Rabu, 5 Disember 2012

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


a Slice of &#39;Bledho&#39;: Bercuti <b>di Kota Tinggi</b> Johor

Posted: 31 Oct 2012 07:13 PM PDT

Ada seorang adik Neeza bertugas di Kota Tinggi Johor. Untuk hari raya haji tahun ni, dia menjemput kami semua beraya di rumahnya. Kiranya dia jadi host lah. Alhamdulillah, abang setuju untuk join. Kami bertolak sehari sebelum raya iaitu Khamis 25 Oktober 2012, lepas solat asar. Jalan slow sikit. Banyak kenderaan atas jalan raya.
Kami singgah di hentian sebelah Bemban untuk buka puasa. Oh ya, hari Khamis tu ialah Hari Arafah. Di sunatkan berpuasa. Ada hadith yang mengatakan, kalau kita puasa sunat Hari Arafah, dosa kita untuk setahun yang lepas dan setahun yang akan datang akan diampunkan. InsyaAllah. Neeza dan Abang pun turut serta. Alhamdulillah, kami dapat puasa tahun ni.
Punyalah penuh hentian sebelah tu. Kenderaan ber'jujuk' bak kata orang klantam hehee.. Ada orang solat di pondok-pondok berteduh. Kami jamak ta'khir, solat di rumah adik Neeza bila sampai. Anak-anak sibuk nak ke toilet. Budak-budak bukan boleh cakap tunggu kan... Selesai makan, kami bergerak. Walaupun highway, rasa macam jalan biasa sebab terlalu banyak kenderaan dan slow. Mungkin faktor hujan atau mungkin faktor ada 2 lane je highway tu.
Kami tiba dalam jam 9. Semua adik beradik ada kecuali adik number 2. Dia dan isteri tak dapat cuti. Masa sampai tu, ma dan Lin, adik ipar Neeza sibuk di dapur menyiapkan juadah raya. MasyaAllah!! Banyak jugak.
Pagi raya, seperti biasa, yang lelaki pergi solat raya. Teringin nak ikut tapi mengenangkan anak-anak kecil nak disiapkan, tak jadi. Macam-macam juadah raya Ma dan Lin buat...

Top left - juadah Ma dan Lin masak. Kebanyakannya Lin yang masak. Sejuk perut adik Neeza, wife dia pandai masak sekarang. Alhamdulillah..
Top right - juadah yang Ibu dan nenek di Ulu Yam sediakan. Sangat bermacam.. Alhamdulillah..
Gambar bawah - Shahmey sudah tersilap Ummi. Dia tido masa sampai rumah nenek. Bila bangun, dalam mamai-mamai, dia pergi peluk adik tu. Diorang kata muka Neeza dan adik tu akan akan :)
Gambar last - mee bandung made in malaysia hehee..

Top - buaya air dan bukan buaya darat okayyyy.... Kami pergi Taman Buaya di Teluk Sengat, dekat dengan Kota Tinggi sehari selepas raya :)
Bawah - jambatan ke Penawar dengan model-model yang tak dibayar :D

Top left - Insan-insan yang tersangat berani memegang buaya. Boleh lah pegang buaya kecik. Cuba suruh pegang buaya besar. Kecut semua... heheheh..
Top middle - ini lah telur buaya. Tak tau kenapa dia letak dalam fridge air tu. Kalau lah ada yang terebus.. hehee.. sodaaappp!!!
Top right - rangka kepala buaya. Tak tahu kenapa diorang letak situ. Nak jual kot.

Top left - Neeza sempat jumpa Shikin, sahabat baik yang dah lama balik ke Malaysia. Dapat hilangkan rindu.. tapi sekejap sangat jumpa. Tak puas. Dulu Shikin duduk Jubail. Shikin sangat kurus sebab busy dengan bisnes restoran di Pasir Gudang. Ashikin Cafe. Sesapa duduk sana, pergi lah restoran dia ya :)
Top right - Bersama Shikin dan anak-anak. Bakal menantu tu.. hehehe.. memandai aje Neeza ni. Sape lah berkenan kan anak-anak Neeza tu kan.. ;)
Below - Kami visit anak sedara, Najwa di Gelang Patah. Kebetulan, mak sedara dia belah mak dia baru bersalin. Masuk je rumah, terus bau baby... :) bestttt....

Hari last di Johor, kami ke Parit Yusof. Anak sepupu Neeza, Latif kahwin dengan orang Parit Yusof. Orang rumah Latif, Filzah sangat kecil dan comel. Jeles jugak tengok pinggang dia.. 1/3 dari pinggang Neeza kot kehkehkehhh...

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


jinggo-fotopages: Bantahan menanti jelajah Anwar <b>di Tangkak</b>

Posted: 14 Sep 2012 07:06 PM PDT

Venue : Pejabat Baru PKR Cawangan Tangkak, Johor
Event : Perasmian Cawangan dan majlis Rumah Terbuka
Date : 14/9/2012 @ 2.30 pm
Semasa solat jumaat di Masjid Jamek, Tangkak bas Jelajah Merdeka Rakyat (JMR) telah disimbah dengan cat merah oleh pemuda bermotosikal yang tidak dikenali. Anggota Polis yang berkawal berdekatan dikatakan gagal menangkap atau mengecam pihak yang melakukan simbahan tersebut. Selepas solat Jumaat acara perasmian pejabat cawangan PKR Tangkak telah diganggu oleh sekumpulan pemuda dengan kain pemidang yang menyatakan bantahan mereka terhadap kehadiran Anwar Ibrahim di Johor. IPD Tangkak berkawal ketika rombongan meninggalkan lokasi dan menyediakan khidmat pengiring untuk memastikan kelancaran perjalanan rombongan sehingga lah kesempadan Tangkak / Muar dimana kereta peronda IPD Muar pula mengambil alih.  

01 di tangkak - Google Blog Search

01 di tangkak - Google Blog Search


jinggo-fotopages: Bantahan menanti jelajah Anwar <b>di Tangkak</b>

Posted: 14 Sep 2012 07:06 PM PDT

Venue : Pejabat Baru PKR Cawangan Tangkak, Johor
Event : Perasmian Cawangan dan majlis Rumah Terbuka
Date : 14/9/2012 @ 2.30 pm
Semasa solat jumaat di Masjid Jamek, Tangkak bas Jelajah Merdeka Rakyat (JMR) telah disimbah dengan cat merah oleh pemuda bermotosikal yang tidak dikenali. Anggota Polis yang berkawal berdekatan dikatakan gagal menangkap atau mengecam pihak yang melakukan simbahan tersebut. Selepas solat Jumaat acara perasmian pejabat cawangan PKR Tangkak telah diganggu oleh sekumpulan pemuda dengan kain pemidang yang menyatakan bantahan mereka terhadap kehadiran Anwar Ibrahim di Johor. IPD Tangkak berkawal ketika rombongan meninggalkan lokasi dan menyediakan khidmat pengiring untuk memastikan kelancaran perjalanan rombongan sehingga lah kesempadan Tangkak / Muar dimana kereta peronda IPD Muar pula mengambil alih.  

01 di tampoi - Google Blog Search

01 di tampoi - Google Blog Search


(Gambar) Penduduk kampung bergaduh dengan kontraktor <b>di Tampoi</b>

Posted: 21 Nov 2012 01:45 AM PST

(Penduduk kampung dan kontraktor bergaduh di Kampung Semangat - foto facebook Suhaizan Kaiat)
TAMPOI: Para penduduk Kampung Semangat dekat sini bergaduh dengan kontraktor yang mewakili pemaju Danga Bay Sdn Bhg hari ini.
Ia berlaku kira-kira jam 11.15 pagi tadi antara pekerja kontraktor dan penduduk Kampung Semangat, Tampoi.
Menurut Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan kaiyat, kontraktor mendakwa mereka diberi upah untuk membersihkan kawasan Kampung Semangat oleh pihak tertentu.
Pembersihan ini telah menyebabkan tanaman penduduk dan sistem paip penduduk terjejas.
Penduduk kampung mendakwa, kontraktor yang hadir dalam kumpulan yang besar lebih daripada 25 orang adalah untuk mengusir mereka daripada kampung tersebut.
Sebelum ini, penduduk melahirkan rasa tidak puashati mereka kerana kontraktor sering membuat provokasi terhadap penduduk.
Pergaduhan mula berlaku apabila kontraktor meneruskan kerja-kerja pembersihan dan penduduk tidak berpuas hati.
Mereka telah dibaling dengan batu dan kayu oleh petugas kontraktor berkenaan.
Penduduk Kampung Semangat yang tercedera adalah Goh Wee Chooi, Ang Bee Wah, Ang Ah Chai, Cheng Chong, Goh Wai Kong dan Chee Tet Onn.
Polis telah datang di kawasan terbabit dan telah menangkap sembilan orang kontraktor dan enam orang penduduk.
Mereka telah direman di Balai Polis Kempas.
Penduduk adalah terdiri daripada pemilik rumah, penyewa rumah, pemilik bengkel dan pekebun. Kampung Semangat, Tampoi terletak di Batu 7.5 Jalan Skudai, Simpang Kempas Lama, Tampoi, Johor.
Menurut sejarahnya, tanah berkeluasan 63.2573 hektar ini telah dianugerahkan kepada Dato' Toh Ah Boon pada tahun 1930 oleh Sultan Ibrahim.
Dato' Toh Ah Boon telah meninggal dunia pada 1 April 1932 dan tanah tersebut telah diserahkan kepada pewarisnya Toh Gim Cheng.
Pada tahun 1975 Toh Gim Cheng telah melantik Low Sue Heng sebagai wakil.
Pada 14 Februari 2011 tanah tersebut(Lot 153, Mukim Tebrau) telah dijual oleh Low Sue Heng @ Low Sui Heng kepada Danga Bay Sdn. Bhd.
Pada awalnya terdapat 400 keluarga tinggal di kampung ini. Pelbagai kemudahan terdapat dikampung ini termasuk surau, kuil, dewan orang ramai, gelangang bola keranjang dan lain-lain. Terdapat juga penempatan orang tua dan orang cacat di sini.
Pada 8 September 2011 penduduk menerima satu notis guaman dari Tea, Kelvin Kang & Company yang meminta penduduk mengosongkan tanah tersebut sebelum 31 Oktober 2011.
Notis ini tidak menyatakan dengan jelas nama pelanggan (tuan tanah).
Pada 9 Oktober 2011 suatu pertemuan penduduk kampung dengan Adun Datuk Haji Osman Sapian telah diadakan.
Ketua Masyarakat Kampung Semangat yang juga Ketua MIC Cawangan Kg Semangat, En. K.K.Krisnan telah menyerahkan suatu tuntutan kepada Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor melalui Datuk Haji Osman Sapian.
Sehingga kini tiada sebarang jawapan diterima daripada pihak kerajaan.
Jawatankuasa Bertindak yang telah ditubuhkan telah menghantar satu permohonan tuntutan Ikhsan dan Saguhati kepada Danga Bay Sdn Bhd pada 8hb Oktober 2012.
Wakil Danga Bay Sdn Bhd adalah En. Chai Yee Man. Setakat ini tiada sebarang jawapan daripada Danga Bay Sdn. Bhd.
Pada 18 Oktober 2012, para penduduk menerima Notis Kedua dari Tetuan Tea, Kelvin Kang & Company yang menyatakan site clearing akan bermula mulai 19 Oktober 2012, dan meminta penduduk-penduduk mengosongkan rumah mereka sebelum tarikh tersebut.
Penduduk-penduduk di sini diugut oleh kontraktor yang datang dari luar. Beberapa keluarga yang takut, telah berpindah dari tempat ini.

Sebahagiannya menerima wang pampasan berpindah sementara sebahagian lagi tidak menerima sebarang pampasan. Keluarga yang masih tinggal di kampung ini hanyalah 180 keluarga sahaja.

Pada 1 November 2012, lebih kurang 30 orang yang berlagak gangster dibawa masuk untuk merobohkan rumah-rumah kosong.
Kumpulan itu membawa masuk 1 bulldozer dan 2 JCB dengan tujuan membersihkan kawasan itu.
"Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mendesak pihak polis membuat kawalan keselamatan yang lebih ketat bagi mengelakkan pergaduhan berlaku semula.

"Ini kerana, tempat kejadian hanyalah 1 KM daripada Balai Polis Kempas," kata Suhaizan (gambar atas) dalam kenyataannya.
Bagi beliau, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman sudah sewajarnya menjadi orang tengah menyelesaikan masalah antara penduduk Kampung Semangat dan Syarikat Danga Bay Sdn. Bhd.

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Misteri Kemayan City <b>Di Johor Bahru</b>

Posted: 15 Sep 2012 03:10 AM PDT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kisah kali ini adalah di kawasan Johor Bahru. Orang Johor Bahru terutama yang di sebelah Tampoi, Skudai, Kulai dan sebagainya tentunya mengenali Kemayan City. Kemayan City adalah sebuah kompleks yang terbengkalai mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998. Ia dikenali ramai kerana gahnya semasa pelancarannya dahulu juga jalan Overheadnya yang menjadi tempat U-turn ke Skudai atau Tampoi. Tak taulah status jalan tersebut samada diiktiraf atau tidak tetapi memang jem di situ terutama semasa waktu petang.

Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayai menjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan City berhantu terutama oleh warga Singapura seperti yang diceritakan oleh Ustaz JAIJ, Ustaz Hanafiah Abdul Razak.

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoiapabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura. .

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu. Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai. Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran. Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura. Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan. .

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ. Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang. .

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak. Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu. "Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu. .

"Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu," katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

"Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam. "Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu" katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

"Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi" katanya.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^

Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Dec 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Nov 2012 03:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Nov 2012 03:59 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Aug 2012 03:34 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Posted:

[unable to retrieve full-text content]

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jun 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jun 2012 03:29 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kembara Mahkota <b>Johor</b> 2012 « The "thirteen million plus Ringgit <b>...</b>

Posted: 12 May 2012 08:55 AM PDT

Kembara Mahkota Johor 2012 DYMM Tuanku Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al Haj tahun ini akan bermula di Kulaijaya. Ianya akan di 'flag off' oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Selepas 'flag off' di Kulaijaya ini, Kembara Mahkota Johor 2012 (KMJ 2012) akan ke Penggerang bagi merasmikan projek RAPID. Kemudian rombongan baginda akan terus ke Felda Bukit Aping Barat dan Felda Residences di Tanjung Leman. Tuanku akan bermalam di Mersing.

Hari kedua, KMJ 2012 akan ke Felda Nitar 2, Kg Parit Hassan, Simpang Renggam, Majlis Ramah Mesra di Yong Peng, Taman Tasek Awam di Chaah sebelum bermalam di Segamat.

Hari ketiga memperlihatkan KMJ 2012 di Dataran Segamat, Kg. Teratai, Ledang, Kg Kesang Tasek, Parit Jawa, Muar, Kg. Parit Lapis Banggas sebelum berakhir di Batu Pahat.

Hari terakhir KMJ 2012 bermula di Dataran Penggaram, Kg Puteri Menangis, Pontian, Kompleks Kommuniti Kempas dan berakhir di Plaza Angsana.

Tahun ini, Kembara Mahkota Johor 2012 akan mengambil masa 4 hari. Ianya akan berakhir di Johor Bahru pada Rabu 16 Mei 2012.

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Himpunan Kebangkitan Rakyat <b>Di Negeri Johor</b> Amat Luar Biasa <b>...</b>

Posted: 01 Dec 2012 05:52 PM PST






Ribuan rakyat Johor memenuhi Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam ini.

Biarpun program malam ini bertembung dengan siaran langsung bola sepak piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dengan Indonesia, namun kehadiran yang ramai malam ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

(Gambar: Mohamad Sabu menerima limau sebagai gimik perasmian.)

Program malam ini bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang memperjuangkan hak rakyat.

Ianya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Pada malam ini Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka hadir.

Mereka dijangka memberikan ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir hari ini.

Sedang berada dipentas ketika ini Pengarah Program Mohamad Sabu yang juga timbalan presiden PAS, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesurhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.

Terdahulu program malam ini dibuka dengan pertunjukan tarian singa dan kemudian dirasmikan pembukaannya oleh Mohamad Sabu. ~HD









Photobucket

01 di kahang - Google Blog Search

01 di kahang - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Basikal Bukit: Hotel <b>Pontian</b>

Posted: 26 Nov 2012 12:57 AM PST

Kali ni nak citer pasal Hotel POntian lak.Nape?sebab payah nak dapat review dalam bahasa Melayu.Lagipun masa surf cari tempat nak menginap kat Pontian ni payah nak dapat review pasal hotel ni.

Aku booking hotel ni pada 18.11.2012.Ok je penyambut tetamu tu layan.Siap kasi salam lagi.Jadi aku tempah yang paling murah RM121.00 siap sarapan untuk 2 orang.Kira ok la tu.Lau tgk dalam gambar tu memang cantiklah hotel ni.Pada 23.11.2012,kakitangan hotel tu call aku nak confirmkan tempahan.Aku kata on jer...memang aku nak gi Pontian.

24.11.2012,aku bertolak ke Pontian dalam jam 11.30 pagi.Dengan basikal aku tenggekkan kat belakang keta aku.Nak naikkan basikal atas bumbung tak mampu agi aku nak beli Thule yang regenya rm1100.00 tu dapat yang tangan kedua.Kalau baru mahu rm1500 lebih....

Kali ini aku berpandukan GPS Proton yang aku beli ngan Rafidah....tq Rafidah coz jual kat aku GPS yang paling OK.Kata adik aku.Adik aku kata GPS akan tunjukkan jalan yang paling dekat.Jadi aku ikut sepenuhnya panduan GPS tu.Berhenti makan rojak kat Chaah.Restoran Thaif.Adalak mamat spek ni jual ubat 8 in 1.Ko orang ada?Ubat halau nyamuk,lalat,cicak,lipas..lagi 4 aku dah tak ingat dah...aku layan je mamat ni pastu aku beli gak coz kesian dia dah cakap panjang2 kalau aku tak beli.Offer terhebat hujung tahun beli 1 dapat 1.Harga offer rm10.00 he he...

Perjalanan mengikut lebuhraya lancar je.Singgah jap kat Hentian Machap,pas tu terus ke Simpang Renggam.Terus je Benut.Kat Benut ni musim durian.Banyak durian kat tepi jalan tapi tak beli pun...kat Segamat pon banyak..Sampai di Pontian dalam pukul 3.00 petang.Keliling jap cari tempat amik goodies tapi tak jumpa.Akhirnya,aku call organiser...fuhhh bagus tulll dia amik aku kat tempat tu....aku just follow jer kete Alpard dia..Amik barang aku terus check in dalam hotel.Dia kasi aku bilik untuk orang yang tak hisap rokok.




Bilik yang bersih dan kemas

ada peti ais,tv lcd,Astro dan saluran Singapura


Suasana menjelang Magrib di pantai Pontian.Angin tenang jerr..
Hotel ni senang nak cari.Dekat ngan McDonalds (Boikot!),Restoran 24 mamak,Giant..gerai makanan laut,sate,sata,...semua tempat dekat je ngan hotel ni.Jalan kaki jer.Malam pun tak sibuk sangat.Jadi kalau ada sesiapa nak menginap di Pontian,aku cadangkan hotel ni.Kata pekerja hotel ni,hotel ni milik kerabat diraja JOhor.Semua pekerja Melayu.Sarapan pagi yang disediakan kira boleh la...(Maknanye tak berapa ok la tu)

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Dec 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Mar 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pelanggan Pertama Servis Kereta <b>Di</b> Pusat Servis Hyundai <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2012 04:17 AM PST

Hari ini hari Sabtu, Pusat Servis Hyundai Plentong dibuka separuh hari sahaja. Mia telah booking untuk servis semalam. Pegawai yang bertugas Rahimin kata pukul 8.30 pagi, kereta mesti dah ada di situ.
Makanya, pagi-pagi tadi Mia dan Suami Mia bersiap-siap lebih awal dan sampai dalam pukul 8.00 pagi. Tak sangka pula jadi pelanggan pertama servis kereta pada hari ini. Sukanya.
Meter dah menunjukkan 41 750, patutnya buat major service tapi cuma buat normal service dan tukar air filter. Kemudian kami berjalan kaki ke cafe yang berdekatan untuk bersarapan. Sedang tengah bersarapan sambil baca paper Harian Metro, Mia dapat panggilan dari pusat servis Hyundai menyatakan bateri kereta sudah lemah dan perlu ditukar baru. Hmmm...  belum pernah tukar lagi sejak dibeli Januari 2010 yang lepas. Mungkin dah tiba masanya. Nanti tak pasal-pasal tak hidup plak kat mana-mana, kan susah. Jadi, kami pun setuju untuk ditukar baru. Harganya hampir RM 280.00 rasanya. Bila dah diskaun, dapat RM 264.00.
Hari ini sahaja kos yang keluar hampir RM 500.00. Lagipun kereta ni, Mia guna hari-hari untuk pergi kerja. Kami pulang dalam 9.30 pagi. Banyak lagi kereta yang diservis hari ini. Lega... nasib baik jadi pelanggan pertama hari ini. Syukur sangat-sangat.....

p/s: sayang betul kat kereta ni.....

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


Gendang Perang: 15000 <b>Di Parit Raja</b> Petanda Sahih Anak Johor <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2012 08:31 PM PST

Lautan rakyat Johor kelmarin membanjiri Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.
Walaupun pada awalnya disebelah petang terdapat sedikit hujan, namun kehadiran luar biasa ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

Program pada sebelah malamnya bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang membawa agenda perjuangan hak rakyat.

Antaranya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Turut berucap menyemarakkan lagi himpunan kebangkitan rakyat malam tadi ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tuan Haji Muhammad Sabu yang merupakan Timbalan Presedin PAS.


Mereka telah memberi ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan - tuduhan songsang yang dikemukakan oleh Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu.
-----------------------------------------------------------
Mungkin ramai anak-anak muda yang tidak mengetahui tentang sekolah-sekolah pondok di Johor yang tidak kurang popular suatu ketika dahulu. Ramai pemuda dari kampung gua di Parit Perak merantau ke Johor untuk berguru di sekolah-sekolah pondok di sana. Tapi bukan era gua era datuk gua... wakaka.  

Johor sudah bangkit.. Alhamdulillah

Seloka sinikal Anwar <b>di Parit Raja</b> « ibn_bacoks

Posted: 01 Dec 2012 08:31 PM PST

Rumah > Uncategorized > Seloka sinikal Anwar di Parit Raja

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/64682_341157582648322_873491394_n.jpg

SRI GADING – "Tanya sama Najib, apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang," demikian seloka bernada sinikal yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia ketika menyampaikan ucapannya pada malam Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor, di Dataran Rakyat, Parit Salleh Ros, Parit Raja, dekat sini, semalam.

Anwar berkata, dahulu negeri berjolokan Darul UMNO ini terlalu kuat buat parti itu, sebaliknya kini mentaliti itu telah dibenamkan dengan buktinya kehadiran lebih 20,000 manusia ke tapak program.

"Johor yang saya tahu kubu Umno. Itu dulu. Maknanya apa yang disaksikan sekarang (Himpunan malam ini) sukar dimengertikan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Tapi ditukar Perhimpunan Agung Anwar (kena hentam).

"Tapi dia tak faham. Ini dia (himpunan) ada Taurah kebangkitan rakyat. Ini bukan soal tokoh ini kesedaran rakyat, tuntut hak mereka.

"Malam ini (begitu ramai) di Johor. (kalau) Kedah, Kota Bharu tak heran. Ini Johor. Apa nak jadi ni. Alhamdulillah, ada fenomena kebangkitan rakyat. Ia di mana-mana. Tak (saya bersama) masyarakat India. Ingat tak ramai. 5-6 ribu berkumpul di Ulu Tiram," katanya lagi.

ads