01 di kluang - Google Blog Search |
Warga emas maut diserang gajah liar <b>di Kluang</b> – BorneoPost <b>...</b> Posted: 27 Nov 2012 03:04 PM PST Posted on November 28, 2012, Wednesday KLUANG: Seorang warga emas meninggal dunia selepas dipercayai diserang gajah liar di kebun kelapa sawitnya berhampiran Kampung Orang Asli Punan, Kahang, di sini petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata Toh Sam Yit, 79, dari Taman Lian Seng di sini ditemui meninggal dunia dalam kecederaan parah oleh beberapa penduduk orang Asli kampung berkenaan, kira-kira jam 6.30 petang. "Toh bersama seorang cucu lelakinya yang berumur 14 tahun pergi ke kebun tersebut pada jam 4 petang. Dia dikatakan memeriksa tanaman sawitnya seorang diri manakala cucunya menunggu di pondok di tengah kebun," katanya semalam. Abdul Majid berkata, mangsa didapati tidak pulang ke pondok tersebut menjelang senja menyebabkan cucunya berasa curiga lalu menghubungi keluarganya yang meminta bantuan orang kampung untuk mengesannya. Beliau berkata, mangsa yang sudah tidak bernyawa kemudiannya ditemui kira-kira 100 meter dari pondok itu. Anak sulung mangsa, Toh Sin Ming, 51, berkata bapanya sering ke kebun yang diusahakan sejak lima tahun lepas itu bagi menjenguk tanaman dan pekerjanya. "Bapa dipercayai pergi ke kebun secara tiba-tiba sambil membawa sedikit makanan untuk pekerjanya yang tinggal di sebuah rumah kira-kira 500 meter dari kebunnya," katanya. Beliau berkata mayat bapanya yang cedera parah di kepala dibawa ke Hospital Kluang sebelum urusan pengkebumian dilakukan Jumaat ini. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di kluang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan