Rabu, 5 Disember 2012

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Basikal Bukit: Hotel <b>Pontian</b>

Posted: 26 Nov 2012 12:57 AM PST

Kali ni nak citer pasal Hotel POntian lak.Nape?sebab payah nak dapat review dalam bahasa Melayu.Lagipun masa surf cari tempat nak menginap kat Pontian ni payah nak dapat review pasal hotel ni.

Aku booking hotel ni pada 18.11.2012.Ok je penyambut tetamu tu layan.Siap kasi salam lagi.Jadi aku tempah yang paling murah RM121.00 siap sarapan untuk 2 orang.Kira ok la tu.Lau tgk dalam gambar tu memang cantiklah hotel ni.Pada 23.11.2012,kakitangan hotel tu call aku nak confirmkan tempahan.Aku kata on jer...memang aku nak gi Pontian.

24.11.2012,aku bertolak ke Pontian dalam jam 11.30 pagi.Dengan basikal aku tenggekkan kat belakang keta aku.Nak naikkan basikal atas bumbung tak mampu agi aku nak beli Thule yang regenya rm1100.00 tu dapat yang tangan kedua.Kalau baru mahu rm1500 lebih....

Kali ini aku berpandukan GPS Proton yang aku beli ngan Rafidah....tq Rafidah coz jual kat aku GPS yang paling OK.Kata adik aku.Adik aku kata GPS akan tunjukkan jalan yang paling dekat.Jadi aku ikut sepenuhnya panduan GPS tu.Berhenti makan rojak kat Chaah.Restoran Thaif.Adalak mamat spek ni jual ubat 8 in 1.Ko orang ada?Ubat halau nyamuk,lalat,cicak,lipas..lagi 4 aku dah tak ingat dah...aku layan je mamat ni pastu aku beli gak coz kesian dia dah cakap panjang2 kalau aku tak beli.Offer terhebat hujung tahun beli 1 dapat 1.Harga offer rm10.00 he he...

Perjalanan mengikut lebuhraya lancar je.Singgah jap kat Hentian Machap,pas tu terus ke Simpang Renggam.Terus je Benut.Kat Benut ni musim durian.Banyak durian kat tepi jalan tapi tak beli pun...kat Segamat pon banyak..Sampai di Pontian dalam pukul 3.00 petang.Keliling jap cari tempat amik goodies tapi tak jumpa.Akhirnya,aku call organiser...fuhhh bagus tulll dia amik aku kat tempat tu....aku just follow jer kete Alpard dia..Amik barang aku terus check in dalam hotel.Dia kasi aku bilik untuk orang yang tak hisap rokok.




Bilik yang bersih dan kemas

ada peti ais,tv lcd,Astro dan saluran Singapura


Suasana menjelang Magrib di pantai Pontian.Angin tenang jerr..
Hotel ni senang nak cari.Dekat ngan McDonalds (Boikot!),Restoran 24 mamak,Giant..gerai makanan laut,sate,sata,...semua tempat dekat je ngan hotel ni.Jalan kaki jer.Malam pun tak sibuk sangat.Jadi kalau ada sesiapa nak menginap di Pontian,aku cadangkan hotel ni.Kata pekerja hotel ni,hotel ni milik kerabat diraja JOhor.Semua pekerja Melayu.Sarapan pagi yang disediakan kira boleh la...(Maknanye tak berapa ok la tu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads