Ahad, 15 April 2012

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST

Perjumpaan dan dialog di Felda Air Tawar 4

Pak Abu pengasas Jawatankuasa Bertindak untuk Peneroka Felda Lok Heng

Hadirin di Majlis Dialog di Felda Lok Heng

Peneroka Felda Air Papan turut hadir

Sdr Zabidie Abas menjelaskan perjuangan yang dibawakan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal kepada peneroka-peneroka di Felda Lok Heng

Pak Aya, seorang veteran politik dari zaman mudanya didalam PRM, kini PKR, menjadi Setiausaha Jawatankuasa Bertindak bagi peneroka-peneroka Lok Heng

Rahman Kaimi, Ketua PKR Ranting Felda Nitar 2 mengajak peneroka Felda Bukit Batu supaya berjuang menuntut hak mereka. "Ayah kita kena tipu, kita generasi kedua kena tipu dan jangan biarkan anak kita pula ditipu oleh Felda" ujarnya semasa berucap dihadapan peneroka-peneroka Felda Bukit Batu.

Didalam lawatan saya ke Negeri Johor pada 12 dan 13hb Disember 2011 membawa saya kepada 3 rancangan Felda iaitu Felda Bukit Batu, Felda Lok Heng dan Felda Air Tawar 4 didalam 3 kawasan DUN yang berbeza.

Di kesemua rancangan Felda yang dilawati itu, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Zulkifli Daud mengadakan 3 Majlis Dialog. Tajuk utama dialog itu adalah berkaitan dengan isu penyenaraian Felda Global Ventures ke pasaran saham dan kesannya yang akan menimpa peneroka-peneroka Felda dan juga kepada Felda.

Anak-anak muda yang menghadiri majlis-majlis dialog itu memembawakan persoalan mengenai pemansuhan Felda Plantation dan pengagihan tanah ladang di Plantation itu kepada generasi baru Felda dan penerangan mengenai Janji Buku Jingga dan Janji Palong.

Isu yang menjadi tarikan minat peneroka-peneroka yang hadir adalah mengenai isu geran tanah yang masih belum dikeluarkan walaupun mereka sudah begitu lama menjelaskan bayaran CAC termasuk premium melalui Felda; isu kegagalan Felda mengembalikan wang tanam semula yang dicarumkan oleh peneroka-peneroka sejumlah RM17,000.00; isu hutang yang begitu besar yang mereka tanggung kepada Felda, dan meminta penjelasan bahawa sesungguhnya Feldalah yang berhutang dengan mereka; dan isu saman terhadap Felda khususnya mengenai peratusan perahan KPG yang dimanipulasikan oleh Felda; dan isu saman terhadap Felda mengenai lebihan pendapatan yang tidak dikembalikan oleh Felda kepada peneroka-peneroka. Di kesemua rancangan Felda yang saya lawati itu telah ditubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi mengumpulkan peneroka-peneroka untuk memfailkan saman terhadap Felda.

Kecuali di Felda Bukit Batu yang mana diadakan dialog di premis Ketua PAS Cawangan, dialog di Felda Lok Heng dan Felda Air Tawar 4 diadakan di rumah ahli-ahli UMNO. Ini adalah perkembangan luar biasa dan inilah trend yang sedang melanda Negeri Johor.

Full content generated by Get Full RSS.Full content generated by Get Full RSS.

01 di parit yani - Google Blog Search

01 di parit yani - Google Blog Search


Dishubkominfo tempatkan kamera pengintai <b>di</b> perempatan jalan <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 12:50 AM PDT

CCTv (flickr.com/photos/adamkershaw)

Keempat kamera pengintai yang sudah dipasang pada empat titik tersebut, berguna untuk melihat langsung daerah-daerah padat lalu lintas di Kota Pontianak"

Berita Terkait

Pontianak (ANTARA News) - Dinas Perhubungan Komunikasi dan Informatika Kota Pontianak menempatkan kamera pengintai atau CCTV (closed circuit television) pada empat titik perempatan di jalan-jalan protokol di kota itu.

"Pengadaan empat titik kamera pengintai itu menggunakan APBD Kota Pontianak tahun 2011 sebesar Rp400 juta," kata Sekretaris Dishubkominfo Kota Pontianak Zulkifli, Minggu.

Ia menjelaskan, keempat titik kamera pengintai tersebut sudah dioperasikan, yakni di Bundaran Universitas Tanjungpura Pontianak, Jalan Ahmad Yani, perempatan Masjid Jihad Jalan Sultan Syarif Abdurrahman, perempatan Jalan Tanjung Raya I, serta di depan Bank BNI Cabang Pontianak Jalan Rahadi Oesman.

"Keempat kamera pengintai yang sudah dipasang pada empat titik tersebut, berguna untuk melihat langsung daerah-daerah padat lalu lintas di Kota Pontianak," ujarnya.

Zulkifli menambahkan, pihaknya dapat memonitor langsung aktivitas lalu lintas pada empat titik yang sudah dilengkapi kamera pengintai tersebut.

"Kalau terjadi kemacetan atau kecelakaan lalu lintas pada empat titik tersebut, kami bisa langsung melakukan koordinasi dengan pihak kepolisian lalu lintas setempat," katanya.

Sebelumnya, menurut Sekretaris Dishubkominfo Kota Pontianak, pihaknya tahun 2008 telah memiliki empat kamera pengintai yang telah dipasang di empat titik perempatan di kota itu, yakni di perempatan Jalan Tanjungpura, depan Pasar Parit Besar Pontianak, perempatan Hotel Garuda, Jalan Tanjungpura, dan perempatan Pasar Flamboyan, Jalan Gajah Mada.

"Kamera pengintai pada empat titik perempatan itu sedang rusak dan masih diperbaiki di Jakarta," ungkapnya.
(A057) 

Editor: Fitri Supratiwi

COPYRIGHT © 2012

Ikuti berita terkini di handphone anda di m.antaranews.com

SiaPaLaH aKu: Asam Pedas <b>Parit</b> Jawa

Posted: 09 Apr 2012 10:57 PM PDT

Hari ke 2 odit kt batu pahat nie,miss lim ajak kami pekena asam pedas parit jawa..utk kwsn parit jawa neh..yg mengetop asam pedasnye adalah asam pedas mak ngah..kebetulan saya smp,gerai mak ngah nie tutup plak..oleh itu,kami mencuba rasa asam pedas berhadapan gerai mak ngah nie..
Lihat itu bhgn tgh isi ikan jenahak..sedap weh! isi ikan yg segar dr laut..tepi gerai neh..tmbh plak x de byk tulang kan..mmg feel tue lebih ckit..saya siap request kuah tambahan okeh..mau hirup kuahnye secara maksimum..x mau kongsi2 ngan kwn2 yg lain..la3..
Antara hidangan asam pedas yg dorg sediakan..ada pelbagai jenis ikan sbnrnye kalu kita nak..yg paling digemari adalah ikan pari..tuk mlm tue,kami order ikan jenahak,ikan kembung,telo goreng + kangkung masak belacan..makan tuk 5 org..alhamduillah..x membazir pon lauk..sbb ada 2 org yg giler2 kaw makan asam pedas nie..
Nie adalah insan yg giler suka makan asam pedas walau br cuba kali pertama..peluh2 okeh mamat nie makan walau cuaca sejuk pas hujan lebat + kipas besar kt atas kepala..kami sumer gigil sejuk..dia sensorg mintak nyawa sbb kepanasan..
Insan kedua adalah yg meratah ikan kembung nie secara rakus..hua3..marliana mokhtar pon layan asam pedas nie weh! ermm..sedap2..pakej makan malam kami mlm itu hanya RM48.00..saya belanja sblm kena pau yg mahal2 lagik..la3..
Pewut dah kenyang..jom balik naik perahu!

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


Cik Rose Cute!!: Ular Tedung Selar Terbesar <b>Di Benut</b> Johor

Posted: 11 Apr 2012 12:05 AM PDT

Besar betul ular tedung selar menjalar kat pokok kelapa....Kalau sekali patuk terus kita mati.Aku rasa ular tedung selar nie warna kelabu...Korang nampak tak kepalanya....Eeiii menakutkan....
Ada orang cakap Mat indon yang tangkap gambar nie...aku pun tak pasti betul tulen ke tak gambar ni, tapi mengikut maklumat yang diperolehi ianya di jumpai di daerah Benut Johor.
 Memang besarkan....Tapi ular tedung selar sebesar nie memang wujud....Sebab adik aku yang lelaki pernah jumpa ular tedung  selar sebesar tue......Adik aku kerja jaga menjaga pencawang kabel nak menuju ke tempat kerjanya memang hutan tapi nasib baik jalan dah tar cantik...,waktu tue dia baru nak turun  dari bukit pencawang kabel  tiba2  ada ular tedung selar melintas terkejut adik aku terus break motor capuk dia.....
Adik aku cakap memang besar ular tue...Aku tanya dia ular sawa ke? dia cakap bukan.... ular tedung selar warna kelabu...Katanya.
Aku tanya dia balik macam tak percaya ada ular tedung selar sebesar  peha dia.Dia cakap memang betul...waktu adik aku tekan break motor dia...ular tedung selar tue terkejut dan mengembang.
Sewaktu ular tedung selar mengembang  paras ular tue atas kepala adik aku, perasaan adik aku ketika tue dah berdebar-debar,dia takut ular tue serang dia.
Di dalam hati adik aku mengucap dan berkata-kata" Aku tak kacau kau..kau jangan kacau aku ,aku cuma nak balik..." Lebih kurang 5 saat barulah ular tedung selar berlalu masuk hutan.Cuba korang bayangkan........ Aku dengar story dia seram giler....
Nota Kaki: Waktu adik aku story arwah mak aku ada lagi.....Arwah mak aku cakap mungkin juga makhluk jelmaan syaitan...Nasib baik adik aku tidak di patuknya,  mungkin juga  Allah itu Maha Besar dan  umur adik aku masih panjang lagi.........yalah niat adik aku nak bekerja..jalan tue hari2 dia lalu...Korang tahukan pencawang kabel yang tinggi tue...kalau kat kampung kat atas bukit kat dalam hutan pencawang tue ada...Setiap pencawang ada satu bilik untuk jaga tinggal untuk beberapa hari.Kerja macam nie ada jugak potongan KWSP..

Terima Kasih!! Sila Datang Lagi Okey!!

Himpunan TANAH Akan Dilancarkan <b>Di</b> Parlimen - (MTD) <b>Benut</b>

Posted: 13 Apr 2012 03:23 AM PDT


SIMPANG RENGGAM – Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH) akan mengumumkan satu perhimpunan besar-besaran dalam satu majlis yang dipanggil pelancaran Himpunan Tanah Rakyat Johor di lobi Parlimen Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 16 April depan.
Menurut Pengarah Sekretariatnya, Suhaizan Kaiat, selain kehadiran sejumlah 40 orang daripada rombongan TANAH, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan turut berada di majlis pelancaran itu bagi mengumumkan satu perhimpunan TANAH yang akan diadakan pada 5 Mei depan di pusat beli belah terkenal Plaza Angsana Johor Bahru.
"Rombongan sekitar 40 orang yang kebanyakannya penduduk Pengerang akan berada di Parlimen Malaysia awal minggu depan," ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Khas Sekretariat TANAH di pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Taman Renggam Jaya, dekat sini, semalam.
Sementara itu, beliau berkata, kain lilitan berukuran 3 inci dengan berlogokan TANAH akan diikat sebagai gimik pelancaran majlis tersebut disamping memperkenalkan badge TANAH kepada umum.
Malah, pihaknya mendakwa TANAH turut menerima sokongan daripada 18 badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh berpengaruh serta kalangan rakan Pakatan pembangkang lain yang bersimpati dengan masalah tanah di Johor.
Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) berkata, jelajah penerangan berkenaan TANAH akan digerakkan ke seluruh negara sebagai satu usaha menarik perhatian umum untuk turut serta dalam perhimpunan itu nanti.
"Kita sasarkan bermula dari 21 April ini sesi majlis penerangan akan digerakkan ke setiap kawasan (daerah) di bawah (anjuran) pemuda (DPPNJ) dengan melibatkan individu-individu yang berkaitan seperti YB Salahuddin dan Mazlan Aliman yang bertindak sebagai Pengerusi Gabungan TANAH.
"Selain itu, kami akan bergerak ke seluruh negara dengan menyasarkan negeri-negeri seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan bagi menyampaikan penerangan mengenai TANAH.
"Malah kita akan aturkan satu program konvoi anak muda yang akan berjelajah bermula di Muar hinggalah ke Johor Bahru dengan aktiviti seperti edaran risalah dan sebagainya," katanya lagi.

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Selatan Online - DIALOG Masalah TANAH <b>Di Mersing</b> Berjaya

Posted: 28 Mar 2012 02:58 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Katanya lagi, Mersing yang terletak di timur Johor antara daerah yang paling banyak terdedah dengan masalah tanah. Antara kawasan yang terlibat seperti di Kampung Tanjung Endau, Kampung Jalan Bulang dan Kampung ...

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Hujan Air Batu <b>Di Pontian</b> | Rencana Rakyat

Posted: 09 Apr 2012 08:15 PM PDT

PONTIAN – "Bunyinya cukup menakutkan dan pak cik rasa seperti dunia hendak kiamat," kata Zainal Abdullah, 67 ketika menceritakan detik-detik cemas apabila rumahnya di Pekan Sanglang dihujani dengan hujan air batu sebesar ibu jari kaki, di sini, petang kelmarin.

Berikutan kejadian kira-kira jam 5 petang itu, keadaan bumbung zink rumahnya berlubang-lubang dan kelihatan seperti dibaling batu.

Menurut Zainal, dia tidak menyangka hujan lewat petang itu adalah hujan air batu, sebaliknya hanya menyangka bunyi tersebut adalah bunyi dari lori yang menurunkan pasir di sebelah rumahnya.

Katanya, bunyi dari luar rumahnya semakin kuat sehingga menyebabkan dia tidak sedap hati dan mengambil keputusan untuk melihat sendiri apa yang berlaku.

"Sebaik sahaja pintu dibuka, ais batu seperti pasir yang sungguh putih sudah memenuhi laman rumah dan pakcik terus beristighfar ketika itu," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Dia kemudiannya memanggil isterinya, Halijah Kulop Razak, 65 dan cucunya, Nabiatul Syafina Jazamuddin, 15, yang ketika itu berada di dapur untuk melihat hujan air batu tersebut.

Namun tidak lama selepas itu, hujan kembali lebat dan mendapati bunyinya semakin kuat seperti deruan 'air terjun'.

"Pakcik terus memanggil makcik dan cucu berteduh di dalam bilik dan hanya duduk beristighfar meminta supaya hujan batu itu segera berhenti.

"Mujur bumbung zink di dua buah bilik di rumah ini sudah ditukar baru, jadi kami boleh berlindung di dalam bilik. Saya cuba menjenguk dari bilik apa yang berlaku di luar dan ketika itu, saya dapati bumbung rumah sudah berlubang-lubang.

"Kami sekeluarga dapat memegang ketulan air batu berbentuk kiub yang jatuh namun ia cepat cair. Ianya berlaku dalam tempoh kira-kira lima minit sebelum hujan lebat turun," katanya

Katanya, pengalaman berhadapan dan melihat sendiri hujan air batu buat pertama kalinya pasti tidak akan dilupakan.

Sementara itu, Halijah memberitahu, ketika kejadian, dia sedang memasak burasak untuk disajikan kepada anak-anaknya pada hujung minggu.

Katanya, dia tidak menduga hujan lebat petang itu membawa sama hujan air batu sehingga menyebabkan dia meninggalkan dapur kerana takut dan bimbang.

"Niat hati mahu keluar untuk melihat tetapi bimbang ketulan itu akan mencederakan kami. Kami hanya nampak ia memutih di halaman rumah ini," katanya.

SINAR HARIAN

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


Sekitar Kuliyah Maghrib <b>di</b> Masjid Kg. Semanyir, <b>Endau</b> Johor, 14.4 <b>...</b>

Posted: 14 Apr 2012 10:57 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Sekitar Kuliyah Maghrib di Masjid Kg. Semanyir, Endau Johor, 14.4.12. Sedikit gambar-gambar kuliyah UAI di Kuliyah Maghrib di Masjid Kg. Semanyir, Endau Johor. About the Author. Sekitar Kuliyah Endau Johor, Semanyir ...

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


Malaysia Zoom » 29 buah sekolah <b>di Labis</b> terima RM35 juta

Posted: 06 Jan 2012 03:07 PM PST

LABIS 6 Jan. – Sebanyak RM35 juta telah diagihkan kepada 29 buah sekolah di daerah kecil Labis dalam tempoh 2008 hingga tahun lalu bagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan lain demi memastikan keadaan pembelajaran lebih selesa untuk para pelajar.

Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, ia melibatkan 22 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah dengan Sekolah Kebangsaan Seri Bali Chaah mendapat peruntukan tertinggi berjumlah RM15 juta untuk pembinaan bangunan baru yang telah pun digunakan bermula sesi persekolahan tahun lalu.

"Sekolah rendah antara yang paling banyak menerima manfaat daripada peruntukan tersebut dengan beberapa buah sekolah mendapat bangunan baru antaranya SK Sri Labis dan SK Pekan Air Panas yang masing-masing mendapat bangunan baharu tiga tingkat untuk keselesaan pembelajaran dan pengajaran.

"Diharap dengan peruntukan dan perkembangan terbaru itu, pelajar dan guru di dalam kawasan Parlimen Labis akan melipatgandakan usaha bagi memperbaiki pencapaian kecemerlangan pendidikan yang sedia ada pada masa akan datang," katanya ketika meninjau sesi persekolahan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Labis di sini semalam.

Sementara itu, Tee Yong turut mengambil inisiatif mencari dan mengedar borang permohonan wang sumbangan kerajaan sebanyak RM3,000 kepada Konstabel Khas (SC) dan Home Guard yang menjaga keamanan kampung di zaman darurat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya, tumpuan diberikan bagi mereka yang menetap di kawasan Labis dan perjumpaan dengan Ahli Majlis Daerah Labis, ketua kampung dan pemimpin masyarakat telah diadakan bagi mencapai kata sepakat untuk membantu golongan itu mendapat hak mereka.

Dipetik dari Utusan Malaysia

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


Parlimen <b>Parit Sulong</b>: Program Dato&#39; noraini Ahmad <b>di</b> sana sini.

Posted: 14 Apr 2012 09:18 PM PDT



Dato' Noraini Ahmad bersama orangramai di Program "1 K1M 1 JPJ "
K1M Mukim 4, Simpang Kiri, Batu Pahat
bertempat di SMK Dato' Sulaiman Parit Sulong, pada 14.4.2012.





Bersama JPJ di Seri Medan, Batu Pahat.
pada 14.4.2012.



Program Info K 1 Malaysia di SK. Peserai, Batu Pahat, Johor











01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


من أين إلى أين: <b>parit jawa</b> siri II

Posted: 07 Apr 2012 05:01 AM PDT

6 April 2012 sekali lagi penulis dan rakan-rakan diarahkan untuk bertugas di kem parit jawa, Muar johor. Dengan menaiki kenderaan syarikat, kami bergerak menuju ke lokasi sekitar jam 10.00 pagi. Udara pagi Jumaat dalam keadaan mendung, kami bergerak membelah pagi yang indah..

Tiba di lokasi sekitar jam 11.00 pagi. Beberapa orang sahabat yang lain sudah berada di lokasi. Kelaparan mula merobek usus saudara PH. Menjelang jam 12.30, hidangan tengahari disuguhkan kepada kami. Menjelang jam 1.15, kami bergerak menuju ke masjid yang sama sebagaimana yang kami singgah dua minggu lepas.

Masjid ini rupanya masih aneh. Tanpa suara azan yang dialunkan keluar bangunan. Hanya alunan azan dari dalam sahaja. Mungkin speaker masjid itu masih belum berfungsi sepenuhnya akibat kerosakan belum pulih.

Usai solat Jumaat, kami bergerak semula ke kem untuk memulakan aktiviti. Di kem, peserta telah tiba dan peserta perempuan sedang menikmati jamuan tengahari.

Acara pertama taklimat kem komandan bermula jam 1445. Menjelang jam 1600 acara ice breaking mengambil tempat. Ianya dipimpin bersama oleh PH dan penulis. Aktiviti yang dijalankan oleh penulis ialah rantai nama dengan bunyi haiwan kegemaran berserta gayaku.

Usai asar, identiti kumpulan oleh penulis sehingga sekitar jam 1830. Maghrib disambut dengan kuliah jati diri dan diikuti dengan pembentangan kumpulan dengan dua kawasan dikawal oleh penulis dan juga PH.

Menjelang maghrib, penulis mendapati seluar telah terkoyak pada bahagian zip. Segera mendapat pandangan sahabat dan jarum serta benang dikirim kepada urusetia yang keluar. Seluar siap dijahit sebelum tiba waktu isya'

Usai program, kami keluar minum bersama PH dan juga AI. Lokasi di tepi jalan berhampiran pekan Parit Jawa. Fresh Orange, sup ekor, sotong goreng bertepung, mee bandung menjadi menu dinihari. Penulis melayan bersembang rakan-rakan sehingga tersengguk-sengguk...

Tiba semula di penginapan sekitar jam 1.15 pagi!!

Jam yang bergema dari corong kecil HP penulis memainkan irama lagu anak kecil maion api langsung tidak kedengaran di telinga penulis. PH yang mengejutkan penulis dengan izin Allah sekitar jam 5.45 pagi. Mencari tandas untuk membuang air dan berehat sebentar dan kemudian kembali untuk bersuci, Tiba di surau, TG telah memimpin rakaat ke dua solat subuh..

Usai solat, tuan haji s memulakan tazkirah subuh sebelum peserta berkumpul untuk memulakan kembara pada hari kedua program. Kembara kali ini agak berbeza dengan kembara yang telah dilalui sebelum ini. Peserta akan melalui modul yang agak menarik, dengan pelbagai acara berjual beli dan sebagainya.

Kembara bermula sekitar jam 8.00 pagi sebagaimana yang telah diputuskan dalam mesyuarat pelaksanaan berdasarkan kepada kelewatan masa tamat kembara seringkali menyebabkan kegagalan untuk melaksanakan riadah petang.

Peserta dilepaskan mengikut kumpulan dalam jangkamasa yang sangat hampir. Ini menyebabkan CP 1 dapat selesai lebih awal, sekitar jam 11.00 pagi. Penulis melihat penjaga CP yang berdua itu telah berjalan pulang. CP penulis terletak di lokasi agak selesa, di bawah lindungan pepohon kelapa sawit dan terbentang kanvas yang agak besar. Penulis mengambil kesempatan untuk berbaring sementara menunggu partner penulis tiba yang agak lewat. Sungguh nyaman dan tenteram sekali. Akhirnya menyebabkan penulis tertidur, walaupun agak resah juga berbaring di atas tanah di celahan pokok sawit yang rendang, khuatir akan kemunculan makhluk merayap yang tidak diundang. Namun, setelah bertawakkal kepadaNya, akhirnya penulis dikalahkan dek mengantuk yang semakin kuat menyerang.

Lebih kurang 15 minit terlelap, sahabat muncul berdua dengan membawa air dan sedikit makanan. Seolah-olah kami sedang rehlah di bawah rimbunan pohon yang lebat...Seolah-olah berada di bawah teduhan kebun-kebun kurma di madinah...

Kumpulan pertama yang tiba ialah kumpulan peserta lelaki yang telah kehilangan beberapa rakan kumpulan. Mereka agak konfius pada mulanya tetapi setelah diberikan penerangan selepas membuat keputusan, ternyata terbayang keinsafan di wajahnya..

Mulai kumpulan kedua, mereka disuruh melalui longkang..dan kumpulan pertama yang melaluinya ialah kumpulan peserta perempuan yang menyebabkan salah seorang dari ahli tidak boleh mengeluarkan badannya dari selut dan kumpulan tersebut hanya berbaki tiga orang ahli sahaja...

Aktiviti di CP penulis berakhir sekitar jam 12.50 sebelum nejelang zuhur. Bergerak dengan menaiki kereta organisasi. Hati terasa agak lapang dan girang kerana habis lebih awal. Tiba di base camp menjenguk CP terakhir yang dikendali oleh PH dan juga AI. Suasana agak ceria dan bising seolah-olah berada di pasar.

Usai solat zuhur dan makan, bergerak untuk mandi dan kemudian melepaskan lelah di katil yang agak kurang selesa tetapi dek kerana letih akibat cuaca yang agak panas, ianya mampu melepaskan sedikit lelah..

Menjelang jam 1445, PH sudah pulang dan mula membuat bising serta mengingatkan mengenai refleksi sekitar jam 1600. Menjelang jam 1545, penulis bersiap. Hujan yang mula turun di luar agak menyamankan. Mr AI sudah memulakan pelayaran ke alam mimpi...

Refleksi jam 1600 memulakan layarnya dengan peserta berbincang dalam kumpulan mengenai perkara-perkara atau falsafah yang boleh dihayati hasil kembara sepanjang pagi membawa ke waktu zawaal. Kemudian sesi pembentangan mereka, diikuti oleh sesi huraian falsafah setiap CP oleh fasi yang menjadi penunggu.

Usai solat Asr, peserta digiring ke belakang untuk kanvas hikmah tanpa penyertaan fasi, juara sepanjang program. Hujan gerimis mula turun namun tidak membasahkan pakaian kami.

Makan malam dan kemudian persediaan maghrib. Tazkirah oleh bonda PM. Usai Isya' graf suka dan duka mengambil tempat. Kemudian acara tangisan dan kemudian keluar lagi sekitar jam 1200 untuk minum minum bersama Mr AI dan jurukamera pro. Sembang hingga mengantuk...

Usai solat subuh hari terakhir, tazkirah oleh mahaguru...diikuti oleh jamrah hikmah. Pelajar dikehendaki menulis segala sifat negatif yang bersarang di dalam dada. Kemudian dibawa kertas ke lapangan dan direnyukkan sebagai tanda kebencian terhadap sifat-sifat tersebut. Kemudian setiap peserta diminta menutup mata dan berjalan ke lokasi pelontaran. Pelbagai halangan disediakan. Apabila tiba, peserta akan melontar sikap negatif yang ditulis sebagai satu lambang pembuangan dan pelontaran sikap negatif dari diri. Kemudian, kertas lontaran di bakar. Doa dibaca agar diberi kekuatan untuk terus meninggalkan sifat negatif daripada terus menguasai diri..

Selepas itu, sarapan dan kemudian ceramah...Penutup sekitar jam 11.00 pagi dan diakhiri dengan makan tengahari, solat zuhur dan pulang. Menaiki kenderaan organisasi menuju ke parking kereta di ibu pejabat...

KELAB GREENBOC: Bayi Ditemui Atas Bonet Kereta Dekat Masjid

Posted: 14 Apr 2012 05:31 PM PDT

Muar: 'Nama Ayah, Khairulanam, nama ibu, Sri Susanti dan nama anak, Salamiah Hasanah'. Itu nota ditemui di dalam beg sukan mengandungi bayi perempuan baru dilahirkan yang diletak di atas but sebuah kereta milik Pengerusi Masjid Kampung Parit Pechah, Parit Jawa, Abdul Rashid Sirat, 72, di sini, semalam.

Menurut Rashid, nota berkenaan itu tertulis 'Kami tak mampu untuk menguruskan dan akan menunggu dia di Jakarta kelak'.

"Saya baru selesai menunaikan solat Subuh dan mahu menghidupkan enjin kereta apabila terpandang kotak gabus diletakkan di atas but.

"Saya sangka ada orang tercicir kotak itu sebelum tergerak untuk membukanya. Apabila dibuka, ia mengandungi beg dan saya terdengar suara bayi menangis," katanya.

Menurut Rashid, dia terus membuka zip beg dan menemui bayi perempuan cukup sifat yang dibersihkan dan dibalut tuala namun masih bertali pusat.

Katanya, sebelum itu, dia serta jemaah lain terdengar deruan enjin motosikal masuk ke kawasan masjid, namun menyangka ia penduduk yang mahu bersolat.

"Namun sejurus penemuan itu, kami terus menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian," katanya.

Bayi perempuan itu sempat diazankan jemaah masjid, Ustaz Sulaiman Sarip, 50-an, sebelum dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Kami masih mengesan ibu bapa bayi berkenaan dan pada masa sama meminta kerjasama orang ramai yang ada maklumat supaya tampil membantu siasatan," katanya. -HM

COMEL... bayi perempuan yang ditemui dalam kotak atas but kereta.

Bayi Ditemui Atas Bonet Kereta Dekat Masjid

Muar – "Saya sangka ada orang hantar barang, tetapi terkejut apabila buka kotak ini terdapat satu beg hitam mengandungi seorang bayi perempuan yang sedang menangis dalam keadaan berpeluh," kata Abd Rashid Sirat.

Bayi malang yang masih bertali pusat dan hanya dibalut dengan tuala dijumpai oleh Abd Rashid ditinggalkan dalam kotak polistren putih di atas bonet kereta Honda Civic miliknya di sebuah masjid di Parit Pechah, Parit Jawa dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, Abd Rashid menyedari kewujudan kotak itu ketika menghampiri keretanya untuk pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat subuh di masjid berkenaan.

Menurutnya, walaupun berasa pelik tetapi dia tergerak hati untuk membuka kotak itu dan terkejut melihat seorang bayi perempuan sedang menangis.

"Tanpa berlengah saya segera memanggil jemaah lain yang masih berada dalam masjid untuk memaklumkan penemuan bayi ini. Mujur saya cepat buka kotak ini, jika tidak pasti bayi malang ini sudah lemas kerana kotak polistren putih ini kedap udara," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Turut ditemui dalam beg itu ialah sekeping kertas mengandungi nama bayi berkenaan iaitu Salamiah Hasanah Khairulanam dan ibunya, Sri Susanti serta pesanan mengatakan tidak mampu memelihara bayi itu dan akan menunggunya di Jakarta, Indonesia.

Abd Rashid berkata, dia tidak pasti berapa lama bayi itu ditinggalkan kerana sewaktu tiba di masjid kira-kira jam 5.30 pagi tidak menemui sebarang kotak atau tiada kelibat individu mencurigakan berhampiran masjid itu.

Katanya lagi, dia dan rakan-rakan membawa bayi itu masuk ke dalam masjid supaya tidak kesejukan sebelum membuat laporan di Balai Polis Parit Jawa.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi malang itu.

"Berdasarkan tali pusat yang masih melekat pada bayi, kemungkinan bayi itu baru dilahirkan beberapa hari lalu.

"Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Jelas beliau, polis kini sedang giat mengesan individu bertanggungjawab membuang bayi itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Selain itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu menghubungi IPD Muar atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -SH

01 di kulai - Google Blog Search

01 di kulai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » 29 buah sekolah <b>di Labis</b> terima RM35 juta

Posted: 06 Jan 2012 03:07 PM PST

LABIS 6 Jan. – Sebanyak RM35 juta telah diagihkan kepada 29 buah sekolah di daerah kecil Labis dalam tempoh 2008 hingga tahun lalu bagi pembangunan infrastruktur dan kemudahan lain demi memastikan keadaan pembelajaran lebih selesa untuk para pelajar.

Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, ia melibatkan 22 sekolah rendah dan tujuh sekolah menengah dengan Sekolah Kebangsaan Seri Bali Chaah mendapat peruntukan tertinggi berjumlah RM15 juta untuk pembinaan bangunan baru yang telah pun digunakan bermula sesi persekolahan tahun lalu.

"Sekolah rendah antara yang paling banyak menerima manfaat daripada peruntukan tersebut dengan beberapa buah sekolah mendapat bangunan baru antaranya SK Sri Labis dan SK Pekan Air Panas yang masing-masing mendapat bangunan baharu tiga tingkat untuk keselesaan pembelajaran dan pengajaran.

"Diharap dengan peruntukan dan perkembangan terbaru itu, pelajar dan guru di dalam kawasan Parlimen Labis akan melipatgandakan usaha bagi memperbaiki pencapaian kecemerlangan pendidikan yang sedia ada pada masa akan datang," katanya ketika meninjau sesi persekolahan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Labis di sini semalam.

Sementara itu, Tee Yong turut mengambil inisiatif mencari dan mengedar borang permohonan wang sumbangan kerajaan sebanyak RM3,000 kepada Konstabel Khas (SC) dan Home Guard yang menjaga keamanan kampung di zaman darurat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelasnya, tumpuan diberikan bagi mereka yang menetap di kawasan Labis dan perjumpaan dengan Ahli Majlis Daerah Labis, ketua kampung dan pemimpin masyarakat telah diadakan bagi mencapai kata sepakat untuk membantu golongan itu mendapat hak mereka.

Dipetik dari Utusan Malaysia

ads