Sabtu, 22 Disember 2012

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


JOM Centre – Produk Kerajaan <b>Negeri Johor</b> Untuk Golongan Belia

Posted: 21 Dec 2012 09:29 PM PST

jom

JOM Centre (Jumpa Orang Muda) adalah merupakan produk yang tidak asing lagi di kalangan remaja dan belia di Negeri Johor. JOM Centre amat bersesuaian dengan misi utamanya iaitu menyalurkan informasi dan mempromosikan pelbagai program Agensi Kerajaan ke seluruh daerah di segenap pelusuk Negeri Johor.

JOM Centre juga merupakan unit di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang prihatin kepada minat dan permintaan masyarakat remaja dan belia dalam penganjuran program yang mengikut trend masa kini.

Unit yang diilhamkan oleh Kerajaan  Negeri Johor ini telah banyak membantu  golongan remaja dan belia dalam mencapai impian & cita-cita mereka ke arah melahirkan golongan Belia Modal Insan  yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.

JOM CENTRE (Unit Bergerak) adalah untuk mendekati belia dan belia bertindakbalas (respon), saling hormat menghormati untuk melahirkan kepercayaan dan hak privacy mereka tidak tergugat, suara pandangan mereka didengari dan mewujudkan keselesaan pertemuan.

Menurut En. Anwar Zamil Bin Malham Pegawai Unit Jom Centre, diantara ojektif penubuhan unit ini adalah bagi mempromosikan pelbagai program dan mengembelingkan semua program belia dari pelbagai Agensi Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Bukan Kerajaan.

Ia juga bertujuan mengikis pandangan negatif masyarakat terhadap golongan belia selain dari membantu melahirkan masyarakat belia yang bermaklumat dan peka kepada peluang pendidikan, latihan kemahiran, kerjaya motivasi, aktiviti belia dan sukan dan pembangunan diri.

Kumpulan sasaran kami adalah  golongan belia yang tidak berpersatuan (berumur 15 hingga 40 tahun), belia menganggur, belia tercicir, Profesional Muda, Pelajar, Penuntut IPTA/ IPTS, Penggerak Belia, Pekerja Industri, Ibu Bapa,  Pemimpin Mayarakat,  Agensi Swasta mahupun  Agensi Kerajaan, tambahnya lagi.

Katanya lagi, unit ini telah ditubuhkan sejak tahun 2005 dan akan mengelilingi negeri Johor melalui daerah yang terdapat didalamnya. Antara aktiviti yang terkandung dalan penjelajahan kami adalah seharian bersama selebriti belia, aktiviti sukan, aktiviti kesenian dan kebudayaan, penyebaran maklumat kepada golongan  belia melalui pameran ( agensi kerajaan, swasta, ngo's).Pameran maklumat pendidikan, maklumat peluang latihan kemahiran, maklumat peluang pendidikan dan banyak lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads