01 di pontian - Google Blog Search |
Kluang dapat Hospital baru, <b>Pontian</b>? « ibn_bacoks Posted: 15 Dec 2012 04:43 PM PST RAMAI pihak melahirkan kekesalan terhadap status Hospital Pontian yang dianggap sudah 'tua' hingga mencecah ratusan tahun pembinaannya bagaimanapun didakwa tiada pihak yang berusaha untuk menaik taraf pusat kesihatan rakyat. Tambahan pula, penyandang kerusi Parlimen ini adalah Ahmad Maslan. Gelagatnya turut menjadi tanda tanya kepada para penduduk mengapa sehingga kini Hospital itu seolah 'dipandang' sebelah mata olehnya. Mengungkupkan nada kesal daripada Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang yang mendesak agar Ahmad membuat pertimbangan dengan menaik taraf Hospital daerah yang dikatakan mencecah usia tua didakwa struktur binaan dan prasarana tidak banyak perubahan. Penyelianya, Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood berkata, pemimpin Barisan Nasional hanya mampu menabur janji untuk proses naik taraf setelah perasmian pecah tanahnya dilakukan pada tahun 2007 bagaimanapun sehingga kini tidak menjelma seperti yang dikotakan. "Senasib dengan Hospital Pontian. Cuma Pontian, janji tak ditepati. Janji naik taraf 10 tahun dulu. Pecah tanah 2007 tapi habuk pun tak ada. Wakil rakyat tukar ganti. Pesakit kronik di kampung menghitung hari," katanya bernada sinikal. Rakyat terbanyak pelik mengapa penduduk di Kluang telah dikurniakan Hospital baru bernilai RM390 bagi menggantikan Hospital lamanya yang hanya berusia 80 tahun sedangkan di Pontian sudah menjangkau lebih lama dari itu. Sinar Harian baru-baru ini melaporkan penduduk daerah Kluang hari ini secara rasmi menerima hospital baharu dikenali sebagai Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, sempena nama bonda Sultan Johor Sultan Ibrahim. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata hospital bernilai RM390 juta itu mula beroperasi 30 Dis tahun lepas, bagi menggantikan hospital lama berusia 80 tahun yang tidak mampu lagi menampung keperluan penduduk. "Hospital baharu ini dibina di atas tapak seluas 16 hektar dan terletak kira-kira lapan kilometer dari hospital lama dan merupakan satu projek reka dan bina dengan dilengkapi 268 katil serta 220 unit kuarters untuk kediaman pelbagai kategori anggotanya," katanya. Ibn bacoks sempat mengutip kenyataan blogger Cucu Mat Kilau yang pernah berceramah di Pontian baru-baru ini berhubung isu tersebut. Mungkinkah fakta ini boleh membantu masyarakat di situ mencuit Ahmad agar mempedulikan nasib mereka? Blogger Cucu Mat Kilau atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Ramli mengecam tindakan Datuk Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian yang membuat pelbagai kenyataan tentang kejayaan UMNO-Barisan Nasional membangunkan negara ini sebaliknya di kawasannya sendiri diibaratkan 'jauh panggang dari api'. Hal ini, katanya berikutan kegagalan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu yang dakwanya kurang peka kepada keperluan masyarakat di Pontian yang berkehendakkan supaya Hospital di daerah itu dinaikkan taraf. Jelasnya lagi, Hospital Pontian yang telah dibina sejak seratus tahun lalu dakwanya masih berkeadaan biasa tanpa banyak perubahan yang boleh dibanggakan. "Saya syoknya (seronok) berada di Pontian sebab ada menteri jaga Felda. Dia jaja ke sana sini. Makin kempen, makin peneroka tolak Felda. Rupa-rupanya orang sudah tak percaya. "Akhirnya ramai yang protes. Di Bera ramai pemimpin UMNO kata, baik ikut PAS. "Saya sedih di Pontian. Bila tengok Ahmad Maslan berceramah hebat. Pergi Hospital Pontian ! sampai hari ini macam itu aje. Dari tahun 1917 hingga sekarang dah dekat 100 tahun hidup (beroperasi). Dia cakap kat Felda di Bera, ada bangunan canggih. "Takkanlah tak nampak (keadaan) Hospital (Pontian). Bagi saya Ahmad Maslan tak nampak di Kawasan sendiri. Rakyat Pontian nak buat perubahan. Hospital kena naik taraf. Ini isu di kawasan ini." tegas beliau lagi dengan merujuk kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia. |
You are subscribed to email updates from di pontian - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan