01 di stulang - Google Blog Search |
Penginapan,Hotel,Bajet Hotel – Pantai <b>Stulang</b> Laut, Johor Bahru <b>...</b> Posted: 04 Dec 2012 10:58 PM PST Hotel ni bukan hotel budget , Suria City Hotel dan Grand Bluwave Hotel sebelah-menyebelahPenginapan seperti hotel, hotel bajet dan resort memang terdapat dengan banyaknya di Johor Bahru antara hotel bajet ( budget hotel ) yang paling top sekali di bandaraya JB ni ialah Tune Hotel yang terletak di Teluk Danga. Ia merupakan hotel bajet yang mempunyai bangunan tersendiri. Seperti biasa ia menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang berkualiti di samping tambahan yang perlu dibayar secara add-on. Gambar menunjukkan hotel bajet Hotel Sentral nun dihujungPenginapan seperti hotel dan hotel bajet di Pantai Stulang Laut juga tidak kurang banyaknya . Terdapat lebih daripada 6 hotel-hotel yang terdapat di sini tidak termasuk hotel-hotel murah ala-ala 'red light' hotel yang terdapat di sini. Di antara hotel-hotel yang terdapat di sini ialah seperti Zone Regency Hotel(3 star)., Grand Blue Wave Hotel(4 star), Suria City Hotel(3 star) ,Hotel Sentral(budget hotel) dan lain-lain lagi hotel dan hotel budget di bawah penarafan 2 star ke bawah. Bagi anda yang menyukai susana malam yang meriah, di sini terdapatnya restoran dan cafe serta medan selera yang dapat mengisi malam anda di sini. Walaupun anda tinggal di hotel bajet tak bermakna cafe-cafe atau restoran di sini semuanya bajet-bajet, ada juga yang berkelas tinggi! Gambar siang agak suram ,malam pastinya meriah kat siniJeti laut milik Jabatan MarinBagi anda yang merancang nak menghiburkan keluarga di taman tema Legoland di Nusajaya, lokasi ni walaupon agak jauh sedikit dan ambil masa 30 minit memandu, dengan berkereta anda memandu dengan lancar kerana Stulang Laut ni dihubungkan terus dengan Lebuhraya Pesisir Pantai yang akan melalui Pantai Lido-Danga dan terus ke taman tema Legoland, jadi penginapan di sini tak jadi masalah kiranya anda inginkan suasana meriah di waktu malam dan pada siangnya berhibur di Legoland. Ini kerana pada waktu malam di Nusajaya agak suram dan kurang meriah disebabkan belum banyak pembangunan di sana. Walau apa pun sekali pilihan anda untuk penginapan di sini baik hotel bajet, hotel, motel atau hotel taraf star-star, siang dan malam di Stulang Laut pastinya tak membosankan, lebih-lebih lagi kalau anda berjaya dapatkan room yang menghadap Selat Johor seperti gambar kat atas ni Tips J2C2: Pengalaman Krew J2c2 bercuti di sini, ni lebih kurang suggestion juger: Stay bermalam kat sini kalau nak bercuti ke Legoland, malam kat sini lebih meriah, boleh ronda-ronda ke tempat menarik di Johor bahru, Pasar JB Bazz atau JB Bazz yang di dalamnya ada Car Boot Sale dan Pasar Karat (Barangan Antik)!! |
You are subscribed to email updates from di stulang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan