01 di pasir gudang - Google Blog Search |
Agenda Perjuangan Rakyat: UMNO <b>PASIR GUDANG</b> BACUL Posted: 04 Nov 2012 10:47 PM PST Tindakan segerombolan pemuda Umno pasir gudang memasang loud speaker bagi tujuan untuk menganggu ceramah anjuran pakatan rakyat yang diadakan di Pusat Asuhan tunas Islam (Pasti) Jalan Suria Bandar Sri Alam minggu lepas merupakan perbuatan yang tidak bertamadun dan bacul.Antara jemputan yang berceramah dalam majlis penerangan PR yang dianjurkan Oleh DAP Johor jaya malam itu ialah YB Salauddin Ayup dan Chegubard. Dalam kejadian tersebut,pemuda UMNO memasang PA system di bilik gerakan Umno cawangan sri alam yang berdekatan,jaraknya 3 meter dari tapak ceramah serta memasang CD ceramah pemimpin mereka berulangkali ketika pemimpin pakatan rakyat berceramah.Membuka volume yang tinggi hingga menganggu para hadiri yang hadir untuk mendengar penerangan dari pemimpin PR.Ada diantara pemimpin PR setempat cuba merunding agar mereka memberhentikan tindakan mereka kerana ceramah pakatan sudah diberi permit oleh pihak polis tetapi mereka tetap berkeras dan tidak mahu bertolak ansur.Apa yang menyedihkan pihak polis yang hadir pada ceramah itu tidak berani mengambil apa-apa tindakan dan membiarkan sahaja kelakuan biadap mereka. Teringat dengan keadaan yang serupa terjadi di Melaka,agaknya UMNO pasir gudang belajar dari sang mahaguru pak Ali Rustam.Budaya yang diamalkan di Melaka kini meresap dan cuba diamalkan oleh sang samseng sarif dol pasir gudang.Di melaka pula di setiap ceramah PAS pasti sebelahnya akan ada ceramah segerombolan tetapi bezanya Segerombolan melaka tidak bacul,sebangang-bangang pak Ali rupannya bangang lagi Pemuda Umno pasir gudang,pak ali masih mampu menghantar penceramah untuk menyaingi penceramah PR.Pemuda Umno pasir gudang hanya mampu hantar cd.Ini contoh bangang taraf gaban.Di Melaka pula,ia satu trend dan sudah menjadi budaya segerombolan Pak Ali dan dijadikan lawak jenaka PR lagipun tiada ceramah segerombolan disebelah maka tidak lengkaplah sepenuhnya majlis ceramah PR di negeri Hang tuah itu. Ini bukan kali pertama pemuda UMNO pasir gudang bertindak menggangu ceramah penerangan PR.Sebelum itu setiap ceramah PR di pasir gudang,segerombolan pemuda lasak yang dipimpin sarif dol berkumpul beramai-ramai dan menjerit bagaikan orang meroyan sehingga satu ketika ceramah Timbalan presiden Pas Mohammad sabu di Air biru juga diganggu hingga samseng kampung dusun ini telah dipukul oleh orang ramai yang hadir dan mendapat jahitan dikepala kerana didapati cuba melakukan provokasi.Upah yang dapat khabarnya hanya Rm20 dan makan roti canai selepas itu,yang untungnya pemimpin mereka selesa dikerusi empuk dapat pula jutaan ringgit.Perangai budak-budak hingusan yang ditaja parti setan ini umpama siput babi yang bersembunyi didalam kerang dan akan tumbuh tanduk sekira dalam kumpulan yang ramai. Apakah sebenarnya hasil yang mereka dapat dengan menganggu ceramah PR yang ada permit ini?Dengan tindakan tersebut boleh menakutkan rakyat untuk datang program ceramah PR?Adakah dalam kotak pemikiran mereka dengan tindakan sedemikian maka rakyat akan menyokong dan bersama mereka. Maaf Umno ini bukan zaman 60 an ataupun 80 an,Rakyat dah berani dan boleh mendapat maklumat hanya dihujung jari!!langkah tidak cerdik memakan diri sendiri,ia umpama meludah ke langit terpecik di muka sendiri..Penulis Masih ingat dengan kata-kata bapak UMNO Tun Mahathir,beliau pernah berkata dalam UMNO sekarang hanya tinggal pemimpin yang tidak cerdik dengan erti kata dan maksud lain,yang tinggal hanyalah yang BODOH dan mangkuk hayun.Inikan pula mentaliti pemuda cawangan dan bahagian UMNO yang melakukan tindakan bodoh ini lagilah mentaliti nya haprak. Dalam insiden tersebut,Sedar atau tidak,tindakan mereka telah disaksikan oleh berbagai lapisan Masyarakat India,cina,Iban dan masyarakat sabah yang mendiami sekitar pasir gudang yang sudah tentu pengundi atas pagar.Tindakan biadap UMNO dan pemimpinnya menanamkan budaya samseng ala-ala setan dan kelakuan tidak senonoh serta melampau ini terselah.bila bapak berkelakuan sedemikian ia akan diikuti oleh anaknya. umpama kata Hishamuddin rais (tukar tiub) bapak burit anak rintik. Bagi PR ia adalah satu kelebihan kerana ia menunjukkan sikap dan sifat sebenar siapa itu UMNO tunjang kepada Barisan Nasional.Hinggakan seorang jurutera berbangsa cina yang hadir untuk mendengar penerangan berkata apa yang umno telah lakukan malam ini amat melampau dan tidak memterjemahkan asas demokrasi yang mereka laung-laungkan.Tindakan Terdesak ini menunjukkan tanda-tanda UMNO pasir gudang serta BN khususnya sudah terbukti tidak relevan lagi pada masyarakat setempat.kalau benar apa yang dicanang JOHOR lubuk UMNO kenapa harus diganggu ceramah itu?Adakah takut rakyat tahu kebenaran yang telah lama disembunyikan?? Menurut kata penyelia pusat aduan rakyat permas (par) Syed Othman Syed Abdullah yang turut berceramah hasil provokasi dan biadap yang ditunjukkan ini akan dinilai sendiri oleh rakyat dan ia memberikan impak yang besar kepada PR dengan tindakan bodoh mereka itu.selepas ceramah yang diadakan itu beberapa orang masyarakat india dan cina serta warga sabah dan sarawak menyatakan hasrat untuk menyertai PAS,keadilan dan DAP.insyallah katanya dalam masa terdekat ini, seramai 120 orang warga sabah dan 70 orang warga sarawak kan menyertai Pas dan akan membuka cawangan baru disekitar pasir gudang. Syed othman juga menegaskan sekiranya UMNO pasir gudang sememangnya kuat macam badang serta anak jantan,kenapa tidak dihantarkan seorang penceramah,kenapa harus memainkan cd.Kalau tidak pun,kenapa tak diadakan ceramah mereka untuk menbidas balik atau mejawap segala tohmahan dari pemimpin PR,biar memberi ruang serta peluang rakyat mendengar pula penjelasan mereka.kenapa harus diganggu ceramah yang mempunyai permit?Ini menunjukkan secara dasarnya UMNO pasir gudang bacul dan ia juga tanda-tanda UMNO di Johor secara UMUMnya sudah gonyang. Ingat pencacai dan penyokong tegar UMNO,tidak semestinya jiran depan maupun belakang rumah anda atau teman-teman kerja anda ataupun menantu serta anak-anak anda akan terus menyokong UMNO,Sekarang zaman kebangkitan rakyat serta anak muda untuk melakukan perubahan!!!...UMNO harus ingat jangka hayat anda mungkin di penghujung,Anda jangan perasan bahawa anda akan berkuasa sampai kiamat,firaun pun boleh tumbang,Hosni mubarak pun boleh jatuh,...Inikan pula UMNO syaitan yang dikenali!!! abusiraj almuner |
You are subscribed to email updates from di pasir gudang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan