Isnin, 9 April 2012

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


Jawatan Kosong Majlis Daerah <b>Tangkak</b> April 2012 - Jawatan <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 09:25 PM PDT

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH TANGKAK APRIL 2012
Pemberitahu adalah dipelawa dari Rakyat Negeri Johor / Warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Daerah Tangkak, Ledang, Johor.-
1. Penolong Arkitek Lanskap
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar
3. Juruteknik (Elektrik)
Tarikh tutup: 16 April 2012

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


eira yasin: <b>Bekok</b> mengeratkan lagi Persahabatan kami!

Posted: 05 Apr 2012 12:58 AM PDT




Haii semuaa. Nampak pintu masuk tu. Yeayy! Selamat datang! Perancangan untuk pergi berkelah di Bekok sudah menjadi kenyataan. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami. *maaf, entri ni banyak gmbar dan panjang!* Sebelum keluar result SPM kami dah rancang semua ni. Act, saja saja je Atif ajak hang lepas dia balik Umrah tapi tak tahu kat mana. Ajis pun bercadang nak g Bekok. Aku pon huha huha laa kat mereka yok pergi Bekok. Semua setuju. So, Alhamdulillah. 
Area dalam 7 lebih pagi Atif dah gerak amek My, then amek aku kat rumah. Then, amek Tengek kat skolah. Then, terusg rumah Qila. Sementara Ajis mak dia hantar. Area pkul 8 lebih semua gerak ke Bekok. Dengan menaiki kereta Viva dan Kancil. Akak Qila yg drive Viva. Aku dgn My menaiki Viva sementara yg lain menaiki Kancil. Sesudah sampainyaa Bekok. Aku dan yang lain tengok pintu gate Bekok lum bukak! Whatt? Aku pun dgn Qila degan beraninyaa bukak sendri gate tuu. Haha. So, boleh laa masuk.
*nampak anjing nii? Atif pergi hon anjing ni dan kejar kami sehingga ke tempat parking! grrrr*


Area dalam pkul 10 pagi kami pun smpai dan mendaki sikit. Okayy! Pemandangan yang cukup indah. Udara yang segar. Ia membuat aku tenang! Qila, My dan Akak Qila bernama Kak As sudah mulaa berBBQ. Ayam, sosej, isi ketam dan udang. Menghidupkan arang segala. Huhu. Mak aku pulak membekalkan Nasi Lemak, sandwich dan mee tanpa sayur untuk My! Haha. *maaf, time ni aku nmpak air aku excited! hahaha* Aku punn excited rendam kaki la kejap kan. Niat kejap je, then, nak naik atas, pacatt! yeayy! pacat hisap darah kat jari aku. Maybe dah lame kot. Pacat tu dah gemok sikit. Aku start gelupur dah. haha. *ngek! Aku cabut pacat kat cikgu dulu asal tak segeli ni? damn!* hahaha. Bomba penyelamat datang! Hahaha. Ajis, Tengek dan Atif tolong cabutkan pacat. Sekali 3 kauu --' *kau pegang kaki aku, lagii menyebabkan faktor kegelian aku tingii!* --' Thanks yerr kawan kawan! So, My sruh rendam kaki aku. Aku tanak. Aku nak jugak bakar2 nii. huhu. Darah tak henti2 lagii. Aku naik darat darah kat kaki makin mengalir banyak. Aku g msuk air lagi. Thennn, yeayyy! Pacat tu mmg suka kat aku erk, kenaa lagiii! Kali ni sempat amek pic --'


Then, siap bakar bakar, makann! Sebab lapaa. Aku? lantakk laa kau darah. Nak kuar kuar laa. Hahaha. Then, kenyang. Pergi berendam. Yang lelakii ni entah smpai kemana tah. Puncakk lah kot. grrr.




Then, dlm pkul 12 lebih naik, BBQ lagii. Then makann! Lepas makan semuaa kemas2. Aku sempat la main air kejap. Haha. dlm pkul 3 lebih tuu baru kemas2 mandi semuaa. Dan, balikk! Haha. Then, sempat bergambar lagi kat pintu gate yang depan tuu. Hahaha.



Balik kami melalui Ait Hitam. Hantar Tengek dulu dan My. Smpai rumah My aku naik Atif dan Qila balik terus bersama Akak nyaa. Haha. Then seterusnya, Atif hantar Ajis dan dia pun telah selamat smpai ke rumahnyaa. Berkahir lah perjalanan kami pada hari ini. Alhamdulillah semuanya selamat! :') Then, malamnye Ajis kena pergi Shah Alam pergi rumah abang dia sebab nak setelkan hal moto die tu. Maklumlaa kan, dah dapat motor baru! Modenas ACE 115 kan! Kaler merahh gituuu! Hahahaha. Maaf, gmbar lagi banyak daripada penulisan. Maklum lah, bak kata Yuna : Di setiap gambar ada laguu! Hahaha. So, berlagu la korang tengok gambar ni yee. Peacee (Y)
# Guys, Thanks for yesterday (4 April 2012). Thanks for the beautiful moment and memory here. Thanks for being my friend. Being my good friend. I will appreciate this friendship until I die. InsyaALLAH :')
# Budak oren oii, love you for a thousand years! Maaf, di atas kesalahan aku semalam yerr! Peacee :D
# My and Qila. Maaf kalau sebarang perbuatan aku semalam kalau ada terguris hati korang. Soryy aku kurang menolong korang masak. hmm. Maaf korang! Maaf maaf!
# Atif dan Tengek. Terima kasih kerana telah membuangkan pacat dekat kaki aku! Hahaha :P
# Akak Qila. Thanks sebab jadi jurugambar kami. Hehehe. Thanks thanks!

Dah habis baca? Terima Kasih. Sila datang lagi ^^

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


KURSUS TENDAI <b>DI JOHOR BAHRU</b> - Hadzrin.com

Posted: 24 Feb 2012 07:49 AM PST

Hari ini sudah mula bersiap untuk berangkat ke Johor Bahru untuk mengadakan kursus Pengijazahan Tendai di Johor Bahru pada Ahad (26 Feb) ini bermula jam 11 pagi sehingga 5 petang.

Bangunan MPC Bandar Baru Uda. Selama ini saya tersebut NPC….rupa-rupanya M tu mewakili Malaysia. Suasana pembelajaran yang santai, relaks dan penuh dengan pengembaraan ke dimensi spiritual….insyaAllah.

Bila outstation, sudah tentu saya tidak membuka internet kerana sibuk membuat training dan melawat kawasan. Selain buat kursus di Johor, ada juga sambil-sambil meluaskan projek emas di sana. Setakat ini ada beberapa consultant dari Selatan nak belajar skill.

Agak lama juga tak turun Johor. Kalau turun , pasti singgah di gerai ABC Khairul, restoran Abang Ali dan Senibong Seafood. Di tempat lain seperti di Kuantan insyaAllah pada bulan Mac nanti. Ada juga yang minta turun ke Jakarta. Minta maaf sahaja, di Malaysia tak cukup tangan.

Kursus ini bukan untuk semua orang sebenarnya. Bagi yang tak terbuka hati memang bukan rezeki dia untuk mendalami bidang ini. Kursus ini khusus untuk ahli tendai yang sudah mengambil pengijazahan tetapi tidak tahu menggunakan aplikasi ilmu mereka.

Ada yang betanya, mengapa tak bagi kursus Free, besar pahala. Idea yang bagus juga….daripada pemikiran kanak-kanak yang hanya tahu minta gula-gula dan mainan dari sang ayah atau sang ibu.

Kebiasaannya yang nak minta free adalah orang yang tidak menghargai ilmu dan orang yang hidupnya tidak senang. Mengapa tidak senang? Sebab tidak ada role model orang yang berjaya dia ambil untuk dia jadi berjaya kecuali yang ada perasaan cemburu. Kalau dia berniaga sekalipun, boleh beri cadangan pada dia suruh bagi free. Mengapa perlu bayar ?

Sewa dewan, makan, kos bahan semuanya ada harganya. Sebab itu kanak-kanak kecil tidak mengerti kos barang mainan dan gula-gula yang dia minta pada ayah atau ibunya.

Bayangkan jika anda sedang berjalan-jalan ke kedai dan melihat barang yang dijual di kedai itu lalu berkenan tetapi memandangkan anda tidak mampu dan ia bukan barang yang free, lalu anda tinggalkan sahaja kedai tersebut.

Serupa juga dengan apa yang ada disini, jika tak suka dan tak nak beli, tinggalkan sahaja. Tak perlu nak buang masa di kedai itu. Orang kedai itu pun boleh simpan sahaja barang dan ilmu dia. Jika berkenan… ambik, tak nak tinggal. Tak ada siapa yang memaksa.

Melainkan jika ada yang benar-benar memerlukan tetapi tidak berkemampuan, atas budi bicara, dia berjaya dan dapat juga milikinya. Tak ada orang yang tidak berpeluang untuk meningkatkan diri dia. Bergantung pada budi bicara dan budi bahasa yang dia tunjukkan.

Jika ada sebarang pertanyaan tentang Emas, Permit, Tendai, boleh hantar soalan dan ambik tiket soalan anda di www.support.hadzrin.com

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2012 11:26 PM PDT

Lebih nipis dan ringan

Posted: 08 Apr 2012 08:05 PM PDT


Lebih nipis dan bergaya, Ascend D dilihat mampu menyaingi telefon pintar yang sedia ada di pasaran.


MELAYARI dunia komunikasi kini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis telefon pintar, Huawei sebagai sebuah syarikat peneraju sistem telekomunikasi turut tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan produknya.

Terbaru, Huawei memperkenalkan telefon pintar Ascend D yang terpantas di dunia.

Dijana oleh pemproses K3V2 quad-core 1.2GHz/1.5GHz daripada Huawei dan dipadankan bersama skrin seluas 4.5 inci, Ascend D dilihat mampu menarik hati peminat gajet yang memiliki pelbagai aplikasi.

Menurut Pengerusi Peranti Huawei, Richard Yu, pihaknya banyak menerima maklum balas daripada orang ramai yang memerlukan sebuah telefon pintar yang memiliki kelebihan dari segi kelajuan pemproses, bateri yang dapat bertahan lama, visual berkualiti tinggi dan kompak.

PlayBook 2.0 lebih unggul

Posted: 08 Apr 2012 08:04 PM PDT


BLACKBERRY PlayBook OS 2.0dinaiktaraf bersama lima fungsi baru yang lebih mantap dan unggul.


PENGGUNA komputer tablet BlackBerry PlayBook kini boleh menikmati pengalaman bekerja dan berhibur secara lebih lancar menerusi pengenalan sistem operasi baru peranti itu, PlayBook OS 2.0.

Penambahbaikan platform tersebut merangkumi aplikasi pelayaran web, multimedia, sokongan kepelbagaian operasi secara serentak dan perkhidmatan komunikasi lebih efisien.

Ia termasuk integrasi akaun e-mel kerja dan personal pengguna serta mesej daripada laman sosial seperti Facebook atau Twitter yang boleh capai hanya pada satu hab.

Tidak cukup dengan itu, laman web sosial para pengguna juga akan dipautkan secara bersama dengan kalendar aktiviti serta senarai kontak secara automatik untuk kemudahan capaian pada bila-bila masa.

Ancaman keselamatan Android

Posted: 08 Apr 2012 08:03 PM PDT

Kadang-kala peralatan canggih boleh diubah menjadi perumah kepada penjenayah keselamatan maya.

Tetapi bagaimana pengguna dapat mengelakkan 'jangkitan' dan 'perebakan' yang berlaku dalam telefon pintar atau komputer tablet?

Biasanya apabila anda berfikir mengenai virus, spyware atau apa-apa ancaman keselamatan siber, tentu saja anda terfikirkan mengenai komputer peribadi.

Kerana majoriti serangan siber biasanya berlaku dalam komputer peribadi.

Malware di telefon mudah alih? Atau komputer tablet? Bolehkah berlaku?

Sememangnya boleh berlaku terutamanya jika peralatan mudah alih anda menggunakan sistem operasi seperti Android.

Menurut Juniper Networks, contoh malware Android meningkat dengan mendadak sehingga 472 peratus dalam tempoh Julai sehingga November 2011.

Penggodam telah mengisytiharkan perang terhadap Android dan sebagai pengguna mungkin mereka terkena tempiasnya.

Bak kata Sun Tzu dalam Seni Peperangan, 'jika anda kenal musuh anda, anda boleh menang beratus-ratus peperangan tanpa kalah'.

Di sini terdapat lima musuh utama yang perlu pengguna Android ketahui dan bagaimana untuk mengalahkan mereka dalam permainan ini.

SMS Trojans

Menurut laporan Juniper yang sama, hampir separuh aplikasi seakan-akan Android yang berniat jahat yang beredar sekarang adalah SMS Trojan yang menghantar mesej teks dalam latar belakang (tanpa pengetahuan pengguna) kepada beberapa nombor telefon yang dimiliki penggodam.

Akibatnya sebagai pengguna anda terbeban dengan bil bulanan yang melambung.

Jalan terbaik untuk menghentikan SMS Trojan adalah dengan mengelak terkena jangkitannya.

Justeru gunakan bantuan keselamatan Android yang direka khusus bagi memerangi semua serangan yang menimbulkan ancaman.

Jangan menggunakan aplikasi yang kelihatan mencurigakan atau kelihatan amat sempurna dan baik.

Carrier IQ

Penghujung tahun 2011, penyelidik mendapati rootkit pembangun perisian Carrier IQ beroperasi pada berjuta-juta peralatan mudah alih.

Walaupun kelihatan tidak mencurigakan, kod berkenaan dilaporkan merekodkan lokasi termasuk kata laluan.

Malangnya semua ini berlaku tanpa pengetahuan pengguna dan tanpa pilihan melumpuhkan penggunaanya.

Bagi mengawal ancaman berkenaan dapatkan Carrier IQ Test, aplikasi percuma yang dapat mengesan dan membuang perisian yang tidak dibenarkan.

Aplikasi Preloaded

Biasanya telefon pintar atau tablet didatangkan dengan bonus seperti aplikasi, perisian yang tidak termasuk dengan Android tetapi telah ditambah oleh pengilang.

Disember tahun lalu, penyelidik mendapati terdapat aplikasi preloaded yang mendedahkan keselamatan pengguna seperti yang biasa digunakan untuk mencuri data peribadi atau mencuri dengar perbualan telefon.

Atau lebih teruk lagi kerana kebanyakan aplikasi 'diadun' bersama-sama OS dan tidak boleh dibuang.

Jika pengguna menggunakan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), mereka boleh menyembunyikan dan melumpuhkan aplikasi bloatware.

Hanya dengan masuk ke Settings, Device, Apps, pergi ke All kemudian aplikasi yang mahu dibuang dan tekan Disable.

Kedai palsu Google Play

Awal tahun, Google telah mengubah Android Market kepada Google Play di mana ia menggabungkan beberapa perkhidmatan seperti aplikasi, muzik, e-book.

Bagaimanapun penjenayah siber mula mencipta domain Google Play palsu bagi menipu pengguna memasang aplikasi berbahaya.

Cara melawan ancaman berkenaan adalah dengan menjadi lebih pintar.

Jangan memasang aplikasi Google Play dengan memuat turun sendiri tapi ikutlah peraturan biasa untuk mengemaskini peralatan OS.

Perisian keselamatan Android boleh mengesan dan membuang segala aplikasi mencurigakan yang mungkin dipasang tanpa pengetahuan.

Jadi lebih baik gunakan anti-malware pada peralatan mudah alih.

Peringatan palsu

Jika anda mendapat mesej daripada bank berbunyi 'Akaun anda bermasalah! Kemaskini kata laluan.'

Pergi ke link berkenaan membawa pengguna ke laman web yang sama dengan bank yang anda selalu lawati.

Jika pengguna masuk ke akaun berkenaan, ia akan membuka laluan menjadi mangsa jenayah siber mencuri semua data peribadi pengguna.

Jangan sekali-kali masuk ke link yang terdapat di dalam e-mel atau mesej teks walaupun kelihatan memang sama.

Pastikan anda buka perayauan dan sambung kepada institusi kewangan secara terus dan pastikan URL bermula dengan https:// dan kini beberapa institusi kewangan yang mempunyai pelbagai langkah-langkah keselamatan bagi menjaga hak pengguna.

Dan jika pengguna masih ragu-ragu mengenai keselamatan, hubungi institusi kewangan untuk berurusan secara terus.

Inovasi dari pedalaman Sabah

Posted: 08 Apr 2012 08:02 PM PDT


Siteo Akang menerangkan mengenai kegunaan mesin pelerai padi.


INOVASI bukan sekadar ciptaandaripada kreativiti dan inspirasi untuk menghasilkan sesuatu bagi membantu menyelesaikan masalah, tetapi ini menjadi penggerak ekonomi.

Hari ini terdapat segala macam inovasi. Daripada pelbagai peralatan dan gajet canggih menguasai dunia kepada elemen-elemen kecil yang membantu memudahkan kehidupan.

Inovasi telah mengubah hidup manusia. Ia menjadikan tamadun manusia berkembang. Tanpa inovasi tidak ada tamadun dan tidak permodenan

Idea, kreativiti dan inovasi pula tidak pernah terbatas. Di pelosok kampung, kreativiti tercetus bagi penduduk mencari penyelesaian kepada masalah harian mereka.

Sebab itu apabila Program Jejak Inovasi (PJI) dicetuskan pada tahun lepas bagi meneroka inovasi penduduk kampung, ia dianggap satu pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha dan titik peluh penduduk kampung.

Bongkar inovasi luar bandar

Posted: 08 Apr 2012 08:01 PM PDT


Philipus Jani bangga menunjukkan alat muzik saksafon buluh ciptaannya.


Ekspedisi Program Jejak Inovasi (PJI) Sabah yang diadakan tahun lepas sepatutnya dijadikan panduan kepada program Karnival Sains dan Inovasi di enam Zon yang dirancang sempena Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) pada tahun ini.

Kunjungan ke beberapa daerah pedalaman Sabah seperti Tambunan dan Keningau ternyata tidak mengecewakan apabila berjaya menjejak pelbagai inovasi yang dimanfaatkan oleh penduduk kampung.

Ekspedisi pada 17 hingga 19 Julai tahun lalu menerusi PJI Siri II itu turut melibatkan Kampung Libang Ulu berjaya mengesan produk inovasi Taufik Siadam.

Meskipun tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi, Taufik mengambil inisiatif menghasilkan Pais atau pisau tradisional di Sabah daripada besi buruk dan komponen kenderaan terpakai untuk memenuhi keperluan dan permintaan penduduk setempat.

Minat seni bonsai

Posted: 08 Apr 2012 07:57 PM PDT


MENJADI rutin harian Abdul Hakam untuk memangkas pokok bonsainya bagi memastikan ia mengikut gubahan yang diinginkan.


KESABARAN seseorang akan teruji tatkala menanti gubahan pokok bonsai yang dihasilkan menjadi tua dan kenit.

Namun bagi penggemar seni menggubah pokok dalam pasu, tempoh menunggu yang kadang kala memakan masa belasan tahun itu dikatakan berbaloi dan 'terbayar' tatkala melihat keindahan dan keunikan yang terhasil dari tumbuhan kenit itu.

Perkara tersebut diakui oleh Abdul Hakam Mohamed Esivan, 35, yang merupakan antara penggemar seni bonsai dan juga ahli Persatuan Seni Bonsai Malaysia sejak tahun 2008.

Anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu berkata, mencintai seni bonsai memberinya ketenangan dan kepuasan berganda kerana ilham yang dicetuskan mampu dijual sehingga puluhan ribu ringgit.

Sham pernah tinggalkan gitar

Posted: 08 Apr 2012 07:56 PM PDT

KUALA KLAWANG - Terkenang dosa dilakukan sebelumnya, pemuzik, Sham Kamikaze pernah tidak memegang gitar selama empat bulan ketika awal penghijrahan­nya mendekatkan diri kepada agama.

Sham atau nama sebenarnya, Shamril Mohd Salleh, 36, berkata, perubahan kira-kira setahun lalu bermula dengan ajakan seorang sahabat karib yang sama-sama bergelumang dalam industri muzik selama 13 tahun.

"Dia sama-sama meminati muzik rock dan metal serta berkongsi minat dalam bermain gitar.

"Satu perubahan berlaku apabila sahabat saya ini menga­jak menunaikan solat fardu dengan menjelajah dari masjid ke masjid," katanya.

Menurutnya, dia mengi­kuti rakannya itu sehinggalah bertemu dengan imam dari Makkah di salah sebuah masjid yang mereka singgah.

"Bermula dari peristiwa itu saya mula mendalami ilmu agama. Selama empat bulan saya tidak pegang gitar kerana saya memikirkan banyaknya dosa saya lakukan sebelum ini," katanya pada Forum Bicara Cinta Anak Muda (FBCAM) di Dewan Majlis Daerah Jelebu (MDJ), di sini, malam kelmarin.

Forum anjuran Majalah-i terbitan Kumpulan Media Karangkraf (KMK) dan Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) itu dipengerusikan Editor Majalah-i, Ahmad Yani Abdul Manaf.

Selain Sham, tiga panel lain yang turut serta adalah bekas penyanyi popular sekitar 90-an, Farra; penulis buku Karya Bestari, Profesor Madya Mohd Nor Mamat dan penerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Kebangsaan 2011, Muhammad Adnan Abdullah.

Sementara itu, Farra atau nama sebenarnya, Farihah Mohd Arshad, 43, yang popular dengan lagu 'Bagaikan Puteri' turut menceritakan detik dia meninggalkan zaman glamor untuk untuk mendekatkan diri dengan agama.

"Generasi muda pada masa kini juga perlu sedar akan tanggungjawab mereka kepada diri dan agama serta tidak jemu mendalami ilmu agama," katanya.

Sementara itu, Ahmad Yani berkata, forum berkenaan merupakan siri ketiga dianjurkan pihaknya.

"Sebelum ini kita memilih tajuk 'Hatiku Hanya Milikmu'. Namun kali ini kita sesuaikan program khas untuk golongan muda pula," katanya.

Izreen: Kisah realiti, sarat mesej

Posted: 08 Apr 2012 07:54 PM PDT

IZREEN Azminda turut berkongsi pengalamannya membintangi drama ini. Membawa watak sebagai gadis tomboy bernama Akmar , Izreen mengakui drama ini banyak memberikannya pengalaman berharga.

"Sejujurnya, drama ini lain dari drama yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Ianya sarat dengan mesej dan pengajaran yang perlu di hayati mayarakat kita. Malah, ia juga merupakan kisah benar yang dekat dengan kehidupan kita," katanya.

Bercerita mengenai wataknya, kata Izreen, bukan mudah untuknya menghayati watak tomboy memandangkan sebelum ini dia sering membawa watak feminin dan cinta.

"Dalam drama ini, Akmar adalah seorang gadis tomboi dan pada masa yang sama, menyukai seorang gadis bernama Mai lakonan Shera Ayub.

"Pengalaman menghidupkan watak dalam drama ini tidak semudah y ang disangka apabila saya yang merupakan seorang kaki bangku terpaksa bermain bola sepak . Bagaimanapun, saya telah lakukan yang terbaik untuk menjayakan drama ini," katanya.

Ikan pekasam tradisi

Posted: 08 Apr 2012 07:52 PM PDT

Koperasi Pembangunan Kampung Teluk Petata Baling Berhad, melalui jenama ikan pekasam Petatabest yakin meraih 30 peratus keuntungan daripada purata kos pengeluaran setiap bulan.

Pengerusinya, Basrah Ibrahim berkata, pengeluaran ikan pekasam sebelum ini diambil dari orang kampung, tetapi kini, semakin aktif dan mula mengeluarkan jenama sendiri.

Menurutnya, pelaburan bagi pembungkusan ikan pekasam melibatkan RM20,000 malah mendapatkan khidmat nasihat daripada Institut Penyelidikan Piawaian dan Perindustrian Malaysia (Sirim).

"Purata pengeluaran ikan pekasam setiap bulan mencecah 100 kilogram (kg) di mana ia diproses sendiri secara manual dan dijual dengan harga RM20 sekilo bergantung pada jenis ikan.

"Sebelum ini, kami lebih fokus kepada pemprosesan ikan sungai tetapi kini cuba mengembangkan lagi perniagaan kepada ikan laut seperti gelama," katanya kepada Sinar Harian.

Basrah berkata, kini permintaan semakin tinggi namun menghadapi masalah kekangan untuk mendapatkan stok ikan sungai.

Katanya, kaedah pemasaran ikan pekasam lebih tertumpu kepada edaran sekitar kedai runcit dalam kampung dan pasar tani.

Selain di Baling, mereka pernah cuba menghantar ikan pekasam ke Melaka, Kuala Lumpur dan Perak.

"Keistimewaan ikan pekasam kami adalah cara proses menggunakan resipi tradisional. Kami mendapatkan resipi tersebut daripada seseorang yang mahir dalam pemprosesannya sejak dia berusia 20 tahun lagi," katanya.

Clixster bakal saingi telco terkemuka

Posted: 08 Apr 2012 07:47 PM PDT

Tanjong Clixster Mobile (Clixster), syarikat telekomunikasi milik Bumiputera menyasarkan dua hingga tiga tahun untuk berdiri sebaris dengan syarikat telekomunikasi (telco) utama negara.

Clixster di bawah naungan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa) telah diluluskan semasa persidangan tahunan Angkasa ke-27, tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noor Azlan Khamis berkata, bagi merealisasi hasrat itu, pelbagai strategi diatur bagi meningkatkan keupayaan syarikat untuk bersaing di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa.

"Buat permulaan, Clixster menyasarkan pengguna percubaan menerusi ahli Angkasa yang mempunyai 8.4 juta ahli di seluruh negara," katanya di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Kira-kira 60,000 pek permulaan Clixster akan dipasarkan di Terengganu yang diletakkan di kedai serbaneka T'Shoppe.

Katanya, Clixster, yang menggunakan perkhidmatan kad prabayar, dijangka dilancarkan sebelum persidangan Tahunan Angkasa yang ke-28 pada Mei ini.

Beliau memberi jaminan perkhidmatan yang diperkenal itu lebih mudah berbanding telco lain dan mendapat liputan menyeluruh, namun buat permulaan fokus utama adalah kawasan majoriti Bumiputera seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

Dibelasah guru, murid alami gegaran otak

Posted: 08 Apr 2012 07:43 PM PDT

SEGAMBUT – Akibat ditampar dan ditendang oleh seorang guru matematik yang juga guru besar sekolah, seorang murid tahun lima mendakwa mengalami gegaran otak.

Bapa mangsa S. Saravanan, 40, berkata, dia dimaklumkan secara lisan oleh doktor dari Bahagian Neurologi, Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa anaknya selepas ditahan dua hari di wad kerana muntah-muntah selepas insiden itu.

Dalam kejadian 3 April lalu, pipi anaknya, S. Suryakaran, 11, ditampar dan kaki kirinya disepak hingga terjatuh serta kepala terhantuk pada kerusi kerana tertinggal buku latihan.

Justeru, satu laporan polis berhubung tindakan guru itu terhadap anaknya dibuat di Balai Polis Jinjang.

"Saya kecewa, setakat ini tiada wakil pihak sekolah datang ke rumah atau bertanya khabar tentang keadaan Suryakanan.

"Apa jaminan anak saya akan sembuh dan tiada kecederaan sampingan. Saya harap Kementerian Pelajaran campur tangan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, dia kini hilang pekerjaan selepas tidak datang bekerja selama tiga hari kerana menjaga Suryakaran.

Apa yang dikesalinya, insiden berlaku pada jam 9 pagi tetapi dia mengetahuinya pada kira-kira jam 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 kanun keseksaan.

Jururawat dituduh curi seluar dalam

Posted: 08 Apr 2012 07:42 PM PDT

KOTA BHARU-Hanya kerana mencuri sekotak seluar dalam, seorang jururawat sebuah hospital dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya, minggu lalu.

Tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di hadapan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, Zubaidah didakwa mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin, dua helai baju T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, satu selipar dalam rumah jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style di pasar raya tersebut pada jam 2.30 petang.

Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM4,500.Bagaimanapun Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon supaya wang jaminannya dikurangkan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan 30 April ini untuk sebutan kes.

Pencuri kabel diberkas

Posted: 08 Apr 2012 07:38 PM PDT

KOTA BHARU - Tindakan licik pencuri kabel meloloskan diri selepas tiga kali melakukan kegiatan sama akhirnya tumpas apabila pihak polis bersama penduduk kampung berjaya menangkap lelaki terbabit di Taman Pulong, Kubang Kerian pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira- kira jam 3.30 pagi itu, seorang daripada tiga suspek berjaya diberkas penduduk kampung yang mengambil insiatif sendiri memengintip pergerakan suspek.

Seorang penduduk, Ismail Mat Amin, 53, berkata, dia berpakat dengan sekumpulan penduduk untuk melakukan rondaan malam bagi menangkap mereka yang terlibat.

"Kejadian malam tadi adalah yang keempat berlaku dalam masa sebulan, dan yang terakhir malam Jumaat lalu, menyebabkan saya dan beberapa penduduk nekad untuk menangkap penjenayah tersebut.

"Timbul juga perasaan marah dan geram kerana penjenayah terbabit seolah- olah mempersendakan kami sehingga melalukan kegiatan berkenaan berulang kali,"katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, hanya dua malam melakukan kawalan malam dia dan penduduk kampung berjaya memberkas suspek yang ketika itu sedang memotong kabel telekom di hadapan rumahnya.

"Kami mula melakukan kawalan jam 1 pagi, setelah lebih 2 jam menunggu akhirnya muncul Proton Waja berwarna putih dan menurunkan dua penumpang iaitu penjenayah berkenaan sebelum berlalu pergi,"katanya.

Menurutnya, kerja- kerja memotong kabel dilakukan salah seorang daripada mereka manakala seorang lagi mengawasi dari bawah.

Katanya, setelah menyedari kehadian penduduk yang sebelum itu berada di sebuah bangsal tidak jauh dari tempat kejadian, penjenayah berkenaan cuba menyelamatkan diri namun gagal.

"Kami berjaya memberkas lelaki yang sedang asyik memotong kabel sebelum terjun dari tempat berkenaan dan melarikan diri, namun tindakan pantas penduduk dalam mengejar serta mengepung kawasan berkenaan membawa kepada penahanan suspek berusia awal 30-an itu,"katanya.

Pemangku Ketua Polis Kota Bharu, Deputi Superintendan Zaki Ibrahim berkata Suspek dipercayai berasal dari Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh dan berusia 20 tahun serta bekerja sebagai buruh.

Katanya, dalam tangkapan terbabit, polis berjaya merampas sebuah alat pemotong besi sepanjang 450 milimeter, selain segulung wayar kabel Telekom yang berukuran 10 meter.

"Suspek terbabit ditahan dan akan dikenakan tindakan di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri. Dengan penahanan terbabit, polis berjaya menumpaskan seorang suspek dalam kes curi kabel yang kerap kali berlaku di daerah ini.

"Kita minta kerjasama orang ramai supaya terus memberi maklumat dan bertindak menyerahkan suspek yang disyaki kepada polis bagi menyelesaikan kes ini sama ada menghubungi balai polis terdekat atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Chepa untuk menyalurkan maklumat berkenaan kejadian seumpama ini," katanya.

Shiha, Iqbal kena perbaiki cara makan

Posted: 08 Apr 2012 07:38 PM PDT


IQBAL dan Shiha yang mengendalikan program Jalan-Jalan Cari Makan mendapat respons negatif daripada penonton kerana didakwa tidak mampu membangkit selera makan.


PROGRAM Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang diterbitkan sejak tahun 2003 di TV3 kini telah masuk musim yang ke-18.

Pengacaranya juga silih berganti. Selepas pengacara paling bijak membangkitkan selera penonton di meja makan iaitu Maria Tengku Sabri, JJCM kemudian diterajui oleh aktres Sabrina Redzuan dan seterusnya Qi Razali.

Selepas Qi mengambil keputusan mengundur diri daripada JJCM untuk memberi fokus kepada bidang lakonan, JJCM musim baharu telah digantikan oleh Shiha Mentor dan juga Iqbal yang lahir daripada program Pilih Kasih.

Baru bersiaran sebanyak lima episod daripada sasaran keseluruhan sebanyak 38 episod, sudah kedengaran maklum balas negatif daripada penonton setia yang beranggapan mereka berdua tidak sesuai untuk menerajui program tersebut. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Intan Suraya yang baru pertama kali menjadi penerbit untuk program tersebut.

Kosmo!: Sejak JJCM musim baharu bersiaran, banyak komen negatif mengenai dua pengacaranya iaitu Shiha dan Iqbal. Siapa sebenarnya yang memilih mereka untuk menerajui program tersebut?

INTAN SURAYA: Saya yang menjalankan uji bakat tetapi yang mempunyai kuasa untuk memilih adalah pihak pengurusan jenama. Apabila mereka memilih Shiha dan Iqbal pasti ada sesuatu yang istimewa pada mereka berdua.

Maknanya, dalam fikiran Intan terdapat orang lain yang sepatutnya berada di posisi pengacara itu?

Sebenarnya tujuan asal kami mengadakan uji bakat adalah untuk mencari pasangan buat Qi. Saya buat uji bakat dengan ramai artis termasuk Yana Samsudin dan Taiyuddin Bakar (Tai). Tai antara pilihan tetapi jadualnya bertindih dengan drama Apa Celop dan kebetulan ketika itu Qi memberitahu mahu mengundur diri daripada JJCM. Sebab itu kami memilih dua pengacara baharu.

Jika rating JJCM musim ke-18 ini menurun, adakah Intan akan menggantikan Shiha dan Iqbal dengan orang lain seperti Tai jika terdapat kelapangan dalam jadualnya?

Untuk menggantikan orang itu bukan keputusan saya. Apa yang saya lihat walaupun penonton memberi maklum balas yang buruk tetapi rating program ini tidak turun langsung. Alhamdulillah, setakat ini rating tidak pernah kurang daripada satu juta penonton, malah angka itu semakin naik sedikit demi sedikit.

Apa tindakan yang diambil Intan selaku penerbit apabila terdapat komen negatif daripada penonton JJCM mengenai dua pengacara baharu itu?

Apa sahaja komen yang mereka berikan saya ambil untuk memperbaiki lagi mutu program. Sebenarnya mengendalikan program yang sudah bermusim-musim dan terkenal, penonton pasti membuat perbandingan. Perkara ini berlaku dalam semua program televisyen. Biarlah mereka bersuara kerana itu hak mereka untuk memberi sebarang komen. Saya terima dan akan memperbaiki sedaya upaya.

Ramai penonton yang tidak senang dengan cara Shiha dan Iqbal mengacarakan JJCM kerana nampak sangat mereka berlakon seolah-olah berselera di depan kamera. Komen?

Apa yang boleh saya buat adalah memperbaiki cara mereka makan supaya mereka nampak benar-benar berselera dan mampu menyakinkan penonton bahawa makanan yang dimakan itu sedap. Bagi saya sendiri, tiada pengacara lain yang mampu membangkitkan selera orang seperti mana yang dilakukan oleh Maria Tengku Sabri, itu sudah kelebihannya. Saya tidak boleh paksa untuk pengacara baharu mengikut cara pengacara sebelum ini.

Maksudnya, Intan akan mengekalkan cara pengacaraan mereka berdua meskipun terdapat komen negatif?

Mereka orang baharu, masih banyak yang perlu diperbaiki. Ada sesetengah orang suka dengan cara mereka dan ada yang tidak suka. Saya juga berusaha untuk mendidik mereka sebaik mungkin. Setakat ini mereka tidak mendatangkan masalah, malah komitmen kerja mereka sangat bagus. Saya harap penonton memberi peluang kepada mereka berdua.

Selepas ini apa perancangan penggambaran untuk memantapkan lagi JJCM?

Perjalanan penggambaran JJCM masih panjang, banyak lagi makanan di Malaysia yang kita tidak tahu. Mungkin selepas Malaysia, kami akan ke Brunei kerana banyak masakan Brunei yang agak menarik, tetapi perancangan itu akan terlaksana jika JJCM mendapat tajaan. Saya harap penonton akan terus memberikan sokongan kepada JJCM.

Tidak sangka popular

Posted: 08 Apr 2012 07:37 PM PDT

TIDAK pernah merancang untuk menjadi popular, apatah lagi bergelar seorang pelakon dan selebriti yang dikenali ramai seperti hari ini, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, boleh dikira antara aktres yang bertuah kerana mencipta nama dalam masa yang cukup singkat.

Ketika dia mula-mula muncul dalam industri seni, namanya sarat dengan gosip cinta. Kemudian dia dikatakan tersangkut dalam perang dingin dengan seorang lagi aktres popular, meskipun ketika itu belum ada produk yang mempertaruhkan bakatnya kecuali kecantikan yang dimiliki.

Bagaimanapun, selepas kegagalan filem Azura 2011 lakonannya bersama pelakon Shah Jaszle, peminat seni mula mempersoalkan kehadiran Neelofa dalam industri seni. Neelofa sedar akan kritikan negatif yang diberikan terhadap filem sulung lakonannya itu. Tanpa segan silu, dia mengaku dirinya tidak pandai berlakon.

"Saya masuk ke dalam industri seni ini secara tidak dirancang dan saya mengaku sebelum menjadi pelakon, saya tidak pernah ada pengalaman berlakon langsung. Saya memang tidak pandai berlakon.

"Saya sedih juga apabila filem Azura 2011 mendapat kritikan dan lakonan saya dikategorikan sebagai menghampakan, tetapi segala kritikan yang dilontar tidak melemahkan semangat saya. Saya juga masuk ke dalam industri seni bukan untuk menjual kecantikan semata-mata kerana saya sedar untuk bertahan lama dalam industri ini, bakat perlu datang seiring," jawabnya yang ditemui pada majlis pelancaran produk baharu Habib Jewel di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Tidak mahu mengalah, Neelofa mengambil inisiatif untuk menghadiri kelas lakonan daripada aktor dan aktres terkenal tempatan bagi memantapkan mutu lakonannya.

"Saya sedar diri dan tahu kemampuan saya. Kerana itu saya sudah merancang untuk memasuki kelas lakonan secara peribadi sebelum saya masuk ke set penggambaran sesebuah filem. Antara aktres hebat yang saya ingin belajar daripadanya adalah Elly Suriati," jawabnya jujur.

Selepas filem Azura 2011, berderet filem lakonannya menanti untuk ditayangkan seperti Lemak Kampung Santan, King Kapcai dan Saya Amat Mencintaimu (S.A.M). Menurutnya lagi, terdapat beberapa tawaran filem yang masih dipertimbangkan dan Neelofa mengakui dia seorang yang amat memilih naskhah demi memastikan kelangsungannya dalam industri seni.

"Sebenarnya sebelum filem Azura 2011 lagi saya telah memilih naskhah.


SELEPAS padat dengan jadual kerja sejak tahun lalu. Neelofa akhirnya dapat meluangkan masa untuk bercuti ke Eropah pada bulan lalu.


"Bukannya mahu berlagak diva tetapi saya harus memilih bagi memastikan profil kerjaya saya berada dalam landasan yang betul sekali gus memanjangkan lagi usia saya dalam industri seni.

"Perkara pertama yang saya lihat dalam sesebuah naskhah sudah pasti skrip yang bagus, kemudian saya akan menilai mampu atau tidak saya membawakan sesebuah watak itu dengan baik. Sebenarnya saya teringin untuk berlakon dalam filem yang berkisar tentang kekeluargaan," beritahu anak kelahiran Kelantan ini.

Besar kepala

Perjalanan kerjaya seni Neelofa baharu sahaja bermula, sejak dari awal sehingga hari ini, ada sahaja gosip liar yang membabitkan namanya.

Terbaharu gadis berusia 22 tahun ini dikatakan sudah mula besar kepala disebabkan permintaan yang tinggi terhadapnya.

Menjawab isu tersebut, Neelofa terdiam sebentar lantas bertanya kembali, bila masa dia bersikap demikian.

"Saya tidak tahu bila dan di mana saya besar kepala. Mungkin ada orang salah faham dan menyebarkan cerita yang tidak betul. Setakat hari ini Alhamdulillah saya tidak pernah gagal menghadiri semua acara atau temu janji yang terdapat dalam jadual saya," terangnya mempertahankan diri.

Namun Neelofa mengakui yang dia kini cukup teliti dalam memilih acara yang ingin dihadirinya bagi mengekalkan nilai eksklusif buat dirinya.

"Saya tidak boleh menghadiri semua acara kerana jika peminat terlalu kerap melihat wajah saya, nilai eksklusif itu akan segera hilang. Jika ada dua acara dalam satu masa, saya akan mengambil kira mana yang lebih penting dan memberi faedah kepada saya tetapi kepentingan itu bukannya kerana wang semata-mata, sebaliknya boleh jadi dalam acara itu saya dapat bertemu peminat," tambahnya lagi.

Sudah menjadi orang popular, namanya cukup kuat untuk menarik orang ramai menghadiri sesebuah acara. Neelofa memberitahu, ada masanya dia terasa dirinya dipergunakan oleh pihak penganjur apabila namanya digunakan untuk menarik orang ramai sedangkan dia belum membuat sebarang pengesahan kehadiran atau tidak tahu menahu langsung tentang kewujudan acara tersebut.


NEELOFA membuat keputusan untuk kurang menonjol dalam banyak majlis selepas ini supaya nilai eksklusifnya terjaga.


"Mungkin sebab hal-hal begini, maka timbul gosip saya besar kepala. Konon janji nak datang tetapi tidak datang. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah gagal menghadiri mana acara yang terdapat dalam jadual saya.

Memang saya rasa diri dipergunakan tetapi mahu buat macam mana sebab saya sendiri tidak tahu, jadi saya terima sahaja," katanya sedikit kesal.

15 pelajar berkhemah dipanah petir

Posted: 08 Apr 2012 07:36 PM PDT

MOHD. ALI melawat pelajar yang dipanah petir dalam kejadian ribut di Bukit Katil, Melaka semalam.


MELAKA - Seramai 15 pelajar lelaki yang sedang mengikuti program perkhemahan di Kem Pengakap Bukit Katil di sini cedera disambar petir ketika berteduh di bawah khemah masing-masing sewaktu hujan lebat semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, pelajar yang menganggotai Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) dari Sekolah Menengah St. Francis, Bandar Hilir berusia 15 hingga 17 tahun tersebut menerima rawatan di jabatan kecemasan, Hospital Melaka.

Difahamkan, sebelum kejadian, semua pelajar yang berjumlah 584 orang dari sekolah seluruh negeri Melaka sedang menjalani sesi perkhemahan di kawasan terbabit sebelum hujan lebat dan petir berlaku.

Seorang mangsa, Mohd. Faisal Othman, 15, berkata, ketika kejadian dia dan rakan yang lain diarah masuk ke dalam khemah yang menempatkan enam pelajar lain kerana hujan lebat.

Hidup tertekan bisnes merosot

Posted: 08 Apr 2012 07:34 PM PDT



KUALA LUMPUR – Seorang pengusaha produk kecantikan mendakwa bukan sahaja tertekan akibat menerima persepsi negatif masyarakat malah bisnesnya turut mengalami kerugian hampir RM180,000 sejak suaminya memfailkan dakwaan di mahkamah terhadap dirinya yang dikatakan lelaki menyerupai wanita.

Sri Wani Choo Abdullah, 37, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM20,000 setiap bulan sejak suaminya, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, memfailkan kes tersebut tahun lalu.

"Semua andaian yang dibuat mengenai status jantina saya menyebabkan saya tertekan dan menjatuhkan maruah diri, keluarga serta perniagaan.

"Saya juga terpaksa menutup premis selama dua hari kerana tertekan dengan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui Kosmo! di premis perniagaannya semalam.

Jururawat HUSM didakwa mencuri

Posted: 08 Apr 2012 07:33 PM PDT


DI pasar raya Giant Pusat Dagangan Kota Bharu di Jalan Parit Dalam inilah Zubaidah dituduh mencuri beberapa barangan.


KOTA BHARU – Seorang jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya di sini pada minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.

Zubaidah didakwa melakukan perbuatan tersebut di pasar raya Giant Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC) di Jalan Parit Dalam di sini pada pukul 2.30 petang, 3 April lalu.

Selain satu kotak seluar dalam jenama Edwin, Zubaidah turut didakwa mencuri dua helai baju-T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, sepasang selipar jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style milik pasar raya tersebut.

Difahamkan nilai keseluruhan barangan yang didakwa dicuri jururawat itu sebanyak RM190.82.

Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM4,500.

Bagaimanapun, Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon supaya wang jaminannya dikurangkan.

"Saya banyak hutang, tanggungan ramai, saya mohon wang jaminan dikurangkan," kata Zubaidah yang difahamkan sudah berkahwin.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan menetapkan 30 April ini untuk sebutan kes.

Sementara itu, Zubaidah dilihat sudah berada di mahkamah sejak pagi.

Zubaidah menutup mukanya dengan tangan apabila jurugambar mahu merakam wajahnya. Dia membayar wang jaminan.

Masuk hospital angkara hutang

Posted: 08 Apr 2012 07:33 PM PDT


MANGSA yang cedera selepas dipercayai diculik oleh ah long dirawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera parah dipercayai menjadi mangsa sekumpulan ah long yang menculik dan membelasahnya selepas gagal melangsaikan hutang sebanyak RM40,000 yang didakwa dipinjam mangsa.

Sebelum kejadian itu, mangsa yang berusia 54 tahun keluar dari rumahnya di Sungai Long di sini pada pagi Jumaat lalu dengan menunggang motosikal seorang diri sebelum dia dipercayai dilarikan ah long di satu lokasi yang belum diketahui.

Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan selain patah tulang rusuk kini dirawat di sebuah hospital di ibu negara selepas ditemui di sebuah kawasan di Petaling Jaya pada malam pada hari sama.

Sebelum kejadian, anak perempuan mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa bapanya berhutang sebanyak RM40,000.

Penjenayah berputih mata

Posted: 08 Apr 2012 07:27 PM PDT


Penduduk di Desa Setapak, Wangsa Maju malam kelmarin keluar beramai-ramai mencari penjenayah yang memecah masuk sebuah rumah di kawasan itu.


KUALA LUMPUR - Seorang penjenayah dicekup ketika cuba bersembunyi dengan hasil curi di atas bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Desa Setapak, Wangsa Maju di sini kelmarin selepas memecah masuk rumah jiran bersebelahan.

Lelaki warga tempatan itu dikatakan memecah masuk sebuah rumah yang pada ketika itu tiada berpenghuni pada kira-kira pukul 10 malam serta melarikan beberapa barang yang dicuri.

Bagaimanapun, perbuatannya itu disedari jiran tetangga yang bertindak memberkas suspek sebelum menghubungi polis.

Ramai penduduk di kawasan perumahan itu keluar bagi membantu menangkap penjenayah terbabit.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, suspek berumur 36 tahun itu melarikan diri dengan memasuki rumah bersebelahan dan bersembunyi berhampiran tangki air yang terletak di siling rumah tersebut sebelum diberkas polis dan penduduk setempat.

Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Cif Inspektor Mispani Hamdan berkata, polis turut menemui barangan dipercayai hasil pecah rumah antaranya komputer riba, kamera dan telefon bimbit daripada suspek.

Sekitar Hot FM Big di Terengganu

Posted: 08 Apr 2012 07:26 PM PDT


ELLA (tengah) sedang menguasai pentas dengan persembahan hebatnya.


MENJENGAH tahun 2012, rupa-rupanya sudah enam tahun stesen radio popular hot FM beroperasi dan pastinya konsert tanda penghargaan buat pendengar, Hot FM Big Jam kembali lagi tahun ini.

Sinonim dengan jenama itu, penganjuran tahun ini mendapat sambutan luar jangka daripada penduduk di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia khususnya dari Terengganu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima Bhd., Seelan Paul, lebih kurang 50,000 penonton hadir membanjiri Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu sepanjang konsert yang diadakan sebanyak dua sesi iaitu petang dan malam pada hari Sabtu hujung minggu lalu.

"Sambutan kali ini sangat menggalakkan! Konsert ini adalah yang paling sukses dan emosional. Kami sudah lama tidak membuat acara sebegini dan apabila konsert ini muncul kembali, sambutan yang diterima di luar jangka," katanya yang ditemui selepas tamat konsert itu baru-baru ini.

Konsert Hot FM Big Jam tahun ini adalah kerjasama kali pertama dengan stesen televisyen TV9 untuk siaran secara langsung di kaca televisyen.

Malah, konsert itu juga boleh ditonton secara live streaming di www.tonton.com.my serta boleh didengari melalui stesen radio hot FM sendiri.

Berbicara mengenai pemilihan artis untuk menjayakan acara itu, ujar Seelan pilihan yang dibuat berdasarkan pendengar di pantai timur yang rata-ratanya masih mahukan muzik era 1990-an.

"Pendengar di sini (pantai timur) masih sayang akan muzik 90-an dan otai-otai dulu, maka kami sajikan apa-apa yang mereka inginkan.

"Radio adalah satu bentuk komuniti, sesebuah stesen itu perlu mencari relevan dan membentuk hubungan dengan masyarakat," ujarnya lagi.

Jelas sekali, persembahan daripada penghibur era 90-an masih dinanti-nanti pengunjung yang membanjiri Dataran Syahbandar sejak pukul 4.30 petang hingga lewat malam.

Buktinya, empat kumpulan popular sekitar era itu iaitu AXL's, Uk's, Slam dan XPDC mendapat sorakan luar biasa sepanjang konsert.

Slot petang menyajikan Sofarz, Najwa Latif, AXL's, Amir Uk's, Alyah, Hafiz dan Zamani Slam beraksi penuh bertenaga di pentas.

Sementara pada sebelah malamnya, Black, Spider, Ella, XPDC dan band yang diterbangkan dari Indonesia, Nidji tampil menghangatkan suasana.

Pujian harus diberikan buat kumpulan Nidji. Bukan kerana usaha memberikan persembahan terbaik tapi pukauan Nidji yang memaksa penonton bersorak tanpa henti sepanjang mereka di pentas.

Barangkali tarikan utama Nidji terletak pada gelekan vokalis kumpulan itu, Giring menerusi rangkaian lagu-lagu popular mereka antaranya Biarlah, Laskar Pelangi dan Jangan Takut.

Kapal mewah ikut laluan Titanic

Posted: 08 Apr 2012 07:25 PM PDT

GAMBAR fail menunjukkan kapal Titanic pada 4 April 1912.


LONDON - Hampir 100 tahun selepas kapal Titanic karam, sebuah kapal pesiaran mewah, MS Balmoral dengan jumlah penumpang yang sama memulakan pelayaran semalam.

Kapal itu belayar dengan mengikut laluan yang sama Titanic dari pelabuhan di Southampton.

Ia membawa 1,309 penumpang.

Kapal itu turut menuju ke lokasi Titanic yang tenggelam pada 15 April 1912 di Lautan Atlantik. Titanic karam semasa pelayaran sulung menuju ke New York, Amerika Syarikat.

Pelayaran selama 12 malam itu adalah sempena ulang tahun ke-100 tragedi kapal terbabit.

Pihak penganjur cuba menghidupkan semula pengalaman di atas kapal tersebut seperti sajian makanan yang sama sehingga kepada persembahan muzik secara langsung zaman itu.

Menurut pihak penganjur, penumpang dari 28 buah negara menempah pelayaran itu.

Sebahagian mereka merupakan saudara-mara penumpang kapal tersebut.

Tiket-tiket berharga AS$4,445 (RM13,595) sehingga AS$9,520 (RM29,117) ditawarkan kepada penumpang.

Antara penumpang lain turut serta ialah para penulis dan ahli sejarah termasuk seorang pakar sejarah Titanic, Philip Littlejohn, seorang cucu mangsa yang terselamat.

Sebahagian penumpang turut memakai pakaian pada zaman awal tahun 1900 semasa mereka menaiki kapal berkenaan.

Kapal itu tenggelam selepas ia melanggar bongkah ais.

Penganjur pelayaran itu, Miles Morgan menyatakan ia merupakan pelayaran yang istimewa terutamanya untuk para saudara penumpang yang telah meninggal dunia.

Kapal itu akan berlabuh di Cherbourg di Perancis dan Cobh, Ireland seperti yang dilakukan Titanic.

Usaha menyelamat 135 orang ditimbus salji

Posted: 08 Apr 2012 07:25 PM PDT


LOKASI runtuhan salji yang turut menyebabkan sebuah pangkalan tentera tertimbus di kawasan pergunungan Glasier Siachen, Pakistan. - AFP


ISLAMABAD - Askar-askar Pakistan semalam berusaha menggali salji, ketulan batu dan ais dalam misi mencari 135 orang yang tertimbus di bawah runtuhan salji.

Bagaimanapun, harapan menemui mereka yang terselamat tipis.

Seramai 124 orang yang tertimbus itu ialah askar Pakistan.

Hampir 36 jam selepas satu runtuhan salji mengenai sebuah pangkalan tentera Pakistan yang dibina di kawasan pergunungan Kashmir, para penyelamat belum lagi menemui mangsa yang terselamat atau mayat dari Glasier Siachen.

Salji runtuh itu mengenai pangkalan tentera itu antara pukul 5 dan 6 pagi kelmarin waktu Pakistan dan mungkin semasa sejumlah orang masih tidur.

Menurut satu kenyataan tentera, kawasan tersebut ditimbus salji, batu, lumpur dan salji yang cair.

Pihak tentera berkata, sekitar 180 askar dan 60 anggota penyelamat awam terlibat dalam misi menyelamat di sempadan India, sebuah kawasan yang dikenali sebagai medan perang tertinggi di dunia.

Pengacara dibaling dengan telur

Posted: 08 Apr 2012 07:24 PM PDT


VOURHAS (kiri) cuba mengelak balingan telur dan yogurt di studio televisyen Epiros TV1 di Ioannina, utara Greece pada Jumaat lalu.


ATHENS - Seorang pengacara stesen televisyen swasta, Epiros TV1, Panagiotis Vourhas dibaling dengan telur dan yogurt oleh sekumpulan penceroboh di bandar Ioannina, utara Greece pada Jumaat lalu.

Menurut pihak pengurusan televisyen itu, seramai 17 orang menceroboh masuk dengan sebahagian muka mereka ditutup dengan sapu tangan.

Ketika kejadian, Vourhas sedang mewawancara seorang ahli politik tempatan di studio televisyen itu.

Baju dan muka pengacara tersebut terkena balingan telur dan yogurt itu.

Para penceroboh itu merupakan sebuah kumpulan dari tenggara Greece yang marah kerana Vourhas mewawancara jurucakap parti Golden Dawn yang menyokong Nazi baru-baru ini.

Jurucakap itu diwawancara Vourhas dalam program bual bicaranya.

Acara berlawan dengan bantal

Posted: 08 Apr 2012 07:23 PM PDT


SEJUMLAH orang menyertai Hari Pertarungan Bantal Antarabangsa di Trafalgar Square, London kelmarin.


SHANGHAI - Sejumlah orang menyertai Hari Pertarungan Bantal Antarabangsa yang diadakan di sini kelmarin.

Ia dianjurkan oleh Pergerakan Permainan Bandar.

Orang ramai memukul lawan mereka dengan bantal dalam permainan itu.

Beberapa anggota polis dilaporkan bertindak menghentikan acara itu selepas lima minit ia berlangsung.

Namun, acara itu turut diadakan di 115 buah bandar di 39 buah negara Antara bandar itu ialah London, Washington, New York dan Budapest.

Laman web pergerakan itu tidak menjelaskan kenapa ramai orang menyertai acara tersebut.

01 di tangkak - Google Blog Search

01 di tangkak - Google Blog Search


Jawatan Kosong Majlis Daerah <b>Tangkak</b> April 2012 - Jawatan <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 09:25 PM PDT

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH TANGKAK APRIL 2012
Pemberitahu adalah dipelawa dari Rakyat Negeri Johor / Warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Daerah Tangkak, Ledang, Johor.-
1. Penolong Arkitek Lanskap
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar
3. Juruteknik (Elektrik)
Tarikh tutup: 16 April 2012

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Pusat Pelaburan <b>Negeri Johor</b> (JSIC) - April 2012

Posted: 08 Apr 2012 11:03 AM PDT

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Tak Ada Sebab Untuk Tolak Pembangunan <b>di Pengerang</b> <b>...</b>

Posted: 24 Mar 2012 10:27 PM PDT


Daerah kecil Pengerang yang selama ini terkenal dengan makanan laut telah dikejutkan dengan beberapa isu ekoran dari keputusan kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri Johor untuk membangunkan kawasan itu dengan pembinaan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas Loji yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri tidak berapa lama dahulu.

Projek yang di anggarkan bernilai hampir 60 billion itu, adalah merupakan salah satu dari program pembangunan di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang terbesar dan termoden di rantau ini. Perdana Menteri ketika menyampaikan amanatnya kepada 10,000 warga kampus sempena Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa di Universiti Teknologi MARA baru-baru ini, juga mengatakan selain dari menjana pendapatan ekonomi negara ia antara lainnya, mampu menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Setiausaha UMNO Bahagian Pengerang, Haji Ghazali Abas ketika di hubungi mengatakan majoriti penduduk mengalu-alukan projek pembangunan ini. Selain menjana pendapatan penduduk yang selama ini bergantung hidup dengan hasil tangkapan ikan dan pertanian ia juga dilihat mampu untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa dan teratur kepada penduduk kampung yang terlibat.

"Ia merupakan satu rahmat kepada penduduk Pengerang dan kepada rakyat Johor secara keseluruhanya. Pembangkang dilihat cuba mengambil kesempatan di atas isu ini untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat dengan mengaitkan pembangunan ini dengan isu Lynas di Pahang. Mereka juga turut mengaitkan projek dengan kesan radioaktif dan bakal menyebabkan lelah dan penyakit, khasnya kanak-kanak dan orang tua yang akan hilang imuniti secara perlahan-lahan dan sebagainya "

Ini kerana menurut beliau pembangunan ini bukanlah yang pertama kali ingin dilakukan oleh kerajaan. Sebelum ini negara telah mempunyai hub simpanan minyak di Terengganu, Melaka dan Johor. Malahan negara jiran seperti Singapura juga mempunyai hub simpanan minyak seperti ini katanya lagi ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden Keadilan merangkap Ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.

"Kalau betul projek ini bahaya, secara logiknya sudah tentu rakyat di negeri Terengganu, Melaka dan Johor telah tercemar dengan kesan radioaktif dan mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan tadi. Namun ini tidak berlaku. Oleh itu saya melihat kenyataan itu hanya merupakan sangkaan jahat untuk mengagalkan projek pembangunan ini" katanya lagi.

Menurut beliau lagi, baru-baru ini hampir 700 orang wakil kepimpinan dan NGO di kawasan Pengerang seperti persatuan belia, ketua-ketua blok dari kawasan Felda, wakil persatuan nelayan, penghulu mukim, ketua-ketua kampung, pertubuhan wanita dan sebagainya telah hadir untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan penduduk terhadap pembangunan ini sekaligus menolak perhimpunan yang mereka adakan pada minggu lalu yang mana menurut beliau hanya dihadiri sekitar 200 orang.

Beliau juga mengulas kenyataan yang dibuat oleh Kasran Abdullah yang di siarkan oleh portal Malaysiakini, kononnya mewakili Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang yang mengatakan hampir 96% penduduk kampung menolak projek ini. Beliau menolak dengan sekeras-kerasnya kenyataan itu dengan mengatakan ia tidak masuk akal sama sekali.

Ini kerana menurut beliau majoriti penduduk yang ditemui langsung tidak mengetahui atau dimaklumkan mengenai kajian yang kononnya dijalankan itu. Oleh yang demikian kenyataan itu tidak boleh diterima sama sekali. Hasil pemeriksaan yang dijalankan juga, mengatakan persatuan yang dikatakan itu juga adalah merupakan persatuan yang haram kerana tidak pernah berdaftar secara sah.

Penghulu Mukim Pantai Timur, Mohamad Khaidir Ismail ketika dihubungi juga memberikan maklumbalas yang senada dan hampir sama. … selanjutnya baca disini

Ps/– Artikel asal untuk ob21.net oleh Obey-One

ads