Ahad, 23 Disember 2012

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Nusajaya Kini: &#39;Himpunan Hijau Lestari&#39; <b>di Pengerang</b> Ahad ini

Posted: 27 Sep 2012 01:56 AM PDT


KUALA LUMPUR, 25 Sept — Satu himpunan untuk membela penduduk Pengerang daripada projek pembinaan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) akan diadakan pada 30 September, Ahad ini.

Perhimpunan anjuran Gabungan NGO Pengerang, dengan kerjasama Himpunan Hijau ini akan dijalankan di Dataran Sg Rengit, Pengerang. Antara isu yang dibangkitkan NGO berkenaan adalah isu pengambil alihan tanah penduduk di 10 kamung tradisi di Pengerang yang dikatakan berusia lebih 100 tahun.

"Penduduk seramai 28,050 daripada golongan petani, nelayan, peniaga, kakitangan awam dan swasta akan terlibat dalam pengambilan tanah menggunakan Akta Tanah Negara," kata pengerusi Himpunan Hijau Lestari Pengerang Anis Afida Mohd Azli kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, penduduk yang mempunyai kapasiti 80 peratus Melayu dan 20 peratus berbangsa Cina akan terkesan dengan pengambilan tanah tersebut.

"Persoalannya, kenapa kerajaan negeri tidak menjalankan projek itu di tanah milik mereka yang memiliki keluasan ribuan ekar, tapi sebaliknya mengambil tanah penduduk kampung?

"Sedangkan, tanah penduduk ini merupakan kawasan untuk mereka menyara kehidupan."

 Selain itu, isu kehilangan sumber kehidupan turut menjadi perhatian himpunan berkenaan di samping jaminan anak-anak dan generasi penduduk kampung akan diberikan peluang dalam sektor pekerjaan sebaik sahaja projek itu dimulakan.

"Dengan tanah yang diganti, adalah tidak sesuai untuk mereka menjalankan aktiviti seperti sedia kala. 

"Golongan petani yang mempunyai tanah yang siap dituai pula perlu menunggu untuk menuai hasil kerana mereka perlu menm semula tanaman mereka, ini menjejaskan pendapatan penduduk."

 Beliau turut membangkitkan soal kesan alam sekitar kerana Pengerang terkenal dengan destinasi pelancongan, dan pembangunan projek tersebut dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan marin seperti dugong dan udang kara di sekitar kawasan Pengerang dan Sebana.

"Pembangunan projek ini akan merubah status pelancongan kepada perindustrian dan memberikan kesan kepada alam sekitar.

"Ia akan memberikan kesan kepada Desaru dan Sebana," katanya, merujuk kepada lokasi pelancongan popular di daerah tersebut. Malah, Anis Afida juga turut meluhakan rasa kesal kerana usahanya memelihara Pengerang seakan tidak dihargai oleh pihak berkuasa dan kerajaan negeri kerana sehingga kini tiada sebarang makluman daripada memorandum dan referendum yang dihantar pihaknya.

"Antara usaha kami adalah menghantar memorandum kepada Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, Pejabat Menteri Besar Johor, Pejabat Perdana Menteri, sidang Dewan Negara dan Dewan Rakyat termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

"Namun, respon yang diberikan tidak memuaskan. Ini membayangkan seolah-olah kerajaan lebih mementingkan ekonomi dan keuntungan berbanding kebajikan masa depan rakyat."

 Untuk maklumat lanjut berhubung perhimpunan tersebut, pihak jawatankuasa mempelawa orang ramai untuk melawat laman web www.hijau.info.

Sumber : themalaysianinsider.com

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads