Isnin, 3 Disember 2012

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


5 sekeluarga maut nahas MPV-lori <b>di Mersing</b> | Minda Mandul

Posted: 01 Dec 2012 03:45 AM PST


MERSING – Lima sekeluarga terbunuh manakala seorang lagi cedera apabila kereta Nissan Grand Livina yang mereka naiki bertembung sebuah lori tangki di Kilometer 13 Jalan Endau-Mersing di sini hari ini.


Empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian iaitu pemandu kereta Abdullah M.Yusof, 43, isterinya, Samsiah Maidin, 37, anak mereka Muhammad Aiman Syakirin, 8, dan Maisarah, 4.


Kakak ipar Abdullah, Noraini Maidin, 41, meninggal dunia di Hospital Mersing manakala seorang lagi anaknya, Amar Haziq, 3 cedera dan menerima rawatan di hospital tersebut.


Ketua Polis Daerah Mersing DSP Mohd Nor Rasid berkata kejadian berlaku kira-kira 7.30 pagi apabila kenderaan pelbagai guna yang dinaiki keluarga malang itu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan, sebelum bertembung lori tangki tersebut.


Mereka dikatakan dalam perjalanan dari Felda Air Tawar 5 ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang untuk menghantar adik Samsiah, Muhammad Hakimi Maidin, 18, mendaftar masuk ke universiti itu.


"Mereka berkonvoi dua kereta. Kereta yang dinaiki Muhammad Hakimi bersama ayah dan ibunya, Maidin Mohamad, 66, dan Minah Ismail, 60, sudah jauh di hadapan ketika kejadian," katanya.


Beliau juga berkata pemandu lori, Azhar Mohd Othman, 29, tidak cedera dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads