Sabtu, 21 April 2012

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


Titisan Embun: <b>Bekok</b> oh <b>Bekok</b>

Posted: 21 Apr 2012 10:14 AM PDT


Suatu Ketika di Bekok, Segamat, Johor.

Smk. Bekok merupakan sebuah sekolah menengah di daerah Segamat yang terletak kira-kira 24 KM dari Pekan Labis dan kira-kira 59 KM dari bandar Segamat.

Sekolah tersebut mempunyai jumlah pelajar lebih kurang 600 orang dengan majoriti pelajar terdiri daripada pelajar cina. Hal ini disebabkan kampung Bekok merupakan sebuah kampung yang diduduki oleh majoriti kaum cina. Lain-lain kaum yang mendapat pendidikan di SMK Bekok ialah kaum Melayu, India dan Asli.

Menurut sumber penduduk tempatan, pada tahun 1970-an, jumlah kaum Melayu yang tinggal di kampung Bekok adalah tidak melebihi 20 orang dan mereka dikelilingi oleh kebanyakan masyarakat cina. Pertambahan penduduk Melayu disebabkan pembukaan ladang-ladang kelapa sawit dan getah serta petempatan Melayu yang dinamakan kampung Melayu Baru Bekok.

Antara ladang-ladang yang terdapat di Bekok ialah Ladang Eldred, Ladang Chanwin, Ladang Gunung Mas. Ladang-ladang ini dihuni oleh masyarakat Melayu dan India yang sentiasa bekerjasama dengan setiap perkara yang dilakukan.
Sekolah ini merupakan tempat aku menjadi guru sementara menunggu penempatan sebagai guru tetap. Selama tujuh bulan aku berada di Smk Bekok, banyak ilmu yang aku perolehi hasil daripada penglibatan aku dalam pelbagai bidang semasa bertugas di situ. 
Kenangan berada di Bekok selama tujuh bulan tidak akan kulupakan kerana suasana harmoni Pekan Bekok dan sekolahnya membuatkan aku terasa ingin mengunjunginya semula nanti. Semoga Smk Bekok terus gah dan dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi pendidikan rohani dan juga jasmani. 

01 di tampoi - Google Blog Search

01 di tampoi - Google Blog Search


Kisah Lawak #3 - Matahari <b>di Tampoi</b> | blogr.my

Posted: 21 Apr 2012 04:50 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Teringat cerita Keluang Man... Bukan senang nak handle orang gila. Jiwa dan raga kena kental. Jom ikuti satu kes dimana dua orang gila sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Cool Story Bro: Cuti Semester <b>di Segamat</b> dan Melaka

Posted: 16 Apr 2012 07:06 AM PDT

Seperti kebiasaannya, setiap kali cuti sem mesti kena ada aktiviti2 melarikan daripada rumah dan melepak dengan membe tapi kiteorang versi yang tak main publisiti sampai nak panggil surat khabar bagai sebab anak lari daripada rumah. Bak kata Kaka dan Zizan, bila kita pergi, siapa ambil tahu, siapa ambil peduli? Maka pulang ke ganggang JAD sedikit awal sebab nak bercuti bersama di Segamat dan Melaka.
30 Mac 2012: Bertolak kami dari Shah Alam terus ke kawasan orang hutan Sameon di Segamat. Sebab kakaknya mahu bertunang, maka kiteorang sebagai agensi perkahwinan yang memang selalu ambil port dalam kenduri2 ni memey perlulah menyibukkan diri. Kepada kakak Sameon, semoga berkekalan ke jinjang ranjang. Adoyai je pun ter ber bhaha. ( pengaruh Lawak Ke Der bhai )
Sampai sahaja kami berehat di rumah Sameon yang ada kolam ikan untuk kucing2 dia mandi. Malamnya, seperti biasalah, Karaoke punya. Maklumlah, masing2 nak dengar suara aku yang lunak selain aku nak melatih bakal penyanyi kita yang baru nak berkecimpung dalam bidang populariti nyanyian.bhaha. Good Luck ye Mr Forehead sekalian.bhaha. Malam tu kami menginap di Hotel Sejahtera di Segamat yang telah di-sponsered oleh sameon dan keluarga. Terima kasih untuk penginapan dan layanan yang suam dan baik.
31 Mac 2012: Kalau ikut gaya Amy memang berharap nak bantu dan bergotong royong tolong apa yang patut, tapi masing2 bangun masa matahari dah mencanak terpacak tegang, memey dok lah.bhaha. Tengahari begitu, kami gerak ke majlis dan makan tengahari. Dalam pukul 3-4 petang, Alhamdulillah majlis berjaya disempurnakan. Maka memekaklah sekalian manusia yang berat badannya tinggi tapi ringan mulutnya rendah. Ayat mantapkan? Maaf dan terima kasih kepada keluarga Sameon Pak Mael untuk makanan2 dan keriuhan teramat bangat ya kang je pun ter ber.bhaha
Selesai melantak semua makanan2 istimewa dan kek2 sekalian, aku, Apek dan Mya terus ke KLIA untuk angkut Maya yang bertan2 beratnya untuk meraikan juga cuti sem yang baru saja diperoleh. Meon, Nina dan Dilin pula terus ke Melaka sedikit lambat. Adik pentunang kan, kena tolong kakak pentunang.bhaha.
Malam yang berangin dan terang, kami melepak di kawasan Bandar Melaka yang berdekatan dengan Jonker Street.Angin sepoi2 bahasa Melayu saja di sini. Well, yeah seperti yang dirancang, sambutan ulang tahun Sameon dan Maya.
Ikut tarikh sebenar hari jadi dieorang memang tak ada yang tepat pun dengan sambutan tapi dah alang2 berkumpul beramai2 maka berfunction lah sebentar. Maya 23 Disember yang berlalu dan Sameon 23 April yang mendatang sebab mereka ni tak selalu melepak di Shah Alam. Rumah masing2 nak jauh2, penat aku kalau nak merantau satu Malaysia.bhaha.
Keesokkan paginya, kami pun dengan rasa rendah hatinya terasa nak hitamkan kulit. Macam aku mungkin akan jadi kekuningan sedikit tapi bagi yang telah gelap mungkin akan nampak lebih bersinar begitu.bhaha. Maka pokoknya kami ya kang mandi manda di Melaka Wonderland. Apakah? Tempat baru yang aku memang tak suggestkan korang pergi. Sangat bosan dan terlalu keanak2an. Bagi yang gemar lasak dan cabaran, baiklah pergi A' Famosa saja.

Penat lelah dan peluh dah buang kat taman tema air ni, kami pun bergerak ke Dataran Pahlawan Melaka untuk bermain roller blade. Walaupun ini sesuatu perkara yang sangat memalukan tapi terpaksa aku cakap yang aku baru 1st time main benda ni secara official dan lamanya. Aku rasa macam bayi yang baru nak belajar jalan pun ada. Jatuh bangun aku tak mudah putus asa walaupun sakit. Sakit tu yang memberi kita pengalaman untuk berjaya. In a nutshell, memang best.

Tamat saja menyakitkan badan masing2, pekena sikit Asam Pedas Melaka. Memang terbaek wok. Maka masing2 pulang ke Shah Alam sebab keesokkan paginya sudah bermula Semester baru untuk Tahun baru. Setahun saja lagi untuk aku tempuhi sebelum aku melanjutkan pelajaran ke Jepun. InsyaAllah.
Akhir kata, salam hormat dan selamat bercambah :-)

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Lumba haram <b>di skudai</b> johor | Rileks.Net

Posted: 14 Apr 2012 03:04 AM PDT

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


Coolblog <b>di Parit Raja</b> | Secret Propaganda

Posted: 21 Apr 2012 08:40 AM PDT


baru cuti mid-sem seminggu, aku dah tak tau perkembangan semasa di Parit Raja ni. baru seminggu, kalau sebulan ke, setahun ke, mesti dah bertambah maju pekan ni kan? sekarang pun dah nampak sikit-sikit.

tetiba kawan-kawan aku dah heboh-heboh. dah ada Coolblog di Parit Raja. woah, aku rasa teruja banyak. iyalah kan, penggemar sepenuh masa Coolblog. siapa yang tak kenal aku?

aduh, aduh. tapi siapa juga yang perkenalkan aku dengan minuman ringan ni kan? kalau tak silap whether BF aku or kawan aku. lupalah, dah lama kot. tapi masa-masa noob, pandai minum yang ice blended je.

sekarang ni, macam-macam flavour aku nak mix-kan. so memang dah takde rasa paling disukai kot. semua pun aku boleh bedal. yang aku tak rasa tak sedap je aku tolak ke tepi. err, kalau nak beli pearl je tak boleh ke?

banyak melalut dah ni. memandangkan Parit Raja dah ada Coolblog, makin selalu aku singgah beli tu. tak payah nak susah ke BP Mall. eh, tak bagus juga selalu tau? duit rabak, sakit dapat pula nanti.

:: oh ! LASSIE ::: Program Rehlah Da&#39;wah <b>di</b> Masjid UTHM, <b>Parit Raja</b>

Posted: 20 Apr 2012 09:36 PM PDT

Assalamualaikum

Hi !

Pada hari khamis lepas, di Masjid UTHM ada diadakan satu program rehlah dakwah bersama  seorang ulama  terkenal dan masyur iaitu Al'Alamah Habib Umar Ben Hafidz. Apa yang lassie tahu dan nak bagitawu bahawa beliau merupakan nasab keturunan Nabi Besar Muhammad Rasullullah S.A.W. Selebihnya jika ingin tahu tentang beliau boleh rujuk di sini :)

Masjid UTHM Parit Raja, Batu Pahat

Al'Alamah Habib Umar Ben Hafidz

Anjuran : Pusat Islam Kelab Staf UTHM & Jabatan Mufti Johor
Majlis bermula pada jam 05.00 petang hingga jam 10.00 malam . Tapi  lassie hanya dapat hadir pada sebelah petangnye kerna ade kelas pada belah malam. Terkilan rasanya tak dapat nak dengar ceramah daripada ulama yang masyur . Takpelah mungkin bukan rezeki kan ? =.=
Pada sebelah petang ada diadakan tahlil dan khatam alQuran di Masjid. Makanan turut disediakan untuk para tetamu yang datang. Ada dua jenis nasi iaitu nasi putih ayam sambal dengan nasi beriani. Nasi berianinya memang mantap ! Bab makan lassie memang numb satu kan ? Well . Hehehe . Dikatakan makanan yang disediakan untuk 10ribu tetamu. Woow ! Banyak kan ? Tapi memang tak dinafikan memang ramai yang datang ke Masjid ni .
pening nak pilih nak mana =.=

Anyway terima kasih untuk belog khairulazwa kerana bercerita serba sedikit tentang isi ceramah tersebut . Namun lassie still rasa terkilan tidak dapat pergi kerana jarang untuk kita berpeluang ke majlis ilmu seperti sebegini. Takpe maybe next time kan ? :)
Okey. Now got to go . Happy weekend guys ! :*

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


Pemenang Pertandingan Akhir Ketawa & Ceria Bersama Suria <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 10:39 AM PDT

PERTANDINGAN AKHIR KETAWA & CERIA BERSAMA SURIA, MENANG SEHINGGA RM SUKU JUTA

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Semalam menyaksikan seorang pemandu teksi, Ahmad Rusdi Mat Daud telah berjaya membawa pulang RM32,400 dalam pertandingan akhir peraduan 'Ketawa & Ceria, Menang Sehingga RM Suku Juta. Dia yang pada awalnya berjaya menangkap wang spesimen berjumlah RM22,400 menerima kejutan dari pihak Suria FM apabila menerima wang tambahan RM10,000 lagi sebagai hadiah.

suria fm

Lelaki berusia 44 tahun yang menetap di Cheras ini begitu teruja dan amat gembira apabila diumumkan sebagai pemenang yang selama ini dinanti-nantikan. Sementara itu, Rostam Wahid, peserta yang berjaya menangkap wang spesimen kedua tertinggi menerima saguhati RM100 beserta pengurut kaki Ogawa dan tempat ketiga tertinggi milik Norusapila Morudin yang juga menerima RM100 serta penapis air Coway.

Setelah 4 minggu berlangsungnya peraduan 'Ketawa & Ceria bersama Suria, Menang Sehingga RM Suku Juta' kini telah berakhir apabila 15 finalis berentap untuk merebut wang tunai sehingga RM suku juta. Peraduan yang bermula sejak 19 Mac dan berakhir pada 13 April ini mencari pemenang utama dalam kalangan pendengar yang berjaya meneka 5 ketawa selebriti mengikut turutan dengan betul.

Para pendengar ini dipilih daripada peraduan yang berlangsung secara on-air selama 4 minggu dan mereka telah meneka 5 ketawa selebriti mengikut turutan dengan tepat. Bagi yang tidak berjaya meneka 5 ketawa dengan betul, mereka akan memenangi RM100 untuk setiap tekaan ketawa yang betul.

suria fm

Bertempat di Tropicana City Mall, para peserta ini telah dimasukkan ke dalam bilik kaca bersama dengan wang berbentuk spesimen bernilai RM suku juta. Dalam masa 30 saat, mereka merebut wang yang berterbangan di dalam bilik kaca dan peserta yang mengumpul wang dengan jumlah yang paling banyak adalah pemenang yang dicari.

Suria FM sekali lagi ingin menghargai para pendengar yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami. Semoga sokongan ini akan berterusan dan akan meletakkan Suria FM ke tahap yang lebih tinggi.

Selain itu, Suria FM juga dengan kerjasama pasaraya Tesco akan mengadakan siri jelajah karaoke 'Duet Oke Tesco bersama Suria FM' yang akan diadakan di 20 pasaraya Tesco sekitar selatan, utara dan Lembah Klang. Ia bakal bermula 21 April 2012 dan 22 April ini di Tesco Plentong dan Tesco Tebrau, Johor dan akan berakhir pada 23 Jun 2012. Ia merupakan pertandingan karaoke secara berduet dan terbuka untuk semua. Marilah datang dan memeriahkan acara ini untuk tonjolkan bakat nyanyian anda.

suria fm

suria fm

suria fm

suria fm

Latar belakang Suria FM
Suria FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Malaysia yang bersiaran selama 24 jam. Kami boleh didengari di kawasan Lembah Klang dengan frekuansi 105.3FM dan juga di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah. Suria FM memainkan muzik-muzik dari era tahun 90-an hinggalah kepada lagu-lagu yang terkini. Menampilkan pelbagai pilihan lagu terbaik dan terkini bahasa melayu, bahasa Inggeris dan juga Indonesia, kami mensasarkan pendengar yang berumur di antara 25 tahun hingga ke 39 tahun. Kami telah menerima respon yang cukup baik iaitu 2.3 juta pendengar setakat ini dan ia semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Menangi RM Suku Juta Dalam Ketawa & Ceria Bersama Suria FM
  • @Ceriapagisuria Follow @NajibRazak
  • Suria FM Lancar Logo & Tema Lebih Ceria
  • Pertandingan Tarian Singa Akrobatik Sungei Wang Plaza
  • Pertandingan Akhir Evolusi Muzik Sihat Revolusi Cipta Kreativiti
  • Suria Showdown Band Kampus Terbaik 2011
  • SIARAN LANGSUNG PUSINGAN AKHIR PERTANDINGAN DEBAT MANDARIN ANTARA UNIVERSITI MALAYSIA KALI KE 11
  • Deejay Glamour Suria FM Macam Minah Saleh?
  • One E and A Juara Band Kampus Suria FM
  • Pertandingan Karaoke Red Box Alibi Music di AEON Tebrau City
  • 01 di muar - Google Blog Search

    01 di muar - Google Blog Search


    Londoner: Sejenak <b>di Muar</b>

    Posted: 20 Apr 2012 01:43 AM PDT




    Menikmati sate batang pinang di bandar Muar

    01 di parit jawa - Google Blog Search

    01 di parit jawa - Google Blog Search


    Bayi Ditinggal Atas Bonet Kereta Dekat Masjid | My Berita

    Posted: 15 Apr 2012 07:10 PM PDT

    MUAR – "Saya sangka ada orang hantar barang, tetapi terkejut apabila buka kotak ini terdapat satu beg hitam mengandungi seorang bayi perempuan yang sedang menangis dalam keadaan berpeluh," kata Abd Rashid Sirat.

    Bayi malang yang masih bertali pusat dan hanya dibalut dengan tuala dijumpai oleh Abd Rashid ditinggalkan dalam kotak polistren putih di atas bonet kereta Honda Civic miliknya di sebuah masjid di Parit Pechah, Parit Jawa dekat sini, hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, Abd Rashid menyedari kewujudan kotak itu ketika menghampiri keretanya untuk pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat subuh di masjid berkenaan.

    Menurutnya, walaupun berasa pelik tetapi dia tergerak hati untuk membuka kotak itu dan terkejut melihat seorang bayi perempuan sedang menangis.

    "Tanpa berlengah saya segera memanggil jemaah lain yang masih berada dalam masjid untuk memaklumkan penemuan bayi ini. Mujur saya cepat buka kotak ini, jika tidak pasti bayi malang ini sudah lemas kerana kotak polistren putih ini kedap udara," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

    Turut ditemui dalam beg itu ialah sekeping kertas mengandungi nama bayi berkenaan iaitu Salamiah Hasanah Khairulanam dan ibunya, Sri Susanti serta pesanan mengatakan tidak mampu memelihara bayi itu dan akan menunggunya di Jakarta, Indonesia.

    Abd Rashid berkata, dia tidak pasti berapa lama bayi itu ditinggalkan kerana sewaktu tiba di masjid kira-kira jam 5.30 pagi tidak menemui sebarang kotak atau tiada kelibat individu mencurigakan berhampiran masjid itu.

    Katanya lagi, dia dan rakan-rakan membawa bayi itu masuk ke dalam masjid supaya tidak kesejukan sebelum membuat laporan di Balai Polis Parit Jawa.

    Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan bayi malang itu.

    "Berdasarkan tali pusat yang masih melekat pada bayi, kemungkinan bayi itu baru dilahirkan beberapa hari lalu.

    "Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

    Jelas beliau, polis kini sedang giat mengesan individu bertanggungjawab membuang bayi itu.

    Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

    Selain itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu menghubungi IPD Muar atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

    Sumber

    ads