (CA) HPTP di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausahanya, Datuk Ab Rahim Mohd Noor; Pengerusi Sime Darby Berhad, Tim Musa Hitam; Pengerusi Sime Darby Property Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Pengarah Urusan Sime Darby Property Berhad, Datuk Abd Wahab Maskan. Pada majlis itu, peijanjian ditandatangani Ab Rahim mewakili Kementerian Pengajian Tinggi manakala Sime Darby oleh Abd Wahab. Kerjasama Awam Swasta Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, pembangunan HPTP menerusi konsep Kerjasama Awam Swasta (PFI) membabitkan kos RM992.6 juta dan bakal menjadi hab pendidikan pertama dimiliki kerajaan.
Beliau berkata, konsep itu dapat mengurangkan kos apabila kemudahan bersama dapat dikongsi secara optimum.
"Melalui PFI, pihak swasta akan bina pada harga ditetapkan. Kemudian kerajaan akan bayar dalam tempoh 20 tahun dan selepas itu ia akan menjadi milik kementerian," katanya.
Sementara itu di Batu Pahat, Muhyiddin meluangkan masa melawat mangsa banjir, Pungot Ehsan, 72, yang uzur di Kampung Parit Yusof sebelum menyerahkan sendiri wang ihsan kepadanya.
Sumber: Berita Harian, M/S: 4
Tarikh: Khamis, 8 November 2012

3 ulasan:

ads