Khamis, 29 November 2012

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


FAHAMAN SUNNAH <b>DI NEGERI JOHOR</b> - Pertubuhan Kebajikan Al <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 09:25 PM PDT

                          SUNNAH DI NEGERI JOHOR.
     Gerakan Fahaman sunnah di Malaysia lahir pada tahun kurun ke-X1X, pada tahun 1892 yang di pelopuri oleh syeh Mohammad Tahir Jalaludin Al-Falaki Al-Azhari, dan memulakan gerakan dakwahnya  di Johor Baharu.
     Gerakan syah Tahir Jalaludin mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Islam tempatan, maka bertambah kuatlah dakwah fahaman sunnah disini dan di bantu oleh tiga orang sahabat karibnya, mereka itu ialah syyid syeh  bin Ahmad Al-Hadi, Haji Abas bin Mohammad Taha, dan muhammad Salim Al-Khalily
     Atas ketiga sahabat tersebut, pada 23 hb Julai 1906  , Syeh Tahir Jalalaludin mula menerbitkan majallah " AL-IMAM " di Singapora , majalah hinggalah 1hb April 1911.
     Majalah tersebut menyiarkan dan  mengembangkan sinar-sinar Islam yang bercorak seperti Al-Manar di Mesir, dan memperkenalkan Fahaman-fahaman Ibnu Tamiyyah, Ibnu Qayyim, Mohammad Abdul Wahad dan lainnya.
     Disamping dakwah beliau sambutan yang baik dari masyarakat,,,juga sebagian masyarakat melempar tentangan hebat terhadapnya, terutama dari pihak penganut Tarikat Naqsyabandiyah,Syatariah, Qadariyah dan Samaniyah, kerana perkara TAWASUL. Dan dituduh sebagai gerakkan Wahabi oleh kaum Muqalid.ian Syeh Tahir Jalalludin kemudian berhijrah ke Kuala Kangsar, Perak untuk menyebarkan lagi tambah luas fahaman Al-Quran dan Sunnah, serta mengajarkan Ilmu Falak. antara buku karangan beliau ialah PATI KIRAAN, terbit pada 1357 hijrah ( 1938 mesihi )
     Buku-buku pelajaran ilmu Falak yang termasyhur antaranya  NATIJATUL'UMRI, yang menentukan awal tiap-tiap bulan Islam dan Mesihi, NAKHBATUT TAQRIIRAATI FII HISABIL-WAQTI BILLUGHAARIISSYIMAATI, JADWAALLULLUGHARIISYIMAATI, kitab IRSYAADUL-KHAAIDH LI'ILMUL-FARAAIDH dan juga Risalah yang paling populer yang di beri nama PENEBAS BID'AAH diterbitkan di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Bersambung di negeri KELANTAN
    
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads