Jumaat, 23 Mac 2012

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Program Santai Gempur LIVE <b>Di Kota Tinggi</b> Johor Hari Ini! | Blog <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2012 03:44 PM PDT

santai gempur

Hari ini program terbaru daripada Hub Usahawan Online EdyMart bakal berlangsung di Kota Tinggi,Johor dan dikenali sebagai Santai Gempur. Santai Gempur? Ha,memang unik dan pelik kan nama program ini! Saya difahamkan seramai 20 orang members HUOE sudah konfirm sertai program hebat ini dan paling menarik sekali adalah rakan-rakan HUOE daripada Singapura juga sertai program Santai Gempur ini.

Bagi anda yang tinggal di Kota Tinggi dan ingin sertai program hebat ini, anda boleh hubungi Saudara Sham EdyMart untuk maklumat pembayaran dan sebagainya.

Hotel Rest Inn Kota Tinggi Johor

Program Santai Gempur, memang santai abis sambil buat duit serta merapatkan lagi keukhwahan dan sesi pembelajaran dalam bisnes secara SWE (Street Wise Entrepreneur).

Antara aktiviti-aktivitinya:

1. Berkelah air terjun

2. Lawatan lihat kelip-kelip

3. Lawatan ke Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

4. Shopping sakan di perkampungan kampuchia

5. Seminar pembelajaran RGS (Reverse Goal Setting)

6. Dan banyak lagi.

Pandangan luar sebelum memasuki Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang

Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Dari Pandangan Dalam

PERCUMA bagi yang nak memahami apa itu HUOE dan peluang untuk mempelajari bisnes dropship super mudah di Hotel Rest Inn Kota Tinggi Jam 4.30ptg hingga 6.30 ptg.

Strategi Program Santai-Gempur selain daripada atur strategi RGS, Uncle Zin Ali akan memperkenalkan Pembekal yang mempunyai potensi untuk membekalkan ke Singapura menjual/demo produk mereka semasa di Seminar.

Yang bestnya dessert petang mereka akan menggunakan semua barangan di HUOE di Restoren nanti contoh Cendawan Goreng TM, Bubur Sambarunding, Coral Delight, Ceezy Cheese + Potato wedges dan berbagai lagi.

Warga Usahawan Singapura dan masyarakat tempatan akan bersama-sama join Seminar PERCUMA jam 4.30 ptg.

Apapun, saya ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang hadir nanti  dan semoga berhibur sambil menambah ilmu bisnes dropship dan perniagaan secara MUDAH,MENARIK dan MAMPU MENJANA PENDAPATAN!

Bagi menghangatkan kemeriahan Program Santai Gempur, saya kongsikan video trailer yang dihasilkan sendiri oleh Saudara Sham EdyMart. Enjoy!

Santai Gempur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Comments

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


1 mudah.com | rumah untuk dijual <b>di tangkak</b>

Posted: 22 Mar 2012 04:02 PM PDT

The following is daily update on search done at my 1 mudah.com :


This entry was posted under Mudah Com for My 1 mudah.com

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


Empangan <b>Bekok</b> cuma dijaga seorang pengawal | N9 Kini - Portal <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2012 08:59 PM PDT

BATU PAHAT: 15 Mac – Hanya seorang pengawal keselamatan mengawal seluruh kawasan Empangan Bekok, dekat sini yang mempunyai keluasan menyamai Singapura menyebabkan pencerobohan sukar diatasi.

Walaupun sebenarnya tiga pengawal ditugaskan menjaga empangan itu, mereka dibahagikan kepada tiga syif iaitu lapan jam bagi setiap sesi.

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata mustahil untuk seorang pengawal memantau seluruh empangan, sekali gus menyebabkan risiko ia diceroboh.

"Bayangkan bagaimana seorang pengawal keselamatan menjaga empangan seluas Singapura setiap lapan jam sehari.

"Mereka juga hanya 'bersenjatakan' motosikal berbanding pengawal empangan di negeri lain yang dilengkapi anggota keselamatan termasuk tentera bersenjata bagi mengawal kawasan yang dikategorikan berisiko tinggi.

"Itulah sebabnya kita meminta kerajaan mempercepatkan proses pewartaan kawasan empangan ini. Sebaik diwartakan, langkah keselamatan lebih bersepadu termasuk memagar kawasan empangan, penempatan anggota keselamatan bersenjata, memasang kamera litar tertutup (CCTV) selain undang-undang pencegahan pencerobohan lebih ketat boleh dikuatkuasakan," katanya.

Pada Isnin lalu, akhbar melaporkan kira-kira 500,000 pengguna daerah ini yang mendapat bekalan dari Empangan Bekok terdedah dengan pelbagai penyakit kronik termasuk barah dalam jangka panjang berikutan pencemaran akibat pencerobohan berterusan yang berlaku di kawasan tadahan air itu
Bulan lalu, Berita Harian mendedahkan pencerobohan di kawasan hutan Empangan Bekok yang berkeluasan 2,062 hektar itu boleh mengancam kawasan tadahan air utama Johor yang membekalkan air untuk setengah juta penduduk.

Ka Siong berkata, penceroboh yang biasanya dilakukan pada waktu malam menyebabkannya sukar dikesan serta ditangkap tambahan pula penceroboh mahir laluan keluar masuk yang boleh ditembusi menerusi laluan ladang serta perkampungan.

Sementara itu, Penolong Pentadbir Tanah Daerah (PTD), Mohd Faiz Mohd Salleh, mengakui kekurangan kakitangan menyebabkan mereka sukar menangani pencerobohan sehingga mampu memudaratkan pengguna di daerah ini.

"Kami tidak mempunyai kakitangan mencukupi untuk terus memantau di empangan seluas itu, malah kami terpaksa meminta bantuan terutama daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor Bahru di samping agensi lain termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), polis dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) bagi menyertai operasi pemantauan bersepadu bagi tujuan keselamatan," katanya.

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


Angkatan Muda Keadilan <b>Gelang Patah</b>, Johor Darulta&#39;zim

Posted: 13 Mar 2012 07:47 PM PDT

CATATAN SEMBRONG : UMNO SEMAKIN NAZAK

Posted: 13 Mar 2012 03:41 PM PDT

Bagi orang yang cintakan kedamaian dan menghormati demokrasi tentu akan merasa sedih dan kesal bangat mengenangkan apa yang berlaku di Sembrong, Johor beberapa minggu sudah. 

Bila terkenang dan mengintai kejadian tempohari sehingga berlakunya provokasi melampau ala samseng oleh Pemuda Umno, menyebabkan tercetus di kepala saya apakah itu hasil perjuangan Umno selama 54 tahun? Itukah generasi wawasan 2020, atau anak didik Islam Hadhari atau pun pemuda Wasotiyah di era Najib Razak?

Kalau tidak mengalami sendiri sebahagian dari episod malam tersebut, saya tidak akan percaya apa lagi ia berlaku di Johor Darul Takzim negeri kubu Umno yang masyarakatnya dianggap kelas nombor wahid. Tentu saya akan mengatakan masakan orang Johor khasnya orang Sembrong sanggup bertindak rakus begitu. Menjadi liar bagaikan binatang yang tidak bertuan atau kurang ajar?

Bagaikan tidak percaya apa yang berlaku didepan mata.... Sepanjang saya berpolitik samada dalam Umno dahulu mahupun Keadilan sekarang, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Mereka "membantai" kereta rasmi Anwar Ibrahim seperti sudah kerasukan "air syaitan" dan "dadah"... Apakah anak muda Umno ini dihidangkan dengan benda haram sebelum mereka membuat kacau....???
Cukup jengkil melihat anak-anak muda yang saya kira mereka rata-rata yang keciciran dalam pendidikan. Saya yakin kalau mereka bersekolah tinggi, peringkat IPTA atau pun pengajian pondok tradisi mereka tidak akan berkelakuan begitu. Lagak dan telatahnya lebih teruk macam kera berjumpa biawak. Paling memelikkan lagi kenapa mereka bersikap liar tidak tamadun begitu walhal sejak merdeka hingga ke hari ini orang Umno Johorlah yang paling ramai menjadi menteri pendidikan.

Mereka sedikit pun tidak merasa malu dan segan mengejek dan melaungkan kata-kata kesat di sepanjang Anwar berucap. Semua gelagat sifat Abu Lahab dan Abu Jahal dizahirkan pada malam tersebut. Peliknya polis yang ada hanya memerhati sahaja dan berdiri di depan mereka, seolah-olah mengawal kumpulan liar itu tidak diganggu bagi membolehkan mereka melakukan apa saja bentuk provokasi termasuk melontar batu, mercun, kayu, air kencing dan telor busuk termasuk kayu bendera yang runcing hujungnya. Itupun didiamkan oleh pihak polis walaupun kejadian itu berlaku didepan mata mereka. Apa akan jadi jika penyokong Pakatan Rakyat berbuat demikian ketika Ceramah Umno/BN berlangsung....??? Fikir sendiri.....

Melihat sikap polis itu menyebabkan saya tertanya dalam hati, apakah tujuan polis ke kawasan itu? Apakah sebenarnya yang dijaga dan dikawal? Apakah untuk keselamatan umum atau untuk melindungi kumpulan liar itu?

Kalau polis bersikap adil dan tegas mereka boleh menyuraikan kumpulan liar itu. Dengan kuasa yang ada kepada mereka, polis boleh menghalangnya. Ada sebuah trak yang siap dengan pasukan topi merah (FRU) cukup untuk menghuraikan kumpulan kira-kira 200 hingga 300 orang itu.


 Apakah ini anak muda yang diupah untuk membuat kacau???? Mereka memakai baju Pemuda BN dan  memakai t-shirt hitam tertulis Sembrong 13 dengan gambar Hishamuddin terdampar di depannya. Banggakah orang Umno Sembrong dan seluruh Johor dengan kejadian tidak bertamadun ini.




Masih segar dalam ingatan bagaimana penyokong Umno Semberong yang sudah kesaruk syaitan membantai kereta rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenderaan yang saya naiki berada dihadapan kereta yang dinaiki oleh Datuk Seri Anwar terpaksa berhenti akibat ditahan oleh samseng upahan Umno. Pada ketika itu saya segera keluar untuk melindungi Datuk Seri Anwar. Ketika itu juga AMK Johor diketuai oleh Timbalan Ketua AMK Johor meluru ke arah Datuk Seri Anwar untuk memberi perlindungan. Pada ketika itu jugalah penyokong Umno/BN membantai, memukul dan menendang kereta rasmi Datuk Seri Anwar. Saya meluru ke arah kumpulan tersebut apabila melihat salah seorang diantara mereka mengangkat batu untuk dihempaskan ke arah cermin kereta Datuk Seri Anwar. Saya cuba menahan dan pada ketika itulah berlaku tarik menarik. Saya cuba ditarik masuk ke dalam kumpulan itu sehinggakan baju saya koyak. Saya mempertahankan diri dan pada ketika itulah saya dikeroyok oleh samseng upahan Umno. Ketika itu keadaan sudah tidak terkawal. Mujurlah AMK Batu Pahat membantu dengan menarik saya keluar dari kawasan itu. 


Selepas itu penyokong Umno terus bertindak liar dengan membaling objek2 keras seperti batu, kayu, botol berisi air kencing dan juga mercun. Saya hampir2 terkena balingan kayu bendera yang runcing hujungnya dan masih terlekat bendera BN di kayu tersebut. Bayangkan jika balingan tersebut tidak disedari dan mengenai orang ramai....???? Apakah Hishamuddin selaku Ahli Parlimen Sembrong dan Menteri Dalam Negeri akan bertanggungjawab????

Pada ketika ceramah hampir selesai, saya dinasihati agar membawa Datuk Seri Anwar melalui "jalan dalam". Mereka khuatir "samseng upahan" Umno itu akan bertindak liar lagi.

Saya amat yakin mereka diajar dan digalakkan serta dilindungi oleh orang tertentu yang cukup berpengaruh dan kebal untuk ditangkap oleh pihak polis yang bertugas. Kalau mereka tidak "dipayung" oleh seseorang yang cukup berpengaruh masakan mereka boleh  dibekalkan dengan t shirt, bendera, mercun, telor tembelang dan segala macam alat untuk mengganggu ceramah tersebut. Mungkin mereka tembolok mereka telah disumbat dengan "air kencing syaitan" atau pil kuda sehingga mereka bertindak seperti orang hilang akal. Jelas mereka telah di ajar dan ada pengarahnya.


Soal kecederaan yang saya alami itu soal kecil tetapi tindakan liar dan samseng Pemuda Umno Sembrong seolah-olah cuba menguji kesabaran AMK Johor. Malahan pada malam itu ada petugas AMK Johor yang ingin menyerang balas. Mujur saya dan beberapa pimpinan AMK Johor yang lain cuba menenangkan keadaan. Jika tidak pasti akan berlaku pergaduhan besar.


 Pada 10 Mac 2012 yang lalu, ceramah Anwar Ibrahim di Sri Gading mendapat perlindungan 100% dari anggota polis dan FRU. Bahkan mereka sanggup meredah belukar dibelakang pentas untuk memastikan tiada gangguan dari "samseng upahan" Umno. Saya anggap itu arahan lakonan oleh Hishamuddin Hussein. Sejak jam 6.00ptg lagi Umno cuba melakukan provokasi dengan menggantung banner2 namun tiada sambutan. Terima kasih kepada anggota polis yang bertugas pada malam tersebut namun ianya tidak boleh mengubati luka di Sembrong. Sebagai pengajaran peristiwa di Sembrong, Keadilan Johor akan membawa kes ini ke mahkamah. 


Kepada AMK Johor, jadikan kejadian di Sembrong sebagai pengajaran. AMK Johor perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Komitmen di Sri Gading dan Bakri membuktikan bahawa kita mampu berdepan dengan sebarang provokasi oleh "samseng upahan" Umno. Ingat pesanan Ayahanda.... "Membujur Lalu Melintang Patah"


Lawan tetap Lawan


Ketua AMK Johor

ADIK DIRANG DIJUMPAI MATI DIBAKAR

Posted: 13 Mar 2012 12:10 AM PDT



Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah (Dirang), dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.

"Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.

"Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa," katanya, di sini, semalam.

Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.

"Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.

"Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan," katanya.

Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.

Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.

Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.

Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.

Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.


AMK Gelang Patah turut membantu mengesan kanak2 malang ini dengan menyiarkan gambarnya di blog ini semenjak kehilangannya. AMK Gelang Patah turut bersimpati dengan tragedi yang menimpa keluarga mangsa. 

AMK Gelang Patah menasihati ibubapa agar mengawasi anak2 lebih dari biasa kerana semakin ramai manusia yang bertindak tanpa peri kemanusiaan akibat tekanan hidup.

Al-Fatihah untuk adik Nurul Nadirah Abdullah.......


GAMBAR2 MALAM SILATURAHHIM & BBQ BERSAMA AMK GELANG PATAH

Posted: 12 Mar 2012 11:52 PM PDT

 Penyokong Tegar Keadilan
(Uncle Balah & Uncle Tiong)

 AJK Ranting Taman Damai Jaya
(Yusree cukup berpuas hati......)

 AMK Pasir Gudang turut hadir....

 Vany (DAP Taman Nesa) bersama suami tidak sabar menanti air
yang sedang disiapkan oleh Naib Ketua Cabang, Sdr. Azman Idris

Tenaga Utama Majlis BBQ Arif (Pen. Ketua Penerangan), Helmi (Bekas Ketua Penerangan Umno Taman Damai Jaya) dan Zainalhelmi (Naib Ketua AMK Gelang Patah)... Di bahagian belakang kelihatan Ketua AMK Johor Bahru turut hadir memeriahkan majlis.....

Kerjasama Adik dan Abang..... 

Ketua AMK Johor, Sdr. Nazri sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.... 

Pelbagai juadah disediakan..... Artis jemputan sedang makan sebelum beraksi... 

Sdr. Syahril sedang menghiburkan tetamu dengan petikan gitarnya.... 

Timbalan Ketua AMK Cabang, Sdr. Ramly Ahmad antara penyumbang pada majlis BBQ bersama 

Chef Helmi Jenglord..... peace yooooooo

Gambar yang bisa membuat Umno Gelang Patah mengigil........

KEMPEN KEAHLIAN BARU MELALUI SMS

Posted: 12 Mar 2012 11:22 PM PDT

AMK Johor telah melancarkan kempen keahlian melalui SMS bagi membantu Keadilan Johor memperhebat kempen keahlian yang mensasarkan 100,000 keahlian pada tahun ini. Kempen tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Mac 2012 yang lalu di Sri Gading. Beliau yang hadir ke Parlimen Sri Gading untuk satu siri Ceramah Umum di Parit Salleh Ros, Parit Raja.
Kira-kira 4,000 orang telah hadir pada malam itu untuk mendengar penjelasan oleh Datuk Seri Anwar tentang beberapa isu. Ceramah tersebut juga telah mendapat kawalan sepenuhnya dari anggota Polis dan FRU susulan dari tindakan provokasi melampau yang dilakukan oleh penyokong Umno/BN di Sembrong beberapa minggu yang lalu.
Ada juga cubaan melakukan provokasi dari Umno Sri Gading yang turut mendapat sokongan dari YB Parit Raja namun kehadiran Team AMK Johor yang ramai, dibantu pula oleh Unit AMAL sedikit sebanyak telah merencatkan perancangan mereka. Kurangnya sambutan dari anak muda setempat juga menjadi penyebab mereka berpindah ke kawasan lain.
Sebelum itu, Datuk Seri Anwar berceramah di Pt. Arab, Bakri dan merasmikan Pusat Bertindak AMK Cabang Bakri. Tiada provokasi dilakukan oleh penyokong Umno/BN. Walaupun begitu AMK dan Unit AMAL telah bergabung dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Keseluruhan program pada malam tersebut telah berjalan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. AMK Gelang Patah sendiri telah menghantar kira-kira 15 orang AMK untuk membantu AMK Johor menjaga dan mengawal keadaan. Tahniah diucapkan kepada seluruh AMK Johor yang hadir pada malam tersebut.

Untuk mendaftar sebagai ahli baru Parti Keadilan Rakyat, sila taip TXT AMKJOHOR REG NAMAPENUH DAERAH dan hantar ke 32088 (Contoh : TXT AMKJOHOR REG AHMAD BIN SULAIMAN JOHOR BAHRU dan hantar ke 32088) - Pihak kami akan menghubungi anda....

Lawan tetap Lawan.....

01 di tangkak - Google Blog Search

01 di tangkak - Google Blog Search


1 mudah.com | rumah untuk dijual <b>di tangkak</b>

Posted: 22 Mar 2012 04:02 PM PDT

The following is daily update on search done at my 1 mudah.com :


This entry was posted under Mudah Com for My 1 mudah.com

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


Mencari tanah 30ekar <b>di</b> area labis,<b>chaah</b> dan bekok <b>johor</b> <b>...</b>

Posted: 29 Apr 2010 08:19 AM PDT

Forum Jump

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Oct 2011 03:30 AM PDT

Lihatlah runtuhan batu-bata konkrit dibawah air hujan.

Dibawah runtuhan batu bata yang ditimbusi tanah inilah mayat Kak Yah dijumpai.

Saya bersama Sdr Salim Abdul Aziz, iaitu tuan rumah tempat saya dan isteri, Taminyin Paiman dan Siti Khalijah Hj Mohamad menginap selepas Majlis Dialog di Balai Raya Felda Kemahang Barat.

Dari kiri: Siti Khalijah, Rebin Birham, Haji Suhaimi, Sdr Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan Sdr Zabidie Abas.

Wak Rabidin Kasmawi sedang memberikan pandangan dan pengalamanya sebagai seorang peneroka Felda

Hadirin yang memenuhi Balai Raya Felda Kemahang Barat

Siti Khalijah, Rebin Birham, Suhaimi Said, Sdr Mohd Shah

Saya dan isteri bertolak dari Temerloh untuk pergi ke Felda Kemahang Barat jam 1.00 tengah hari, Wak Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin bersama-sama Sdr Rahim (bekas calon Parti S.46 DUN Muadzam Shah) menunggu kami di R&R Muadzam.

Sesampai di R&R Muadzam saya mengambil nasi kurang dari 1/4 pinggan, untuk beberapa suap sahaja, kerana saya masih belum berselera untuk makan. Saya ambil seekor udang dan seekor sotong.

Selepas makan perut saya mula memulas. Saya "melepas" dulu di tandas di R&R Muadzam. Wah lega rasanya.

Kemudian kami bertolak menuju Tanjung Gemuk, disana Sdr Nordin, Timbalan Ketua PKR Cabang Rompin sedang menunggu untuk ikut serta ke Kahang Barat. Tetapi perut saya mula buat hal sekali lagi.

Saya melepas sekali lagi di tandas Masjid Tanjung Gemuk, dan kemudian solat Zohor-Asar jamak. Selepas Solat perut saya meragam lagi, maka terpaksa pergi ke tandas sekali lagi.

Di pekan Endau, saya pergi ke Kedai Obatan Cina dan membeli 4 paket Teck-On, towkay kedai itu kata, kalau perut tidak selesa dalam keadaan berat, boleh ambil 2 paket sekali gus. Maka saya makanlah dua paket sekali gus.

Setelah itu, kami bertolak menuju Nitar 2 kerana disana Rahman Kaimi dan 2 orang lagi rakan mahu konvoi bersama kami ke Kahang Barat.

10 minit meninggalkan Endau, Sdr Zabidie menalipon saya melalui handset Kak Hendon, dia kata: "Haji, awak dah tertinggal hand phone kat kedai obat." Mana Zabidie tau ya? Saya tengok memang handphone saya tidak ada dan saya berpatah balik ke Pekan Endau dan bila sampai ke Kedai Obat tu, towkay kedai itu tersengih memandang saya, "Hah..awak tertinggal handphone, ya?" dan dia serahkan handphone itu kepada saya.

Sementara itu Wak Rabidin dan Cik Nordin meneruskan perjalanan ke Mersing. Rupa-rupanya dia menunggu kami di tepi jalan lebih kurang 5 batu lagi dari Mersing.

Saya talipon kepada Zabidie bertanya dia dimana dia tahu handphone saya tertinggal. Dia kata, dia talipon saya tapi yang jawab ialah seorang Cina dan Cina itu katakan bahawa tuan handphone itu tertinggal di kedainya.

Setelah bertemu semula dengan Wak Rabidin, kami meneruskan perjalanan kami ke Nitar 2, dan di sebuah warong di Nitar 2, Rahman sudah sedia menunggu.

Oleh kerana warong itu terlalu ramai, Rahman bawa kami ke warong yang di hadapan. Disana Sdr Roslan dan seorang lagi dari Nitar 2 menyertai kami.

Setelah ahli rombongan kami mengambil sedikit makanan, kami bersedia untuk berangkat ke Kahang Barat. Saya tak berani nak makan apa-apa takut purging lagi.

Rupa-rupanya, walaupun tak makan apa-apa, saya purging lagi, terus saya pergi ke Setesyen Minyak yang berdekatan dan melepas sekali lagi. Tidak ada apa-apa yang keluar kecuali air sahaja. Saya betul-betul tak selesa dengan perut yang meragam begitu.

Sementara itu Sdr Rebin Birham bertolak dari Kuala Lumpur melalui Highway menuju Kluang, dan dari Kluang ke Kahang Barat.

Didalam perjalanan ke Kahang Barat hujan turun tidak berhenti dengan lebatnya, saya betul-betul takut berada di jalanraya. Tak nampak dihadapan, dan di dalam perjalanan itu ada tempat-tempat sudah dinaiki air, banjir kilat.

Kami sampai ke Kahang Barat jam lelbihkurang 8.30 malam. Saya terus pergi ke Masjid, disana saya purging lagi. Kemudian kami pergi ke Balai Raya Kahang Barat yang terletak dihadapan klinik. Didalam hati saya berkata, "Bagus betul pengurus Kahang Barat ni membenarkan PKR mengadakan perjumpaan di Balai Raya." Rupa-rupanya dia tidak tahu akan tujuan perjumpaan itu, kalaulah dia tahu sudah pasti dia tidak benarkan.

Sampai di Balai Raya itu, saya sekali lagi purging, dan melepas didalam tandas di Balai Raya itu. Sepanjang dialog itu saya berasa amat tidak selesa dengan keadaan saya itu. Saya tidak seperti biasa, saya duduk diam-diam sahaja dan hanya bercakap apabila giliran saya untuk bercakap. Alhamdulillah, semasa saya berucap itu, perut saya macam "reti bahasa" dia tidak pruging.

Majlis ucapan dan dialog itu tamat lebih kurang 11.30 malam. Semasa itu Kak Hendon sudah mendapat berita dari Felda Jengka 22 bahawa seorang AJK PKR Wanita Cabang Kuala Krau, Pn Kamariah yang dikenali dengan Kak Yah baru meninggal dunia jam 10.00 malam.

Sdr Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Kahang Barat memberitahu bahawa lebih dari 300 orang peneroka di rancangan itu sudah bersetuju untuk menyaman Felda diatas isu perahan KPG yang telah dimanipulasikan oleh Felda.

Saya beritahu kepada Kak Hendon bahawa "Kita kena balik jugak, supaya sempat solat jenazah dan pengkebumian jenazah". Tetapi saya sendiri tidak berupaya untuk memandu kereta. Saya sangat lemah. Kak Hendon juga tidak berupaya kerana dia pun demam juga.

Sdr Salim Abdul Aziz menawarkan supaya kami tidur di rumahnya di Kahang Barat dan balik ke Temerloh pagi-pagi esuk.

Pagi ini, saya dan Kak Hendon meninggalkan Kahang Barat jam lebihkurang 8.00 pagi; jam 10.30 pagi kami sudah berada di Pekan Rompin, kami singgah untuk "perkena kopi tarik dan roti canai telur."

Kemudian kami meneruskan perjalan ke Felda Jengka 22 melalui Jalan ke Chini, dan melalui Jalan Kg Belimbing menuju Sri Jaya. Dari Sri Jaya kami ambil Highway Pantai Timur ke TOL Chenor, dan keluar dari Tol Chenor menuju ke Felda Jengka 22. Sebelum sampai ke TOL Chenor, kami menerima satu lagi perkhabaran sedih, seroang lagi di Jengka 22 meninggal dunia iaitu nenek kepada Sdr Fuad, seorang Pemuda yang aktif didalam AMK Kuala Krau.

Kami sampai di Felda Jengka 22 jam lebih kurang 2.00 petang. Kak Yah sudah di kebumikan, dan di rumahnya itu, Sdr Ibrahim, suami Kak Yah menunjukkan tempat kejadian dimana Kak Yah meninggal dunia.

Kata Ibrahim: "Pada masa itu hujan sangat lebat, saya berada diluar dan Yah tinggal seorang sahaja di rumah. Apabila saya balik ke rumah jam 10.00 malam, saya tidak berjumpa Kak Yah didalam rumah dan saya laung tetapi tidak ada jawapan. Saya menjangka Yah berada di rumah jiran kerana malam tadi hujan sangat lebat, tetapi dia tidak ada di rumah jiran. Saya cari dia di belakang rumah.

Saya lihat benteng batu-bata di belakang rumah runtuh dibawa air deras. Hati saya sudah tidak sedap, saya mula mengaut tanah-tanah yang menimbusi kawasan belakang rumah saya, tiba-tiba saya ternampak dua kaki, saya terus mengaut tanah-tanah itu, rupa-rupanya Yah telah tertimbus oleh tanah dibawah dua kepingan batu simen yang berat. Yah sudah tidak ada..dengan pertolongan jiran-jiran dapat saya mengeluarkan Yah."

Begitulah diceritakan oleh Ibrahim dengan linangan air mata.

Pemergian Yah ini memang tidak disangka-sangka. Baru hari Ahad lepas beliau menghadiri Mesyuarat bersama Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau dan sayap wanitanya.

Kak Hendon cukup teperanjat dengan pemergian Kak Yah, mereka sangat akrab. Semasa berada di DUN Jepak. Sarawak, Kak Yah berkempen bersama Kak Hendon di DUN itu di kawasan-kawasan Rumah Panjang. Semasa Kursus di Hulu Selangor anjuran Task Force Felda Selangor, Kak Yah juga turut hadir dan begitu juga semasa kursus Pilihanraya yang diadakan di Kelantan.

Kita merancang tetapi perancangan Allahlah yang mengatasi segala-galanya. Inna Lillah wainna Ilaihi Roji'un.

Selepas di rumah Yah, kami pergi pula ke rumah nenek Sdr Fuad, jenazahnya akan disempurnakan selepas solat Asar.

Setelah itu saya dan Kak Hendon kembali ke Kg Batu 4, Jalan Maran untuk menunggu panggilan talipon dari pejabat saya mengenai kematian ayah kepada Siti, iaitu peguam yang berkhidmat di pejabat saya di Temerloh. Dia meninggal di Bentong kerana kemalangan jalanraya. Tidak tahu samada jenazahnya akan disempurnakan di Temerloh atau Bentong kerana ayah kepada Siti menetap di Bentong.

Sehingga coretan ini ditulis, saya belum mendapat khabar berita dimanakah pengkebumian akan dilangsungkan.

Sementara itu saya balik ke rumah, berehat seketika kerana amat keletihan dengan perut yang tidak selesa dan saya sudah tidak makan nasi untuk beberapa hari kecuali di R&R Muadam itu saya mengambil sedikit nasi kerana amat terliur melihatkan udang dan sotong, dan kemungkinannya perut saya masih tidak boleh menerima makanan yang "kaya dan heavy" begitu.

Full content generated by Get Full RSS.

Beshdey....Kursus.....dan Program Outreach... - ImmAzli

Posted: 20 Mar 2012 08:33 AM PDT

Assalam... Dah hampir dua minggu tak update... alhamdulillah.. Allah masih panjangkan usia aku.. dah bertambah setahun... lagi.. dan aku bersyukur... kerana walaupun hidup aku tak mewah.. tapi aku bahagia dan Allah beri aku kekuatan dan kesabaran... alhamdulillah...
16 Mac... aku sambut ulangtahun yang ke.. 33 tahun.. maknanya makin pendek usia aku.. so apa yang ko dah achive setakat 33 tahun hidup ni Mah?? hmm.. adalah kereta sebijik, tu pon blom abis bayar... moto satu.. rumah... coming soon.. how soon? ntah laa.. nti lah.. pelan.. pelan.. satu.. satu... maybe abis baya kreta nti kot... tapi tak per laa.. walaupun aku belom ada rumah sendiri... walau kengkadang jeles gak kat kengkawan yang dok asik citer pasal beli-beli rumah nih.. aku control perasaan.. aku tahan nafsu ... aku tahu kemampuan aku ngan Abang... bukan tak nak beli rumah.. tapi belum mampu... anyway... walau aku belum mampu... bukan tak mampu.. belum mampu... aku rasa apa yang ada sekarang nih pon dah ok... boleh laa.. ada rumah.. walaupun sewa... makan kami sekeluarga pon cukup.. anak2 tak pernah berlapar.. beras tak penah putus .. stakat ni laa... alhmdulillah... tapi kalau lain kali Allah nak uji... aku tak tahu... tapi aku harap kami sekeluarga dapat bersabar dan diberi kekuatan...Insya Allah..
17 Mac.. Jabatan aku anjurkan Kursus Pengurusan Pertubuhan... ramai laa jugak pesertanya.. dalam 160 orang.. terdiri dari pelbagai pertubuhan.... ada kebajikan, ada persatuan penduduk... ada persatuan penganut... pendaftaran pukul 8.00 pagi... tetamu kehormat hari tu.. YB Nur Jazlan bin Mohamed.. Ahli Parlimen Pulai.. pum.. pam.. pum.. pam... Majlis abis pukul 1.30 petang... Siap kemas jer.. kitorang bergegas ke Kahang untuk Program Outreach JPPM Negeri Johor. Sampai Kluang, pukul 6.00 petang.. Bermalam di Hotel Anika..
18 Mac... Pagi-pagi lepas sarapan, dalam pukul 7.45 pagi.. kami bertolak ke Kahang coz Program tu bertempat di Dewan Serbaguna Kahang...

Sampai di Kahang lebih kurang jam 9.00 pagi...  aku ngan Kak Mas handle Pendaftaran.. yang lain, menyediakan dewan.. dan persiapan pelancaran Rakan ROS dan Program Anak Angkat JPPM Negeri Johor.. program ini berakhir jam 1.30 petang...  kami kemudiaanya diiringi oleh EZ Bikers menuju ke Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Kluang, Johor (PKAYIK) kami dibawa melawat asrama puteri.. bagi pelawat wanita.. dan asrama putera bagi pelawat lelaki.. semasa aku berjumpa dengan anak-anak ini, hati aku diruntun sayu... terharu.. dan aku kagum dengan semangat mereka.. kecil-kecil lagi ditinggal Ibu dan ayah.. cekal sungguh hati mereka... saat ini, air mataku pasti bergenang bila aku ingat lagi detik-detik itu..
Alhamdulillah.. semua urusan selesai... kami bertolak dari Kluang lebih kurang jam 4.30 petang menuju ke Simpang Renggam... ke kampung salah seorang kakitangan JPPM Negeri Johor, Siti Muslimah... Mak si Siti ni buat Kenduri... so kitorang dijemput untuk datang ke Majlis tu.. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 5 lebih, kami sampai di rumah Siti dan kami dijamu dengan nasi ambeng... mmmm... sedaap... alhamdulillah.. kenyang.. Terima kasih daun keladi.. makcik, pakcik... Insya Allah.. lain kali kami datang lagi...
Dalam kalut-kalut menguruskan pogram dua hari tu.. tanpa aku sedari, aku kehilangan kamera kesayangan aku... hmm... ujian lagi.. sabar jer laa... nak buat cam ner.. dah ilangkan.. so redho jer laa.. ini sebagai peringatan untuk aku supaya lebih berhati-hati di masa akan datang...
Setakat ini dulu.. jumpa lagi di lain masa... Insya Allah... Salam penuh kasih sayang....

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Klip Video Wanita Melakukan Onani <b>di Segamat</b> ~ Sah dan Tak Sah

Posted: 20 Mar 2012 08:28 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Video 3gp lucah ini dikatakan telah tersebar di sekitar Bekok dan Labis , Segamat Johor. Mengikut surat khabar yang dibaca dikatakan video ini diambil oleh wanita ini sendiri mungkin untuk tujuan koleksi peribadi atau ...

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Selatan Online - (Video) Demonstrasi Bantah Loji Gas <b>Di Pengerang</b>

Posted: 18 Mar 2012 06:31 AM PDT


You have attempted to access this site with an invalid User Agent.

If you think this is a mistake you can contact the site webmaster at abujihad98(at)gmail(dot)com.

Be SURE to include the following information in any email!
User Agent: none
Remote Address: 69.162.77.2
Client IP: none
Forwarded For: none

Anak Sungai Derhaka: Demo bantah Loji Gas <b>di Pengerang</b> (Video <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2012 12:50 AM PDT


Sebelum itu.. projek Hab Minyak dan Gas (HMG) Pengerang yang bernilai RM60 bilion ini melibatkan 10 buah kampung - dengan jumlah penduduknya lebih kurang 4,000 orang, daripada 1,268 keluarga.


Selain pampasan dalam bentuk wang (yang masih lagi belum diketahui amaunnya), setiap keluarga yang terlibat dan terpaksa dipindahkan akan diberi sebuah rumah kediaman dengan tanah seluas 0.8 hektar (hampir 2 ekar).

Difahamkan bahawa dalam fasa pertama pemindahan, 570 keluarga daripada tiga buah kampung (iaitu Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang dan Kampung Langkah Baik) terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada projek HMG ini yang dijangka akan mula beroperasi pada Oktober 2013.

Dalam fasa kedua nanti, operasi pemindahan akan melibatkan penduduk tujuh kampung selebihnya, iaitu Kampung Sungai Buntu, Jawa, Lepau, Bukit Buluh, Batu Mas, Sebong dan Penyerang.

Kesemua penduduk kampung ini akan dipindahkan ke suatu lokasi penempatan baru seluas 474.8 hektar terletak di Teluk Ramunia ke arah sebelah timur dari pusat bandar Johor Bahru.

Ketika mengumumkan kerja pemindahan besar-besaran itu, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dipetik berkata bahawa kerajaan negeri "belum dapat menetapkan nilai pampasan yang akan dibayar" kepada setiap keluarga penduduk terjejas kerana "proses penilaian" pampasan tanah masih lagi berjalan.

Ghani bagaimanapun "memberi jaminan" kepentingan penduduk akan terpelihara, memandangkan kerajaan negeri ada "cukup pengalaman menyelesaikan isu sama" membabitkan pengambilan lebih 12,000 hektar tanah bagi projek Nusajaya pada masa dulu.

Ghani juga berjanji dalam tempoh 18 bulan mulai Mac depan ini, rumah penduduk yang dibina di penempatan baru itu akan siap sedia untuk dihuni.

Pendek kata sebelum matahari terbenam di akhir tahun 2013, setiap seorang warga 10 kampung yang dipindahkan itu akan menikmati hidup di rumah baru mereka dengan wang pampasan ratusan ribu ringgit (mungkin ada yang mencecah sejuta ringgit) yang diterima daripada Kerajaan Negeri Johor.

Ghani menyambung " Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, kerajaan bersetuju mengurniakan dua ekar tanah (0.8 hektar) kepada setiap keluarga penduduk terbabit.

Apa yang jelas bagi mereka yang berpandangan jauh, wang ringgit bukanlah segalanya dan bagi mereka yang punya kededaran mereka tidak mahu mewariskan kepada anak cucu mereka bumi yang tercemar hanya kerana imbuhan yang dijanjikan kepada mereka.

Lantaran itu hari ini satu demonstrasi telah diadakan di Pekan Pengerang

Pengerang dikejutkan dengan bantahan loji gas

Pengerang di Johor yang dianggap lesu, hari ini menyaksikan kira-kira 200 orang mengadakan bantahan terhadap rancangan Petronas untuk menubuhkan sebuah kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

Mereka bimbang bahawa loji penapisan berharga RM20 bilion itu akan mencemarkan alam sekitar.

pengerang protest demo 180312Selain itu, mereka juga kuathir bahawa loji berkenaan akan turut menjejaskan aktiviti penangkapan ikan laut, yang merupakan sumber pendapatan utama bagi penduduk tempatan.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang berlangsung jam 10 pagi.

Peliknya, acara bantah yang menyaksikan penunjuk perasaan membawa sepanduk dan poster selain melaungkan slogan di pantai berhampiran Kampung Sungai Kapal hanya berlangsung kira-kira 20 minit.

Penduduk dan aktivis alam sekitar membawa pelbagai poster dan kain rentang bagi membantah projek berkenaan antaranya tertulis:

"Selamatkan Bumi Pengerang", "Jamgan Cemarkan Bumi Pengerang" dan "Pengerang tanah tumpah darahku".

Manakala kain retang pula tertulis "Kekalkan Alam Semula Jadi Pengerang" dan "Kekalkan Kampung Tradisi Kami".

pengerang protest demo 180312 che mahazan che aikKetua Polis daerah Kota Tinggi Che Mahazan Che Aik memberitahu pemberita kemudiannya bahawa penganjur memaklumkan bahawa mereka cuma mahu berkumpul dengan aman selama 30 minit.

"Polis tidak ada halangan selagi ia dibuat dengan aman, tanpa apa-apa pepecahan dari segi keamanan, tentangan dan sebagainya.

"Ia sudah berjalan dengan aman. Kehadiran polis untuk menjaga keamanan. Tidak ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku," katanya sambil menambah seramai 15 anggota polis yang mengawal keadaan di situ.

Ada racun, toksik

Pengambilan tanah fasa pertama melibatkan 9,500 ekar tanah dalam proses untuk diambil bagi projek berkenaan yang melibatkan tujuh kampung. Manakala bagi fasa kedua melibatkan 22,500 ekar bagi fasa kedua bakal menyusul.

Pada sidang media selepas perhimpunan itu, pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang Kasran Abdullah berkata pihaknya tidak menolak pembangunan tetapi tidak melibat pengambilan tanah sehingga penduduk akan dipindahkan di tempat yang jauh.

pengerang protest demo 180312 kasran abdullah"Kilang-kilang petrokimia akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.

"Bagaimana dengan pencemaran udara, akan ada racun, toksik. Kehidupan penduduk akan terancam dan boleh membawa maut. Ia termasuk haiwan di laut," kata Kasran yang juga bekas guru besar.

Menurut Kasran lagi, penduduk khususnya petani, peniaga dan nelayan juga bakal berdepan dengan risiko kehilangan pendapatan.

"Tanah empat, lima ekar untuk kelapa sawit yang memberi hasil RM1,000 hingga RM2,000, jika mereka berpindah, mereka mahu makan apa.

"Pendapatan mereka akan hilang jika terlibat dengan pengambilan tanah," katanya.

pengerang protest demo 180312Menurut Kasran lagi, 35 peratus nelayan di situ, turut berdepan dengan situasi demikian dalam tempoh jangka masa panjang.

Ini kerana projek tersebut akan mengganggu dan merosakkan habitat laut seperti ikan, udang galah dan burung-burung yang berhampiran di kawasan itu.

"Jadi identiti Pengerang, apabila orang Singapura datang mahu makan udang galah, (hasilnya) sudah berkurangan.

"Dulu nelayan turun dapat 20 ekor, sekarang turun, dapat satu, dua ekor sahaja," katanya.

Melayu berpecah

Menurut Kasran lagi, kebanyakkan peniaga di sini juga risau dengan masa depan perniagaan mereka jika tanah itu diambil bahkan mereka akan ditempatkan di Kg Baru Teluk Rumania yang terletak dua hingga tiga kilometer dari kawasan projek.

Kasrun juga mendakwa kesan pengambilan tanah telah menyebabkan penduduk dan institusi keluarga berpecah belah khususnya bagi penduduk Melayu.

pengerang protest demo 180312Ini kerana terdapat kelompok di kalangan mereka yang "mengira wang" untuk menjual tanah mereka, dan ada yang membantah pengambilan tanah itu.

"Sudah berpuluh-puluh tahun orang tua-tua buat rumah cantik-cantik. Tapi (hari ini) seperti dalam kena 'bom' , (ada pihak) datang, mahu ambil tanah.

"Kami mahu kekal seperti ini, mahu cari makan cara masing-masing... Perancang projek ini tidak memikirkan faktor kemanusiaan, tetapi hanya keuntungan.

"Penduduk perlu diutamakan, kita rakyat Malaysia," katanya dalam sidang media yang diadakan di bangunan MCA cawangan Kg Sungai Kapal.

Sehubungan itu, jawatankuasanya akan menghantar memorandum rayuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mempertimbangkan rayuan mereka.

Memorandum itu akan diserahkan melalui MCA.


Malaysiakini

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Gift of Hope – Jelajah <b>di Negeri Johor</b> Darul Takzim

Posted: 19 Mar 2012 02:05 AM PDT

by Shahrir on March 19, 2012

Aktiviti menjelajah "Gift of Hope" kali ini diteruskan lagi dengan jelajah pasukan IRM di negeri selatan Malaysia iaitu Johor. Jelajah dua hari ini telah bermula pada Jumaat, 16 Mac 2012 dan berakhir pada Sabtu, 17 Mac 2012. Destinasi sasaran melibatkan tiga buah daerah iaitu Pontian, Pasir Gudang dan Kempas. Pelbagai kisah masyarakat dapat dirakamkan sepanjang jelajah dua hari itu dan kami akan paparkan kes-kes tertentu dalam satu pos khas di blog ini tidak lama lagi.

Pasukan IRM ingin mengucapkan setinggi-tinggi rasa terima kasih kepada IKRAM Pontian dan IKRAM Bandaraya Johor Bahru (BJB) di atas kerjasama pintar dan perkongsian maklumat bagi melaksanakan jelajah ini. Nantikan jelajah kami yang akan datang.

Pilihan Anda!: Cikgu Mala &#39;lepas gian&#39; <b>di</b> Sidang DUN <b>Negeri Johor</b>

Posted: 15 Mar 2012 06:01 PM PDT

|

Seronok bebeno Cikgu Mala. Puas le agaknya hati dia. Tak le kempunan. Sekurang-kurangnya dapat juga menjejakkan kaki ke sidang DUN Negeri Johor siang tadi.
Tak dapat duduk sebagai YB, dapat hadir sebagai pemerhati pun, gembiranya tak terkira.

Tengok aje kat posting FB dia hari ni, bertujai-tujai tunjukkan kat fren yang dia berada dalam DUN. Tak tau le, bila dah tengok orang bersidang tu, semangat Cikgu Mala semakin berkobar-kobar atau hilang semangat nak bertanding lagi.


Tapi kalau tengok gaya, Cikgu Mala tak ada gaya YB, setakat gaya receptionist ada le!

Semut Hitam

Share/Bookmark
Posted by Desperado on 9:01 AM. Filed under , , .
© 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara.

Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini.

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


Jawatan Kosong Dyson Senior Test Engineer <b>di Senai</b>, Johor 2012

Posted: 11 Mar 2012 01:53 AM PST

Jawatan Kosong Dyson Senior Test Engineer di Senai, Johor 2012

We're Dyson, a company known for an outstanding commitment to developing revolutionary solutions to every-day problems. Our revolutionary bagless vacuum cleaner has, over the last fourteen years, taken the worldwide market by storm and allowed us to become the most successful manufacturer in our field. Our products are the result of years of innovation and perseverance in design, and we're pretty proud of them. Who wouldn't be? They show exactly how determined we are and that only the best will do. New ideas are the lifeblood of Dyson. Every year, we invest half our profits back into harnessing them at our Research and Development Department. There are many engineers based in Johor Bahru. Thinking, testing, breaking, questioning. They're a varied bunch, too. Many are design engineers developing new ideas and technology. Then there are specialists who test and improve different aspects of each machine, from the way they sound to what they pick up. Some will have years of experience. Others are fresh out of universities. Would you like to join the team?

Senior Test Engineer
Johor – Senai Job

Responsibilities:
Main Duties/Responsibilities

To own and support test activity based on assigned test area (mainly User Course), leading a team of Test Engineers, Asst. Engineers, Test Technicians and Test Operators. To assist senior staff in planning and executing general improvements in the assigned area, e.g. training of staffs or improvements of test facility.
Guide and approve developments of current or new test methods (DTM – Dyson Test Method, Test Matrix) including developments of test rigs, equipments, improvise user course test matrix based on the latest product features, functionality and other requirements to facilitate testing.
To be actively involved in early product design development design stage and a robust and efficient test package (time plan, method and facility).

To guide Test Engineers, Asst. Engineers in post-development testing, involving design improvements and modifications, requiring close collaboration with Validation Engineers & Design Engineers. Frequently communicate either verbally or through e-mails with Design Team and all other support team to ensure the task is completed on time.
· To strictly ensure all the test activities are carried out according to the documented plan and test procedures such as DTM's, international standards and Test Matrix.
To monitor periodical test progress/results updates by Asst. Engineers or Test Technicians.
To manage and approve User Interaction Test related to validation based on Dyson Test Method requirement and ensure failure reports and test reports from Asst. Engineers or Test Technicians are reported to the stipulated test report format.

· Liaise with personnel from Dyson business group worldwide when required.
To develop plan and execute maintenance as well as development of test rigs, tools, equipments to ensure that they are in calibration (if relevant) and are in good condition at all times. This includes work with vendor/supplier on acquiring new rigs and tools.
To establish and maintain a good inventory plan of consumables in the lab ensuring that they are used accordingly and replenished when necessary.
Ensure assigned areas have good housekeeping with adequate safety rules and to ensure everyone working in these areas adheres to these rules at all times. Also to ensure periodical safety audits are carried out and to report any safety issues to the senior staff for next course of actions.
To carry out other related tasks that may be given in addition to the above main tasks.

Requirement:
Person specification:
Tertiary education in engineering preferably Mechanical / Electronics / Electrical Engineering.
Minimum 5 years experience under the same capacity is preferred or 10 years experience for Diploma holder.
Must have strong willingness to learn new things and challenge the existing test methods to ensure that it is robust and accurate.
Possess capability to develop new test method based on product specification and requirement

Essential:
Demonstrate good leadership skill and maturity
The person has to be able to work independently as well as in a group effectively.
Ability to think out of the box.
A dynamic team player that can adapt to changes and overcome challenges
Strong command in English especially writing and also speaking.

Desirable:
Excellent time management and interpersonal skills.
Ability to use Minitab and generate statistical analysis.
Poses high calibre in product testing field specifically in the general home appliances.

Rewards You will enjoy a creative and dynamic culture, an attractive salary and benefits package and a 5-day week, plus the opportunity to participate in the creation of new and exciting technologies. If you fit the above requirements and are rearing for a challenging but rewarding long-term career with us, please submit a detailed CV to Recruitment: Please Login or Register to apply this job online.
Career website: http://www.careers.dyson.com/

Maklumat Jawatan Kosong Terkini 2012:

Jawatan Kosong Dyson Senior Test Engineer di Senai, Johor 2012 was published at March 11th, 2012.

ads