Rabu, 19 Disember 2012

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Nusajaya Kini: Himpunan Kebangkitan Rakyat <b>Negeri Johor</b> 1 <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2012 11:29 PM PST

JOHOR BAHRU: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Johor akan diadakan pada 1 Disember 2012 di Dataran Rakyat, Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat. 

Menurut Pengarah Himpunan, Tuan Haji Aminulhuda Hassan, program berkenaan akan bermula pada pukul 8 pagi dengan acara konvoi Jelajah Johor daripada Senggarang menuju ke Parit Sulong dan seterusnya ke tapak himpunan.

"Pada sebelah petang, program yang dianjurkan sempena himpunan ini adalah santai anak muda bersama Ali XPDC. Antara acara menarik yang terdapat dalam program santai anak muda ini adalah pertandingan motosikal cantik, jamuan nasi lemak kopi 'O' dan cabutan bertuah"

"Pada sebelah malamnya pula, himpunan ini akan dimulakan dengan solat maghrib dan solat hajat di tapak program. Selepas solat isyak, himpunan akan diteruskan dengan ceramah daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang dijemput sebelum diakhiri dengan ucapan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat", ujar beliau ketika sidang media di Pejabat PAS Kempas sebentar tadi.

Difahamkan, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Kebangsaan Tuan Haji Mohammad Sabu akan hadir ke himpunan peringkat negeri Johor kali ini.

"Kita mensasarkan kehadiran rakyat ke himpunan ini adalah sekitar 30,000 hingga 40,000 orang. Kehadiran pelbagai kaum ke himpunan ini mengambarkan perpaduan rakyat untuk bangkit menentang kezaliman yang berlaku di dalam negara kita ini"

"Antara isu yang menjadi fokus dalam himpunan ini adalah isu tanah yang dialami oleh pelbagai kaum di negeri Johor ini. Selain itu, isu pendidikan dan isu jenayah juga akan menjadi fokus untuk diterangkan kepada rakyat yang hadir ", ujar beliau lagi yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr. Mahfodz Mohamed dan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor, Hassan Karim turut mengesa seluruh ahli, penyokong dan rakyat hadir ke himpunan kebangkitan rakyat ini sebagai tanda soladiriti rakyat untuk bangkit menentang kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN di negeri Johor ini.

Difahamkan juga bahawa beberapa orang bekas wakil rakyat atau orang kenamaan daripada UMNO akan menyerahkan borang keahlian menyertai Pakatan Rakyat. Beberapa bekas pegawai tertinggi kerajaan juga difahamkan akan turut menyertai Pakatan Rakyat pada himpunan itu nanti.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads