Jumaat, 23 November 2012

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Anak Sungai Derhaka: Lebih 3,000 bantah Rapid <b>di Pengerang</b>

Posted: 29 Sep 2012 08:27 PM PDT


Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor yang dirancang bagi membantah projek petrokimia Rapid dijadual bermula sekitar jam 10 pagi.


pengerang himpunan hijau 300912 start marching 05Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka.

Mereka akan berkumpul di dua lokasi – sejauh kira-kira satu kilometer dari tempat perhimpunan, sebelum berarak ke Dataran Sungai Rengit di Pengerang.

Kumpulan peserta perhimpunan itu akan membawa maskot udang besar sebagai lambang hasil pengeluaran utama kawasan itu.

LAPORAN LANGSUNG

pengerang himpunan hijau 300912 start marching 0710.45am: Jumlah peserta perhimpunan meningkat kepada 3,000 orang.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Mazlan Aliman menyenaraikan sebab mengapa Pengerang dipilih untuk projek Rapid, yang disambut dengan laungan "boo" dari peserta perhimpunan.

10.15am: Wakil dari pelbagai NGO diberi peluang untuk berucap, seorang demi seorang.

Para jurugambar mengadu tidak cukup masa untuk merakam gambar.

10am: Himpunan Hijau Lestari Pengerang dimulakan dengan bacaan doa.
Sementara itu, seorang wartawan
Citizen Journalist Malaysiakini mendakwa  keretanya disimbah asid pagi ini.

"Saya tidak tahu mengapa saya jadi sasaran," katanya.

Beliau berada di Pengerang sejak jam 3 pagi semalam bersama beberapa orang untuk merakam satu video mengenai serangan sama ke atas kereta Lim Hwee Seng - seorang bekas guru dan penduduk lama kawasan itu.

Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman Lim yang terletak kira-kira lima minit perjalanan daripada lokasi perhimpunan.

pengerang himpunan hijau 300912 start marching 049.55am: Seramai kira-kira 1,500 orang mula berarak dari Tokong Bao An ke lokasi perhimpunan yang terletak sejauh kira-kira 1km.

Mereka melaungkan slogan "Hidup rakyat", "Tolak Rapid", "Tolak BN" ketika beregerak ke arah Dataran Sungai Rengot di Pengerang.

Kebanyakan daripadanya merupakan penyokong pembangkang dari seluruh negara. Seramai kira-kira 40 anggota unit amal PAS membantu mengawal trafik dan keselamatan.

9.30am: Peserta di Tokong Bao An meningkat kepada kira-kira 500 orang.

Kumpulan peserta itu membawa kain rentang dengan slogan bantahan ke atas projek penapisan minnyak dan ramai yang mengambil peluang untuk merakam gambar.

Salah satu kumpulan dari Pagoh melaungkan "Turun Muhyiddin" dalam bahasa Cina - yang merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Salah satu kumpulan lagi dari Segamat melaungkan: "Kami sokonga Pengerang".

pengerang himpunan hijau 300912 supporter 039.05am: Penganjur meminta peserta berusia bawah 15 tahun meninggalkan lokasi sebelum perhimpunan bermula jam 10 pagi, selari dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pengumuman melalui sistem siar raya itu juga meminta individu yang bertopeng supaya menanggalkannya.

8.45am: Jumlah peserta di Dataran Sungai Rengit meningkat kepada kira-kira 300 – kebanyakan daripada mereka berteduh di bawah rimbunan pokok atau di bawah bumbung kedai.

7.50am: Lebih 120 orang diketuai CEO Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor Tang Ah Chai tiba dengan tiga bas dan menyertai kumpulan Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman yang menaiki satu bas lain.

pengerang himpunan hijau 300912 supporter 05Pengerusi Jawatankuasa Haramkan Sianida Bukit Koman Wong Him Hoong memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan menahan sebuah bas daripada memasuki lebuhraya dalam perjalanan ke Pengerang.

"Ini memaksa kami menggunakan jalan lama ke Pengerang," kata Wong.

Menurut ketua pergerakan pemumuda sosialis DAP Tan Hong Pin, polis membuat sekatan di plaza tol Ulu Tiram di Lebuhraya Desaru.

~ Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads