ads

Isnin, 5 November 2012

01 di permas jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di permas jaya - Google Blog Search


Mangsa dipindah ke pusat pemindahan banjir mencecah lebih <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2012 12:50 AM PST

KUALA LUMPUR — Mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan di beberapa kawasan dilanda banjir di beberapa negeri kini mencecah lebih seribu orang.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Kebangsaan, jumlah mangsa  dipindahkan ke 13 pusat pemindahan di Batu Pahat Johor meningkat kepada lebih 1,154 orang.

Pada 11 pagi, kawasan terjejas adalah Parit Raja, Parit Sulong, Semarang, Sri Gading dan Penggaram.

Kawasan terjejas di Parit Sulong adalah Kg Jawa, Kampung Parit Gantung, Kampung Parit Sentang Batu, Kampung Parit Abd Rahman/Parit Abdul Hadi, Kampung Parit Yusof Darat, Kampung Parit Pulai/Parit Tegak, Kampung Parit Othman and Kampung Parit Betong.

Manakala kawasan terjejas di Parit Raja Sri Gading, Semarang dan Penggaram adalah Kampung Baru Sri Gading, Kampung Sri Gading, Parit Kuari, Kampung Limau Kecil dan Kampung Sengkuang.

Hujan di sekitar Batu Pahat dilaporkan masih renyai-renyai dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai status terkini banjir di kawasan mereka melalui http://portalbanjir.mkn.gov.my atau Public@Infobanjir pada laman Twitter.

Di Melaka pula, jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di negeri ini menurun kepada 107 orang setakat pukul 9 pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Melaka berkata penurunan itu, susulan penutupan pusat penempatan mangsa banjir di Kampung Belimbing Dalam di daerah Alor Gajah yang menempatkan lapan orang sekeluarga semalam.

"Bagi daerah Jasin, seramai 97 orang mangsa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Tehel manakala 3 mangsa dipindahkan ke Balai raya Kesang Barat," katanya kepada Bernama pada hari ini.

Bagi daerah Melaka Tengah, hanya satu keluarga seramai 7 orang masih ditempatkan di Bilik Gerakan Barisan Nasional Ayer Molek.

"Orang ramai perlu segera berpindah jika diminta berbuat demikian oleh pihak keselamatan dan diminta berjaga-jaga kerana hujan masih berterusan," katanya.

Di Selangor, 545 mangsa dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir di Dengkil, Sepang, Selangor selepas banjir melanda rumah mereka ekoran hujan lebat.

Daripada jumlah tersebut, 348 dipindahkan ke Dewan Komuniti Dengkil dan 197 di Dewan Kampung Semarang.

Penolong pengarah (operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.48 pagi.

Beliau berkata 40 pegawai daripada tiga stesen beribu pejabat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur di Sepang, Cyberjaya dan Putrajaya bergegas ke 10 lokasi yang teruk terjejas.

Kawasan terbabit adalah Taman Baiduri, Taman Amentis, Kampung Cemperai, Taman Kristal, Kampung Kerinsing, Taman Delima, Taman Sri Tanjung dan Kampung Revolusi Hijau.

Ujar beliau jika hujan berterusan, Kampung Tanjung 2 mungkin mengalami risiko dan penduduk dinasihati mengikuti segala arahan yang dikeluarkan untuk berpindah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat tentang situasi banjir terkini daripada portal itu atau Facebook.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved