Sabtu, 23 Jun 2012

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Inspire Design Studio: Hari Kedua <b>Di</b> Bazar <b>Kota Tinggi</b>

Posted: 23 Jun 2012 09:28 PM PDT

Assalamualaikum =)

Heee...patutnya update tiap-tiap hari tapi hari ni ngada-ngada nak buat 2 entry untuk dua hari yang berbeza. Buat kenangan di masa akan datang. huhuhu

Hari kedua di Bazar Kota Tinggi, Sabtu-23 Jun 2012.


Dapat ambik satu gambar je.
Hari kedua barang dah bertambah sikit. Nampaklah penuh meja tu tapi masih takde alas meja. Lain kalilah beli.hik..

Hari kedua lampu pun dah ada, baru beli. Hari pertama semalam tumpang cahaya orang sebelah je.kekeke..kesian customer nak tengok warna-warni dalam gelap. InsyaAllah, semua kelemahan & kekurangan akan diperbaiki hari demi hari. cewahhh..

Pagi Sabtu hari yang sama, saya ada letak sikit barang-barang kat sekolah sempena Karnival Sivik & Kewarganegaraan. Disebabkan nak penuhkan meja untuk jualan kelas, saya letak barang-barang saya sikit. Sambutan bukan main hebat lagi...syukur. =) Gambar tak dapat lagi, esok-esok dah dapat saya tempel kat sini. Sambil budak-budak beli, promote lah sikit kat diorang suruh datang booth. So malam tu adalah dua tiga orang yang datang. Alhamdulillah. Rasa berbesar hati sangat-sangat sebab student datang kat booth.

Hari semalam jugak saya rasa hampir nak pitam masa ambik wudhu kat surau Kota Tinggi. Takut betul sebab mata dah berpinar-pinar. Rasanya sebab kurang rehat, 3 ke 4 hari saya tak cukup tidur, dengan aktiviti kat sekolah lagi lepas tu balik rumah nak buat stok. Pukul 5 dah gerak nak bukak booth. Memang amat memenatkan tapi seronok dapat pengalaman macam ni. Bukan senang tau nak uruskan macam-macam kerja.huhuhu...Yang paling best dapat kenal dengan peniaga-peniaga lain. Suasana berniaga tak sama dengan suasana kat sekolah. Pengalaman yang berbeza tapi tetap menyeronokkan.

Jumpa lagi malam ni di Bazar Kota Tinggi. Warga Singapura jangan lupa datang ye. ;)
Sekian.

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


MB: Johor tak terima royalti dari projek Petronas <b>di Pengerang</b>

Posted: 20 Jun 2012 05:21 AM PDT

Kerajaan negeri Johor tidak menerima sebarang royalti melalui Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas di Pengerang sebagai sumber hasil negeri.
  
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ini kerana ia merupakan satu projek pemprosesan minyak dan gas dari luar dan bukannya sumber itu datang dari perairan negeri Johor sendiri seperti Terengganu.

"Royalti tidak ada... ini satu pelaburan dalam perindustrian minyak dan gas. Kita hanya peroleh hasil melalui perubahan premium tanah dari tanah pertanian kepada tanah industri," katanya.
  
Katanya, keadaan itu berbeza dengan Terengganu yang bertuah memperoleh royalti daripada kerajaan pusat kerana sumber minyak dan gas ditemui di perairan Kertih, negeri itu.
  
Beliau berkata demikian sewaktu persidangan kelima Dewan Undangan Negeri Johor kali ke-12 di sini hari ini ketika menjawab soalan tambahan Jaafar Hashim (BN-Senggarang) yang mahukan penjelasan sama ada kerajaan negeri memperoleh sebarang royalti daripada projek berkenaan.
  
Sementara itu Ayub Jamil (BN-Rengit) dan Hamimah Mansor (BN- Penawar) turut bertanyakan tentang saiz pelaburan, tempoh masa dan kesan guna tenaga daripada projek berkenaan di Pengerang.
  
Abdul Ghani berkata keseluruhan projek penapisan minyak dan gas di situ menyumbang 33 peratus daripada Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini menggambarkan betapa pentingnya projek penapisan minyak dan gas di Pengerang dengan nilai RM17.7 bilion Keluaran Kasar Negara menjelang 2020.
  
"Ia menyediakan 850,000 peluang pekerjaan dalam bidang profesional dan 40,000 pekerjaan separa profesional dan separa mahir," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak pernah meminggirkan golongan nelayan di kawasan itu dan memberikan mereka pilihan sama ada untuk terus kekal menjadi nelayan ataupun menukar kerjaya mereka dengan menyertai sektor perindustrian.

Beliau berkata, untuk golongan nelayan yang ingin menceburi bidang perindustrian, kerajaan negeri menyediakan pelbagai pusat latihan untuk mereka mempelajari kemahiran baru dalam bidang minyak dan gas.

Katanya, ia termasuk di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bandar Penawar yang akan menyediakan pelbagai program dalam bidang itu mulai Julai ini bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di Pengerang.

Pada masa yang sama, katanya institut latihan lain di negeri ini seperti kolej komuniti dan Kolej Yayasan Johor juga akan menyediakan kursus dalam bidang yang sama untuk membekalkan modal insan yang diperlukan.

Manakala bagi mereka yang memilih untuk terus kekal menjadi nelayan pula, kerajaan negeri akan membantu melengkapkan golongan ini dengan pelbagai kelengkapan untuk menjadi nelayan laut dalam untuk perbaiki taraf hidup mereka.

Malah, katanya kerajaan negeri juga akan membina satu pusat nelayan dengan peruntukan RM80 bilion.
- Bernama

ads