ads

Selasa, 19 Jun 2012

01 di parit yani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di parit yani - Google Blog Search


IKLAN789 - www.iklan789.blogspot.com: jual rumah murah <b>di</b> bogor

Posted: 18 Jun 2012 06:50 PM PDT

TIMBUL ILON...!!!!!!!!!!! - KELUARGA <b>DI</b> BANJAR - zrozi - Multiply

Posted: 30 Apr 2008 12:18 AM PDT

SEARCH

01 di segamat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di segamat - Google Blog Search


Nor&#39;s Teratak - Nostalgia Sehari <b>di Segamat</b>

Posted: 09 Mar 2008 10:54 PM PDT

  8hb seperti yang diketahui adalah Pilihanraya Umum ke 12.  Aku dah tukar address untuk mengundi di ampang tapi bila di semak nama aku masih lagi di segamat. Jadi kesempatan ini aku ambil untuk berkunjung ke segamat. Pagi dalam pukul 7.30 aku pun memulakan perjalanan ke Segamat. Berhenti sekejap di Air keruh untuk sarapan dan akhirnya pukul 10.30 aku pun sampai di rumah kaksal.

  Seronoknya dapat melepaskan rindu pada kaksal. Kali terakhir aku jumpa ialah pada tahun 2005 bila aku melawat Aruah kak pah yang masa tu sedang tenat kerana cancer payudara. Jadi kali ni banyak le sembang mak limah setelah lama tak berjumpa. Walau pun sesekali menalipon bertanya khabar tapi tidak sama dgn bertentang mata gitu. Kak sal menjamu aku dengan nasi ayam. emm sedap tapi sebab masih kenyang makan nasi goreng aku jamah je sikit sambil berbual tak habis-habis dari satu topik ke satu topik. Apa pun semuanya mengenai staff hosp Segamat yang aku kenal lah. Abang zaki dah beli rumah kat Taman Temenggung jadi sekarang ni tengah renovate dan kemungkinan bulan ni akan pindah ke rumah tersebut. Rumah yang sekarang di duduki ni telah berzaman , ialah start daripada kahwin tahun 1987 hinggalah sekarang dah berapa kurun tu. 

 Rumah sewa kak sal yang mendatangkan nostalgia kepada ku dan juga buat kaksal sekeluarga. Tempat aku selalu bertandang di waktu dahulu. Sambil minum teh kental sambil pekena pisang goreng atau cucuq udang yang di beli depan rumahnya. Selalunya time kaksal kerja pagi atau dia off. Sekarang ni dia dah kerja Klinik Pakar 3 jadi tiada kerja shift lagi lah. Itu pun katanya ramai dah pencen. Kak leela dah lama pencen. Tahun ni kak nani sujak, kak sham dan ada beberapa org akak atendan yang aku kenal akan pencen.

  Dalam pukul 2 kami pun pergi ke tempat pengundian. Berhenti sekejap depan pintu rumah baru. Rumahnya senang je di tepi Jalan Temenggung tu. Jadi kalau nak pergi lagi ke segamat aku dah tahule rumah barunya. Selesai tanggungjawab aku pun merayau di bandar segamat. berhenti di hospital lama bekas tempat kerja aku semasa mula2 berkerja.

Jalan Masuk ke jalan Temenggung

Bekas pejabat Rekod Perubatan  yang dah jadi tempat parking lot. Dulunya berpagar sebab bekas wad penagih dadah. Walaupun rasa bagai di penjara dengan staff seramai 4 orang tapi kami jadikan kawasan tu memang best sesangat. Malahan pernah menang ofis terbaik. Decorate ofis sama-sama, mengecat pagar bersama malahan bertekak pun bersama-sama juga. hehehe Masa tu aku sorang je bunga di kelilingi 3 kumbang yang bagaikan abang2 je, maklum le masa tu pertama kali aku bekerja selepas habis SPM jadi masa tu org kata muda belia dan lurus bendul sesangat.  Pejabat terceruk jauh daripada pejabat admin ni kami hias cantik dan ada mini garden dan lagi menyahut seruan kerajaan bumi hijau dengan menanam sayur-sayuran. Boleh percaya ke ofis sekakang kera ni, kalau kami menanam betik 2 pokok dan sayur terung serta sayur ulam raja dan cili api. Betik tu ada sekali tu dah tua bila di petik dapat sebakul dalam 10 biji dan kami agih-agihkan pada kengkawan yg datang pejabat. Manis  dan besar buahnya dan sayuran tersebut tidak putus-putus staff lain memintanya. Kat kawasan belakang memang penuh dengan sayuran. Bahagian depan kawasan yang kosong pak rusli tanam pokok cili api dan sayur bende.  Hishhh terbayang-bayang lagi keadaan di waktu itu. Kalau time musim durian ada sekali tu Pak rusli bawa durian Kucing Tidur. Ulas buahnya tak banyak tapi makan se ulas je kenyang masyallah lepas tu dah rasa nak ngantuk. Pernah sekali pak Joe dispatch BHT pesakit dan kebetulan masa tu pak rusli bawa durian jadi merasa le seulas 2 durian kucing tidur tu. Selepas makan durian tu sempat dia terlelap, nasib baik waktu petang dan tidak ramai orang buat pendaftaran surat beranak. jadi dia lelap je kat kerusi depan kaunter hehe Pak joe pak joe... dah pencen apa khabar agaknya. 

  huhuhu rasa sedih sangat bila aku tenguk bekas ofis yang dah terhapus terus daripada pandangan. Memang tiada lagi kesan peninggalan pejabat rekod perubatan. Bangunan merah tu asalnya stor peralatan. Dah cantik dah dan dah banyak perubahan. Hospital lama banyak sangat berubah setelah hospital berpindah ke bangunan baru di segamat baru. Tapi aku suka di kawasan lama ni sebabnya walaupun bangunan zaman British ianya di buat tapi banyak kenangan yang terjalin di sini dengan suasana yang mesra alam dan dengan staff yang baik dan saling bantu membantu. Rasa macam keluarga je bila teringat jalinan silaturahim yang telah terjalin dengan staff lama hospital segamat ni.

 Jalan menuju ke Klinik pesakit luar dan ke pejabat Admin. Bagunan merah tu dulu asalnya Stor perubatan dimana segala barangan di simpan di dalamnya. Bila macam tu teringat aruah Saed yang telah meninggal kerana sakit cancer. Cancer apa aku dah lupa. Aruah ni baik sesangat walaupun hanya penyelengara stor rendah je. Seorang lagi ialah Kadar. Kadar walaupun dah kahwin tetapi tetap bujang semedang sebab wifenya kat melaka. Sanggup dia duduk bujang kat segamat. Kalau kami nak ubat ke indent barang ke senang je main pas-pas kat balik pagar je. Kadang pak rusli atau appu akan terjerit-jerit le panggil kadar atau pun aruah saed nak barang. Tak lama nanti menjengul mereka hulur barang.Dulu stor tu berpagar juga seperti pejabat aku tapi la ni dah di buang pagarnya. Jalan tu lah yang selalu aku ulang-alik jika ke pejabat ke atau ke OPD. Kat tempat parking motor atau kat pondok jaga pak omar, aku jeling menjeling kalau A ada kerja kat casualty atau dia kene jaga Bilik Daftar Masuk. Hishh nostalgik betul lah. Dari jauh kalau nampak A zup laju je menenguk tapi bila lalu depan dia terus zap tunduk kepala.... hahahahaha masa tu jalan dah tak tentu arah je nasib baik tak tersengol batu jatuh depan dia.... huhuhu malu beb mula-mula tenguk motor dia ada tak semasa ke pej admin. Kalau ada fuhhh seronok sakan terus je menjeling dan mencari dia lepak kat mane. Kalau A tak ada dapat tenguk plet motor dia pun cukup lah.... huhuhu dasyat2

Dahulu ia adalah jabatan pesakit luar. tapi sekarang dah jadi klinik kesihatan Segamat.  Tempat pajero tu dulu adalah tempat parking motor. Kat situ lah A selalu bertenggek atas motornya. Kalau time dia kene bertugas di Unit Bilik Daftar Masuk.  

Ni dulu adalah pejabat pentadbiran. Mula asal adalah rumah staff tapi di ubahsuai jadi Pejabat dan sekarang aku tak tahu ianya jadi apa. Sebelahnya pulak terletaknya ambulance dan kenderaan hospital yang lain.  

Dahulu depan JPL  adalah Bilik pembedahan. Di situlah tempatnya semua pembedahan dijalankan samada yg minor or yang major. Dan bangunan sebelahnya adalah dewan yang bersebelahan dengan stor perubatan. Dewan tu selalunya di gunakan untuk mendengar ceramah agama setiap hari Isnin kalau tak silap akulah. Dah lupa dah. Nanti semua makcik dan pakcik area kampung berhampiran akan datang mendengar ceramah agama yang didatangkan daripada pejabat agama. En affendi yang selalu uruskan sebab pejabat dia Unit X-ray berdekatan dengan bilik OT dan dewan tersebut.

Hospital segamat yang lama adalah berdekatan dengan stesyen keretapi. Bila keretapi lalu pintu pagar akan ditutup. Walau begitu terdapat jalan alternatif bersebelahannya tapi kalau musim banjir jalan tu tak boleh lalu sebab sebelahnya adalah sungai Segamat. Pernah terjadi bila banjir kawasan di hadapan pejabat sampai ke stor penuh air banjir. Nasib baik ward tinggi jadi bahagian depan je hospital kene banjir.  

Di Roundabout ni dulu adalah stesyen bas segamat yang bersebelahan dengan stesyen keretapi. Bila aku tenguk tempat dia dah berubah huhuhu rasa sayu je sebab tempat tu memang tempat permainan aku. Ya lah kalau balik kpg di muar sampai je kat stesyen tu macam-macam aku boleh beli bawak balik kpg. Kat situ le tempat pertemuan atau pun nak dating ke. Aku pernah balik saing dengan M daripada muar dan lepas tu minum air di Stesyen Keretapi sebelum balik ke rumah sewa. masa tu baru nak mengenali dia. hehe Lepas tu kalau nak balik rumah sewa dekat je meredah laluan keretapi aku dah sampai kat rumah sewa. Masa mula-mula datang ke segamat aku tak boleh tidur bila terdengar siren keretapi lalu. Teruja sangat bila dia lalu dan singgah di stesyen sebelum meneruskan ke Johor Bahru. Macam org jakun je  tak pernah naik keretapi jadi bila kene kursus kat seremban setelah sebulan aku kerja kat segamat aku terus je beli tiket keretapi nak ke seremban. Seronok sangat masa tu bila dapat naik keretapi. la ni naik keretapi moden seperti ERL , LRT dan monorel emm dah biasa dah. dah tak heran. Amboiiii mentang-mentang le kat kl semua tu ada.

Rupanya sebelah belakang roundabout tu telah di bina stesyen bas baru segamat. malahan stesyen bas ekspress kat jalan segamat baru juga di pindahkan ke sini sebab bila  banjir besar kawasan tu juga kene teruk.

Stesyen keretapi ni dahulu panjang tapi la ni apasal tengah-tengah dah rongak? Rupanya kata kak sal terdapat kebakaran di situ dan akhirnya jadilah macam ni. Kalau malam tempat tu happening sangat dengan org menunggu keretapi malam dan org lepak kat tempat kedai makan di hujung stesyen tu. Yg femes nya ialah nasi lemaknya. Malam2 kalau nak lepak boleh pekena nasi lemak sambil cuci mata.  hehehe

Bangunan tertinggi di segamat tapi atasnya huhuhu tempat jin bertendang. Takde org pun yang nak duduk kat atas tu. bawahnya dulu ada super market tapi aku tak perasan pulak jadi apa sekarang ni. Padang Segamat dah berubah dengan dinamakan dataran segamat. Apa pun aktiviti di segamat dijalankan di sini. Dulu selalu buat pertandingan netball di sini. Masa tu aku aktif main netball jadi defender lagi. Huhuhu masa tu ringan lagi badan boleh lonjak untuk skodeng bola yang sepatutnya untuk pihak lawan. La ni emm dah berat badan dah tak boleh nak melonjak lagi. hahahaha

Menara dia tinggi dan besar sangat sampai mendongak nak tenguk. Itu pun tak dapat nak bergbr dibawahnya dgn logo dataran segamat tu sebab tinggi sayup.

 Aku bersama dengan kaksal bergambar kenang-kenangan di dataran segamat bersebelahan dgn rekabentuk yg unit. Cam artistik gitu.

Bangunan ini aku mesti tetap ingat selalu di hati sebab ada seorang stafnya yang pernah mengikat hati ku walaupun tiada jodoh, dia tetap aku ingat walaupun dah jadi milik orang lain. Buat M semuga dia sekarang berbahagia dengan keluarga tersayangnya. Amin. Selepas berpisah, aku tak pernah terjumpa dia lagi, apa lagi bila kata encik Nasir dia naik pangkat dan berpindah ke senawang. Apa pun dengar ceritanya dia dah jadi penjaga balai di Pahang tapi di balai bomba mane aku tak tahu. kadang teringin juga nak ternampak dia bagaimana agaknya rupa dia sekarang. Walaupun kami satu daerah di muar tapi kami tidak pernah terserempak samada di bandar muar atau di mane pun jika aku balik muar.

Ni pun nostalgia juga sebab staff dia A yang aku admier bertahun. Lepas tu AJ yang pernah contact walaupun aku dah kerja kat kl dan ZZ yang pandai nyanyi. Pernah masa hospital buat hari keluarga ada pertandingan karoake, dia masuk bahagian. Dia nyanyi lagu salem 'suci dalam debu' rasanya. Sekali nampak kelibat aku datang tenguk pertandingan tersebut terus terpeleot suaranya. hahahaha aku gelak dlm hati je sebab dia pandai cover. Tapi suara dia sedap siut walaupun tak menang. Lepas tu siap anak abang hamim jadi tukang tanya, aku suka apa dan sebagainya. Kasi hadiah lagi huhuhu entah mane aku campak agaknya sebab aku tak suka caranya yang entah apa-apa le. Lepas tu teringat pulak kat L yang selalu kirim salam melalui Tn Sheikh. Sekali masa minum kat kantin Tn Sheikh tunjukkan le orangnya. Aku cuma senyum je. Sekali tak lama kemudian dia muncul kat pejabat aku nak buat surat beranak anaknya yang kedua. Laa eleh rupanya dah kahwin ingatkan bujang trangtangtang lagi. Adeh sempat lagi mengurat tu. Adusss

  

 Jambatan Segamat yang menghubungkan bandar segamat lama dengan segamat baru. Ia merentang sungai segamat. Semasa banjir air tu boleh bercantum dan arusnya deras sangat. Memang selalu cari mangsa bila banjir.

01 di parit raja - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di parit raja - Google Blog Search


Pak Habib S.H.ALATTAS The Writer: Perang <b>di Parit Raja</b> (1990 <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 03:30 AM PDT


Pada hari Khamis 18hb April 1991, saya bersama keluarga saya singgah untuk makan tengahari di Air Hitam. Seperti biasa kedai makanan pilihan saya ialah Restoran Dayana Dahlan. Pak Lan taukeh kedai ini adalah kawan lama saya, persahabatan kami sudah terjalin sejak awal tahun enam puluhan lagi. Ketika itu Pak Lan masih membantu ayahnya menjual nenas, pisang, lain-lain buah-buahan dan tidak ketinggalan ubi, keladi, keledek dan juga beberapa jenis makanan hasil kampung. Air Hitam adalah permulaan Pasar Tani.
Pak Lan selain dari menjadi seorang ahli perniagaan, beliau juga bergerak cergas dalam hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat. Beliau adalah Bendahari 'PAJAR' Sri Gading, selain dari menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Biro Eknomi Pemuda.
Kenapa saya menceritakan kisah Dahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan ini? Jawapannya adalah kerana Pak Lan terlibat sama dalam politik Parit Raja.
Sewaktu saya menceritakan padanya saya sedang menulis buku mengenai Parit Raja, Pak Lan berkata bahawa beliau sedang menyiapkan skrip drama untuk sejarah Parit Raja, bererti bukan saya seorang saja yang bercita-cita meletakkan sejarah Parit Raja ini ke peringkat nasional. Anak Parit Raja ini pun mempunyai cita-cita yang sama.
Anak Jawa yang tinggi budi bahasa, pandai bergaul dan sudah berjaya dalam perniagaan ini memulakan perniagaan dengan hanya membantu ayah saja. Tapi kini Pak Lan sudah ada sebuah kereta Mercedes terletak di hadapan kedai makannya yang sudah beberapa kali memenangi gelaran kedai makan yang terbersih di Air Hitam. Dan yang paling pelik kedai Pak Lan adalah satu-satunya kedai makan yang berjaya menjual ratusan buku-buku saya. Buku-buku itu pula dijual di atas meja tempat Pak Lan menjual makanannya.
Begitulah kisah Pak Lan. Biar bagaimananapun sebelum Pak Lan menyudahkan skrip dramanya, dan seterusnya memilemkan kisah tersebut, biarlah saya menceritakan serba ringkas tentang sejarah 'Parit Raja'.
Sebagaimana Batu Pahat mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam politik orang-orang Melayu khususnya dan politik UMNO amnya kerana di sinilah idea menubuhkan UMNO  telah dikemukakan kepada Dato' Onn, begitu jugalah dengan pekan Parit Raja yang terletak dalam Majlis Daerah Batu Pahat. Pekan kecil ini juga mempunyai sejarah yang agak aneh jika dibandingkan dengan pekan-pekan ataupun bandar-bandar lain di seluruh negara.
Di satu waktu dulu, kawasan yang menjadi pekan Parit Raja dan kampung-kampung di sekitarnya dipenuhi dengan hutan dan paya-paya. Ketika itu memang tidak ada rumah-rumah kediaman apatah lagi sebuah pekan yang seperti dapat  kita lihat pada hari ini. Orang yang tinggal di kawasan ini pun tidak ramai. Kalau adapun mungkin beberapa orang dari keturunan Jawa yang bekerja mencari rotan untuk dijual. Mereka ini tinggal di pondok-pondok. Jarak di antara sebuah pondok dengan sebuah pondok pula adalah berbatu-batu jauhnya merentas paya dan belukar.
Antara penduduk awal Parit Raja ini sebelum pekan ataupun perkampungan tersebut mula dibuka ialah seorang yang bernama Haji Nawawi bin Haji Ali.
Menurut cerita Datuk Haji Yusa, anak kepada Allahyarham Haji Nawawi, sebelum bapanya membuka perkampungan Parit Raja itu, beberapa kejadian aneh telah didiami oleh Allahyarham. Kejadian-kejadian tersebut termasuklah mimpi-mimpi ganjil dan penemuan dengan makhluk halus yang juga kita sebut sebagai orang bunian.
Mimpi-mimpi dan penemuan dengan orang bunian inilah yang kemudiannya menyebabkan Haji Nawawi telah membuka perkampungan di satu kawasan paya yang sejauh kira-kira 10 kilometer dari pekan Air Hitam.
Menurut ceritannya, suatu hari semasa Allahyarham sedang duduk beristirehat berseorangan di pondoknya, dia tiba-tiba saja melangkah ke dalam satu dimensi yang lain. Di hadapannya, Allahyarham Haji Nawawi melihat sebuah padang yang nun saujana mata memandang serta gelombang manusia yang memenuhi setiap inci padang tersebut.
Di tengah-tengah lautan manusia itu pula berdiri seorang wanita yang menjadi ketua kepada perhimpunan manusia tersebut. Pengalaman Haji Nawawi bukan sahaja setakat terbatas kepada melihat kejadian tersebut malah di waktu-waktu yang tertentu beliau telah bercakap pula dengan makhluk-makhluk halus itu.
Apakah yang diperkatakan di antara Allahyarham dengan makhluk-makhluk halus itu? Tidak ada seorang pun yang tahu.
Apabila Allahyarham tersedar dari lamunannya, beliau mendapati perhimpunan manusia yang begitu ramai itu tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Pemandangan di hadapan pondoknya kembali bertukar kepada kehijauan pohon-pohon belukar dan hutan dara yang melatarbelakangkan kawasan pondoknya itu. Suasana yang tadinya riuh-rendah tiba-tiba kembali sepi seperti sediakala.
Di samping kejadian tersebut, Allahyarham juga sentiasa diganggu oleh orang-orang halus yang berkunjung ke pondoknya saban malam. Kejadian itu berterusan buat beberapa ketika hinggalah orang-orang bunian itu menjelaskan maksud kedatangan mereka yang mahukan Haji Nawawi membuka kawasan paya tersebut supaya dijadikan sebuah kawasan perkampungan.
Oleh kerana Allahyarham tidak mahu lagi diganggu oleh orang-orang bunian itu, beliau pun mengambil keputusan untuk membuka perkampungan yang dihajati oleh makhluk-makhluk halus itu. Dengan pembukaan perkampungan tersebut, maka hidup Haji Nawawi kembali damai kerana tidak diganggu oleh orang-orang bunian itu lagi.
Setelah kampung tersebut dibuka, maka banyak lagi kampung-kampung yang lain dibuka di persekitarannya. Dari sebuah kawasan yang dipenuhi dengan hutan dara dan paya-paya, kawasan tersebut berkembang menjadi sebuah kawasan penanaman kopi yang terkemuka di negeri Johor. Dan lama kelamaan sebuah pekan pun dibangunkan bagi menguruskan pembelian serta penjualan biji-biji kopi dan juga hasil-hasil pertanian yang lain.
Kampung Parit Raja hidup aman makmur dengan kehidupan dan aktiviti para penduduknya. Mereka yang menanam kopi pagi-pagi lagi menyorong basikal masing-masing untuk menjual kopi basah di pekan. Mereka yang menanam sayur-sayuran turut juga menjualkan hasil pertanian mereka itu di sebuah pasar pagi yang terletak di pekan.
Untuk bertahun-tahun lamanya, pekan kedai sederet itu hidup dalam kedamaian. Dalam tahun 1955, apabila pilihanraya umum yang pertama diadakan dan seterusnya di dalam pilihanraya-pilihanraya umum selepas merdeka dan selepas penubuhan Malaysia, pekan itu kekal menjadi sebuah pekan yang aman. Tidak ada kekecohan apatah lagi pergolakan politik kerana ketika itu orang-orang Melayu yang menjadi penghuni tetap kawasan tersebut, tidak kira apa jua asal keturunan mereka, mereka hanya mengiktiraf UMNO sahaja sebagai satu-satunya parti politik yang dapat membela nasib mereka. Malah, ketika itu ramai yang berkata, 'andainya UMNO meletakkan sebatang tunggul kayu untuk dijadikan calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Parit Raja ini, maka UMNO tetap akan menang.'
Namun biar bagaimanapun, suasana damai dan aman kawasan Parit Raja ini berakhir juga dengan berakhirnya hayat Allahyarham Datuk Syed Zain Edruse Al-Shahab, ADUN Parit Raja sejak pilihanraya umum yang sebelumnya. Ada seorang kawan saya di Air Hitam berkata secara berseloroh "kecoh di Parit Raja ini berlaku kerana matinya seorang Arab yang jadi wakil mereka. Kalau Arab tak mati, Jawa sama Jawa tak bergaduh."
Maka pada 6 Oktober 1988, berpuluh-puluh ribu orang manusia, seperti yang dilihat oleh Allahyarham Haji Nawawi telah membanjiri Parit Raja. Hari itu ialah hari penamaan calon bagi parti-parti yang bakal bertanding dalam pilihanraya kecil yang telah ditetapkan pada 20 Oktober tahun 1988.
Sebagaimana biasa UMNO (Barisan Nasional) awal-awal lagi telah menggerakkan jenteranya dalam usaha memenangi pilihanraya kecil ini kerana kali ini UMNO bukan lagi keseorangan tetapi sudah ada golongan-golongan tertentu yang sengaja mahu memecahkan kedamaian yang selama ini dinikmati oleh para penduduk Parit Raja.
Bilik gerakan Barisan Nasional yang kebetulan berhampiran dengan rumah Datuk Haji Mustafa Muhammad, yang ketika itu masih memegang portfolio Menteri Kebajikan dan juga Ahli Parlimen kawasan tersebut telah pun bersiap sedia dan dihiasi dengan bendera dan lambang-lambang UMNO dan BN.
Bendera-bendera dan lambang-lambang UMNO dan dacing juga kelihatan di merata-rata kawasan Parit Raja. Biar bagaimanapun di setengah-setengah tempat bendera dan lambang-lambang itu telah dikoyakkan oleh orang-orang tertentu.
Oleh kerana ketika itu, parti Semangat 46 masih lagi merupakan sebuah parti yang belum berdaftar, maka calonnya telah bertanding atas tiket Bebas.
Sungguhpun mereka dijangka akan memberikan persaingan sengit kepada calon UMNO, namun bilik gerakannya yang terletak kira-kira 4 kilometer dari pekan Parit Raja masih lengang dan belum memasang apa-apa lambang ataupun bendera.
Parti Bebas juga masih belum menetapkan lambang yang hendak digunakan. Biar bagaimanapun, mereka telah mengambil keputusan tidak mahu memakai lambang 'kunci' sebagaimana yang digunakan oleh Shahrir dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Johor Bahru. Keputusan ini dibuat kerana mereka menjangkakan seorang lagi calon bebas akan turut bertanding. Biar bagaimanapun Haji Hamdan Yahya telah memilih 'ikan' sebagai lambangnya. Ikan masuk dalam parit memang lincah tapi ikan telah tersalah parit, ikan termasuk ke dalam dacing BN. Begitulah berakhirnya nasib ikan di Parit Raja. Yang menang dacing juga, dacing kepunyaan taukeh.
Dan dengan kemenangan YB Yassin Kemari dalam Dewan Undangan, sesudah itu Yassin menang lagi dalam Pilihanraya Umum di kawasan Parlimen Sri Gading maka dengan berkuasanya UMNO di kawasan tersebut maka kembalilah juga kedamaian Parit Raja. Dengan itu juga tidak ada lagilah perhimpunan manusia dan gangguan malam sebagaimana yang pernah dialami oleh Allahyarham Haji Nawawi bin Haji Ali.

01 di labis - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di labis - Google Blog Search


GERAKAN ANTI PKR: KERUSI PANAS PANDAN DAN <b>LABIS</b>. MCA <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2012 07:42 AM PDT

dalam sehari ada 2 pengumuman.
rafizi lembu dikabarkan akan menentang  ong tee keat di di kerusi pandan.
manakala dikabarkan lim kit siang akan melakukan siri perayauan kerusi.
dia konpiden DAP akan pertahankan ipoh timur.
kerana kekonpidenan luar biasa itu, kit siang dikabarkan akan melakukan harakiri politik, bertembung dengan chua soi lek di kerusi labis.
ada 2 cerita di sini. pertama kegelojohan rafizi lembu dalam usaha menewaskan ong tee keat di pandan.
tee kat di pandan, umpama kuli di gua musang, najib di pekan. ia adalah kerusi tradisi yang punyai sejarah dan punyai kaitan cukup rapat diantara penyandang dan rakyat.
jika rafizi ke pandan, maka pkr seperti telah meranap punahkan peluang bekas presiden MTUC iaitu syed syahir daripada mencuba sekali lagi di pandan.
adakah rafizi punyai kaitan dan kamistry baik antara dia dan pengundi jika dibandingkan dengan tee keat ?
jauh panggang dari api. blogers meraikan dengan hati yang cukup gembira pemergian rafizi ke pandan. SELAMAT MATI POLITIK RAFIZI LEMBU. manifestasi kau dilembukan memang sesuai dengan gelaran yang kau sandang.
manaka kit siang pula punyai motif kenapa dia perlu ke johor.

01 di kulai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di kulai - Google Blog Search


GERAKAN ANTI PKR: KERUSI PANAS PANDAN DAN <b>LABIS</b>. MCA <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2012 07:42 AM PDT

dalam sehari ada 2 pengumuman.
rafizi lembu dikabarkan akan menentang  ong tee keat di di kerusi pandan.
manakala dikabarkan lim kit siang akan melakukan siri perayauan kerusi.
dia konpiden DAP akan pertahankan ipoh timur.
kerana kekonpidenan luar biasa itu, kit siang dikabarkan akan melakukan harakiri politik, bertembung dengan chua soi lek di kerusi labis.
ada 2 cerita di sini. pertama kegelojohan rafizi lembu dalam usaha menewaskan ong tee keat di pandan.
tee kat di pandan, umpama kuli di gua musang, najib di pekan. ia adalah kerusi tradisi yang punyai sejarah dan punyai kaitan cukup rapat diantara penyandang dan rakyat.
jika rafizi ke pandan, maka pkr seperti telah meranap punahkan peluang bekas presiden MTUC iaitu syed syahir daripada mencuba sekali lagi di pandan.
adakah rafizi punyai kaitan dan kamistry baik antara dia dan pengundi jika dibandingkan dengan tee keat ?
jauh panggang dari api. blogers meraikan dengan hati yang cukup gembira pemergian rafizi ke pandan. SELAMAT MATI POLITIK RAFIZI LEMBU. manifestasi kau dilembukan memang sesuai dengan gelaran yang kau sandang.
manaka kit siang pula punyai motif kenapa dia perlu ke johor.
 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved