Khamis, 20 Disember 2012

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Jenazah rakyat Malaysia ditembak <b>di</b> Filipina selamat dikebumi <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2012 06:20 PM PST

PONTIAN — Jenazah anggota militan rakyat Malaysia yang mati ditembak di Davao, Filipina Jumaat lalu selamat dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Parit Hj Abdul Rahman, Benut pagi ini.

Jenazah Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dikebumikan pada 7 pagi dalam keadaan hujan renyai dengan dihadiri hampir 100 anggota keluarga dan kenalan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di perkarangan Masjid Jamek Temenggong Daeng Abdul Rahman, pada 5.30 pagi setelah diterbangkan dari Davao, Filipina pada 9 malam tadi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pada 1 pagi.

Jenazah kemudian dibawa pulang dengan menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke kampung halamannya di Kampung Parit Hj Abdul Rahman dekat sini, untuk dikebumikan.

Suasana hiba dan sedih menyelubungi perkarangan masjid sebaik kenderaan membawa jenazah itu tiba.

Jenazah Allahyarham disembahyahkan sebaik solat subuh dengan diketuai Imam III, Rahmat Roduan bersama lebih 100 jemaah.

Sementara itu, bapa Allahyarham Abd Kahar Sirun, 53, turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana menguruskan urusan membawa pulang jenazah anak sulung daripada empat beradik itu.

Dilaporkn sebelum ini bahawa Mohd. Noor Fikrie ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao, Jumaat lalu selepas bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya. — Bernama

Jenazah Mohd Noor Fikrie Selamat Dikebumikan <b>Di Pontian</b> <b>...</b>

Posted: 20 Dec 2012 12:52 AM PST


Jenazah anggota militan rakyat malaysia yang ditembak mati oleh anggota polis Filipina di Davao, Filipina Jumaat lalu selamat dikebumikan kira-kira jam 7 pagi di Tanah Wakaf Perkuburan islam Kampung parit Hj Abdul Rahman di Pontian, hari ini. KLIK DI SINI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads