ads

Ahad, 17 Jun 2012

01 di parit yani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di parit yani - Google Blog Search


Gunakan Masa Mudamu untuk Menggapai impian ~ My World My <b>...</b>

Posted: 16 Jun 2012 10:39 PM PDT

Ga kerasa udah di pertengahan juni, bentar lagi juli....umur tambah naik aja, dulu kalau meliat orang umur segini berasa hemm dah tua yaa, nah sekrang saya ada di sini mengalaminya..umur segini apa saja pencapaian yang diraih, program apalagi untuk 2 tahun mendatang, *baru sekarang mikirnya. coba dari dulu yaaa ( kemana aja sih hidup saya )
Hidup yang dijalani mengalir aja, yah segitu juga jadinya mengalir aja, ngalir ke selokan ikut, ngalir ke hulu ikut, ke hilir ikut juga, atau yang parahnya lagi nih jadi air yang mengendap. Bau dan menusuk bercampur kotoran. Nggak ada kan yaa yang mengingini hidupnya seperti air di dalam pot, air didalam kaleng bekas, air di selokan, air di parit, air di tempat kotor. Begiti juga hidup ga pengen kan yaa begitu - begitu aja, diem aja, nggak tau mau ngapain, denger omongn orang aja. Iya kalau bener ya yang di denger, misalnya kata - katanya memotivasi, mengajak ke perubahan, lah misalnya ini malah membuat pikiran - pikiran negatif masuk ke dalam otak yaa jangan mau lah. Air di selokan mengalir tapi tidak bemanfaat, air di dalam gelas terperangkap tidak bisa kemana - mana sementara banyak ribuan air yang lain berlari terus untuk mencapai laut .
Mimpi adalah sesuatu yang indah, pasti tidak ada seorangpun yang ingin bermimpi buruk. Tapi sayang tidak semua orang membiarkan impian itu tumbuh di hati. Ada orng yang takut bermimpi karena ungkapan " Jangan mimpi terlalu tinggi, Jika terjatuh sakit nanti" Setiap Orang pasti punya impian, Impian menjadi penyemangat hidup. Capek, lelah saat bekerja untuk menggapai tidak di rasakan karena saat down datang kita ingat kembali apa yang menjadi impian kita hingga fokus dengan target yang kan di capai. Ada yang berani menuliskan mimpinya ada juga yang cuma di pendam :) . Tapi Beda loh impian yang di pendam sama yang di tuliskan, rasanya menggebu - gebu. Beda dengan yang tidak menuliskan mimpinya hidup seperti tanpa tujuan. Otak kita tak mampu mengingat semua apa yang di pikiran kita, dengan merekam jejak tulisan temukan kembali, tandai, contreng mimpimu yang sudah di capai apa........
Mimpi bukan yang asal mimpi, mimpi yang terukur  bisa di capai bukan mimpi gede kerjanya kagak, mana mungkin tercapai . Waktunya kapan harus jelas, 1 tahun , 2 tahun atau 5 tahun. Kalau sudah tercapai upgrade lagi mimpimu.
Sukses itu memperoleh apa yang kita impikan. Jika mimpi itu terlalu tinggi dan tak dapat di raih, percayalah mimpi itu telah anda raih tetapi dalam wujud yang lebih baik, yang bisa anda bayangkan......
Jika engkau tak sanggup menjadi jalan raya. Jadilah jalan kecil saja. Tetapi jalan setapak yg membawa orang ke mata air www.bisnishebat.net.tc

IKLAN789 - www.iklan789.blogspot.com: rangka atap baja ringan <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2012 01:32 AM PDT

rangka atap baja ringan bogor untuk info lengkapnya silahkan click I N I

01 di senai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di senai - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di Senai</b> Airport Terkini 2012

Posted: 13 Jun 2012 09:08 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Jawatan Kosong di Senai Airport. Tarikh Tutup Permohonan: 15 Juni 2012. Senai International Airport is located in one of Malaysia's strategic development zones, with a structured highway and a proposed railway network, which will ...

01 di pengerang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pengerang - Google Blog Search


Perkembangan Mengenai Dialog Diantara Gabungan NGO <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2012 03:40 AM PDT

1. Pada 8hb Jun 2012, satu dialog telah dianjurkan oleh Ahli parlimen Pengerang YB Datuk Seri Azalina Othman Said bersama-sama dengan NGO-NGO di Pengerang. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Padang Bola Keranjang di SJKC Yok Poon, Sungai Rengit.2. Kami daripada Gabungan NGO Pengerang juga turut dijemput bagi sesi dialog ini. Gabungan NGO Pengerang ini terdiri daripada Pengerang Prihatin, Save Our Pengerang (SOP), Kumpulan kepentingan Bersama Angry Lobster, Sahabat Ujung Tanah dan Ahli Jawatan Kuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang. Disamping itu, Persatuan Penduduk-penduduk Pengerang juga menhadiri di dialog tersebut.

3. Dalam sesi dialog ini ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh wakil setiap NGO Pengerang:

a. Satu rayuan (petisyen) dibawah Perkara 19, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat telah bermula pada 1hb Jun 2012 oleh Kumpulan kepentingan Bersama Angry Lobster mengenai pembatahan kegunaan tanah untuk 7 buah tapak perkuburan Cina di Pengerang dibawah kemajuan projek RAPID. Sasaran petisyen ini ialah mendapatkan tandatangan dari majoriti penduduk-penduduk kaum cina di mana nenek moyang mereka bersemadi di 7 buah tapak pekuburan cina tersebut.

Sebagai wakil rakyat kawasan ini di peringkat Persekutuan, YB Datuk Seri Azalina telah memberitahu kami bahawa beliau tidak berkuasa untuk membawa isu-isu yang berkaitan dengan RAPID ke peringkat EXCO Negeri. Sebagai ahli parlimen, beliau memang tidak berhak menyentuh perkara yang berkaitan dengan urusan peringkat negeri. Namun demikian, sebagai bekas menteri dan ahli politik dibawah parti perintah, beliau seharusnya menggunakan kelebihan politik dan perhubungan beliau untuk berjuang demi rakyat di kawsan yang beliau wakili.

b. YB Datuk Seri Azalina berkata, beliau cuma boleh membawa isu ini ke peringkat parlimen tetapi tidak memberi jaminan ia akan diselesaikan. Semasa wakil NGO kami meminta beliau menbentangkan petisyen ini ke Parlimen, baliau menolak untuk membawanya. Peranan Ahli parlimen ialah menjalankan urusan parlimen untuk rakyat yang beliau wakili. Sekiranya satu petisyen yang ditubuhkan di bawah perkara 19, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat oleh rakyat Pengerang bukan urusan Parlimen, apakah urusan Parlimen yang ingin YB Datuk Seri Azalina bentangkan ke Dewan Rakyat untuk membela rakyat dikawasannya.

c. Semasa wakil ahli NGO kami menyentuh isu yang berkaitan dengan alam sekitar, hak tanah, perkuburan Islam, pampasan dan punca ekonomi belia YB Datuk Seri Azalina memberi respon bahawa beliau hanya boleh menyuarakan isu ini ke parlimen tanpa memberi jaminan kepada semua NGO yang hadir ia akan dapat di selesaikan.

4. Bagi Gabungan NGO Pengerang, kesimpulan daripada dialog yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Pengerang ia tidak akan mendatangkan sebarang penyelesaian yang memuaskan hati banyak pihak. Hal ini adalah kerana, pihak penganjur iaitu Yang Berhormat Dato Seri Azalina Othman Said sudah terlewat dalam membawa isu-isu setempat. Sedangkan pihak Gabungan NGO Pengerang telah pergi jauh dalam membawa isu ini ke peringkat parlimen dan kerajaan negeri.

Dalam pada masa yang sama, selepas sesi sialog itu berakhir YB Dato Seri Azalina Othman Said telah mengetuai satu himpunan aman yang berkaitan dengan isu politik. Berhubung dengan perkara tersebut pihak Gabungan NGO Pengerang telah membuat satu laporan kepada Pejabat Polis Sungai Rengit berhubung himpunan aman yang diadakan di kawasan sekolah di mana bertentangan dengan akta Himpunan Aman yang baru. Wakil NGO kami telah membuat laporan kerana beliau adalah individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan penggunaan tempat bagi tujuan dialog bersama Ahli Parlimen. Justeru, laporan tersebut dibuat bagi mengelakkan sebarang tuduhan yang akan dikenakan kepada wakil NGO kami berhubung penyalahgunaan premis sekolah untuk tujuan politik.

Justeru, kami Gabungan NGO Pengerang akan terus komited memperjuangkan suara rakyat tempatan dan negeri Johor dalam memperjuangkan isu bersama ini dengan menggunakan pelbagai cara dan saluran yang boleh memberikan penyelesaian kepada masalah ini.

Kenyataan daripada Gabungan NGO Pengerang:
Save Our Pengerang, Angry Lobster, Pengerang Prihatin, Sahabat Ujung Tanah, Jawatan Kuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang dan Pusat Aduan Rakyat Johor

Anis Afida Mohd Azli
Pengerusi Gabungan NGO Pengerang
8hb Jun 2012


** Iklan Text Produk dan Blog Anda Disini **

01 di kempas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kempas - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Apr 2012 12:00 AM PDT

Lihatlah runtuhan batu-bata konkrit dibawah air hujan.

Dibawah runtuhan batu bata yang ditimbusi tanah inilah mayat Kak Yah dijumpai.

Saya bersama Sdr Salim Abdul Aziz, iaitu tuan rumah tempat saya dan isteri, Taminyin Paiman dan Siti Khalijah Hj Mohamad menginap selepas Majlis Dialog di Balai Raya Felda Kemahang Barat.

Dari kiri: Siti Khalijah, Rebin Birham, Haji Suhaimi, Sdr Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak dan Sdr Zabidie Abas.

Wak Rabidin Kasmawi sedang memberikan pandangan dan pengalamanya sebagai seorang peneroka Felda

Hadirin yang memenuhi Balai Raya Felda Kemahang Barat

Siti Khalijah, Rebin Birham, Suhaimi Said, Sdr Mohd Shah

Saya dan isteri bertolak dari Temerloh untuk pergi ke Felda Kemahang Barat jam 1.00 tengah hari, Wak Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin bersama-sama Sdr Rahim (bekas calon Parti S.46 DUN Muadzam Shah) menunggu kami di R&R Muadzam.

Sesampai di R&R Muadzam saya mengambil nasi kurang dari 1/4 pinggan, untuk beberapa suap sahaja, kerana saya masih belum berselera untuk makan. Saya ambil seekor udang dan seekor sotong.

Selepas makan perut saya mula memulas. Saya "melepas" dulu di tandas di R&R Muadzam. Wah lega rasanya.

Kemudian kami bertolak menuju Tanjung Gemuk, disana Sdr Nordin, Timbalan Ketua PKR Cabang Rompin sedang menunggu untuk ikut serta ke Kahang Barat. Tetapi perut saya mula buat hal sekali lagi.

Saya melepas sekali lagi di tandas Masjid Tanjung Gemuk, dan kemudian solat Zohor-Asar jamak. Selepas Solat perut saya meragam lagi, maka terpaksa pergi ke tandas sekali lagi.

Di pekan Endau, saya pergi ke Kedai Obatan Cina dan membeli 4 paket Teck-On, towkay kedai itu kata, kalau perut tidak selesa dalam keadaan berat, boleh ambil 2 paket sekali gus. Maka saya makanlah dua paket sekali gus.

Setelah itu, kami bertolak menuju Nitar 2 kerana disana Rahman Kaimi dan 2 orang lagi rakan mahu konvoi bersama kami ke Kahang Barat.

10 minit meninggalkan Endau, Sdr Zabidie menalipon saya melalui handset Kak Hendon, dia kata: "Haji, awak dah tertinggal hand phone kat kedai obat." Mana Zabidie tau ya? Saya tengok memang handphone saya tidak ada dan saya berpatah balik ke Pekan Endau dan bila sampai ke Kedai Obat tu, towkay kedai itu tersengih memandang saya, "Hah..awak tertinggal handphone, ya?" dan dia serahkan handphone itu kepada saya.

Sementara itu Wak Rabidin dan Cik Nordin meneruskan perjalanan ke Mersing. Rupa-rupanya dia menunggu kami di tepi jalan lebih kurang 5 batu lagi dari Mersing.

Saya talipon kepada Zabidie bertanya dia dimana dia tahu handphone saya tertinggal. Dia kata, dia talipon saya tapi yang jawab ialah seorang Cina dan Cina itu katakan bahawa tuan handphone itu tertinggal di kedainya.

Setelah bertemu semula dengan Wak Rabidin, kami meneruskan perjalanan kami ke Nitar 2, dan di sebuah warong di Nitar 2, Rahman sudah sedia menunggu.

Oleh kerana warong itu terlalu ramai, Rahman bawa kami ke warong yang di hadapan. Disana Sdr Roslan dan seorang lagi dari Nitar 2 menyertai kami.

Setelah ahli rombongan kami mengambil sedikit makanan, kami bersedia untuk berangkat ke Kahang Barat. Saya tak berani nak makan apa-apa takut purging lagi.

Rupa-rupanya, walaupun tak makan apa-apa, saya purging lagi, terus saya pergi ke Setesyen Minyak yang berdekatan dan melepas sekali lagi. Tidak ada apa-apa yang keluar kecuali air sahaja. Saya betul-betul tak selesa dengan perut yang meragam begitu.

Sementara itu Sdr Rebin Birham bertolak dari Kuala Lumpur melalui Highway menuju Kluang, dan dari Kluang ke Kahang Barat.

Didalam perjalanan ke Kahang Barat hujan turun tidak berhenti dengan lebatnya, saya betul-betul takut berada di jalanraya. Tak nampak dihadapan, dan di dalam perjalanan itu ada tempat-tempat sudah dinaiki air, banjir kilat.

Kami sampai ke Kahang Barat jam lelbihkurang 8.30 malam. Saya terus pergi ke Masjid, disana saya purging lagi. Kemudian kami pergi ke Balai Raya Kahang Barat yang terletak dihadapan klinik. Didalam hati saya berkata, "Bagus betul pengurus Kahang Barat ni membenarkan PKR mengadakan perjumpaan di Balai Raya." Rupa-rupanya dia tidak tahu akan tujuan perjumpaan itu, kalaulah dia tahu sudah pasti dia tidak benarkan.

Sampai di Balai Raya itu, saya sekali lagi purging, dan melepas didalam tandas di Balai Raya itu. Sepanjang dialog itu saya berasa amat tidak selesa dengan keadaan saya itu. Saya tidak seperti biasa, saya duduk diam-diam sahaja dan hanya bercakap apabila giliran saya untuk bercakap. Alhamdulillah, semasa saya berucap itu, perut saya macam "reti bahasa" dia tidak pruging.

Majlis ucapan dan dialog itu tamat lebih kurang 11.30 malam. Semasa itu Kak Hendon sudah mendapat berita dari Felda Jengka 22 bahawa seorang AJK PKR Wanita Cabang Kuala Krau, Pn Kamariah yang dikenali dengan Kak Yah baru meninggal dunia jam 10.00 malam.

Sdr Mohd Shah, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Kahang Barat memberitahu bahawa lebih dari 300 orang peneroka di rancangan itu sudah bersetuju untuk menyaman Felda diatas isu perahan KPG yang telah dimanipulasikan oleh Felda.

Saya beritahu kepada Kak Hendon bahawa "Kita kena balik jugak, supaya sempat solat jenazah dan pengkebumian jenazah". Tetapi saya sendiri tidak berupaya untuk memandu kereta. Saya sangat lemah. Kak Hendon juga tidak berupaya kerana dia pun demam juga.

Sdr Salim Abdul Aziz menawarkan supaya kami tidur di rumahnya di Kahang Barat dan balik ke Temerloh pagi-pagi esuk.

Pagi ini, saya dan Kak Hendon meninggalkan Kahang Barat jam lebihkurang 8.00 pagi; jam 10.30 pagi kami sudah berada di Pekan Rompin, kami singgah untuk "perkena kopi tarik dan roti canai telur."

Kemudian kami meneruskan perjalan ke Felda Jengka 22 melalui Jalan ke Chini, dan melalui Jalan Kg Belimbing menuju Sri Jaya. Dari Sri Jaya kami ambil Highway Pantai Timur ke TOL Chenor, dan keluar dari Tol Chenor menuju ke Felda Jengka 22. Sebelum sampai ke TOL Chenor, kami menerima satu lagi perkhabaran sedih, seroang lagi di Jengka 22 meninggal dunia iaitu nenek kepada Sdr Fuad, seorang Pemuda yang aktif didalam AMK Kuala Krau.

Kami sampai di Felda Jengka 22 jam lebih kurang 2.00 petang. Kak Yah sudah di kebumikan, dan di rumahnya itu, Sdr Ibrahim, suami Kak Yah menunjukkan tempat kejadian dimana Kak Yah meninggal dunia.

Kata Ibrahim: "Pada masa itu hujan sangat lebat, saya berada diluar dan Yah tinggal seorang sahaja di rumah. Apabila saya balik ke rumah jam 10.00 malam, saya tidak berjumpa Kak Yah didalam rumah dan saya laung tetapi tidak ada jawapan. Saya menjangka Yah berada di rumah jiran kerana malam tadi hujan sangat lebat, tetapi dia tidak ada di rumah jiran. Saya cari dia di belakang rumah.

Saya lihat benteng batu-bata di belakang rumah runtuh dibawa air deras. Hati saya sudah tidak sedap, saya mula mengaut tanah-tanah yang menimbusi kawasan belakang rumah saya, tiba-tiba saya ternampak dua kaki, saya terus mengaut tanah-tanah itu, rupa-rupanya Yah telah tertimbus oleh tanah dibawah dua kepingan batu simen yang berat. Yah sudah tidak ada..dengan pertolongan jiran-jiran dapat saya mengeluarkan Yah."

Begitulah diceritakan oleh Ibrahim dengan linangan air mata.

Pemergian Yah ini memang tidak disangka-sangka. Baru hari Ahad lepas beliau menghadiri Mesyuarat bersama Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau dan sayap wanitanya.

Kak Hendon cukup teperanjat dengan pemergian Kak Yah, mereka sangat akrab. Semasa berada di DUN Jepak. Sarawak, Kak Yah berkempen bersama Kak Hendon di DUN itu di kawasan-kawasan Rumah Panjang. Semasa Kursus di Hulu Selangor anjuran Task Force Felda Selangor, Kak Yah juga turut hadir dan begitu juga semasa kursus Pilihanraya yang diadakan di Kelantan.

Kita merancang tetapi perancangan Allahlah yang mengatasi segala-galanya. Inna Lillah wainna Ilaihi Roji'un.

Selepas di rumah Yah, kami pergi pula ke rumah nenek Sdr Fuad, jenazahnya akan disempurnakan selepas solat Asar.

Setelah itu saya dan Kak Hendon kembali ke Kg Batu 4, Jalan Maran untuk menunggu panggilan talipon dari pejabat saya mengenai kematian ayah kepada Siti, iaitu peguam yang berkhidmat di pejabat saya di Temerloh. Dia meninggal di Bentong kerana kemalangan jalanraya. Tidak tahu samada jenazahnya akan disempurnakan di Temerloh atau Bentong kerana ayah kepada Siti menetap di Bentong.

Sehingga coretan ini ditulis, saya belum mendapat khabar berita dimanakah pengkebumian akan dilangsungkan.

Sementara itu saya balik ke rumah, berehat seketika kerana amat keletihan dengan perut yang tidak selesa dan saya sudah tidak makan nasi untuk beberapa hari kecuali di R&R Muadam itu saya mengambil sedikit nasi kerana amat terliur melihatkan udang dan sotong, dan kemungkinannya perut saya masih tidak boleh menerima makanan yang "kaya dan heavy" begitu.

Full content generated by Get Full RSS.

di negeri johor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri johor - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Pusat Pelaburan <b>Negeri Johor</b> (JSIC) | Inimajalah

Posted: 05 Apr 2012 11:21 AM PDT

The Johor State Investment Centre (JSIC) was established on the 16th August 2004 under a direct administrative order of the Johor State Government. It comes directly under the purview of the "Menteri Besar" or the Chief Minister. Permohonan adalah dipelawa …

Read more »

01 di desaru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di desaru - Google Blog Search


myfamily: Makan2 <b>di Desaru</b>......

Posted: 17 Jun 2012 08:49 AM PDT

 Pagi Sabtu tu puas kami ronda serata Bandar Penawar....
hanya kedai makan ni jer yg buka.....dahlah semua orang bertumpu kat sini....
baru pukul 8.30 roti canai dah habis kena borong orang .....
sudahnya kami makan nasi lemak bungkus dan soto jer.....
Alahaiii.... pekerja kat kedai ni pulak 3-4 orang jer...
si Tukang masak ...tukang bancuh air dan cashier.... waiters takde....
bila tanya kat orang tu boleh pulak dia kata orang lain tu MALAS nak buka kedai....
dah lah masa ni cuti sekolah...ramai pelancong datang ...boleh pulak pekedai
kat sini MALAS nak buka kedai..... dah kaya sangat ke apa......
 Dulu2 kalau kami turun sini kat sinilah tempat kami breakfast....
tapi bila kami datang kali ni boleh pulak dia tutup....
Ayah datang sini kunun nak meeting nak menaiktaraf Tanjung Balau ni 
sebagai Geopark.... kalau servis macam ni alamat maleh ler nak datang lagi.....
 Esoknya kami jalan ke tempat lain pulak untuk breakfast....
adalah ternampak Medan Selera...nampak banyak gak kereta...
bila masuk kebanyakan mereka yg makan di sini adalah penduduk tempatan
yg nak gi kerja..... tu pun cuma sebahagian kedai jer yg buka.....yg lain tutup....
mungkin diorang bergilir2 buka ada yg buka pagi ada yg buka malam...
Arsyad  makan nasi goreng dengan ayam goreng....
 mama nampak ada Nasi Ambeng..... makan lah sebungkus.....
ayah pulak makan roti canai banjir kunun malu2....amek sekeping jer..
dah lar tak cukup....terpaksalah mama amek lagi sebungkus Nasi Ambeng.....sedapnya....
 nasi Ambeng ke 2 ni bukan mama makan sorang ya....ayah yg menghabiskannya....
sebelum makan...sila gaul mesra semua yg ada tu.....
ada serunding kelapa, ayam masak kicap, bee hoon goreng, dan sayur campur....
 Isnin tengahari kami makan di Tanjung Balau pulak....
dulu2 memang selalu makan asam pedas di sini......
sebab kami dah lambat sampai...dah habis la pulak asam pedasnya....
Mujurlah Makcik tu ada simpankan telur Siakap ....ada orang pesan sebenarnya...
tapi sebab orang tu tak jadi datang...rezeki kamilah......
Asam pedas dia memang power......ermmm sedapppp....
kalau nak makan kena minta kicap dulu baru ngam....
 kami hanya makan Nasi goreng Kampung dengan telur mata jer...
 Restoran ni sebenarnya baru dibuka .... yg lama dulu dah terbakar ...
tapak restoran lama dah jadi kedai cenderamata.....
patutlah...masa kami sampai tengok macam dah lain jer......
Kiranya ni entah kedatangan keberapa agaknya ke sini.....
dulu2 kan ayah jadi Lecturer di Geologi UM, so setiap tahun ayah bawa
students ke sini untuk field work.... sejak dah pindah UKM ni lah pertama kali
datang semula...kiranya dah 6-7 tahun tak datang.....

01 di pontian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pontian - Google Blog Search


Lokasi baru GR1M <b>di Pontian</b>

Posted: 07 Jun 2012 07:02 PM PDT

Beberapa lokasi Gerai Rakyat 1Malaysia (GR1M) di daerah ini telah dikenal pasti dalam usaha melahirkan lebih ramai peniaga dan usahawan kecil ekoran kejayaan lima buah GR1M fasa pertama.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, usaha sedang dilakukan bagi menjalin kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah agar turut sama menjayakan transformasi pembangunan ekonomi bagi masyarakat kampung.

"Kewujudan GR1M diharap dapat mencetuskan gelombang baru supaya masyarakat luar bandar turut sama menjayakan transformasi ekonomi seperti yang dijalankan kerajaan.

"Ia diwujudkan dengan konsep pembinaan gerai yang disewakan kepada usahawan dan peniaga bumiputera berbanding Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan Pusat," katanya ketika merasmikan GR1M bagi Mukim Api-Api di Kampung Parit Haji Dahlan, di sini baru-baru ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, GR1M Parlimen Pontian diharap menjadi contoh kepada mana-mana agensi yang berminat melahirkan usahawan kecil melalui kos pembinaan yang rendah berbanding sebuah bangunan, carian tapak niaga yang selesa dan lokasi strategik.

Katanya lagi, sewa serendah RM100 sebulan mungkin tidak dapat diperoleh di tempat lain sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan, namun peniaga perlu memastikan kualiti barangan yang dijual adalah bermutu walaupun pada harga rendah di samping sentiasa menjaga nama baik GR1M.

Sementara itu, bagi seorang penyewa GR1M, Saadon Sakiman, 56, yang mengusahakan kedai gunting rambut dan jahitan bersama isterinya bersyukur kerana impian memiliki kedai sendiri akhirnya tercapai.

"Sebelum ini kerja-kerja menggunting rambut dan menjahit dilakukan di rumah.

"Tetapi, dengan pembukaan GR1M di Mukim Api-Api ini, akan memudahkan orang ramai atau pelanggan yang ingin berurusan dengan kami datang terus ke kedai kami," katanya.

Berita ini telah dibaca sebanyak 52 kali

01 di skudai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di skudai - Google Blog Search


Wikileaks: Pertemuan Sulit Anwar Dengan Masyarakat Kristian <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2012 07:36 AM PDT


Maklumat dari sumber dalaman PKR bahawa Anwar Ibrahim telah bertemu dengan masyarakat Kristian di Pulai Spring Resort, Skudai, Johor.

Selain daripada Anwar Ibrahim, tokoh lain yang ada di situ adalah Dr. Chua Jui Meng. Dalam program tersebut, Anwar Ibrahim telah menfitnah Tun Dr. Mahathir dengan mendakwa dirinya dipecat kerana tidak mhu tandatangan pinjaman yang dibuat oleh Tun. Anwar Ibrahim juga mendakwa Tun Mahathir telah menuduhnya sebagai agen Yahudi dan Kristian.

Anwar juga buat cerita yang SPRM telah memeriksa akaun luar negara di London dan Singapura tapi tiada bukti dan SPRM pula dituduh tidak mengeluarkan kenyataan yang sebenar. Anwar juga telah buat MIND CONDITIONING untuk skandal kewangannya yang terbaru dengan mereka cerita bahawa dia akan dipenjarakan sekali lagi.

Komen MyMassa : 

1. Isu skandal kewangan RM3 billion Anwar Ibrahim telah memberikan kesan kepada dengan dia sendiri terpaksa menjelaskan kepada penyokong tegarnya dan orang Cina yang tidak suka kepada pemimpin korup.

2. Jika Anwar jujur dan tidak mahu berselindung, kenapa program bersama masyarakat Kristian dibuat secara tertutup? Adakah ada janji-janji yang Anwar tidak mahu PAS dan Orang Islam tahu perkara ini! Sepatutnya Anwar mencontohi YAB PM yang bertemu masyarakat Kristian secara terbuka.

3. Nampaknya dendam Anwar Ibrahim dengan Tun Dr. Mahathir tidak pernah padam. Kisah Tun Mahathir nak mintak duit dengan Anwar Ibrahim masih dijaja oleh Anwar sendiri. Dey Anwar, kalau kau dah tuduh Tun Mahathir banyak kroni, kenapa Tun Mahathir tak minta dari kroninya sahaja? Kenapa perlu minta kat Anwar Ibrahim? Nampak sangat tak logik.

4. Kepada Anwar Ibrahim, MyMassa cabar kau bersumpah bahawa Tun Mahathir datang pada kau untuk minta tandatangan buat pinjaman! Kalau setakat dalam ceramah, sesiapa pun boleh tuduh. Bersumpahlah seperti Salahuddin Ayub jika kau di pihak yang benar wahai Anwar Ibrahim!





*MyMassa tak boleh cerita janji yang Anwar Ibrahim tabur kepada masyarakat Kristian kat sini. Menurut sumber tersebut, janji-janji tersebut akan diberitahu secara direct dengan Tuan Guru Haji Hadi sendiri (kalau cakap kat Nik Aziz bukan dia peduli pasal umat Islam).

01 di plentong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di plentong - Google Blog Search


PA&#39;LONG ONLINE: AKAD NIKAH SHUKRI-WAN <b>DI</b> TANJUNG <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 05:44 AM PDT


Anak bongsu Keluarga Selamat dan Sabariah Yasin di Plentong, Johor Bahru, Shukri Selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya dari Tg. Sedili, Wan, anakanda Wan Harun pada 9 Jun 2012 jam 11.00 pagi Sabtu lalu. Di pihak lelaki kira-kira 30 anggota hadir mengiringi Shukri ke rumah pengantin perempuan di kampungnya di Tanjung Sedili. Majlis persandingan kedua-dua pengantin berlangsung Ahad 10 Jun 2012.
Selamat Pengantin Baru semoga kekal hingga ke anak cucu!.

01 di permas jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di permas jaya - Google Blog Search


Karnival Tani MPP Parlimen <b>Parit Sulong</b>, Batu Pahat.

Posted: 09 Jun 2012 11:13 AM PDT


Imej-imej di sekitar Karnival Tani MOA INC MPPP Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat yang di adakan di MRSM Batu Pahat di Jalan Simpang Lima- Parit Sulong pada 8 dan 9 Jun 2012.























01 di pagoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pagoh - Google Blog Search


Tamrin &#39;serang&#39; Muhyiddin <b>di Pagoh</b> | Malaysian Daily News

Posted: 17 Jun 2012 01:29 AM PDT

Posted by AnnPHarison on June 17th, 2012

Anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu mengimbau kembali dakwaan yang timbul ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar Johor antara 1986 hingga 1995.

View post:
Tamrin 'serang' Muhyiddin di Pagoh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.
 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved