Rabu, 4 Julai 2012

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>lok heng</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2012 12:00 AM PST

KOTA TINGGI 31 Dis. – Sebanyak RM3.16 juta diagihkan kepada 874 peneroka dari empat tanah rancangan Felda dalam kawasan Kota Tinggi bagi membantu mereka dalam program Skim Insentif Tanaman Semula Sawit (SITS), di sini semalam.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ia boleh dianggap sebagai durian runtuh buat peneroka yang mana masing-masing mendapat RM4,000 seorang beserta bonus insentif produktiviti yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Itu belum lagi termasuk bantuan one off RM500 bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang akan diberikan kepada mereka yang layak. Peruntukan yang disalurkan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini akan menjadi galakan kepada penduduk dan diharap digunakan sebaiknya.

"Apa yang kita harapkan dengan bantuan yang diberikan ini akan menjadi penaung untuk warga peneroka terus tingkatkan komitmen dan produktiviti masing-masing," katanya ketika berucap dalam majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna Felda Lok Heng Barat, di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain; wakil Pengurus Felda Wilayah Selatan, Saifullah Md. Nor dan Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Khidmat Korporat MPOB, Dr. Burhanuddin Abd. Salam.

Empat tanah rancangan Felda yang terlibat adalah Felda Bukit Easter, Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat dan Felda Lok Heng Timur.

Sementara itu, wakil peneroka Felda Lok Heng Timur, Bakri Sahadan berkata, ini merupakan hari paling bahagia apabila menerima peruntukan tersebut.

"Walaupun sering diasak oleh penduduk kampung berkenaan perkara ini setiap kali mesyuarat diadakan, pada hari ini kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana memberikan peruntukan ini," katanya.

Ketua peneroka Felda Bukit Easter, Daud Kamsani pula berkata, penantian penduduk selama lima tahun akhirnya membuahkan hasil dengan pemberian tersebut dan berharap agar semua penerima akan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full content generated by Get Full RSS.

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Misteri Villa Nabila <b>Di Johor Bahru</b> | nizarazu.com

Posted: 31 May 2012 10:03 AM PDT

Assalamualaikum, rasanya dah ramai yang tahu akan cerita ini, villa yang dikatakan menyeramkan di Johor Bahru, berhampiran dengan Danga Bay.. memang banyak kisah misteri tentang rumah ini. Mari lihat gambar-gambar yang diambil oleh blogger Amirez sekitar rumah ini.

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Sebenarnya banyak kisah yang diceritakan orang mengenai kejadian di rumah ini, tetapi tak dapat nak dipastikan kesahihannya..antaranya

Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato' berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato' beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.

P/s: Memang banyak kisah misteri disebalik Villa Nabila di Johor Bahru ini, ini belum lagi termasuk dari cerita mulut ke mulut, rasanya lebih banyak misteri yang dapat diselongkar.. walaubagaimanapun, admin tak tahu cerita mana yang benar.. kalau korang ada apa-apa info pasal Villa Nabila ini bolehlah dikongsikan bersama kami..

Sumber : Amirez

VN:F [1.9.18_1163]

Rating: 9.2/10 (18 votes cast)

VN:F [1.9.18_1163]

Rating: +7 (from 7 votes)

Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru, 9.2 out of 10 based on 18 ratings

Incoming search terms:

  • villa nabila
  • villa nabila johor bahru
  • nizarazu 2012 misteri villa nabila johor bahru
  • misteri villa nabila
  • lokasi villa nabila johor bahru
  • kejadian di villa nabila
  • villa nabila di johor
  • cerita villa nabila
  • rumah di johor
  • kisah misteri villa nabila

Korang mungkin minat ni jugak

 

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


2012-07-03 <b>Masai</b> Mara NR, Kenya « African Wildlife Photography <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2012 09:46 AM PDT

Olive's daughter playing on a branch. 600mm 1/200sec. f/4 ISO 2000

We reached the Mara yesterday in the afternoon. The plains are still covered by long yellow grass. Fortunately, the soil seems to have dried a little from May. It was extremely nice to drive across Smelly Crossing and find right away Olive's new cub, about four months old. She was sleeping on a tree and Olive was nowhere in sight. With the last sun she woke up and explored the branches of the tree. This morning we returned to the area and there was an Hyena looking into a big round Kenya Green Heart tree. We looked in as well and Olive was there with a kill. The cub was slightly above. We had some excellent views of the cub climbing the topmost branches of the tree. In the afternoon we found Bahati, Olive's daughter from the previous litter, with a freshly killed Impala ram, in the shade of a Gardenia. Meanwhile, Olive and the cub remained on the tree, watching the Hyena trying desperately to reach their meal.

Siamo arrivati al Mara ieri pomeriggio. La savana è ancora ricoperta da erba dorata molto alta. Per fortuna però il suolo mi pare più asciutto rispetto a Maggio. E' stato bellissimo arrivare allo Smelly Crossing vicinissimo al nostro campo e trovare subito il cucciolo di Olive, una femmina di circa quattro mesi. Era addormentata nel fitto di un albero, e Olive non c'era. Con gli ultimi raggi di sole si è svegliata e ha esplorato i rami dell'albero. Questa mattina siamo tornati sul posto e c'era una Iena che fissava all'interno di un albero. Sull'albero c'era Olive con una preda catturata nella notte. Il cucciolo era appena sopra. Durante la mattinata abbiamo potuto osservare il cucciolo giocare energicamente sui rami più alti dell'albero. Nel pomeriggio abbiamo trovato Bahati, figlia di Olive della cucciolata precedente a questa, con un Impala maschio recentemente catturato, all'ombra di un cespuglio di Gardenia. Olive e il cucciolo sono rimasti a riposare sull'albero, osservando la Iena che cercava disperatamente di raggiungere il loro pasto.

~ by fever1975 on July 3, 2012.

Caramel Toffee » SURAT TERBUKA UNTUK PKP SMK KOTA <b>MASAI</b>

Posted: 26 Jun 2012 07:04 AM PDT

Surat Terbuka Untuk Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

Saya seorang guru Bahasa Inggeris yang bertugas di Rantau Panjang, Kelantan dan juga isteri kepada seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai (SKOMAS), Pasir Gudang, Johor amat kesal dengan sikap tidak bertimbang rasa dan juga ketidakperihatinan Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) sekolah tersebut.

Pada hari Sabtu yang lalu, berlaku kes kecemasan di mana suami terpaksa membawa saya ke hospital. Pada hari yang sama, SKOMAS mengadakan Hari Terbuka sekolah. Suami saya meminta kebenaran untuk menghantar saya ke hospital. Adalah menjengkelkan apabila PKP tersebut sanggup memberi cadangan agak kejam supaya suami saya meninggalkan sahaja saya di bilik air ataupun di rumah SEORANG DIRI sedangkan beliau tahu saya cuma berada di Johor pada hujung minggu sahaja. Beliau beranggapan sakit saya tidak serius dan boleh ditolak ketepi.

Pada hari bekerja seterusnya, beliau terus menyarankan supaya suami membawa saya tinggal bersama dan bertugas di Pasir Gudang. Beliau langsung tidak bertanyakan khabar saya yang terpaksa dihantar suami ke hospital, sebaliknya melontarkan cadangan ini kononnya untuk menyenangkan suami. Cadangan ini amat menyakitkan hati kerana sebelum ini, suami telahpun meminta untuk berpindah ke Kelantan tetapi permohonannya tidak berjaya, mungkin kerana suami mengajar Bahasa Inggeris untuk kelas-kelas peperiksaan. Kami tidak terlalu terkilan kerana sudah boleh mengagak kegagalan yang bakal dihadapi. Ianya bukanlah kerana tiada kekosongan di Kelantan (ada lebih kurang 100 kekosongan guru Bahasa Inggeris di Kelantan) tetapi kerana PPD Pasir Gudang sendiri tidak menyokong permohonan, apatah lagi  di peringkat JPN Johor. Suami bagaimanapun bertekad untuk tidak berputus asa meminta bertukar keluar dari Johor kerana sebab-sebab yang tertentu. Antara sebab-sebab tersebut termasuklah untuk membantu saya yang tinggal menjaga ibu bapa saya di kampung.  Kami telah berbincang tentang hal ini sebelum berkahwin, jadi beliau atau sesiapun terutamanya yang tiada pertalian tidak berhak untuk mengubah pendirian kami.

Ingin saya nyatakan di sini adalah kejam untuk beliau meminta saya berpindah ke Johor sedangkan sayalah satu-satunya anak yang tinggal bersama ibu bapa yang telah tua. Seorang abang saya bersama kakak ipar juga tidak dapat berpindah keluar dari Johor (Pasir Gudang), kejamlah jika saya juga pindah bekerja jauh daripada mereka setelah penat ibu bapa berdoa dan bersolat hajat meminta supaya saya dapat berada dekat dengan mereka! Jika saya sakit dan suami tiada berdekatan, ibu bapa saya pula yang perlu bersusah payah menjaga saya sedangkan itu sepatutnya tugas saya. Lagipun jikalau saya berpindah ke sana, sudah tentu beliau akan memberi cadangan supaya suami tinggalkan sahaja saya kesakitan seorang diri di rumah. Suami cuba menerangkan perkara ini kepada beliau namun beliau tidak langsung ingin mendengar apa-apa penjelasan. Sungguh sombong dan tidak perihatin. Saya tidak sangka seorang wanita yang berpangkat dan waras boleh bertindak tidak bertimbangrasa seperti beliau. Beliau sepatutnya menjadi contoh. Beliau juga sepatutnya memberi dorongan kepada guru-guru baru, bukannya mematahkan semangat mereka.

Mungkin beliau tidak pernah berhadapan dengan situasi di mana ahli keluarga beliau sakit dan beliau terpaksa bergegas ke hospital. Saya harap beliau akan lebih prihatin dan bertimbangrasa dengan memikirkan perasaan orang lain pada masa hadapan.

Saya sayangkan profession ini tetapi mungkin belum masanya profession ini sayangkan saya, apatah lagi pihak-pihak yang berada di atas seperti PKP berkenaan yang langsung tiada rasa simpati. Mungkin beliau tidak pernah mengalami situasi sebegini.

Adlina.
PPPS Opsyen TESL

p.s/Aku sebenarnya nak layangkan surat ni ke sekolah terus. Takpun PPD Pasir Gudang. Paling best, hantar terus ke JPN Johor. Of course la tak masukkan bab tak dapat tukar tu but still… Aku memang tak puas hati dengan PKP ni! Nasib baik bukan PKP aku >:(

© 2012, Adlina. All rights reserved. Please link back to this page if quoted.

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Turun Padang Bersama Penduduk Kampung <b>di Pengerang</b>

Posted: 02 Jul 2012 06:06 AM PDT

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada 30 Jun 2012 yang lalu merupakan hari yang cukup bertuah bagi saya kerana dapat 'Turun Padang' untuk mendengar luahan hati, pandangan rasa dan perkongsian dari penduduk Pengerang berkenaan dengan isu yang sedang hangat iaitu berkenaan dengan Projek Pembangunan Hab Minyak dan Gas. 

Saya berpeluang untuk bersama-sama dengan penduduk kampung melalui Kajian Akademik dan Pendidikan berkenaan dengan Projek Pembangunan tersebut. Seramai 41 orang mahasiswa terlibat dan dipecahkan kepada 10 Kumpulan dan saya ditempatkan di kawasan Pengerang. 
Saya sempat bertemu hampir 10 keluarga penduduk kampung yang terdiri dari Golongan Nelayan, Kaum Cina, Warga Emas dan Ibu Tunggal. Ada yang bersetuju dan ada juga yang menentang. Banyak persepsi dan tanggapan dari mereka yang perlu kita semua dengari dan prihatin serta bertindak secara adil. 
Ada juga yang mempertikaikan mengenai bebanan yang akan ditanggung yang melibatkan penempatan baru yang dijanjikan. Ada juga yang mempertikaikan mengenai nilai pampasan yang kurang dari yang asal dan semuanya menantikan kesahihan yang akan diumumkan oleh pihak kerajaan dalam masa yang terdekat ini. 
Saya ingin menarik perhatian anda semua terhadap isu yang melibatkan sumber pendapatan dan mata pencarian uttama bagi golongan nelayan. Saya amatlah bersimpati terhadap golongan ini yang mana hampir semuanya masih mempunyai keluarga. Rata-ratanya mengatakan bahawa kesan terhadap projek pembangunan tersebut menyebabkan sumber pendapatan bulanan mereka semakin berkurangan. 
Seterusnya, saya juga turut berpeluang untuk mendengar luahan penduduk kampung berkenaan dengan kehidupan mereka sekarang semasa pelaksanaan peringkat pertama iaitu perlaksanaan menambak pasir berdekatan dengan pesisir pantai yang menyebabkan berlakunya pencemaran terutamanya melibatkan pencemaran udara yang menyebabkan kawasan di situ berdebu. 
Saya juga turut diberi peluang untuk melihat sekitar kawasan tersebut seperti melihat persisir pantai, rumah-rumah penduduk kampung, kedai-kedai makan dan peruncit serta sebagainya lagi. 
Apa yang dapat saya katakan setelah mendengar rintihan dan luahan hati mereka adalah projek pembangunan itu merupakan bentuk kemajuan dan pembangunan masa hadapan tetapi disebabkan campur tangan dari pelbagai parti politik serta penyebaran maklumat yang tiada kesahihan, sedikit sebanyak memberi kesan kepada penduduk kampung dalam bentuk berfikir untuk masa hadapan dan emosi mereka. 
Apa-apa pun, saya amatlah berharap agar pihak-pihak yang terlibat, perlulah tampil memberikan penjelasan dan maklumat yang lebih terperinci kepada penduduk kampung dan memberikan keadilan kepada mereka semua. Percayalah, pembangunan akan menjadi lebih baik sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing secara terus dan menyeluruh. 
Akhir kata, saya ingin mengucapkan 'Jutaan TERIMA KASIH' kepada seluruh penduduk kampung kerana telah memberikan kerjasama yang baik kepada saya dan menerima saya yang masih belajar untuk 'Turun Padang' bersama anda semua. 
Sekian, Wallahua'lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Kenduri Kawin <b>di Pontian</b> | The Pretty Sweet

Posted: 08 Jun 2012 07:18 AM PDT

Ahad lepas saya dan suami ke Pontian, Johor untuk menghadiri kenduri kawin kawan suami. Padahal ada 2-3 kenduri kawin kawan sekolah kat kampung tapi kami terpaksa buat pilihan kenduri mana satu nak kene pergi. Huhu.. So kami buat keputusan utk ke Pontian, lgpun kawan suami saya ni pernah dtg kenduri kawin saya tahun  lepas. Saya ingatkan drive dari sini ke Pontian dlm 2 jam stgh je rupa-rupanya dlm 3 jam stgh jgk la..huhu.. Kami gerak dlm pukul 9 dan sampai sana dlm pukul 1. Kami memang tak pernah ke sana, jd memang berpandukan sepenuhnya kepada map pengantin. Inilah serba sedikit gambar pengantin baru dan pengantin lama..hehe

 Pengantin lama mengapit pengantin baru :) (teringat saat manis kami bersanding 6 bln yg lalu)

 Suami

Saya yg dah kembang.. :(

Selamat Pengantin Baharu diucapkan kpd Sukri dan Diana.Perjalanan balik tu saya pulak yg drive dari Pontian dan terus balik ke kg halaman. Kesian pulak kat suami sebab nmpk mcm penat dan mengantuk. Nasib baik kereta auto! 

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


Seminar Kecemerlangan Pendidikan PMR 2012 diteruskan <b>di</b> Zon <b>...</b>

Posted: 01 Jul 2012 01:18 AM PDT

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini adalah berkaitan dan dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan Pejabat Pelajaran Daerah Mersing bersama Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing akan meneruskan penganjuran seminar berkenaan di zon Endau seperti butiran berikut :

Tarikh :3,4 dan 5 Julai 2012.
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :

Zon Endau - Dewan Zabedah, SMK Ungku Husin.

Sasaran : 300 orang Calon-Calon PMR 2012.

Mata Pelajaran yang terlibat :

1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan program tersebut.
Wassalam.

Lampiran :

Surat Hebahan.pdf 
Lantikan Urusetia/Penceramah.pdf
JADUAL_PROGRAM_KECEMERLANGAN_PMR_2012.pdf

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


GAMBAR &#8211; Roadshow <b>di Skudai</b>, Johor pada 6hb Jun 2012

Posted: 03 Jul 2012 11:23 AM PDT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*