01 di parit raja - Google Blog Search |
- SiMpLe - SwEeT - HoNeY: Kereta Sewa <b>di Parit Raja</b> UTHM Sri <b>...</b>
- BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search
- Pak Habib S.H.ALATTAS The Writer: Perang <b>di Parit Raja</b> (1991 <b>...</b>
SiMpLe - SwEeT - HoNeY: Kereta Sewa <b>di Parit Raja</b> UTHM Sri <b>...</b> Posted: 14 Oct 2012 10:10 AM PDT [unable to retrieve full-text content]Kepada sesiapa yang perlukan kereta sewa di sekitar Parit Raja, UTHM, Sri Gading Batu Pahat dengan harga berpatutan boleh call 019-7886463. Kereta insyaAllah dalam keadaan baik untuk pemanduan yang selesa. | |||
BLOG JOHOR: 01 <b>di parit raja</b> - Google Blog Search Posted: 01 Oct 2012 12:00 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||
Pak Habib S.H.ALATTAS The Writer: Perang <b>di Parit Raja</b> (1991 <b>...</b> Posted: 19 Jun 2012 03:30 AM PDT Pada hari Khamis 18hb April 1991, saya bersama keluarga saya singgah untuk makan tengahari di Air Hitam. Seperti biasa kedai makanan pilihan saya ialah Restoran Dayana Dahlan. Pak Lan taukeh kedai ini adalah kawan lama saya, persahabatan kami sudah terjalin sejak awal tahun enam puluhan lagi. Ketika itu Pak Lan masih membantu ayahnya menjual nenas, pisang, lain-lain buah-buahan dan tidak ketinggalan ubi, keladi, keledek dan juga beberapa jenis makanan hasil kampung. Air Hitam adalah permulaan Pasar Tani. Pak Lan selain dari menjadi seorang ahli perniagaan, beliau juga bergerak cergas dalam hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat. Beliau adalah Bendahari 'PAJAR' Sri Gading, selain dari menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Biro Eknomi Pemuda. Kenapa saya menceritakan kisah Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan ini? Jawapannya adalah kerana Pak Lan terlibat sama dalam politik Parit Raja. Sewaktu saya menceritakan padanya saya sedang menulis buku mengenai Parit Raja, Pak Lan berkata bahawa beliau sedang menyiapkan skrip drama untuk sejarah Parit Raja, bererti bukan saya seorang saja yang bercita-cita meletakkan sejarah Parit Raja ini ke peringkat nasional. Anak Parit Raja ini pun mempunyai cita-cita yang sama. Anak Jawa yang tinggi budi bahasa, pandai bergaul dan sudah berjaya dalam perniagaan ini memulakan perniagaan dengan hanya membantu ayah saja. Tapi kini Pak Lan sudah ada sebuah kereta Mercedes terletak di hadapan kedai makannya yang sudah beberapa kali memenangi gelaran kedai makan yang terbersih di Air Hitam. Dan yang paling pelik kedai Pak Lan adalah satu-satunya kedai makan yang berjaya menjual ratusan buku-buku saya. Buku-buku itu pula dijual di atas meja tempat Pak Lan menjual makanannya. Begitulah kisah Pak Lan. Biar bagaimananapun sebelum Pak Lan menyudahkan skrip dramanya, dan seterusnya memilemkan kisah tersebut, biarlah saya menceritakan serba ringkas tentang sejarah 'Parit Raja'. Sebagaimana Batu Pahat mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam politik orang-orang Melayu khususnya dan politik UMNO amnya kerana di sinilah idea menubuhkan UMNO telah dikemukakan kepada Dato' Onn, begitu jugalah dengan pekan Parit Raja yang terletak dalam Majlis Daerah Batu Pahat. Pekan kecil ini juga mempunyai sejarah yang agak aneh jika dibandingkan dengan pekan-pekan ataupun bandar-bandar lain di seluruh negara. Di satu waktu dulu, kawasan yang menjadi pekan Parit Raja dan kampung-kampung di sekitarnya dipenuhi dengan hutan dan paya-paya. Ketika itu memang tidak ada rumah-rumah kediaman apatah lagi sebuah pekan yang seperti dapat kita lihat pada hari ini. Orang yang tinggal di kawasan ini pun tidak ramai. Kalau adapun mungkin beberapa orang dari keturunan Jawa yang bekerja mencari rotan untuk dijual. Mereka ini tinggal di pondok-pondok. Jarak di antara sebuah pondok dengan sebuah pondok pula adalah berbatu-batu jauhnya merentas paya dan belukar. Antara penduduk awal Parit Raja ini sebelum pekan ataupun perkampungan tersebut mula dibuka ialah seorang yang bernama Haji Nawawi bin Haji Ali. Menurut cerita Datuk Haji Yusa, anak kepada Allahyarham Haji Nawawi, sebelum bapanya membuka perkampungan Parit Raja itu, beberapa kejadian aneh telah didiami oleh Allahyarham. Kejadian-kejadian tersebut termasuklah mimpi-mimpi ganjil dan penemuan dengan makhluk halus yang juga kita sebut sebagai orang bunian. Mimpi-mimpi dan penemuan dengan orang bunian inilah yang kemudiannya menyebabkan Haji Nawawi telah membuka perkampungan di satu kawasan paya yang sejauh kira-kira 10 kilometer dari pekan Air Hitam. Menurut ceritannya, suatu hari semasa Allahyarham sedang duduk beristirehat berseorangan di pondoknya, dia tiba-tiba saja melangkah ke dalam satu dimensi yang lain. Di hadapannya, Allahyarham Haji Nawawi melihat sebuah padang yang nun saujana mata memandang serta gelombang manusia yang memenuhi setiap inci padang tersebut. Di tengah-tengah lautan manusia itu pula berdiri seorang wanita yang menjadi ketua kepada perhimpunan manusia tersebut. Pengalaman Haji Nawawi bukan sahaja setakat terbatas kepada melihat kejadian tersebut malah di waktu-waktu yang tertentu beliau telah bercakap pula dengan makhluk-makhluk halus itu. Apakah yang diperkatakan di antara Allahyarham dengan makhluk-makhluk halus itu? Tidak ada seorang pun yang tahu. Apabila Allahyarham tersedar dari lamunannya, beliau mendapati perhimpunan manusia yang begitu ramai itu tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Pemandangan di hadapan pondoknya kembali bertukar kepada kehijauan pohon-pohon belukar dan hutan dara yang melatarbelakangkan kawasan pondoknya itu. Suasana yang tadinya riuh-rendah tiba-tiba kembali sepi seperti sediakala. Di samping kejadian tersebut, Allahyarham juga sentiasa diganggu oleh orang-orang halus yang berkunjung ke pondoknya saban malam. Kejadian itu berterusan buat beberapa ketika hinggalah orang-orang bunian itu menjelaskan maksud kedatangan mereka yang mahukan Haji Nawawi membuka kawasan paya tersebut supaya dijadikan sebuah kawasan perkampungan. Oleh kerana Allahyarham tidak mahu lagi diganggu oleh orang-orang bunian itu, beliau pun mengambil keputusan untuk membuka perkampungan yang dihajati oleh makhluk-makhluk halus itu. Dengan pembukaan perkampungan tersebut, maka hidup Haji Nawawi kembali damai kerana tidak diganggu oleh orang-orang bunian itu lagi. Setelah kampung tersebut dibuka, maka banyak lagi kampung-kampung yang lain dibuka di persekitarannya. Dari sebuah kawasan yang dipenuhi dengan hutan dara dan paya-paya, kawasan tersebut berkembang menjadi sebuah kawasan penanaman kopi yang terkemuka di negeri Johor. Dan lama kelamaan sebuah pekan pun dibangunkan bagi menguruskan pembelian serta penjualan biji-biji kopi dan juga hasil-hasil pertanian yang lain. Kampung Parit Raja hidup aman makmur dengan kehidupan dan aktiviti para penduduknya. Mereka yang menanam kopi pagi-pagi lagi menyorong basikal masing-masing untuk menjual kopi basah di pekan. Mereka yang menanam sayur-sayuran turut juga menjualkan hasil pertanian mereka itu di sebuah pasar pagi yang terletak di pekan. Untuk bertahun-tahun lamanya, pekan kedai sederet itu hidup dalam kedamaian. Dalam tahun 1955, apabila pilihanraya umum yang pertama diadakan dan seterusnya di dalam pilihanraya-pilihanraya umum selepas merdeka dan selepas penubuhan Malaysia, pekan itu kekal menjadi sebuah pekan yang aman. Tidak ada kekecohan apatah lagi pergolakan politik kerana ketika itu orang-orang Melayu yang menjadi penghuni tetap kawasan tersebut, tidak kira apa jua asal keturunan mereka, mereka hanya mengiktiraf UMNO sahaja sebagai satu-satunya parti politik yang dapat membela nasib mereka. Malah, ketika itu ramai yang berkata, 'andainya UMNO meletakkan sebatang tunggul kayu untuk dijadikan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Parit Raja ini, maka UMNO tetap akan menang.' Namun biar bagaimanapun, suasana damai dan aman kawasan Parit Raja ini berakhir juga dengan berakhirnya hayat Allahyarham Datuk Syed Zain Edruse Al-Shahab, ADUN Parit Raja sejak pilihanraya umum yang sebelumnya. Ada seorang kawan saya di Air Hitam berkata secara berseloroh "kecoh di Parit Raja ini berlaku kerana matinya seorang Arab yang jadi wakil mereka. Kalau Arab tak mati, Jawa sama Jawa tak bergaduh." Maka pada 6 Oktober 1988, berpuluh-puluh ribu orang manusia, seperti yang dilihat oleh Allahyarham Haji Nawawi telah membanjiri Parit Raja. Hari itu ialah hari penamaan calon bagi parti-parti yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil yang telah ditetapkan pada 20 Oktober tahun 1988. Sebagaimana biasa UMNO (Barisan Nasional) awal-awal lagi telah menggerakkan jenteranya dalam usaha memenangi pilihanraya kecil ini kerana kali ini UMNO bukan lagi keseorangan tetapi sudah ada golongan-golongan tertentu yang sengaja mahu memecahkan kedamaian yang selama ini dinikmati oleh para penduduk Parit Raja. Bilik gerakan Barisan Nasional yang kebetulan berhampiran dengan rumah Datuk Haji Mustafa Muhammad, yang ketika itu masih memegang portfolio Menteri Kebajikan dan juga Ahli Parlimen kawasan tersebut telah pun bersiap sedia dan dihiasi dengan bendera dan lambang-lambang UMNO dan BN. Bendera-bendera dan lambang-lambang UMNO dan dacing juga kelihatan di merata-rata kawasan Parit Raja. Biar bagaimanapun di setengah-setengah tempat bendera dan lambang-lambang itu telah dikoyakkan oleh orang-orang tertentu. Oleh kerana ketika itu, parti Semangat 46 masih lagi merupakan sebuah parti yang belum berdaftar, maka calonnya telah bertanding atas tiket Bebas. Sungguhpun mereka dijangka akan memberikan persaingan sengit kepada calon UMNO, namun bilik gerakannya yang terletak kira-kira 4 kilometer dari pekan Parit Raja masih lengang dan belum memasang apa-apa lambang ataupun bendera. Parti Bebas juga masih belum menetapkan lambang yang hendak digunakan. Biar bagaimanapun, mereka telah mengambil keputusan tidak mahu memakai lambang 'kunci' sebagaimana yang digunakan oleh Shahrir dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Johor Bahru. Keputusan ini dibuat kerana mereka menjangkakan seorang lagi calon bebas akan turut bertanding. Biar bagaimanapun Haji Hamdan Yahya telah memilih 'ikan' sebagai lambangnya. Ikan masuk dalam parit memang lincah tapi ikan telah tersalah parit, ikan termasuk ke dalam dacing BN. Begitulah berakhirnya nasib ikan di Parit Raja. Yang menang dacing juga, dacing kepunyaan taukeh. Dan dengan kemenangan YB Yassin Kemari dalam Dewan Undangan, sesudah itu Yassin menang lagi dalam Pilihanraya Umum di kawasan Parlimen Sri Gading maka dengan berkuasanya UMNO di kawasan tersebut maka kembalilah juga kedamaian Parit Raja. Dengan itu juga tidak ada lagilah perhimpunan manusia dan gangguan malam sebagaimana yang pernah dialami oleh Allahyarham Haji Nawawi bin Haji Ali. |
You are subscribed to email updates from di parit raja - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan