01 di muar - Google Blog Search |
Berita Harian | KBS MAM Kapcai <b>di Muar</b> Posted: 06 Nov 2012 02:30 PM PST Johor Bahru: Kejohanan Kebangsaan KBS MAM Kapcai Endurance bakal menemui peminat sukan bermotor di Johor pada hujung minggu ini. Perlumbaan pusingan ketiga itu yang akan berlangsung di Litar Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar pada Sabtu dan Ahad ini bakal mencungkil pelumba berbakat yang akan mewakili Johor pada pusingan akhir di Litar Antarabangsa Sepang pada Februari tahun depan.
Pengurus projek kejohanan itu, Eizwar Supiar berharap lebih ramai belia terutama dari Johor menyertai aktiviti sihat seperti itu. "Mereka bukan saja boleh mengembangkan bakat berlumba yang ada pada mereka di landasan yang betul malah akan dapat merasai sendiri pengalaman dalam perlumbaan yang diiktiraf," katanya semalam. Katanya, kejohanan seperti itu dapat membanteras gejala 'mat rempit' dan lumba haram di kalangan belia di samping mampu mencari bakat baru yang boleh menggantikan pelumba kebanggaan, Zulfahmi Khairuddin. Penyertaan kejohanan itu bagaimanapun dihadkan kepada 30 pasukan bagi setiap kategori - di bawah 100cc (Kelas 1), di bawah 120cc (Kelas 2) dan di bawah 150cc (Kelas 3) dengan setiap pasukan perlu diwakili oleh 2 hingga 4 pelumba. |
You are subscribed to email updates from di muar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan