Sabtu, 22 Disember 2012

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Kenapa Mayat <b>di Kota Tinggi</b> Berat - Berita Sensasi

Posted: 19 Dec 2012 06:18 PM PST

KENAPA MAYAT DI KOTA TINGGI INI BERAT, LIHAT KERETA PACUAN 4 RODA , MELEKAT TEPI PANTAI !! 
Gambar Harian Metro 20 Dis 2012

Kenapa Mayat di Kota Tinggi Berat ? Ini soalan yang saya ingin cari. Cerita ini ada kaitan dengan laporan HMetro 20 Dis 2012 yang dilapor di kota tinggi berat, Cerita mayat yang di angkat anggota polis berkenaan terlalu berat. Hingga melekat kereta pacuan 4 roda tepi pantai.

Harian Metro, "KOTA TINGGI: Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar, di sini, malam kelmarin apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.

Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu.

Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

"Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka. "

Saya mecari Jawapannya,

Saya dapat info, ia ada kaitan dengan Jin, samada di bela oleh si mati atau kawasan pantai tu yang ada kaitan makluk halus berkenaan.

Menurut Ustaz, Tiada kaitan dosa & pahala si mati dengan berat atau ringan jenazahnya semasa di usung ke tempat pengebumian tapi kata ustaz pernah terjadi jenazah menjadi berat di sebabkan ada jin atau iblis yang menumpang di dalam keranda. Ini berkaitan dengan amalan si mati semasa hayatnya yang menjadikan jin sebagai pendamping, kawan atau khadam. Mungkin Jin belaannya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads