01 di permas jaya - Google Blog Search |
Suara Simpang Kiri: PESTA UDANG KARA <b>DI PARIT SULONG</b> Posted: 29 Jun 2012 05:41 AM PDT Dah lama tak bercerita di sini. Sebabnya notebook aku ni dah rosak. Dua-dua dah masuk ICU. Yang satu ni baru pulih, dan satu lagi dah tiga hari, taukey tu kata, manyak lama mau format awak punya komputer. Lagi satu keyboard pun dah dimasuki air sirap ke entah susu bayi agaknya. Okey, netbook Ili ni dah boleh digunakan. Petang tadi meninjau apakah yang berlaku di Pt Sulong. Kalau ada berita politik memang aku buat dekk aje, hatta siapapun yang datang ke sini, tak kira menteri ke, bapak menteri ke, Anwar Ibrahim ke, siapa ke....aku tak ambil peduli. Udang Kara yang cantik telah berehat di dalam akuarium anak aku Tetapi pemandangan petang tadi agak luar biasa.Tetamu misteri ini benar-benar tidak disangka akan kehadirannya. Memang pelik, sejak aku duduk di bumi Parit Sulong 17 tahun dulu, tak pernah muncul udang kara air tawar begini banyak di kawasan ini. Jom kita saksikan gelagat orang Parit Sulong dalam dua tiga hari ni....!!!! Taukey Car Wash, ni tak melepaskan peluang menjala udang kara itu Zainal, orang kuat Parit Sulong menunjukkan udang kara yang ditangkapnya Yang memandu pun berhenti nak tengok apa yang berlaku di sini Yea....Dia tanya aku....Abang ni wartawan Metro ke?Ish...ish... Lokasinya berdekatan dengan lampu isyarat Parit Sulong ni.... Ada yang dapat setengah baldi, ada yang dapat dua ekor, ada yang kecik, ada yang besar Hello, emak ....aku tengah sauk udang ni .....yelah...kejap lagi baliklah ni Lain macam je, macam nak tangkap buaya je brother sorang ni Cikgu Fika yang mengajar di sekolah Pasti ni turut menangkap udang bersama-sama suaminya sebagai aktiviti petang yang permai ini. Gambar terbaru, inilah udang yang ditangkap anak saya, Irfan. UDANG KARA AIR TAWAR yang kurang risiko untuk mati, cuma tak tau lagi nak bagi makan apa? Kata blogger-blogger, pelet untuk ikan talapia sesuai dijadikan makanan udang ni |
You are subscribed to email updates from di parit sulong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan