ads

Khamis, 29 Mac 2012

01 di parit sulong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di parit sulong - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST

KOTA TINGGI 31 Dis. – Sebanyak RM3.16 juta diagihkan kepada 874 peneroka dari empat tanah rancangan Felda dalam kawasan Kota Tinggi bagi membantu mereka dalam program Skim Insentif Tanaman Semula Sawit (SITS), di sini semalam.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ia boleh dianggap sebagai durian runtuh buat peneroka yang mana masing-masing mendapat RM4,000 seorang beserta bonus insentif produktiviti yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Itu belum lagi termasuk bantuan one off RM500 bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang akan diberikan kepada mereka yang layak. Peruntukan yang disalurkan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini akan menjadi galakan kepada penduduk dan diharap digunakan sebaiknya.

"Apa yang kita harapkan dengan bantuan yang diberikan ini akan menjadi penaung untuk warga peneroka terus tingkatkan komitmen dan produktiviti masing-masing," katanya ketika berucap dalam majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna Felda Lok Heng Barat, di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain; wakil Pengurus Felda Wilayah Selatan, Saifullah Md. Nor dan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Khidmat Korporat MPOB, Dr. Burhanuddin Abd. Salam.

Empat tanah rancangan Felda yang terlibat adalah Felda Bukit Easter, Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat dan Felda Lok Heng Timur.

Sementara itu, wakil peneroka Felda Lok Heng Timur, Bakri Sahadan berkata, ini merupakan hari paling bahagia apabila menerima peruntukan tersebut.

"Walaupun sering diasak oleh penduduk kampung berkenaan perkara ini setiap kali mesyuarat diadakan, pada hari ini kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana memberikan peruntukan ini," katanya.

Ketua peneroka Felda Bukit Easter, Daud Kamsani pula berkata, penantian penduduk selama lima tahun akhirnya membuahkan hasil dengan pemberian tersebut dan berharap agar semua penerima akan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

01 di kota tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Program Santai Gempur <b>Di Kota Tinggi</b> Johor

Posted: 25 Mar 2012 07:17 AM PDT

Program Santai Gempur, memang santai abis sambil buat duit serta merapatkan lagi keukhwahan dan sesi pembelajaran dalam bisnes secara SWE.

Seramai lebih 20 orang ahli Hub Usahawan Online EdyMart telah menyertai program ini dan ianya dijalankan di Kota Tinggi Johor pada 17 dan 18 Mac 2012 lalu.

Antara aktivitinya.

1. Berkelah air terjun

2. Lawatan lihat kelip-kelip

3. Lawatan ke makam sultan mahmud mangkat dijulang

4. Shopping sakan di perkampungan kampuchia

5. Seminar pembelajaran RGS

KLIK LIKE, Sila tanya soalan atau beri pandangan anda menggunakan Facebook.



01 di chaah johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di chaah johor - Google Blog Search


AKU MENULIS UNTUK DIRI SENDIRI: 455 : Catatan Perjalanan <b>...</b>

Posted: 22 Jan 2012 08:17 PM PST

21 Januari 2012
Cuti panjang hujung minggu ni aku berkesempatan untuk ke Johor ke kampung asal seorang kawan di Chaah daerah Segamat, Johor. Kawan tu dah rindu sangat dengan kampung halamannya yang hanya tinggal tanah tak berumah.

Perjalanan pagi sabtu tu sesak dan perlahan sehingga ke kawasan RnR Seremban. Cuaca pula sangat cerah dan terasa bahang tengahari itu. Kami berhenti di RnR Seremban dan RnR Pagoh untuk berehat. Perjalanan hari itu terasa sangat lama, letih jugak dibuatnya.

Kami tibe di Yong Peng dalam pukul 3.30 petang dan terus mencari penginapan untuk malam itu. Tak banyak penginapan di sini, nasib baek kami dapat bilik tanpa perlu mencari di banyak tempat. Berehat sebentar dan kami meneruskan perjalanan kami ke Chaah yang lebih kurang 30 minit dari bandar Yong Peng.

Kami tiba di tempat yang dituju, Kampung Jawa dalam cuaca hujan renyai2. Aku dibawa mengililingi kampung itu dan kawan aku tu menceritakan pelbagai kisah zaman kanak2 nya. Dia juga menunjukkan tempat di mana dia selalu melepak dengan kawan2 nya, tempat dia mencuri rambutan, tempat dia mengganggu orang kampung dan sebagainya. Ternyata, jahat gak budak ni masa kecik2 dulu. Aku juga di bawa berkenalan dengan beberapa orang sahabat dan jiran2 dia.

Kemudian kami kemudian, berjalan2 di kawasan pasar malam kampung itu untuk membeli sedikit makan untuk malam itu. Kami kemudian pergi ke rumah seorang sahabat kawan aku tu. Kami hanya berbual kosong sambil bertanya khabar dan bercerita tentang kisah2 lama. Kami meminta diri sebelum maghrib.


22 Januari 2012

Pekan Ayer Hitam
Kerana takde plan utk hari ini, kami bercadang untuk berjalan2 di pekan Ayer Hitam yang terletak lebih kurang 30 minit dari Yong Peng. Pekan Ayer Hitam ini memang sudah terkenal dengan kedai2 yang menjual benda2 yang berkaitan perkahwinan. Macam3 ada dari bunga pahar, bekas2 hantaran, perhiasan rumah, bunga dan sebagainya. Kami hanya jalan2 cuci mata jer. Takde niat untuk membeli ape2 dan akhirnya aku terbeli ..... (hehehe... nanti lah aku cerita pasal ni)

01 di kempas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kempas - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Oct 2011 03:30 AM PDT

Lihatlah runtuhan batu-bata konkrit dibawah air hujan.

Dibawah runtuhan batu bata yang ditimbusi tanah inilah mayat Kak Yah dijumpai.

Saya bersama Sdr Salim Abdul Aziz, iaitu tuan rumah tempat saya dan isteri, Taminyin Paiman dan Siti Khalijah Hj Mohamad menginap selepas Majlis Dialog di Balai Raya Felda Kemahang Barat.

Dari kiri: Siti Khalijah, Rebin Birham, Haji Suhaimi, Sdr Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan Sdr Zabidie Abas.

Wak Rabidin Kasmawi sedang memberikan pandangan dan pengalamanya sebagai seorang peneroka Felda

Hadirin yang memenuhi Balai Raya Felda Kemahang Barat

Siti Khalijah, Rebin Birham, Suhaimi Said, Sdr Mohd Shah

Saya dan isteri bertolak dari Temerloh untuk pergi ke Felda Kemahang Barat jam 1.00 tengah hari, Wak Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin bersama-sama Sdr Rahim (bekas calon Parti S.46 DUN Muadzam Shah) menunggu kami di R&R Muadzam.

Sesampai di R&R Muadzam saya mengambil nasi kurang dari 1/4 pinggan, untuk beberapa suap sahaja, kerana saya masih belum berselera untuk makan. Saya ambil seekor udang dan seekor sotong.

Selepas makan perut saya mula memulas. Saya "melepas" dulu di tandas di R&R Muadzam. Wah lega rasanya.

Kemudian kami bertolak menuju Tanjung Gemuk, disana Sdr Nordin, Timbalan Ketua PKR Cabang Rompin sedang menunggu untuk ikut serta ke Kahang Barat. Tetapi perut saya mula buat hal sekali lagi.

Saya melepas sekali lagi di tandas Masjid Tanjung Gemuk, dan kemudian solat Zohor-Asar jamak. Selepas Solat perut saya meragam lagi, maka terpaksa pergi ke tandas sekali lagi.

Di pekan Endau, saya pergi ke Kedai Obatan Cina dan membeli 4 paket Teck-On, towkay kedai itu kata, kalau perut tidak selesa dalam keadaan berat, boleh ambil 2 paket sekali gus. Maka saya makanlah dua paket sekali gus.

Setelah itu, kami bertolak menuju Nitar 2 kerana disana Rahman Kaimi dan 2 orang lagi rakan mahu konvoi bersama kami ke Kahang Barat.

10 minit meninggalkan Endau, Sdr Zabidie menalipon saya melalui handset Kak Hendon, dia kata: "Haji, awak dah tertinggal hand phone kat kedai obat." Mana Zabidie tau ya? Saya tengok memang handphone saya tidak ada dan saya berpatah balik ke Pekan Endau dan bila sampai ke Kedai Obat tu, towkay kedai itu tersengih memandang saya, "Hah..awak tertinggal handphone, ya?" dan dia serahkan handphone itu kepada saya.

Sementara itu Wak Rabidin dan Cik Nordin meneruskan perjalanan ke Mersing. Rupa-rupanya dia menunggu kami di tepi jalan lebih kurang 5 batu lagi dari Mersing.

Saya talipon kepada Zabidie bertanya dia dimana dia tahu handphone saya tertinggal. Dia kata, dia talipon saya tapi yang jawab ialah seorang Cina dan Cina itu katakan bahawa tuan handphone itu tertinggal di kedainya.

Setelah bertemu semula dengan Wak Rabidin, kami meneruskan perjalanan kami ke Nitar 2, dan di sebuah warong di Nitar 2, Rahman sudah sedia menunggu.

Oleh kerana warong itu terlalu ramai, Rahman bawa kami ke warong yang di hadapan. Disana Sdr Roslan dan seorang lagi dari Nitar 2 menyertai kami.

Setelah ahli rombongan kami mengambil sedikit makanan, kami bersedia untuk berangkat ke Kahang Barat. Saya tak berani nak makan apa-apa takut purging lagi.

Rupa-rupanya, walaupun tak makan apa-apa, saya purging lagi, terus saya pergi ke Setesyen Minyak yang berdekatan dan melepas sekali lagi. Tidak ada apa-apa yang keluar kecuali air sahaja. Saya betul-betul tak selesa dengan perut yang meragam begitu.

Sementara itu Sdr Rebin Birham bertolak dari Kuala Lumpur melalui Highway menuju Kluang, dan dari Kluang ke Kahang Barat.

Didalam perjalanan ke Kahang Barat hujan turun tidak berhenti dengan lebatnya, saya betul-betul takut berada di jalanraya. Tak nampak dihadapan, dan di dalam perjalanan itu ada tempat-tempat sudah dinaiki air, banjir kilat.

Kami sampai ke Kahang Barat jam lelbihkurang 8.30 malam. Saya terus pergi ke Masjid, disana saya purging lagi. Kemudian kami pergi ke Balai Raya Kahang Barat yang terletak dihadapan klinik. Didalam hati saya berkata, "Bagus betul pengurus Kahang Barat ni membenarkan PKR mengadakan perjumpaan di Balai Raya." Rupa-rupanya dia tidak tahu akan tujuan perjumpaan itu, kalaulah dia tahu sudah pasti dia tidak benarkan.

Sampai di Balai Raya itu, saya sekali lagi purging, dan melepas didalam tandas di Balai Raya itu. Sepanjang dialog itu saya berasa amat tidak selesa dengan keadaan saya itu. Saya tidak seperti biasa, saya duduk diam-diam sahaja dan hanya bercakap apabila giliran saya untuk bercakap. Alhamdulillah, semasa saya berucap itu, perut saya macam "reti bahasa" dia tidak pruging.

Majlis ucapan dan dialog itu tamat lebih kurang 11.30 malam. Semasa itu Kak Hendon sudah mendapat berita dari Felda Jengka 22 bahawa seorang AJK PKR Wanita Cabang Kuala Krau, Pn Kamariah yang dikenali dengan Kak Yah baru meninggal dunia jam 10.00 malam.

Sdr Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Kahang Barat memberitahu bahawa lebih dari 300 orang peneroka di rancangan itu sudah bersetuju untuk menyaman Felda diatas isu perahan KPG yang telah dimanipulasikan oleh Felda.

Saya beritahu kepada Kak Hendon bahawa "Kita kena balik jugak, supaya sempat solat jenazah dan pengkebumian jenazah". Tetapi saya sendiri tidak berupaya untuk memandu kereta. Saya sangat lemah. Kak Hendon juga tidak berupaya kerana dia pun demam juga.

Sdr Salim Abdul Aziz menawarkan supaya kami tidur di rumahnya di Kahang Barat dan balik ke Temerloh pagi-pagi esuk.

Pagi ini, saya dan Kak Hendon meninggalkan Kahang Barat jam lebihkurang 8.00 pagi; jam 10.30 pagi kami sudah berada di Pekan Rompin, kami singgah untuk "perkena kopi tarik dan roti canai telur."

Kemudian kami meneruskan perjalan ke Felda Jengka 22 melalui Jalan ke Chini, dan melalui Jalan Kg Belimbing menuju Sri Jaya. Dari Sri Jaya kami ambil Highway Pantai Timur ke TOL Chenor, dan keluar dari Tol Chenor menuju ke Felda Jengka 22. Sebelum sampai ke TOL Chenor, kami menerima satu lagi perkhabaran sedih, seroang lagi di Jengka 22 meninggal dunia iaitu nenek kepada Sdr Fuad, seorang Pemuda yang aktif didalam AMK Kuala Krau.

Kami sampai di Felda Jengka 22 jam lebih kurang 2.00 petang. Kak Yah sudah di kebumikan, dan di rumahnya itu, Sdr Ibrahim, suami Kak Yah menunjukkan tempat kejadian dimana Kak Yah meninggal dunia.

Kata Ibrahim: "Pada masa itu hujan sangat lebat, saya berada diluar dan Yah tinggal seorang sahaja di rumah. Apabila saya balik ke rumah jam 10.00 malam, saya tidak berjumpa Kak Yah didalam rumah dan saya laung tetapi tidak ada jawapan. Saya menjangka Yah berada di rumah jiran kerana malam tadi hujan sangat lebat, tetapi dia tidak ada di rumah jiran. Saya cari dia di belakang rumah.

Saya lihat benteng batu-bata di belakang rumah runtuh dibawa air deras. Hati saya sudah tidak sedap, saya mula mengaut tanah-tanah yang menimbusi kawasan belakang rumah saya, tiba-tiba saya ternampak dua kaki, saya terus mengaut tanah-tanah itu, rupa-rupanya Yah telah tertimbus oleh tanah dibawah dua kepingan batu simen yang berat. Yah sudah tidak ada..dengan pertolongan jiran-jiran dapat saya mengeluarkan Yah."

Begitulah diceritakan oleh Ibrahim dengan linangan air mata.

Pemergian Yah ini memang tidak disangka-sangka. Baru hari Ahad lepas beliau menghadiri Mesyuarat bersama Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau dan sayap wanitanya.

Kak Hendon cukup teperanjat dengan pemergian Kak Yah, mereka sangat akrab. Semasa berada di DUN Jepak. Sarawak, Kak Yah berkempen bersama Kak Hendon di DUN itu di kawasan-kawasan Rumah Panjang. Semasa Kursus di Hulu Selangor anjuran Task Force Felda Selangor, Kak Yah juga turut hadir dan begitu juga semasa kursus Pilihanraya yang diadakan di Kelantan.

Kita merancang tetapi perancangan Allahlah yang mengatasi segala-galanya. Inna Lillah wainna Ilaihi Roji'un.

Selepas di rumah Yah, kami pergi pula ke rumah nenek Sdr Fuad, jenazahnya akan disempurnakan selepas solat Asar.

Setelah itu saya dan Kak Hendon kembali ke Kg Batu 4, Jalan Maran untuk menunggu panggilan talipon dari pejabat saya mengenai kematian ayah kepada Siti, iaitu peguam yang berkhidmat di pejabat saya di Temerloh. Dia meninggal di Bentong kerana kemalangan jalanraya. Tidak tahu samada jenazahnya akan disempurnakan di Temerloh atau Bentong kerana ayah kepada Siti menetap di Bentong.

Sehingga coretan ini ditulis, saya belum mendapat khabar berita dimanakah pengkebumian akan dilangsungkan.

Sementara itu saya balik ke rumah, berehat seketika kerana amat keletihan dengan perut yang tidak selesa dan saya sudah tidak makan nasi untuk beberapa hari kecuali di R&R Muadam itu saya mengambil sedikit nasi kerana amat terliur melihatkan udang dan sotong, dan kemungkinannya perut saya masih tidak boleh menerima makanan yang "kaya dan heavy" begitu.

Full content generated by Get Full RSS.

01 di kukup - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kukup - Google Blog Search


CT: PULAU <b>KUKUP</b> : JAMBATAN GANTUNG

Posted: 28 Mar 2012 11:05 PM PDT

@ Rumahku Syurgaku

Bagi yang rajin untuk merasai bermalam di atas laut, bolehlah bermalam di rumah kelong Tanjung Piai Resort, pengalaman tidur di rumah kelong adalah suatu yang menyeronokkan tapi kita belum pernah mencuba pengalaman tersebut.

Berkesempatan melawat Pulau Kukup yang merupakan pulau hutan bakau terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia ini pun sudah memadai. Pelbagai tarikan menanti pengunjung di Pulau Kukup terutama bagi mereka yang mahu menyelami alam dan sekitarnya.

Jeng! jeng! Antara tarikan di pulau ini ialah jambatan gantung sepanjang 30 meter, flora dan fauna yang begitu mengkagumkan, dan pelbagai jenis spesis bakau serta ketam dengan pelbagai warna. Jambatan popular sememangnya menjadi tarikan utama pengunjung. Merentasi Sungai Ular sepanjang 30 meter, dari tengah jambatan kelihatan pemandangan menarik Kampung Kukup di tanah besar.

Okey..masuk-masuk jer lepas bayar tiket, terus nampak jambatan gantung. Anda berani tak?? haha..memang best la dapat menyusuri jambatan ini.

Sempat bersembang dengan auntie Chinese yang jaga kat kawasan itu sungguh baik dan berbudi bahasa, sempatlah kite orang merakamkan 'bukti' bahawa kiteorang pernah sampai di jambatan gantung itu.


Aksi liar monyet-monyet macaque berekor panjang adalah pemandangan biasa dan pelbagai lagi organisma akuatik rancak melakukan aktiviti sendiri tanpa menghiraukan kedatangan pengunjung.

Menara tinjau setinggi 15 meter pula terletak di kedua-dua hujung jambatan bagi membolehkan pengunjung mendapatkan pemandangan yang menarik dan melihat spesies burung.

Ketika berada di atas jambatan, pengunjung perlu sentiasa berwaspada. Hanya tiga orang dibenarkan berada di atas jambatan pada satu masa itu dalam jarak sedikit jauh.

Akhir sekali, menara pemerhati setinggi 30 meter tinggi dan mempunyai enam tingkap melengkapkan kemudahan di sana.

Dalam tahun 1990an, Pulau Kukup menjadi tumpuan para saintis untuk mengkaji biodiversitinya yang kaya dan sistem ekologinya yang unik. Sebagai langkah menjaga dan memulihara habitat unik di pulau ini, Pulau Kukup telah diwartakan sebagai Taman Negara pada Mac 1997.

Pulau Kukup juga telah disenaraikan dalam senarai tanah lembab. Para pecinta alam sekitar seharusnya tidak melepaskan peluang menikmati Pulau Kukup dan keindahan semulajadinya!

Apa yang kita nampak Kelab2 Pecinta Alam banyak menjalankan aktiviti di sini bagi membantu mengekalkan alam semulajadi pulau tersebut, walaupun baru2 ini kita ada terbaca satu artikel Pulau Kukup kian mengecil. Uwaaaa....!!

Banyak tapak semaian dan kasut untuk kegunaan menanam semula pokok bakau di Pulau Kukup, apa yang kita nampak Pulau Kukup ini cukup di ambil perhatian.

01 di pontian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pontian - Google Blog Search


ahmadmaslan.com: 24800 terima BR1M <b>di Pontian</b>

Posted: 29 Mar 2012 04:35 AM PDT



PONTIAN 28 Mac - Seramai 24,800 orang di daerah ini telah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mula diagih-agihkan mulai Februari lalu.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah tersebut merangkumi penerima bagi Parlimen Pontian dan Tanjung Piai serta empat Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Tiada negara di dunia seperti Malaysia yang sentiasa membela dan mengutamakan rakyat termasuk memberikan pelbagai subsidi seperti gula, beras, minyak masak, petrol, diesel dan gas memasak.

"Namun masih ada pihak yang tidak berterima kasih kepada kerajaan, sebaliknya menuduh kerajaan tidak adil dan zalim kepada rakyat," katanya pada majlis penyampaian BR1M fasa ke-4 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong dan Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon. Pada majlis itu seramai 1,678 penerima bagi kawasan DUN Pulai Sebatang menerima BR1M.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, bagi kes rayuan BR1M, tarikh tutupnya juga telah dilanjutkan sehingga hujung bulan ini.

Beliau menegaskan, pemberian BR1M bukan rasuah atau haram seperti yang didakwa oleh pihak tertentu tetapi usaha kerajaan bagi membantu meringankan beban kehidupan penduduk di negara ini.

"Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah atau dakwaan yang tidak berasas kerana kerajaan mampu untuk memberikan BR1M berdasarkan keadaan kewangan negara yang kukuh," katanya.

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved