Khamis, 15 November 2012

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


LIHATLAH DIRIMU: PERISTIWA <b>DI</b> MALAM “EKSPO <b>PARIT RAJA</b>”

Posted: 04 Apr 2012 05:45 AM PDT


Salam ukhwah blogger yang dihormati. Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi nikmat iman dan akal. Teruskan kehidupan kita dengan riang dan gembira. Baru-baru ini saya berniaga di ekspo parit raja, johor. Memang meriah dengan ramainya gerombolan manusia berpusu-pusu memasuki pasar. Senario di pasar parit raja sukar digambarkan melalui perkataan, hanya mereka yang melihat dan pergi sahaja dapat membuat kesimpulan sebenar.
Dalam sibuk berniaga menjual baju budak-budak kecil. Seperti lazimnya saya dapat pelbagai pengalaman dan pengajaran yang mungkin kita boleh ambil sebagai iktibar. Firstly, kesibukan di sini bolehlah saya analogikan macam orang mengerjakan saie, sofa dan marwah. Betul punya ramai, sampai berhimpit-himpit. Maka timbullah masalah-masalah kegoyangan iman berlainan jantina. Ada yang mengambil kesempatan, meraba-raba, berpelukan, saling berpegang tangan (takut kekasihnya diambil kesempatan), padahal dia yang nak ambil kesempatan. Bagi mereka ruangan ekspo-ekspo inilah sebagai peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk buat perkara yang dikeji itu.
Abang-abang dan akak-akak, mari kita kira balik, berapalah sangat amalan kita dibulan ramadhan ni. Siang beramal, malam menggatal. Setiap apa yang seronok di dunia ini sekejap. Mereka yang tak dapat mengejar dunia akan rasa kegagalan, manakala mereka yang sudah menikmati nikmat dunia akan merasa kekurangan. Heyy wanita janganlah terpedaya kepada kekasih yang nakkan "body" je. Lepas dah dapat rasa, pakwe kamu tu akan tinggalkan punya. Kalau tak kena tinggal pun, asyik kena marah je. Kamu pula akan sentiasa serba salah, sebab tubuh kamu telah diratah free. Nak marah pakwe takut dia lari, lalu kamu redha je dengan apa yang kaum laki ni lakukan.
Lelaki ini kalau nak tahu, dia suka benda yang belum dicuba. Lebih-lebih lagi barang yang berharga pada wanita. Maksiat ini enak bagi yang kurang imannya. Ibarat cuba sekali pasti nak lagi. Lepas mereka dah dapat barang berharga tersebut, mereka akan cari yang lebih berharga. Contoh, mula-mula mereka ajak kalian keluar makan, maka benda yang berharga adalah bagaimana nak pegang tangan kalian. Kedua, selepas dapat pegang tangan, mereka akan berfikir cara mendapat kan pelukan seorang wanita. Setelah berjaya misi berpelukan, mereka akan ajak kalian ke kamar, taman-taman atau tempat yang sunyi. Disebabkan serba salah kalian kerana body telah dijamah, maka kalian ikutkan je kehendak kaum lelaki (pakwe). Lalu disinilah, syaitan akan membawa rombongan daripada pangkat jeneral hingga prebet untuk memastikan hasutan dan bisikannya menemui kejayaan dipenghujungnya.
Masa berpelukan  ibarat dijamah, bila dah berjaya mendapatkan mahkota paling berharga, diri kalian ibarat diratah.(yurm3x). Analoginya ibarat meratah tulang ayam, sedap gitukan. Syaitan dan kuncu-kuncunya pun berkata "wahai anak buahku, jom cari orang lain pulak, kita telah peroleh kejayaan pertama". Si lelaki akan berkata "you menyesal ke, jangan risau I akan bertanggungjawab" itu kira bagus punya ayat dalam masa yang sama ayat tersebut bukanlah yang dikehendaki oleh syara' islam. Kalau yang jahat sikit "ok, sekarang you boleh cari jantan lain, I dah takda papa hubungan lagi dengan you". Si lelaki hanya boleh berkata bertanggungjawab, tetapi mampukah dia bertanggungjawab di depan ALLAH di akhirat kelak. Setakat bertanggungjawab sebagai suami di dunia boleh la. Tapi siapa pula yang hendak menanggung azab kalian (wanita) diakhirat kelak.
Fuhh memang dasyat ayat manis seorang jejaka. Sehingga yang wanita retak "keayuannya". Sudah-sudahlah bermain cinta yang belum tentu baik kesudahannya. Yang pastinya kemungkaran dan kemaksiatan pasti berlaku walaupun sedikit. Bagi mereka yang belum terjerumus kea lam penzinaan, cepat-cepatlah kembali kepada jalan yang lurus(islam). Ketahuilah, hebat mana pun keimanan didada kita, kita pasti akan tewas jika kita menjinak-jinakkan diri kea rah perbuatan fasya'. Fasya' adalah perbuatan yang berkaitan kemaluan, keghairahan, nafsu sex, sumbang mahram dan mukadimah zina.
Al-hasilnya, sama-samalah kita ingatkan diri kita masing-masing, supaya sentiasa mengingati ALLAH dan balasannya diakhirat kelak. Setiap amalan baik walaupun sebesar zahrah, akan dibalas berdasarkan kebaikan tersebut. Setiap amalan jahat walaupun sebesar zahrah, akan dibals berdasarkan kejahatan tersebut. Saya ada serangkap pantun.
Mahkota indah perlu dijaga,
Ibarat berlian di dalam peti,
Bercintalah kita kepada yang ESA,
Insyallah, jumpa cinta sejati.
                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads