Ahad, 10 Jun 2012

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Catatan Kenangan Kehidupanku: Bertandang <b>di</b> UTM <b>Skudai</b>

Posted: 28 May 2012 07:27 PM PDT

Majlis bertandang ana di Utm Skudai Jb pada 26 Mei lepas.
Ambil peluang balik Johor......
Siap beli murtabak singapore ( depan EC), frozenkan untuk stok bulan puasa nanti!
 Ni foto keluarga belah kami

Dan dapat makan botok-botok jugak di rumah kak ipar ( so, bulan puasa nnt tak lah teringin dan teringat lagi...)  Tapi air kathira takde jual lagi lah.....

Sempat juga menziarahi kakak rakan sekolah dulu yang sedang mengidap kanser, di Taman Perling. Sedih melihat dirinya....

Sempat juga singgah JPO...anak2 beli seluar levi's....mak dia jeling2 handbag coach, tapi ayah dia offer yang lain..... sure takmau punya! hahahaha.....

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


Parlimen <b>Parit Sulong</b>: DN <b>di</b> Majlis Sambutan Maulidur Rasul 27.4 <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2012 11:04 AM PDT

Majlis Sambutan Maulidur Rasul .
Anjuran K1M Mukim Simpang Kiri, BP.
Panel Penasihat Klinik Kesihatan Parit Sulong,BP.
Kakitangan Klinik Kesihatan Parit Sulong, Batu Pahat.
Tarikh : Hari Jumaat Malam Sabtu 27.4.2012.

Dato' Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong telah menghadirkan diri di majlis di atas. 
Majlis ini adalah majlis kedua yang dihadiri pada malam tersebut.
Pada malam yang sama, YB juga akan menghadiri satu lagi mesyuarat khas bersama Pegawai JASA
yang akan berlangsung di Hotel Pelican, Batu Pahat.


01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


China Press: Lim Kit Siang bertanding <b>di Labis</b>? | GENERASI MAYA <b>...</b>

Posted: 04 Jun 2012 09:30 PM PDT

China Press
Perkara: Lim Kit Siang bertanding di Labis?
Ruangan: Kedai Kopi Orang Ramai m/s C17
Tarikh: 1 Jun 2012 (Jumaat)

Tajuk: Andai Kata Lim Kit Siang Bertanding Di Labis
Penulis: Chen Kim Hoe

Khabar angin Lim Kit Siang akan turun ke Selatan bertanding di Labis, berdepan dengan Chua Tee Yong satu lawan satu, apabila terdengar berita ini kita agak ghairah, pertandingan ini seperti seekor singa melawan dan menerkam arnab, kenyataan ini ramai yang tertunggu-tunggu.

Ada sesetengah orang kata pertandingan itu tidak adil, nama Lim Kit Siang begitu agung kenapa mahu menentang budak kecil yang mentah itu? Kalau begitu saya akan beritahu anda semua, ini adalah politik bukan satu permainan, politik itu tidak pernah adil! Adakah adil apabila Chua Tee Yong menjadi timbalan menteri? Sudah tentu tidak adil! Apa pula kebolehan budak mentah ini? Disebabkan kerana bapanya yang berada kuasa di atas, sebab itu Chua Tee Yong layak menyandang jawatan itu serta bergaya hebat dan gagah apabila berjalan!

Selain dari itu, Lim Kit Siang bukan berdepan dengan budak muda yang tidak berpengalaman dalam pertandingan sebelum ini, jika anda anggap lawan Lim Kit Siang itu ialah Chua Tee Yong anda telah membuat silap besar, Lim Kit Siang akan bertanding secara bermati-matian lawannya ialah Chua Soi Lek. Jika kita fikir secara halus, jika otak kita lebih cergas pasti kita akan nampak dengan jelas!

Sebab itu Lim Kit Siang bertanding di Labis, kunci yang paling utama ialah Pakatan Rakyat sudah menyerang Selatan negara ini, jika kalah ia tidak membawa apa-apa; sebaliknya jika menang, bermakna MCA seperti kehilangan keseluruhannya. Kerana pertandingan ini membawa banyak makna, jika saya sebagai Chua Tee Yong saya tidak akan rasa tenang, dan tidak akan rasa selesa melihatnya seperti tiada berlaku apa-apa, kenapa begitu?  Kerana saya tidak mampu kalah walaupun sedikit!

Sebaliknya agak berbeza pada Lim Kit Siang, tidak kira sama ada Lim Kit Siang kalah ataupun menang, beliau telah menaikkan semangat Pakatan Rakyat, menunjukkan satu perwatakan bahawa beliau seorang ahli politik agung dan tidak takut dalam mana-mana pertandingan, dan tidak takut berdepan dengan serangan-serangan bertubi-tubi peluru hidup, Lim Kit Siang tetap akan maju ke hadapan. Sudahkah anda faham falsafah ahli politik yang berpegang kepada sebagai seorang pahlawan berani mati? Saya tetap tidak rasa khuatir terhadap Lim Kit Siang.

Kenapa Takut Mengalirnya Darah?

Orang-orang yang berpolitik perlu ada keberanian yang hebat, pada zaman Dinasti Qin dah Han, dalam satu peperangan untuk membantu rakan negeri, semua negeri-negeri tidak berani berdepan dengan tentera Qin, hulu balang bernama Song yi dari tentera Cho secara lantang berkata sesiapa yang berani menentang akan dipancung! Apabila Xiang Yi bunuh Song Yi, Siang Yi bawa bala tentera berperang dengan tentera Qin, akhirnya Xiang Yi menang besar!

Satu lagi kisah Presiden Ronald Reagan Amerika, seorang yang bijak mempertahankan diri, walaupun beliau selalu pandai bercakap bohong, contohnya seperti zaman peperangan dunia ke-2, dimana pihak media menyiarkan bahawa beliau pernah berkhidmat dalam ketenteraan di luar negara pada zaman peperangan dunia ke-2, sebenarnya beliau menyorok di bumi Amerika tidak keluar negara, setiap malam tidur dengan lenyak memeluk isterinya. Tetapi tidak ada halangan bagi orang-orang Amerika untuk menghormati dia. Pada satu hari beliau cedera ditembak oleh seorang lelaki yang kurang siuman, isterinya bergegas ke Hospital, Presiden Ronald Reagan tersenyum berkata: my darling, saya terlupa nak menyorok!

Berpolitik sehingga terjerumus seperti ini, ini dinamakan keberanian sejati, apa yang nak ditakutkan darah yang mengalir keluar itu? Berikan senyuman melangkahlah ke hadapan. Walaupn MCA akan tumbang, pasti ia tamparan yang hebat, beranikah Chua Soi Lek berbuat demikian?

Short URL: http://www.mykmujohor.net/v2/?p=1734

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


Pelanggan Pertama Servis Kereta <b>Di</b> Pusat Servis Hyundai <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2012 04:17 AM PST

Hari ini hari Sabtu, Pusat Servis Hyundai Plentong dibuka separuh hari sahaja. Mia telah booking untuk servis semalam. Pegawai yang bertugas Rahimin kata pukul 8.30 pagi, kereta mesti dah ada di situ.
Makanya, pagi-pagi tadi Mia dan Suami Mia bersiap-siap lebih awal dan sampai dalam pukul 8.00 pagi. Tak sangka pula jadi pelanggan pertama servis kereta pada hari ini. Sukanya.
Meter dah menunjukkan 41 750, patutnya buat major service tapi cuma buat normal service dan tukar air filter. Kemudian kami berjalan kaki ke cafe yang berdekatan untuk bersarapan. Sedang tengah bersarapan sambil baca paper Harian Metro, Mia dapat panggilan dari pusat servis Hyundai menyatakan bateri kereta sudah lemah dan perlu ditukar baru. Hmmm...  belum pernah tukar lagi sejak dibeli Januari 2010 yang lepas. Mungkin dah tiba masanya. Nanti tak pasal-pasal tak hidup plak kat mana-mana, kan susah. Jadi, kami pun setuju untuk ditukar baru. Harganya hampir RM 280.00 rasanya. Bila dah diskaun, dapat RM 264.00.
Hari ini sahaja kos yang keluar hampir RM 500.00. Lagipun kereta ni, Mia guna hari-hari untuk pergi kerja. Kami pulang dalam 9.30 pagi. Banyak lagi kereta yang diservis hari ini. Lega... nasib baik jadi pelanggan pertama hari ini. Syukur sangat-sangat.....







p/s: sayang betul kat kereta ni.....

01 di kulai - Google Blog Search

01 di kulai - Google Blog Search


China Press: Lim Kit Siang bertanding <b>di Labis</b>? | GENERASI MAYA <b>...</b>

Posted: 04 Jun 2012 09:30 PM PDT

China Press
Perkara: Lim Kit Siang bertanding di Labis?
Ruangan: Kedai Kopi Orang Ramai m/s C17
Tarikh: 1 Jun 2012 (Jumaat)

Tajuk: Andai Kata Lim Kit Siang Bertanding Di Labis
Penulis: Chen Kim Hoe

Khabar angin Lim Kit Siang akan turun ke Selatan bertanding di Labis, berdepan dengan Chua Tee Yong satu lawan satu, apabila terdengar berita ini kita agak ghairah, pertandingan ini seperti seekor singa melawan dan menerkam arnab, kenyataan ini ramai yang tertunggu-tunggu.

Ada sesetengah orang kata pertandingan itu tidak adil, nama Lim Kit Siang begitu agung kenapa mahu menentang budak kecil yang mentah itu? Kalau begitu saya akan beritahu anda semua, ini adalah politik bukan satu permainan, politik itu tidak pernah adil! Adakah adil apabila Chua Tee Yong menjadi timbalan menteri? Sudah tentu tidak adil! Apa pula kebolehan budak mentah ini? Disebabkan kerana bapanya yang berada kuasa di atas, sebab itu Chua Tee Yong layak menyandang jawatan itu serta bergaya hebat dan gagah apabila berjalan!

Selain dari itu, Lim Kit Siang bukan berdepan dengan budak muda yang tidak berpengalaman dalam pertandingan sebelum ini, jika anda anggap lawan Lim Kit Siang itu ialah Chua Tee Yong anda telah membuat silap besar, Lim Kit Siang akan bertanding secara bermati-matian lawannya ialah Chua Soi Lek. Jika kita fikir secara halus, jika otak kita lebih cergas pasti kita akan nampak dengan jelas!

Sebab itu Lim Kit Siang bertanding di Labis, kunci yang paling utama ialah Pakatan Rakyat sudah menyerang Selatan negara ini, jika kalah ia tidak membawa apa-apa; sebaliknya jika menang, bermakna MCA seperti kehilangan keseluruhannya. Kerana pertandingan ini membawa banyak makna, jika saya sebagai Chua Tee Yong saya tidak akan rasa tenang, dan tidak akan rasa selesa melihatnya seperti tiada berlaku apa-apa, kenapa begitu?  Kerana saya tidak mampu kalah walaupun sedikit!

Sebaliknya agak berbeza pada Lim Kit Siang, tidak kira sama ada Lim Kit Siang kalah ataupun menang, beliau telah menaikkan semangat Pakatan Rakyat, menunjukkan satu perwatakan bahawa beliau seorang ahli politik agung dan tidak takut dalam mana-mana pertandingan, dan tidak takut berdepan dengan serangan-serangan bertubi-tubi peluru hidup, Lim Kit Siang tetap akan maju ke hadapan. Sudahkah anda faham falsafah ahli politik yang berpegang kepada sebagai seorang pahlawan berani mati? Saya tetap tidak rasa khuatir terhadap Lim Kit Siang.

Kenapa Takut Mengalirnya Darah?

Orang-orang yang berpolitik perlu ada keberanian yang hebat, pada zaman Dinasti Qin dah Han, dalam satu peperangan untuk membantu rakan negeri, semua negeri-negeri tidak berani berdepan dengan tentera Qin, hulu balang bernama Song yi dari tentera Cho secara lantang berkata sesiapa yang berani menentang akan dipancung! Apabila Xiang Yi bunuh Song Yi, Siang Yi bawa bala tentera berperang dengan tentera Qin, akhirnya Xiang Yi menang besar!

Satu lagi kisah Presiden Ronald Reagan Amerika, seorang yang bijak mempertahankan diri, walaupun beliau selalu pandai bercakap bohong, contohnya seperti zaman peperangan dunia ke-2, dimana pihak media menyiarkan bahawa beliau pernah berkhidmat dalam ketenteraan di luar negara pada zaman peperangan dunia ke-2, sebenarnya beliau menyorok di bumi Amerika tidak keluar negara, setiap malam tidur dengan lenyak memeluk isterinya. Tetapi tidak ada halangan bagi orang-orang Amerika untuk menghormati dia. Pada satu hari beliau cedera ditembak oleh seorang lelaki yang kurang siuman, isterinya bergegas ke Hospital, Presiden Ronald Reagan tersenyum berkata: my darling, saya terlupa nak menyorok!

Berpolitik sehingga terjerumus seperti ini, ini dinamakan keberanian sejati, apa yang nak ditakutkan darah yang mengalir keluar itu? Berikan senyuman melangkahlah ke hadapan. Walaupn MCA akan tumbang, pasti ia tamparan yang hebat, beranikah Chua Soi Lek berbuat demikian?

Short URL: http://www.mykmujohor.net/v2/?p=1734

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


mi1: Anwar: Saya cabar Muhyiddin turut dedah akaunnya

Posted: 09 Jun 2012 10:47 PM PDT

Menurut Ketua Pembangkang itu, dakwaan tentang akaun-akaun itu pernah dilontar terhadap dirinya sebelum ini.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan semua akaunnya (Muhyiddin) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya cabar beliau dedahkan akaunnya. Saya akan buka setiap dokumen saya untuk disiasat oleh SPRM," kata Anwar yang pernah dituduh mempunyai 20 akaun dalam tahun 1999.
Beliau berkata begitu ketika mengulas tohmahan Muhyiddin terbaru bahawa dirinya mempunyai 20 akaun.
Sebelum itu, beliau berucap dalam sesi dialog bertajuk Anwar Ibrahim berkenaan Agenda Ekonomi Malaysia anjuran Persatuan Syarikat
Perniagaan dan Perindustrian Selangor di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Antara perubahan ekonomi yang beliau rancang ialah penswastaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Urusan kerajaan bukan berkaitan perniagaan atau mengambil alih perniagaan. Peranan kerajaan hanyalah untuk memerhati dan membantu urus sahaja.
"Sekarang negara ini mempunyai kemampuan maka kita seharusnya menggalakkan sektor swasta dalam perniagaan. GLC sepatutnya diperkecilkan atau diswastakan," jelas Anwar kepada lebih kurang 1,000 hadirin.
Sementara itu Bernama melaporkan ketika di Muar Muhyiddin menggesa Anwar menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.
"Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya.
"Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu…pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit.
"Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank
Negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Kasihi Pekebun peringkat negeri di Dataran Sarang Buaya, di Muar hari ini.

ads